1 / 12

Pembentangan Kajian Kes

PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENGURUSAN KESELAMATAN INDUSTRI SESI 2008/2009. Pembentangan Kajian Kes. “Government of Malaysia vs Jumat Bin Mahmud Federal Court Civil Appeal (1977)”. Kumpulan 4 24 Mei 2009 Prof. Dr Kamal Halili bin Hassan.

neve-wagner
Télécharger la présentation

Pembentangan Kajian Kes

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PROGRAM EKSEKUTIF SARJANA PENGURUSAN KESELAMATAN INDUSTRI SESI 2008/2009 Pembentangan Kajian Kes “Government of Malaysia vs Jumat Bin Mahmud Federal Court Civil Appeal (1977)” Kumpulan 4 24 Mei 2009 Prof. Dr Kamal Halili bin Hassan Kursus Undang Undang Industri dan Alam Sekitar

  2. Pengenalan Kumpulan • Abdul Rahman bin Hussein GP 00001 • Arunan a/l Karuppan GP 00005 • M Khalil bin Ishak GP 00021 • Pramjit Singh a/l Banga Singh GP00087

  3. Isi Kandungan • Pengenalan • Ringkasan Fakta Kes • Perbincangan Kes • Kesimpulan Kajian

  4. Pihak Yang Terlibat • Kes Rayuan Oleh Kerajaan Malaysia • Mahkamah : Persekutuan • Plaintif : Kerajaan Malaysia • (Kementerian Pelajaran) • Responden : Jumat Bin Mahmud • Hakim : Raja Azlan Shah, Suffian, Wan Suleiman • Tahun : 14 April 977

  5. Ringkasan Fakta Kes • Seorang pelajar, telah mencucuk sebatang pin di peha rakan sekelasnya Azmi Bin Manan (11thn) . • Ketika memusing (akibat terkejut), mata kanan Azmi telah tercucuk dengan sebatang pensil tajam yang ada pada tangan rakan-nya. • Akibatnya, mata kanan Azmi Bin Manan telah cedera dan terpaksa dibedah keluar. • Beliau (responden) dan bapanya telah mengambil kausa tindakan mahkamah untuk menuntut ganti rugi di bawah Tort Kecuaian. • Penghakiman Mahkamah Tinggi telah memihak kepada responden berdasarkan hujah bahawa kecederaan itu adalah diakibatkan oleh kecuaian (negligence) dari pihak guru sekolah yang tidak mengambil langkah berjaga jaga (duty of care). • Kerajaan Malaysia telah merayu (appeal) ke Mahkamah Persekutuan.

  6. Untuk menentukan perayu telah melakukan pemecahan tugas /ukuran kewaspadaan yang dilihat ujian’ orang yang munasabah (the reasonable man), hakim perlu menimbangkan sama ada :- i) - Risiko kecederaan yang ditanggung oleh si plaintif dapat diramalkan ii) - Jika jawapannya adalah positif, sama ada pihak perayu telah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah untuk melindungi si responden dari risiko tersebut. Di dalam kes ini, bukti2 yang dibentangkan tidak memenuhi kelayakan bahawa kecederaan yang di alami si plaintif – responden adalah merupakan jenis kecederaan yang diboleh ramalkan akibat dari kelalaian guru sekolah tersebut. Perbincangan Kes: Keputusan Mahkamah PersekutuanRaja Azlan Shah memutuskan

  7. 3. Ia tidak boleh dikatakan guru sekolah tersebut telah mendedahkan plaintif-responden kepada satu kelas kecederaan yang boleh diramalkan secara munasabah. 4. Kesimpulan tidak boleh dibuat bahawa dengan merujuk pada bukti bukti bahawa jika penjagaan yang lebih teliti kepada kelas tersebut, ini akan mengelakkan si plaintif daripada mengalami kecederaan tersebut. 5. Akhirnya, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Defendant (perayu) tidak perlu bayar gantirugi kerana kecederaan yang tidak dapat diramalkan. Perbincangan Kes:

  8. Perbincangan Kes Tiga (3) Prinsip telah diguna pakai: Prinsip Pertama 1) Ujian KEWASPADAAN Ujian orang yang munasabah (the reasonable man”) dalam Blyth v Birmingham Waterworks Co (1856)11Ex 781. Ujian ini adalah satu ukuran yang dikenakan oleh undang-undang berdasarkan persoalan fakta amnya. Defendant mestilah mempunyai satu keseimbangan dan beban terhadap apa yang patut dan tidak patut dilakukan olehnya. Sebagai orang yang munasabah defendant dinilai sama ada dalam keadaan yang didudukinya, beliau telah bertindak secara patut atau tidak. Jika ia berbuat sesuatu yang patut (yakni sesuatu orang yang munasabah yang lain akan buat), ia tidak akan dikenakan sebarang tanggungan dan sebaliknya.

  9. Perbincangan Kes Prinsip Kedua 2) Ujian PENYEBAB (causation) Yang perlu dibuktikan adalah ujian ‘jika tidak’. Menurut ujian ini jika sesuatu akibat tidak mungkin terjadi jika tidak disebabkan oleh sesuatu peristiwa tertentu maka peristiwa itu adalah penyebab. Adakah guru telah mengambil langkah waspada yang mencukupi,” jika tidak maka guru tersebut adalah bertanggungan.

  10. Perbincangan Kes Prinsip Ketiga 3) UJIAN KETERPENCILAN KEROSAKAN (Remoteness of Damage) • Ujian akibat langsung (direct consequence test). • Re Polemis (1921)3 KB 560. • ii) Ujian pralihat munasabah (reasonable foreseeability test) • The Wagon Mound ; jika kerosakan berlaku berpunca dari kebakaran untuk meletakan liability ke atas si defendan, beliau mesti boleh meramal bahawa kerosakan berpunca dari kebakaran. • Dalam kes ini pensil bukanlah satu alat yang merbahaya dan semua murid mengunakannya. • Kerosakan kepada mata tidak boleh diramalkan.

  11. Kesimpulan Kajian • Kumpulan 4 bersetuju dengan keputusan hakim berdasarkan prinsip/ujian digunakan • Pemahaman Undang Tort & Prinsip adalah penting dalam pengurusan keselamatan • Prinsip Wagon Mound memberi panduan untuk penilaian risiko yang sempurna (dimana persoalan dalam kes ini adalah berkaitan dengan ujian pralihat munasabah) • Kewajipan Berjaga-Jaga –(Duty Of Care)

  12. TERIMA KASIH

More Related