140 likes | 584 Vues
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA. Aspek Bahasa Corak bahasa Melayu dapat diperincikan melalui empat matra atau dimensi, iaitu: Bentuk (lisan dan tulisan). Tahap Penguasaan Tahap Penggunaan Mutu bahasa MINGGU 2. Bentuk Bahasa Melayu
E N D
ASPEK BAHASA DAN FUNGSI BAHASA Aspek Bahasa Corak bahasa Melayu dapat diperincikan melalui empat matra atau dimensi, iaitu: Bentuk (lisan dan tulisan). Tahap Penguasaan Tahap Penggunaan Mutu bahasa MINGGU 2
Bentuk Bahasa Melayu Dari segi bentuk, bahasa Melayu dapat dianalisis melalui ciri pengungkapan bahasa lisan dan bahasa tulisan. Terdapat perbezaan antara bahasa lisan dan bahasa tulisan. Bahasa Lisan • Bersifat agak bebas, seperti yang digunakan dalam temu bual atau wawancara. • Bersifat mesra atau kehadiran tanda kemesraan, misalnya menggunakan kata ganti nama yang mesra. • Tatabahasa: tidak mementingkan kesempurnaan tatabahasa kerana menggunakan strategi seperti memendekkan kata atau menggugurkan bahagian tertentu dalam ayat. Selain itu, terdapat juga penggunaan unsur bukan bahasa atau parabahasa (paralinguistik).
Bahasa Tulisan • Terkawal dan dapat diedit atau disunting. • Bersifat rasmi dan kerasmiannya lebih ketara dalam wacana tulisan. • Tatabahasa: mementingkan tatabahasa yang sempurna
Bahasa Tulisan Pada umumnya, ada dua jenis bahasa tulisan, iaitu: • Bahasa tulisan umum: tidak mementingkan semua ciri bahasa tulisan tetapi diterima umum kerana ada kelaziman tertentu. Contoh penggunaannya seperti dalam akhbar, majalah, risalah, iklan, sepanduk, dan lain-lain. • Bahasa tulisan rapi: terancang, tersusun, dan disunting dengan teliti.
Bahasa Lisan Bahasa lisan dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu: • Bahasa lisan subbaku: bahasa lisan yang tidak terkawal, mengandungi unsur tempatan atau bersifat individu (ideolek). Jenis bahasa yang tergolong dalam kategori ini ialah dialek dan bahasa pasar. • Bahasa lisan umum: adanya unsur bahasa basahan, seperti kependekan dan penggunaan kata ganti nama yang kurang rasmi tetapi masih mengekalkan bentuk panggilan hormat dan bersopan. • Bahasa lisan terkawal: diungkapkan dalam konteks rasmi, menggunakan bahasa terkawal. Sistem panggilan, tatabahasa dan intonasi amat dipentingkan.
Tahap Penguasaan • Peringkat penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan pengguna bahasa mengikut konteks dan tahap tertentu. • Pengguna bahasa mestilah menguasai tahap kemampuan berbahasa yang berpadanan. • Dapat menggunakan neka bahasa dan ragam bahasa mengikut konteks dan bidang. • Dua tahap penguasaan bahasa, iaitu tahap budaya dan tahap fungsional.
Tahap Budaya Penguasaan bahasa lisan pada tahap budaya mempunyai ciri yang berikut: • Mengandungi unsur tempatan. • Mengandungi unsur individu – dialek dan ideolek. • Pertuturan bersahaja dalam konteks tidak formal. • Pertuturan oleh cendekiawan yang biasanya menghilangkan ciri bahasa lisan yang umum, seperti kependekan dan kemesraan. • Penggunaan sebutan yang lebih tekal (konsisten).
Tahap Fungsional Dimaksudkan dengan taraf penggunaan bahasa yang diperlukan oleh pengguna bahasa untuk memenuhi tugas tertentu dalam kehidupan seharian. • Bahasa lisan pada tahap ini bersifat terkawal. • Digunakan dalam situasi formal, seperti dalam penyampaian berita di radio atau televisyen. iii. Bahasa tulisan pada tahap fungsional digunakan dalam majalah, jurnal, laporan, catatan minit mesyuarat dan sebagainya.
Tahap Penggunaan Penggunaan bahasa yang sempurna memerlukan pengolahan bahasa yang baik. Untuk mencapai kesan yang maksimum, seseorang pengguna bahasa perlu menguasai aspek yang berikut: • Kemahiran bahasa • Penghayatan • Pengetahuan • Penglahiran • Penghujahan • Kekritisan • Mekanik Penulisan
Mutu Bahasa Mutu bahasa bermaksud kemampuan seseorang menggunakan bahasanya. Kemampuan ini merangkumi ciri yang berikut: • Ketepatan • Kewajaran • Kematangan • Kelancaran • Keluwesan • Gaya • Laras