1 / 28

PEMBENTANGAN KES ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD V KEJURUTERAAN BESI DAN PEMBINAAN ZAMAN KINI

PEMBENTANGAN KES ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD V KEJURUTERAAN BESI DAN PEMBINAAN ZAMAN KINI. CIVIL SUIT NO 23-13 OF 1994 MAHKAMAH TINGGI (KOTA BHARU) 4 JUN 1998 ARIFIN ZAKARIA J. Oleh: BAHARIM YAAKUB (GP00009) MEGAT ISKANDAR SAPELI (GP00019) ISKANDAR SHAARI (GP00013)

teddy
Télécharger la présentation

PEMBENTANGAN KES ABDUL RAHIM BIN MOHAMAD V KEJURUTERAAN BESI DAN PEMBINAAN ZAMAN KINI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PEMBENTANGAN KESABDUL RAHIM BIN MOHAMADVKEJURUTERAAN BESI DAN PEMBINAAN ZAMAN KINI CIVIL SUIT NO 23-13 OF 1994 MAHKAMAH TINGGI (KOTA BHARU) 4 JUN 1998 ARIFIN ZAKARIA J Oleh: BAHARIM YAAKUB (GP00009) MEGAT ISKANDAR SAPELI (GP00019) ISKANDAR SHAARI (GP00013) MUHAMMAD KAMAL NORDIN (GP00036)

  2. Mahkamah: Mahkamah Tinggi Kota Bharu Hakim: Arifin Zakaria J Plaintif: Abdul Rahim bin Mohamad Defendan: Syarikat Kejuruteraan Besi dan Pembinaan ZamanKini Peguam mewakili plaintif: Wan Farlene binti Wan Adib (Wan Adib & Co) (Peguam Pendakwa) Peguam mewakili defendan: Aaron Abraham (Lachaman Lalchand & Associates) (Peguam Pembela) Saksi Pendakwa 1 (SP1): Dr Ruslan Saksi Pendakwa 3 (SP3): Fauzi bin Ariffin (rakan sekerja plaintif) Saksi Pembela 2 (SB2): Abdullah bin Hassan (rakan sekerja plaintif) Tarikh keputusan: 4 Jun 1998 PERINGKAT MAHKAMAH 2

  3. Pada 21 April 1992, plaintif bersama-sama dua orang rakan sekerja iaitu Fauzi bin Ariffin (SP3) dan Abdullah bin Hassan (SB2) telah diarahkan oleh defendan untuk membaiki siling dewan Sekolah Menengah Sains, Cheras, Kuala Lumpur. • Plaintif bersama-sama SP3 dan SB2 telah • memasang perancah setinggi 20 kaki (6.1 meter). • Tiada sebarang rel pengadang di sekeliling • platfom bekerja. • Plaintif tidak didaftarkan dengan PERKESO • pada hari kemalangan berlaku. FAKTA DAN PERISTIWA 3

  4. Ketika plaintif sedang berada di atas platfom perancah, beliau meminta SP3 menolah perancah ke bahagian lain di dalam dewan. • Ketika sedang ditolak oleh SP3, perancah mula bergegar dan plaintif yang hanya memegang pada platfom sambil meminta SP3 supaya memperlahankan pergerakan perancah. • Apabila perancah mula tumbang, plaintif telah melompat ke arah dinding untuk berpaut pada sebuah kotak kayu di dinding yang tingginya adalah sama dengan platfom perancah. Namun begitu, plaintif gagal untuk berpaut dan terus jatuh ke lantai. • Plaintif telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dan terlantar di hospital selama 50 hari (21 April 1992 sehingga 9 Jun 1992). • Plaintif kemudiannya mendapatkan rawatan susulan di Hospital Kota Bharu. FAKTA DAN PERISTIWA 4

  5. Keterangan Saksi Pendakwa 3 (SP3) – Fauzi bin Arifin • SP3 telah meminta plaintif untuk turun ke bawah terlebih dahulu sebelum menolak perancah. • Plaintif enggan untuk turun. • Apabila mula menolak, perancah terbabit mula bergegar dan terus tumbang. • SP3 melihat plaintif terbaring kesakitan di atas lantai berhampiran dengan dinding dewan. KETERANGAN SAKSI 5

  6. Keterangan Saksi Pembela 2 (SB2) – Abdullah bin Hassan • SB2 telah memberikan keterangan kejadian yang sedikit berbeza. • Beliau dan SP3 telah meminta plaintif supaya turun ke bawah terlebih dahulu, tetapi plaintif memaklumkan bahawa dia akan berpaut pada kotak kayu di dinding dewan ketika peranca sedang bergerak. • Ketika sedang berpaut, plaintif berasa hendak terjatuh dan telah melompat kembali ke atas platfom perancah lalu mengakibatkan perancah tumbang. • Namun begitu, mahkamah sukar menerima keterangan kejadian oleh SB2 dengan sebab-sebab berikut: • a. SB2 berada pada jarak yang agak jauh daripada perancah, • berbanding SP3 yang terlibat secara langsung menolak perancah. • b. Perbuatan plaintif seperti mana diterangkan oleh SB2 adalah • sangat tidak munasabah untuk dilakukan oleh seorang yang waras. KETERANGAN SAKSI 6

  7. Keterangan Saksi Pendakwa 1 (SP1) – Dr Ruslan • Laporan perubatan terakhir bertarikh 14 Februari 1995 yang dikeluarkan oleh Dr Ruslan (SP1) di Hospital Kota Bharu memberikan butiran terperinci seperti berikut: • a. The 25 years old young man sustained a compression fracture • of the L1 (lumbar one) vertebra with associated neurology. • b. He was initially paralysed but regained incomplete recovery of • his neurology with residual dysfunction of his bladder and bowel • and both ankles. All these abnormalities are due to the fractured • lumbar vertebra and affecting the spinal nerve roots. • c. The impaired sensation in both lower limbs, inability to move • both feet and difficulties in both micturition and bowel opening will • be permanent. KETERANGAN SAKSI 7

  8. d. The pain and discomfort he experienced over the back is secondary to the injury he sustained over the lumbar vertebra. These experiences can be lessen with physiotherapy and medication. e. He will have to use permanent foot drop checks in his shoes to help him in his walking. Use of walking aid will be of great help to him. He will not be able to use other kind of foot wears like slippers. f. He will not be able to be involved in activities requiring free use of his lower limbs. g. He can be gainfully employed in sedentary jobs requiring free use of his upper limbs but not his lower limbs. h. He has to take extra care of both his anaesthetic foot and outer aspect of his legs so as to prevent cuts and ulceration developing. KETERANGAN SAKSI 8

  9. 1. Plaintif merupakan pekerja am kepada defendan mulai Disember 1990 hingga tarikh kemalangan berlaku. 2. Kemalangan berlaku ketika plaintif sedang bekerja dan digaji oleh defendan. 3. Gaji plaintif pada hari kemalangan berlaku ialah sebanyak RM 26 sehari. 4. Pada masa kemalangan, tiada sebarang caruman kepada PERKESO dibuat oleh plaintif dan defendan. 5. Tiada pembayaran diterima oleh plaintif daripada PERKESO berkaitan kemalangan terbabit. FAKTA KES 9

  10. Hujah Peguam Pembela • Peguam Pembela memohon mahkamah supaya memutuskan terlebih dahulu isu samada plaintif adalah “orang berinsuran” sepertimana ditafsirkan di dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, dan seterusnya dihalang mendapat gantirugi pemulihan daripada defendan yang disebabkan oleh kecederaan pekerjaan di bawah common law atau undang-undang lain yang berkuatkuasa pada masa itu. • Seksyen 2(11) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 mentakrifkan “Orang berinsuran” seperti berikut: • “Orang berinsuran” ertinya seseorang pekerja yang mengenainya • carum-carum adalah kena atau telah kena dibayar di bawah Akta • ini, dan, oleh sebab yang demikian, ianya adalah berhak kepada • apa-apa faedah yang diperuntukan oleh Akta ini. HUJAH-HUJAH 10

  11. Hujah Peguam Pembela (sambungan) • Dengan merujuk kepada penghakiman kes Tan Peng Loh v Lee Aik Fong & Anor [1982] 1 MLJ 74, yang merujuk kepada Seksyen 31 Akta ini, yang mana “orang berinsuran” dihalang daripada mendapat gantirugi pemulihan daripada defendan yang disebabkan oleh kecederaan pekerjaan di bawah common law atau undang-undang lain yang berkuatkuasa pada masa itu. • Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, Seksyen 31 – Liabiliti majikan dan pengkhidmatnya. • Seseorang yang berinsurans atau orang tanggungannya tidak • berhak menerima atau mendapat daripada majikan orang • berinsuran itu, atau daripada mana-mana orang lain yang • merupakan pengkhidmat majkan itu, apa-apa pampasan atau ganti • rugi di bawah mana-mana undang-undang lain yang sedang • berkuatkuasa berkenaan dengan bencana kerja yang berlaku • padanya sewaktu menjadi seorang pekerja di bawah Akta ini. HUJAH-HUJAH 11

  12. Hujah Peguam Pendakwa • Peguam Pendakwa dengan merujuk kepada penghakiman kes Lian Ann Lorry Transport & Forwarding Sdn Bhd v Govindasamy [1982] 2 MLJ 232, memaklumkan bahawa plaintif bukanlah “orang berinsuran” kerana plaintif dan defendan tidak pernah didaftarkan dengan PERKESO. • Hujah Peguam Pembela • Tidak bersetuju dengan taktif “orang berinsuran” di dalam kes terbabit kerana keputusan kes terbabit tidak lagi sesuai digunakan sebagai sumber perundangan kerana takrifan di dalam kes terbabit dibuat sebelum takrifan “orang berinsuran” diperkenalkan di dalam Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. HUJAH-HUJAH 12

  13. Mahkamah memutuskan bahawa tafsiran semasa “orang berinsuran” di dalam Akta menyatakan secara jelas bahawa tidak lagi penting samada industri atau pekerja didaftarkan, asalkan Akta tersebut terpakai. • Plaintif merupakan “orang berinsuran” di bawah Akta tersebut dan disebabkan oleh Seksyen 31 Akta ini, plaintif dihalang daripada mendapat gantirugi pemulihan daripada defendan yang disebabkan oleh kecederaan pekerjaan di bawah common law atau undang-undang lain yang berkuatkuasa pada masa itu. • Mahkamah menolak tuntutan plaintif dengan kos. • Namun begitu, Akta terbabit tidak menghalang plaintif menuntut gantirugi terhadap kecuaian defendan yang melanggar tanggung jawab dan pematuhan terhadap common law dan undang-undang berkanun. ULASAN MAHKAMAH 13

  14. Plaintif telah menuntut bahawa kecederaan yang dialaminya adalah akibat daripada kecuaian defendan seperti berikut: • a. Gagal menyediakan tempat kerja yang selamat kepada plaintif. • b. Mendedahkan plaintif kepada risiko kecederaan yang mana • defendan telah tahu atau sepatutnya tahu. • c. Menyediakan perancah yang tidak selamat untuk kegunaan • plaintif walaupun defendan telah tahu bahawa alat tersebut tidak • selamat untuk digunakan dan tidak berfungsi dengan sempurna. • d. Defendan gagal untuk menyediakan alat-alatan kerja yang • sempurna dan sesuai kepada plaintif untuk menjalankan kerja • kerja yang diarahkan oleh defendan. TUNTUTAN PLAINTIF 14

  15. Hujah Peguam Pendakwa • Berdasarkan sebab-sebab kecuaian terbabit, mendakwa defendan telah melanggar tanggungjawab dan pematuhan terhadap common law dan undang-undang berkanun seperti berikut: • a. Berdasarkan common law, dengan merujuk kepada Halsbury’s • Laws of England (Edisi ke-4) perenggan 978, timbul daripada • hubungan antara tuan dan hamba, adalah menjadi tanggungjawab • tuan untuk bertindak secara munasabah untuk menjaga • keselamatan pekerja-pekerjanya dalam apa-apa keadaan daripada • terdedah kepada risiko yang tidak sepatutnya. Di antara tanggung • jawab terbabit ialah: • i. Menyediakan loji dan peralatan yang betul dan sesuai. • ii. Menyediakan dan menyelenggara secara munasabahnya • sistem bekerja yang selamat. HUJAH-HUJAH 15

  16. Hujah Peguam Pendakwa (sambungan) b. Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan Keselamatan). i. Peraturan 74(1) – Tiada perancah boleh dibina atau sebahagian besarnya diubah atau ditanggalkan kecuali di bawah penyeliaan terus boleh orang yang ditetapkan. ii. Peraturan 74(2) – Semua bahan yang akan digunakan untuk pembinaan perancah hendaklah diperiksa oleh orang yang ditetapkan setiap kali sebelum ia digunakan. iii. Peraturan 77(3) – Mana-mana perancah bergerak atau perancah yang boleh digerakkan di atas roda atau alat luncur, melainkan jika ia perancah ampaian atau andohan hendaklah – (c) dipasang secukupnya untuk mencegah daripada bergerak apabila seseorang bekerja diatasnya. HUJAH-HUJAH 16

  17. Hujah Peguam Pendakwa (sambungan) iv. Peraturan 85(1) – Tertakluk kepada peruntukan Peraturan Peraturan ini, tiada perancah boleh digunakan melainkan jika – (a) ia telah diperiksa oleh orang yang ditetapkan dalam tempoh tujuh hari sebelum hari pemeriksaan itu. v. Peraturan 88(1) – Tiap-tiap tepi platform kerja atau tempat kerja, sebagai bahagian tepi yang mana ada kemungkinan seseorang itu terjatuh dari jarak lebih daripada 3 meter hendaklah diperuntukkan dengan rel pengadang yang sesuai atau rel pengadang yang cukup kuat setinggi sekurang kurangnya satu meter dari aras platform atau tempat dan di atas mana-mana tempat berdiri yang dinaikkan di atas platfom, dan mempunyai bod jari yang tingginya yang mencukupi tetapi tidak boleh kurang daripada 300 milimeter dan ditempatkan sedemikian untuk mencegah seberapa yang mungkin orang, bahan dan alat terjatuh daripada platform atau tempat itu. HUJAH-HUJAH 17

  18. Hujah Peguam Pendakwa (sambungan) c. Peraturan-Peraturan (Keselamatan, Kesihatan dan Kebajikan) Kilang dan Jentera 1970. Peraturan 12 – Jika seseorang dikehendaki bekerja pada suatu tempat dari mana ia mungkin terjatuh dari setinggi lebih daripada sepuluh kaki cara-cara keselamatannya hendaklah disediakan dan, jika praktik, cara-cara itu hendaklah termasuk menggunakan tali sawat-tali sawat atau tali-tali keledar. HUJAH-HUJAH 18

  19. Hujah Peguam Pembela • Mengikut prosedur kerja, pekerja perlu turun ke bawah sebelum perancah digerakkan ke tempat lain. Keengganan plaintif untuk turun dari perancah walaupun diminta oleh SP3, turut menyumbang kepada kemalangan, yang mana telah melanggar Seksyen 24(1)(a) dan (d) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, dengan merujuk kepada penghakiman kes Boyle v Kodak Ltd [1969] 2 All ER 439. • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, Seksyen 24(1) – Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap pekerja yang sedang bekerja – • (a) Untuk memberikan perhatian yang munasabah bagi • keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin • terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja. • (d) Untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang • keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh • majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah • Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawahnya. HUJAH-HUJAH 19

  20. Berdasarkan kepada hujah dan bukti, mahkamah bersetuju bahawa defendan gagal mematuhi tanggungjawab terhadap common law dan undang-undang berkanun dalam memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja-pekerjanya pada hari kemalangan terbabit. • Merujuk kepada Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-Kerja Binaan Kejuruteraan Keselamatan), mahkamah mendapati: • a. Defendan tidak mematuhi Peraturan 74(1) kerana tidak melantik • seorang penyelia ketika kerja memasang perancah. • b. Perancah tidak dicegah daripada bergerak ketika terdapatnya orang • yang bekerja di atasnya seperti mana diperlukan oleh Peraturan 77(3)(c). • c. Perancah tidak diperiksa oleh orang yang dilantik dalam tempoh • 7 hari seperti mana dinyatakan oleh Peraturan 85(1). • d. Perancah juga tidak dilengkapkan dengan rel pengadang sepertimana • diperlukan oleh Peraturan 88(1). ULASAN MAHKAMAH 20

  21. Mahkamah mendapati plaintif juga telah menyumbang kepada kecuaian yang bertentangan dengan Seksyen 24(1)(a) dan (d) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 sehingga menyebabkan kemalangan yang mendatangkan kecederaan kepada dirinya. • Konsep menyumbang kepada kecuaian oleh plaintif juga diterangkan di dalam penghakiman kes Lai Yew Seong v Chan Kim Sang [1987] 1 MLJ 403 seperti berikut: • Perkataan “kecuaian” tidak digunakan di dalam maksud yang biasa. • Kebiasaannya kecuaian bermaksud pelanggaran tanggungjawab berhati- • hati, tetapi apabila digunakan terhadap ungkapan “menyumbang kepada • kecuaian”, ia tidak bermaksud pelanggaran tanggungjawab berhati-hati. • Ia bermaksud kegagalan seseorang secara munasabahnya menjaga • keselamatan dirinya dan hartanya, maka dengan ini dia telah menjadi • pencipta kepada kesalahannya (dengan merujuk kepada Parke B dalam • penghakiman Bridge v Grand Junction Ry [1838] 150 ER 1134 dan • Lord Maugham dalam penghakiman R v Southern Canada Power Co • [1937] 3 All ER 923 at p 930). ULASAN MAHKAMAH 21

  22. Oleh yang demikian, mahkamah memutuskan bahawa kedua-dua defendan dan plaintif perlu dipersalahkan sama rata ke atas kemalangan yang berlaku. • Mahkamah berpendapat bahawa kemalangan dapat dielakkan jika defendan mempraktikkan pengawasan dan amalan kerja yang betul. Plaintif juga sepatutnya memikirkan keselamatan dirinya dan tidak berada di atas platfom perancah semasa perancah terbabit sedang digerakkan. • Mahkamah memutuskan gantirugi yang perlu ditanggung oleh defendan seperti berikut: • a. Special damages. • i. Gantirugi kos laporan perubatan. • ii. Gantirugi kehilangan pendapatan. • b. General damages. • i. Gantirugi menanggung penderitaan dan kesakitan. • ii. Gantirugi kehilangan pendapatan di masa hadapan. KEPUTUSAN MAHKAMAH 22

  23. Special Damages 1. Gantirugi kos laporan perubatan. Kos laporan perubatan ialah sebanyak RM 720. Dengan tanggungan 50%, kos ini menjadi RM 360. 2. Gantirugi kehilangan pendapatan. Plaintif menyatakan gaji yang diterimanya ialah sebanyak RM 26 sehari. Setelah mengambil kira cuti hujung minggu dan cuti umum, gaji plaintif secara puratanya ialah sebanyak RM 600 sebulan. Berdasarkan kepada laporan perubatan, plaintif boleh menggunakan anggota tangan dengan sepenuhnya, tetapi bukan anggota kakinya. Dalam tempoh 2 tahun dari tarikh kemalangan, adalah tidak munasabah untuk plaintif mendapat pekerjaan yang sesuai dengannya. Justeru, jumlah gantirugi kerana kehilangan mata pencarian dalam tempoh 2 tahun selepas mengalami kecederaan ialah RM 600 x 24 bulan = RM 14,400. JUMLAH GANTIRUGI 23

  24. Special Damages (sambungan) Mahkamah juga bersetuju bahawa pendapatan plaintif dalam tempoh 4 tahun seterusnya akan berkurangan akibat daripada kecederaan terbabit. Dengan merujuk kepada penghakiman kes Ho Teck Fah v Looi Wah t/a Looi Construction [1981] 1 MLJ 162, yang mana kecederaan adalah sama dengan kecederaan yang dialami plaintif, mahkamah memutuskan pendapatan plaintif berkurangan sebanyak 80%. Maka dengan ini, pendapatan yang mampu diraih oleh plaintif hanyalah sebanyak RM 120 sebulan. Justeru, jumlah gantirugi akibat kehilangan 80% mata pencarian sepanjang 4 tahun seterusnya ialah RM 480 x 48 bulan = RM 23,040. Jumlah tanggungan sepenuhnya ialah RM 14,400 + RM 23, 040 = RM 37,440. Dengan tanggungan 50% jumlah gantirugi berkurangan kepada RM 18,720. JUMLAH GANTIRUGI 24

  25. General Damages 1. Gantirugi menanggung penderitaan dan kesakitan. Dengan merujuk kepada penghakiman kes Tan Ah Kau v The Government of Malaysia [1997] 2 AMR 1382, gantirugi bagi kecederaan yang hampir sama ialah sebanyak RM 150,000. Justeru, mahkamah menetapkan gantirugi menanggung penderitaan dan kesakitan bagi tanggungan sepenuhnya ialah sebanyak RM 150,000. Dengan tanggungan 50%, jumlah gantirugi berkurangan kepada RM 75,000. 2. Gantirugi kehilangan pendapatan di masa hadapan. Bagi gantirugi kehilangan punca pendapatan di masa hadapan selama tempoh 10 tahun berikutnya, jumlah tanggungan sepenuhnya ialah RM 480 x 120 bulan = RM 57,600. Dengan tanggungan 50%, jumlah gantirugi berkurangan kepada RM 28,800. JUMLAH GANTIRUGI 25

  26. 1. Special damages. a. Gantirugi kos laporan perubatan - RM 360 b. Gantirugi kehilangan pendapatan - RM 18,720 2. General damages. a. Gantirugi menanggung penderitaan dan - RM 75,000 kesakitan b. Gantirugi kehilangan pendapatan di masa - RM 28,800 hadapan Jumlah - RM 122,880 RINGKASAN GANTIRUGI 26

  27. Kemalangan berpunca daripada perancah yang tidak selamat (FMA 67, BOWEC) & tiada penyeliaan yang mencukupi (OSHA 94, S15 & S24). • Plaintif juga menyumbang kepada kecuaian sehingga terjadinya kemalangan yang menyebabkan kecederaan kepada dirinya. • Kedua-dua belah pihak defenden dan plaintif) telah gagal menjalankan tanggungjawab masing-masing (duty of care) dalam mematuhi undang-undang sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku dan mereka dipertanggungjawabkan sama rata ke atas kemalangan yang berlaku. KESIMPULAN 27

  28. Hukuman yang dikenakan adalah adil kerana kedua-dua pihak telah menyumbang kepada kecuaian sehingga mengakibatkan kemalangan. • Walaupun plaintif mendapat bayaran gantirugi, kecederaan yang dialami tidak setimpal dengan nilai wang ringgit kerana telah menjejaskan masa depannya. • Pihak defendan perlu lebih bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan kebajikan pekerja-pekerjanya. • Kemalangan boleh dicegah sekiranya pihak majikan dan pekerja bekerjasama untuk menitikberatkan amalan-amalan keselamatan. • Teori Iceberg menyatakan kos langsung untuk mencegah kemalangan adalah jauh lebih murah daripada kos tidak langsung (35 kali ganda). • IF YOU THINK SAFETY IS EXPENSIVE, TRY ACCIDENT! PANDANGAN KUMPULAN 28

More Related