1 / 28

RIBA

RIBA. DEFINISI RIBA. Dari segi bahasa : Bertambah Dari segi syara ’ Akad menukarkan satu barang dengan barang lain yang tidak sama banyak dalam pandangan syarak atau ditangguhkan terimaan kedua-dua atau salah satu daripada kedua-dua barang itu. DALIL PENGHARAMAN RIBA.

maylin
Télécharger la présentation

RIBA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. RIBA DEFINISI RIBA • Dari segi bahasa : Bertambah • Dari segi syara’ Akad menukarkan satu barang dengan barang lain yang tidak sama banyak dalam pandangan syarak atau ditangguhkan terimaan kedua-dua atau salah satu daripada kedua-dua barang itu.

  2. DALIL PENGHARAMAN RIBA • Firman Allah s.w.t “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba…

  3. …Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya”(Al-Baqarah: 275)

  4. Diriwayatkan oleh Jabir r.a katanya : “Rasulullah s.a.w melaknat pemakan riba, wakilnya, penulisnya dan dua orang saksinya. Baginda bersabda : Mereka semua sama”(Riwayat Muslim) • Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w baginda bersabda : “Jauhilah tujuh kesalahan besar. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah kesalahan itu ? Baginda menjawab: Mensyirikkan Allah, mengerjakan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan Allah kecuali kerana kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada pertempuran serta menuduh wanita suci dan beriman berzina tanpa disedarinya”(Riwayat al-Bukhari no. 2615, Muslim no. 89)

  5. SEBAB-SEBAB PENGHARAMAN RIBA • Ada nas dari Al-Quran dan Hadis tentang pengharaman Riba. • Mengambil harta orang lain dengan tidak ada imbangannya. • Menjadikan manusia malas berusaha dan mencari kesenangan dari hasil usaha orang lain dan boleh menimbulkan penindasan. • Boleh menyebabkan putusnya amalan bantu-membantu sesama manusia.

  6. BARANGAN BERUNSUR RIBA • Riba berlaku apabila membabitkan 6 barangan berikut : • Emas • Perak • Gandum • Barli • Tamar • Garam

  7. Al-Bukhari , Muslim dan yang lain meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Emas dengan emas adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil, gandum dengan gandum adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil, barli dengan barli adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil dan tamar dengan tamar adalah riba kecuali secara ambil dengan ambil”

  8. ‘ILLAH (SEBAB) RIBA • ‘Illah riba merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang menjadikan sesuatu barangan itu disenaraikan sebagai barangan berunsur riba. • Jika unsur ini terdapat dalam sesuatu urusniaga, urusniaga tersebut juga dikelaskan sebagai urusniaga riba.

  9. Barangan yang dinyatakan dalam hadis tadi ada yang dalam bentuk mata wang seperti emas dan perak, dan ada dalam bentuk makanan seperti gandum, barli tamar dan garam. • Berdasarkan dalam faktor ini, dapat disimpulkan bahawa kayu ukur yang diterima pakai bagi menentukan sesuatu barangan itu berunsur riba atau tidak ialah mata wang dan makanan, tanpa mengambil kira sukatan atau timbagannya.

  10. Seolah-olah syarak menggariskan, semua barangan yang berupa mata wang atau makanan tidak boleh dijual beli dengan barangan yang sama jenis dengannya melainkan jika menurut syarat-syarat tertentu.

  11. JENIS DAN HUKUM RIBA Riba Fadl (Bayaran Tambahan) Riba Yad (Tangan) Riba Nasi‘ah (Bayaran Bertangguh)

  12. RIBA FADL (BAYARAN TAMBAHAN) • Jual beli barangan berunsur riba dengan barangan yang sama dan disertakan dengan bayaran tambahan oleh salah satu pihak. • Contoh : 100 gram emas ditukar dengan 110 gram emas. • Unsur riba : Bayaran tambahan yang terdapat dalam urusniaga ini amat jelas dan ketara. • Urusniaga seperti ini adalah haram dan tidak dibenarkan.

  13. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali sama dengan sama dan jangan melebihkan yang satu atas yang lain. Jangan kamu menjual perak dengan perak kecuali sama dengan sama dan jangan kamu melebihkan yang satu atas yang lain”(Riwayat al-Bukhari, daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a no. 2068. Muslim no. 1584)

  14. Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam, perlu sama berat dan tangan dengan tangan. Barangsiapa yang menambah atau meminta tambahan dia telah melakukan riba, orang yang mengambil dan orang yang memberi adalah sama”(Sahih Muslim daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a)

  15. Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Abu Sa‘id al-Khudri r.a berkata : Bilal datang menemui Nabi s.a.w bersama tamar burni. Lalu nabi s.a.w bertanya : Dari mana engkau dapat tamar ini ? Bilal menjawab : Pada asalnya saya mempunyai tamar yang tidak elok, lalu saya jual dua gantang tamar tadi dengan segantang (tamar yang elok) untuk saya berikan kepada Nabi s.a.w. Lantas Nabi s.a.w bersabda : “Tidak, tidak, itulah riba, itulah riba, jangan lakukan begitu”(Al-Bukhari no. 2188. Muslim no. 1594)

  16. RIBA NASI‘AH (BAYARAN BERTANGGUH) • Jual beli barangan berunsur riba dengan barangan berunsur riba yang lain secara bertangguh dan kedua-duanya mempunyai ‘illah (sebab) yang sama. • Hukum ini membabitkan semua pertukaran sama ada barangan tersebut sama jenis atau jenis yang berbeza, sama ada wujud bayaran tambahan atau dengan jumlah yang sama

  17. Contoh : Penjual menjual secupak gandum dan dibayar dengan secupak gandum dalam tempoh sebulan barulah pembayaran dibuat. Ataupun penjual menjual 10 gram emas dan dibayar dengan 10 gram emas atau perak atau dengan nilai yang lebih atau kurang, dalam tempoh sehari atau lebih barulah pembayaran dibuat.

  18. Urusniaga seperti ini juga haram dan tidak dibenarkan kerana wujud unsur riba walaupun tidak ketara. Pembayaran tunai berbeza dengan pembayaran bertangguh. Dengan itu wujud tambahan nilai pada salah satu barangan iaitu barangan yang dibayar secara tunai.

  19. Sabda Nabi s.a.w : “Jangan kamu menjual barangan yang tiada dengan barangan yang ada” • Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang lain : “Sama dengan sama, tangan dengan tangan” • Begitu juga hadis daripada Ubadah r.a : “Jika barang-barang ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu selagi ia dilakukan tangan dengan tangan”

  20. RIBA YAD (TANGAN) • Jual beli barangan berunsur riba dengan barangan riba yang lain dan kedua-duanya mempunyai ‘illah (sebab) yang sama tanpa disyaratkan tempoh tertentu ketika kontrak tersebut. • Walau bagaimanapun kelewatan menyerahkan salah satu atau kedua-dua barangan benar-benar berlaku diluar majlis kontrak.

  21. Dalil hukum ini ialah hadis daripada Umar r.a yang dinyatakan sebelum ini: “Kecuali secara ambil dengan ambil” • Hadis ini menunjukkan penyerahan dan penerimaan wajib dilakukan dalam majlis yang sama.

  22. JUAL BELI BARANGAN BERUNSUR RIBA DAN SYARAT-SYARAT BAGI MEMBOLEHKANNYA Barangan yang sejenis Barangan yang berlainan ‘illah riba Barangan tidak sejenis tetapi mempunyai ‘illah riba yang sama

  23. BARANGAN YANG SEJENIS • Contoh : gandum dengan gandum, perak dengan perak. • Jual beli ini perlu memenuhi 3 syarat bagi mengelak daripada termasuk dalma jual beli riba : 1) Barangan yang ditukar tangan mestilah sama. 2) Kontrak tersebut mestilah tunai (serta merta). 3) Penerimaan berlaku di tempat memeterai kontrak.

  24. Kesemua syarat ini berpandukan kepada hadis-hadis sebelum ini : “Sama dengan sama” Hadis ini menjelaskan bahawa jual beli berunsur riba bagi barangan yang sejenis dibenarkan jika wujud persamaan. “Tangan dengan tangan” “Ambil dengan ambil” Kedua-dua hadis ini menunjukkan sesuatu jual beli itu sah jika penerimaan berlaku secara tunai.

  25. BARANGAN TIDAK SEJENIS TETAPI MEMPUNYAI ‘ILLAH RIBA YANG SAMA • Contoh : emas dengan perak, gandum dengan barli. • Jual beli ini perlu memenuhi 2 syarat bagi menjadikan jual beli tersebut sah dan bersih daripada unsur riba : 1) Kontrak tersebut mestilah tunai (serta merta) 2) Penerimaan berlaku di tempat memeterai kontrak.

  26. Dalil bagi kes ini ialah hadis daripada Ubadah r.a. yang dinyatakan sebelum ini : “Jika barang-barang ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu selagimana ia dilakukan tangan dengan tangan” Dimaksudkan dengan barang-barang ialah barangan berunsur riba.

  27. Dimaksudkan dengan berbeza ialah barangan yang digunakan sebagai bayaran dalam jual beli ini tidak sama dengan barangan yang dijual. • Dimaksudkan dengan juallah mengikut kehendak kamu ialah kamu dibenarkan berurusniaga dengan barangan ini jika ia bukan barangan yang sama dan tidak disyaratkan barangan tersebut mestilah sama.

  28. BARANGAN YANG BERLAINAN ‘ILLAH RIBA • Contoh : gandum dengan emas, ikan dengan $5 • Dalam keadaan ini, kesahihan jual beli ini dan kontrak tersebut tidak terikat dengan syarat-syarat yang dinyatakan sebelum ini, sama ada berlaku proses penyerahan dan penerimaan atau tidak, atau ditetapkan tempoh penyerahan tertentu atau tidak.

More Related