1 / 19

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA. Langkah-langkah pembentukan Malaysia Dari tahun 1957 hingga 1963, Malaysia mendapat ancaman komunis, rundingan –rundingan bagi mempercepat kemerdekaan dan proses dekolonisasi atau penjajahan British dalam aspek politik.

mervin
Télécharger la présentation

BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 6 : PENGUKUHAN NEGARA DAN BANGSA MALAYSIA • Langkah-langkah pembentukan Malaysia • Dari tahun 1957 hingga 1963, Malaysia mendapat ancaman komunis, rundingan –rundingan bagi mempercepat kemerdekaan dan proses dekolonisasi atau penjajahan British dalam aspek politik. • Bukan itu sahaja, malah dalam aspek ekonomi, negara kita telah mewujudkan satu pasaran perdagangan yang lebih luas. Di samping itu, aktiviti ekonomi negara dapat menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian, Dari itu, negara memanfaatkan keistimewaan dari pelbagai sumber ekonomi. • Manakala dalam aspek sosial pula, pelbagai jalan penyelesaian diguna pakai untuk mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum.

  2. Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah serta Brunei untuk menerangkan konsep , tujuan dan matlamat penubuhan Malaysia • Mengadakan rundingan antara pegawai-pegawai kanan Persekutuan Tanah Melayu dengan pegawai-pegawai British dari Sarawak , Sabah dan Singapura • Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) ditubuhkan pada Julai 1961. • Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching, Kuala Lumpur dan Singapura

  3. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold • Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK) • Penubuhan MAPHILINDO • Bertujuan untuk mencari penyelesaian dengan bantuan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu. • Isu Ganyang Malaysia --- Malaysia menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB dan mengadakan lawatan ke beberapa buah negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia

  4. Setiausaha Agung PBB U Thant menghantar perwakilan Malaysia ke PPB membincangkan penubuhan Malaysia. • PBB hantar wakil ( Lawrence Michaelmore) bersama-sama 7 wakil luar meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak. • Hasilnya majoriti rakyat bersetuju menyertai Malaysia.

  5. Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) • ditubuhkan pada Julai 1961. • Pengerusi JPPK ialah Donald Stephens. • Peranan JPPK menerangkan tentang gagasan Malaysia. • Mengumpul pandangan penduduk.

  6. Menggalakkan kegiatan ke arah pembentukan Malaysia. • Mesyuarat JPPK sebanyak empat kali di Jesselton , Kuching Kuala Lumpur dan Singapura • Brunei menghantar pemerhati menghadiri tiga mesyuarat terakhir • Ahli JPPK iaitu Tunku Abdul Rahman, Ong Yoke Lin, Khir Johari, Lee Kuan Yew, Tun Datu Mustapha Datu Harun

  7. Tunku Abdul Rahman (Bapa Kemerdekaan) • Pembentukan Malaysia memberi kesan positif sehingga kini • Contohnya: ( a ) Tunku Abdul Rahman menyegerakan kemerdekaan negeri-negeri anggota. ( b ) Berani menjadi benteng kukuh menghadapi ancaman komunis. ( c ) mewujudkan satu pasaran ekonomi yang lebih luas. ( d ) memajukan Sabah dan Sarawak.

  8. Penubuhan Suruhanjaya Cobbold • Dianggotai oleh Lord Cobbold, Sir Anthony Abell, Sir David Watherton, Dato’ Wong Pow Nee dan Tan Sri Ghazali Shafie. • Tujuannya meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia. • Membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada British. • Menerima memorandum yang dikemukakan oleh pelbagai pertubuhan. • Mulamenjalankan tugas Februari hingga April 1962.

  9. Jun 1962: mengemukan laporan kepada kerajaan British. • • 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong tanpa syarat. • • 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dengan syarat. • • Iaitu kepentingan mereka harus dilindungi. • • 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak mahukan kemerdekaan • terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.

  10. Cadangan Suruhanjaya Cobbold • Perlembagaan Malaysia berasaskan kepada Perlembagaan Pesekutuan Tanah Melayu 1948. • Sarawak dan sabah diberi kuasa menentukan dasar imigresen. • Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. • Jaminan hak dan kedudukan bumiputera.

  11. Penubuhan Jawatankuasa Antara Kaum (JAK)

  12. Sebab tarikh pembentukan Malaysia terpaksa ditunda • Laporan daripada PBB tidak dapat disiapkan • Tentangan daripada Indonesia • Tentangan Filipina • Brunei menarik diri pada saat-saat akhir • Tekanan komunis

  13. Peristiwa yang membawakepadaPerjanjianMalaysia 1963 • Diluluskan oleh Parlimen Britain • Ratu Elizabeth II memperkenankan Akta Malaysia • Parlimen Tanah Melayu meluluskan Perjanjian Malaysia • Diluluskan oleh Dewan Perhimpunan Singapura

  14. -Diluluskan oleh Majlis Undangan Sarawak • - Diluluskan oleh Majlis Undangan Sabah • Yang Dipetuan Agong memperkenankan • Akta Malaysia

  15. Kandungan Akta Malaysia • Hal ehwal luar menjadi tanggungjawab Kerajaan Persekutuan • Agama Islam merupakan agama rasmi Persekutuan , tetapi di Sarawak dan Sabah agama lain bebas diamalkan • Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan tetapi Bahasa Inggeris dan bahasa lain boleh digunakan

  16. • Sarawak dan Sabah diberi kuasa mengawal imigresen dan perkhidmatan awam• Sarawak memperoleh 24 kerusi , Sabah 16 kerusi Singapura 15 kerusi bagi perwakilan Parlimen• Rakyat bumiputera di Sarawak dan Sabah mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu di Persekutuan Tanah Melayu

  17. SPM 2007 16 September 1963 Perisytiharan Malaysia 31 Ogos 1957 Perisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu

  18. 4. Garis masa di atas menunjukkan perubahan yang dialami oleh masyarakat negara kita dalam tempoh enam tahun. • Jelaskan faktor yang membawa kepada perubahan tersebut dari aspek berikut: • Politik (1M) • Ekonomi (1M) • Sosial (1M)

  19. ( b ) Apakah tindakan Malaysia untuk menghadapi tentangan daripada Indonesia? (2M) ( c ) Jelaskan peranan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Kaum (JPPK) dalam pembentukan Malaysia. (1M) ( d ) Berikan dua bukti Perjanjian Malaysia dibentuk dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan semua negeri anggota. (2M) ( e ) Tindakan bijak Tunku Abdul Rahman membentuk Malaysia memberi kebaikan kepada rakyat negara kita sehingga kini. Berikan dua bukti untuk menyokong pernyataan di atas. (2M)

More Related