1 / 27

PENGGAL 3

PENGGAL 3. BAHAGIAN B ASIA TENGGARA (1800-2000) 940 SEJARAH. TEMA 1. Tema 1 Masyarakat

lorin
Télécharger la présentation

PENGGAL 3

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENGGAL 3 • BAHAGIAN B • ASIA TENGGARA • (1800-2000) • 940 SEJARAH

  2. TEMA 1 Tema 1 Masyarakat Tema ini memberikan tumpuan kepada kehidupan masyarakat tradisional abad ke-19 dengan merujuk kepada Indonesia, Vietnam, Thailand dan Filipina. Setelah 12 waktu pengajaran, calon seharusnya dapat membincangkan corak kehidupan tradisional masyarakat pribumi dari segi politik, sosial dan ekonomi. 2

  3. 1.1 Institusi pemerintahan 1.1.1 Raja 1.1.2 Pembesar Tumpuan penelitian ke atas dua institusi ini merujuk kepada sistem yang diamalkan di Vietnam dan Thailand. Setelah empat waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) memerihalkan konsep dan peranan raja (b) memerihalkan konsep, hierarki dan peranan pembesar 3

  4. 1.2 Sistem sosial Tumpuan perbincangan adalah tentang susun lapis masyarakat tradisional peribumi, dengan rujukan khusus kepada Indonesia dan Vietnam abad ke-19. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan konsep dan susun lapis masyarakat.

  5. 1.3 Sistem ekonomi Tajuk ini meneliti ekonomi Asia Tenggara, dengan tumpuan kepada Indonesia dan Vietnam dalam abad ke-19. Setelah dua waktu pengajaran, seharusnya dapat: (a) menjelaskan ciri-ciri ekonomi tradisional (b) menerangkan ciri-ciri ekonomi komersil.

  6. Tema 2-Transformasi Masyarakat Tema ini membincangkan perluasan kuasa asing, perubahan dan respon masyarakat pribumi. Setelah sebelas waktu pengajaran, diharapkan calon dapat membincangkan transformasi masyarakat dan respons masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat. Perincian dibuat menerusi sub tajuk di bawah: 6

  7. 2.1 Peluasan kuasa asing Tumpuan perbincangan adalah kepada peluasan kuasa asing di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) membincangkan faktor dan cara peluasan kuasa asing. 7

  8. 2.2 Penentangan terhadap kuasa asing Tajuk ini meneliti penentangan penduduk peribumi akibat pertapakan kuasa Barat. Dengan merujuk kepada perkembangan di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19, setelah empat waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menganalisis sebab-sebab penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa asing; (b) menilai peranan tokoh: (i) Diponegoro (ii) Thibaw. 8

  9. 2.3 Pengubahsuaian dalam pentadbiran, ekonomi dan pendidikan Bahagian ini membincangkan pelbagai transformasi sejak pertapakan pemerintahan kuasa Barat. Dengan merujuk kepada Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19, setelah lima waktu pengajaran calon seharusnya dapat: 9

  10. (a) menghuraikan kesan penjajahan asing terhadap pentadbiran tempatan; (b) membincangkan perkembangan ekonomi; (c) membincangkan perkembangan pendidikan. 10

  11. TEMA 3 3 Nasionalisme dan Pembentukan Negara Bangsa Bahagian ini memberikan tumpuan kepada kemunculan gerakan nasionalisme dan perjuangan menuntut kemerdekaan. Perhatian diberikan kepada perkembangan di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19 dan ke-20. Setelah 16 waktu pengajaran, calon seharusnya dapat membincangkan perkembangan kesedaran kebangsaan dan proses pembinaan negara bangsa. Tema ini diperincikan menerusi tajuk-tajuk berikut: 11

  12. 3.1 Gerakan nasionalisme 3.1.1 Faktor kemunculan Membincangkan kemunculan nasionalisme di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19. Setelah empat waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: 12

  13. (a) menganalisis faktor-faktor kemunculan nasionalisme: (i) pengaruh agama (ii) peranan bahasa dan kesusasteraan (iii) pengaruh kewartawanan (iv) peranan pendidikan (v) peranan golongan intelektual (vi) pengaruh luar 13

  14. 3.1.2 Peranan parti politik dan persatuan Subtajuk ini memberikan perhatian kepada kemunculan parti poltik dan persatuan sebagai penggerak nasionalisme. Tumpuannya adalah kepada perkembangan di Indonesia dan Myanmar pada abad ke-19. Setelah empat waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: 14

  15. (b) menerangkan sebab penubuhan dan matlamat persatuan dan parti politik yang mendokong gerakan nasionalisme: (i) Sarikat Islam (ii) Partai Nasional Indonesia (iii) Young Men Buddhist Association (YMBA) (iv) Poor Man’s Party 15

  16. 3.2 Perjuangan mencapai kemerdekaan 3.2.1 Pendudukan Jepun 1941-1945 Subtajuk ini memberi perhatian kepada pendudukan Jepun dan kesannya perkembangan politik selepas perang. Dengan merujuk kepada perkembangan di Myanmar dan Indonesia pada abad ke-20, setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan dasar dan kesan pendudukan Jepun ke atas perjuangan mencapai kemerdekaan. 16

  17. 3.2.2 Perjuangan secara berperlembagaan dan bersenjata Tumpuan perbincangan kepada kaedah penentangan dengan merujuk kepada Indonesia dan Myanmar abad ke-20. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (b) menilai penentangan rakyat terhadap penjajah secara berperlembagaan (c) menggalur penentangan rakyat secara bersenjata. 17

  18. 3.2.2 Kemerdekaan Subtajuk ini membincangkan proses tercapainya kemerdekaan di Myanmar dan Indonesia pada abad ke-20. Setelah empat waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (d) menghuraikan langkah-langkah mencapai kemerdekaan. 18

  19. Tema 4- Pengisian Kemerdekaan Tema ini memberikan tumpuan kepada perkembangan setelah tercapainya kemerdekaan. Selepas 21 waktu pengajaran, calon seharusnya dapat membincangkan bentuk negara bangsa merdeka, proses dan perkembangan dan kemajuan, dan peranannya dalam politik serantau. Perincian tema ini adalah seperti berikut: 19

  20. 4.1 Sistem pemerintahan Perbincangan ditumpukan kepada bentuk pemerintahan setelah tercapainya kemerdekaan, dengan rujukan khusus kepada bentuk negara di Filipina dan Thailand pada abad ke-20. Dalam enam waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menghuraikan bentuk pemerintahan: (i) Republik (ii) Raja Berperlembagaan (iii) Demokrasi Berparlimen 20

  21. 4.2 Pembangunan 4.2.1 Pembangunan ekonomi Subtajuk ini memberikan tumpuan kepada keupayaan kerajaan membangunkan ekonomi negara, dengan perhatian khusus kepada perkembangan di Filipina dan Thailand pada abad ke-20. Setelah tiga waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (a) menjelaskan dasar-dasar ekonomi negara 21

  22. 4.3 Pembinaan negara bangsa 4.3.1 Bentuk pemerintahan Tumpuan perbincangan adalah kepada bentuk pemerintahan yang dijalankan setelah tercapainya kemerdekaan. Perhatian diberikan kepada pemerintahan di Filipina dan Thailand. Setelah enam waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: 22

  23. (a) menerangkan sistem pemerintahan yang menuju ke arah pembinaan negara bangsa: (i) demokrasi (ii) ketenteraan 23

  24. 4.3.2 Sumbangan tokoh Perbincangan subtajuk ini adalah ditumpukan kepada kepimpinan yang menerajui negara yang merdeka. Tokoh pemimpin dari Filipina dan Thailand diberikan perhatian khusus. Setelah dua waktu pengajaran, calon seharusnya dapat: (b) menilai sumbangan tokoh: (i) Macapagal (ii) PhibunSongkram 24

  25. 4.4 Perhubungan luar 4.4.1 Penglibatan dalam organisasi antarabangsa Subtajuk ini memberi perhatian kepada penglibatan negara Asia Tenggara dalam organisasi antarabangsa, dengan merujuk kepada Filipina dan Thailand. Setelah empat waktu pengajaran, calon seharusnya dapat 25

  26. (a) membincangkan penglibatan negara dalam organisasi antarabangsa: (i) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations) (ii) Southeast Asean Treaties Organisation (SEATO) (iii) Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) 26

  27. SEKIAN TERIMA KASIH

More Related