html5-img
1 / 15

TEKNIK MENGAWAL PENYAKIT DAUN PENANAMAN GETAH

(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH. TEKNIK MENGAWAL PENYAKIT DAUN PENANAMAN GETAH. JENIS PENYAKIT.  Penyakit – penyakit utama pokok getah  Penyakit Daun  Penyakit Akar  Penyakit Batang dan Tapak Torehan.

lei
Télécharger la présentation

TEKNIK MENGAWAL PENYAKIT DAUN PENANAMAN GETAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. (PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH TEKNIK MENGAWAL PENYAKIT DAUNPENANAMAN GETAH

  2. JENIS PENYAKIT Penyakit – penyakit utama pokok getah  Penyakit Daun  Penyakit Akar  Penyakit Batang dan Tapak Torehan

  3. PENYAKIT DAUN • Di Malaysia telah di kenal pasti beberapa jenis penyakit yang kebiasaan menyerang daun pokok getah di antaranya :  Penyakit luruhan daun Odium di sebabkan kulat Oidium hevea  Penyakit luruhan daun Colletotrichum disebabkan oleh kulat Colletotrichum gloeosporioides

  4. PENYAKIT DAUN  Penyakit luruhan daun Phytophthora disebabkan oleh kulat Phytophthora botryosa atau P. palmivora. • Penyakit luruhan daun Corynespora disebabkan oleh kulat Corynespora cassiicola

  5. KESAN SERANGAN PENYAKIT DAUN • Daun rosak disebabkan oleh bintik, tompok dan bahagian daun yang mati • Daun-daun yang teruk dijangkiti akan gugur • Pucuk dan ranting akan mati • Pokok terencat pertumbuhannya mengakibatkan pemanjangan tempoh muda pokok • Mengurangkan hasil lateks • Pokok muda boleh mati.

  6. MENGENALI PENYAKIT DAUN • Penyakit luruhan daun Oidium • Menyerang daun muda yang masih berwarna perang hingga kehijauan • Kewujudan tompok-tompok putih berdebu pada permukaan daun • Penyakit luruhan daun Colletotrichum • Menyerang daun muda menjadi kerut, berkeriput dan bertukar menjadi hitam dan akhirnya gugur. • Menyerang anak daun yang lebih tua merosakkan sebahagian daun dimana hujung dan tepi daun menjadi hitam

  7. MENGENALI PENYAKIT DAUN • Penyakit luruhan daun Colletotrichum ( smbg) - Bintik-bintik yang timbul dan berlubang di tengah • Penyakit luruhan daun Phytophthora - Jangkitan selalu berlaku ditangkai daun - Terdapat satu atau lebih lesion yang berwarna perang tua atau kehitaman pada tangkai daun - Kerap kelihatan titik-titik susu getah beku ditengah lesion tersebut.

  8. MENGENALI PENYAKIT DAUN Penyakit luruhan daun Phytophthora ( smbg) - Daun gugur di mana anak-anak daun berwarna hijau masih terlekat ditangkai daun. - Hamparan daun matang yang masih hijau bertaburan di atas tanah. • Penyakit luruhan daun Corynespora • Penyakit menjangkiti daun muda dan daun tua.

  9. MENGENALI PENYAKIT DAUN • Penyakit luruhan daun Corynespora ( smbg) • Penyakit menjangkiti daun muda dan daun tua. • Pada daun muda, di peringkat awal penyakit terdapat bintik-bintik bulat kecil yang semakin membesar. • Jangkitan selalu berlaku pada urat utama dan urat-urat kecil daun. Ini menghasilkan gejala berupa “landasan keretapi” atau “tulang ikan”. • Tisu daun berdekatan dengan lesion bertukar warna menjadi kuning dan seterusnya perang. • Daun akan gugur

  10. Daun di jangkiti oleh penyakit luruhan daun Phytophthora Daun di jangkiti oleh penyakit luruhan daun Corynespora Bintik-bintik yang timbul di permukaan daun akibat serangan kulat Colletotrichum gloeosporioides Tompok-tompok putih berdebu di permukaan daun diserang kulat Oidium heveae

  11. MENGAWAL PENYAKIT DAUN • Amalan Agronomi - Penanaman klon yang rintang atau tahan kepada jangkitan penyakit di kawasan berpenyakit berdasarkan syor penanaman eviromaks. - Mengelakkan serangan penyakit luruhan daun sekunder yang disebabkan oleh Oidium dan Colletotrichum dengan cara meluruhkan daun tua sebelum musim luruh dengan bahan kimia. Penyakit-penyakit ini menjangkiti hanya daun-daun getah muda. Daun-daun getah tua digugurkan pada masa tertentu supaya daun-daun muda muncul pada musim kering dan ketika musim kering jangkitan penyakit-penyakit ini sangat rendah.

  12. MENGAWAL PENYAKIT DAUN • Amalan Agronomi (smbg ) - Menjauhi penyakit luruhan daun Oidium dengan meningkatkan pembajaan nitrogen pada masa perdaunan semula selepas musim luruhan daun. Peningkatan baja nitrogen akan mempercepatkan perdaunan dan seterusnya meningkatkan kepadatan kanopi pokok.

  13. MENGAWAL PENYAKIT DAUN • Merawat dengan racun kimia • Penyakit luruhan daun Oidium - Pendebuan belerang pada kadar 9kg/ha setiap lima atau tujuh hari dilakukan sehingga empat ke enam pusingan. Mula pendebuan apabila daun- daun muda mula muncul pada musim luruh. • Penyakit luruhan daun Oidium - Sembur racun kulat seperti Benlate @ 0.3%, Dithane M-45 @ 4%, Captan @ 0.4% atau Antracol @ 0.4%.

  14. MENGAWAL PENYAKIT DAUN • Penyakit luruhan daun Colletotrichum - Pada tanaman pra-matang, atau di tapak semaian, sembur racun kulat seperti Daconil atau Antracol (0.2%) setiap lima atau tujuh hari sehingga daun-daun menjadi hijau. • Penyakit luruhan daun Phytophthora - Sembur racun kulat seperti kupram oksiklorida dilarut dalam minyak (1.2 kg bahan aktif/ha) sebelum musim tengkujuh.

  15. RUJUKAN 1. Institut Penyelidikan Getah Malaysia ( 1994) Teknologi Perladangan dan Pemprosesan Getah. 2. Lembaga Getah Malaysia ( 2004 ) Manual Teknologi Penanaman Getah 3. Institut Penyelidikan Getah Malaysia (1991), Ke arah menggalakkan Tumbesaran dan meningkatkan Produktiviti Pokok-pokok Getah.

More Related