240 likes | 1.69k Vues
GEOGRAFI TINGKATAN 1. TEMA 3 TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR. UNIT 14 KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI. HASIL PEMBELAJARAN. ARAS 1 Menyenaraikan kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi negara Malaysia ARAS 2
E N D
GEOGRAFI TINGKATAN 1 TEMA 3 TUMBUH-TUMBUHANSEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
HASIL PEMBELAJARAN • ARAS 1 • Menyenaraikan kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi negara Malaysia • ARAS 2 • Menjelaskan dengan contoh kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi negara Malaysia • ARAS 3 • Merumuskan tentang kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi negara Malaysia secara grafik seperti peta minda
Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi negara Malaysia: 1.Keseimbangan ekosistem Contoh: ekosistem hutan hujan tropika memelihara,melindungi dan mengekalkan pelbagai sumber tumbuh-tumbuhan dan hidupan 2. Kepelbagaian flora dan fauna Contoh -tumbuhan epifit,paku pakis,orkid -hidupan liar seperti orang utan,tapir dan memerang 3. Sumber perhutanan Contoh:kayu balak,rotan,mengkuang dan buluh 4. Pembiakan hidupan laut Contoh:hutan paya air masin di Kuala Kurau bagi ketam,ikan dan udang.
5 Tempat perlindungan (habitat) hidupan liar Contoh:habitat merupakan tempat tinggal, tempat membiak,tempat perlindungan dan membekalkan makanan 6 Kawasan tadahan Contoh:Kawasan bukit bukau diliputi hutan dan menjadi punca aliran sungai.Banjaran Bintang menjadi legeh Sungai Perak dan Sungai Kinta. 7 Pencegahan hakisan Contoh:Sebagai penutup bumi dan akar menyekat air larian permukaan 8Kawasan eko-pelancongan Contoh: Taman Negara Pahang, Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Mulu dan Hutan Simpan Sepilok. 9 Penghasil ubat-ubatan tradisional Contoh:Petai merawat penyakit buah pinggang dan kencing manis.
KEPELBAGAIAN FLORA DAN FAUNA
TEMPAT PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR
AKTIVITI PENGUKUHAN 2. 3. 1. Senaraikan 9 kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi: 1. Kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi 9. 4. 8. 6. 5. 7.
Isikan tempat-tempat kosong dengan jawapan yang tepat: a) ________________ ialah satu proses interaksi antara benda-benda hidup dan benda-benda bukan hidup yang wujud dalam alam sekitar. b) Kawasan __________________ ialah kawasan bukit bukau yang diliputi tumbuh-tumbuhan dan menjadi punca aliran sungai. c) Hutan bertindak sebagai pencegah ______________ sebab akar tumbuh-tumbuhan menyekat air larian permukaan.
d) Akar dan batang pokok boleh dijadikan ________________ tradisional untuk mencegah pelbagai jenis penyakit. e) Hutan simpan Sepilok diwujudkan khas untuk dijadikan tempat perlindungan ___________________ f) Hutan ____________ dijadikan tempat pembiakan hidupan akuatik. g) _____________ ialah tempat haiwan dan tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi. h) Pokok –pokok dalam hutan Malaysia menghasilkan pelbagai jenis ____________________ yang bermutu tinggi seperti meranti. i) Pelbagai jenis _________ dan ________ dalam hutan Malaysia menjadi daya tarikan kepada pelancong. j) Kayu _________________ dijadikan arang kayu dan cerucuk bangunan.