BAB 2
BAB 2. ELEKTRONIK. 2.1 Komponen Elektronik. Sejenis diod yang tidak berfilamen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja. Berfungsi memancarkan cahaya dan menukarkan arus elektrik kepada cahaya. Mempunyai 2 kaki, anod (+) dan katod (-).
BAB 2
E N D
Presentation Transcript
BAB 2 ELEKTRONIK 2.1 Komponen Elektronik
Sejenis diod yang tidak berfilamen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah sahaja. Berfungsi memancarkan cahaya dan menukarkan arus elektrik kepada cahaya. Mempunyai 2 kaki, anod (+) dan katod (-). Jangka masa penggunaannya lebih lama daripada mentol. Diod Pemancar Cahaya (LED)
Perintang • Berfungsi mengawal jumlah arus dan mendapatkan susutan voltan dalam litar. • Nilai disukat dalam unit OHM (Ω). • Ada 2 jenis: • Perintang tetap – jenis karbon dan dawai berlilit. • Perintang boleh laras – meter upaya dan reostat. • Nilai rintangan dicatat pada perintang atau menggunakan kod warna.
Suis • Digunakan untuk menyambung dan memutuskan bekalan arus elektrik di dalam litar. • Disambung secara bersiri pada wayar hidup untuk mengawal litar. • Jenis suis: • Suis Togel – untuk membuka dan memutuskan arus dalam litar elektronik. • Suis tekan – digunakan pada hon kereta, loceng rumah. • Suis tekan tutup • Suis tekan buka
Kapasitor • Komponen yang boleh menyimpan dan melepaskan cas elektrik. • Unit asas ialah FARAD (F) • 2 jenis : • Kapasitor berkutub • Elektrolitik dan Tantalum. • Kapasitor tidak berkutub • Seramik dan Mika
Transistor • Digunakan untuk meninggikan arus, voltan dan kuasa. • Boleh juga digunakan sebagai suis kawalan. • 2 jenis : • NPN • PNP • Mempunyai 3 kaki: • Pemancar (E) • Pemungut (C) • Tapak (B) • Diperbuat daripada bahan separa pengalir seperti silikon dan germanium.
Buzer • Sebagai penggera yang menukarkan gelombang elektrik kepada gelombang bunyi dan memberi isyarat amaran untuk kereta. • Terdapat dua jenis: • Buzer piezo – mengeluarkan nada bunyi yang nyaring, berkutub (+ve / -ve). • Buzer elektromagnet – mengeluarkan nada bunyi yang rendah, tidak berkutub.
Komponen Aktif Bahan semikonduktor yang terdiri daripada silikon dan germanium. Dapat membentuk, mengawal dan memproses isyarat elektrik. Contoh : transistor dan diod. Komponen Pasif Dibina daripada bahan penebat seperti mika, seramik, kertas atau elektrolit. Sebagai peranti sokongan untuk membantu operasi komponen aktif. Contoh : perintang dan kapasitor. Komponen Aktif Dan Pasif