1 / 11

INSTRUMEN KAJIAN

INSTRUMEN KAJIAN. BORANG SOAL SELIDIK Oleh: Jusang B. Bolong. BORANG SOAL SELIDIK. Takrif: Borang yang mengandungi susunan soalan-soalan yang teratur untuk ditadbir oleh penemubual dan diajukan kepada responden atau informan. Kepentingan Borang Soal Selidik.

reegan
Télécharger la présentation

INSTRUMEN KAJIAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. INSTRUMEN KAJIAN BORANG SOAL SELIDIK Oleh: Jusang B. Bolong

  2. BORANG SOAL SELIDIK Takrif: Borang yang mengandungi susunan soalan-soalan yang teratur untuk ditadbir oleh penemubual dan diajukan kepada responden atau informan

  3. Kepentingan Borang Soal Selidik • Untuk mendapatkan data-data daripada responden atau informan mengenai kajian yang dilakukan • Mengukur pembolehubah yang ingin dikaji • Membantu pencapaian objektif kajian • Membantu proses analisis data

  4. Kriteria Borang Soal Selidik • Borang soal selidik yang baik dan berkesan adalah: • Soal Selidik mencapai objektif kajian (matlamat penyelidikan) • Soal selidik mendapat maklumat paling tepat dan lengkap • Kos borang soal selidik yang sederhana • Soal selidik menyenangkan semua pihak

  5. Ciri Soalan yang baik dalam Borang Soal Selidik • Soalan spesifik dan tidak mengelirukan (elak salah tanggapan responden) • Soalan tidak terlalu banyak (jumlah soalan bersesuaian dengan objektif kajian, mengukur pembolehubah, soalan yang sederhana)

  6. Ciri Soalan yang baik dalam Borang Soal Selidik • Soalan dapat difahami oleh pengkaji sendiri/responden dengan mudah iaitu: pengkaji tahu masalah yang hendak dikaji, penemubual (enumerator) jelas makna soalan dan responden faham soalan untuk dijawab. • Soalan-soalan yang pendek

  7. Ciri Soalan yang baik dalam Borang Soal Selidik • Soalan-soalan tidak mendorong jawapan • Bahasa yang digunakan bersesuaian dengan kemampuan responden (mudah dan jelas) • Mempertimbangkan statistik yang bakal digunakan.

  8. Jenis –jenis Soalan • Soalan Fakta: soalan yang dikemukakan untuk mendapatkan data/fakta yang boleh diinterpretasikan menjadi maklumat seterusnya pengetahuan • Soalan pendapat: soalan yang dikemukakan secara terbuka (tidak mengandungi unsur betul/salah terhadap jawapan yang diberikan oleh responden.

  9. Susunan Soalan dalam Borang Soal Selidik 1. Pengenalan: a. Tajuk penyelidikan b. Kod responden/lokasi penyelidikan c. Kata pengantar (alu-aluan & penghargaan) d. Tujuan Penyelidikan e. Nama penyelidik & organisasi

  10. Susunan Soalan dalam Borang Soal Selidik 2. Soalan-soalan awal mudah dijawab (wujudkan kemesraan dulu). Lazimnya soalan yang mengandungi alternatif jawapan. 3. Soalan pendapat di bahagian akhir 4. Soalan yang sukar dijawab/berkaitan dengan diri responden boleh diletakkan di bahagian akhir. 5. Soalan menguji pengetahuan (cth: soalan ujian pengetahuan) di letak paling akhir.

  11. Format Soalan • Soalan berstruktur/tertutup/berskala: Soalan diikuti dengan jawapan yang disediakan oleh pengkaji untuk dipilih oleh responden (cth: Skala Likert & aneka pilihan atau dwi pilihan) • Tidak berstruktur: Jawapan tidak disediakan oleh pengkaji. Soalan yang terbuka dan bersifat pendapat. • Bercampur: Soalan tertutup dan soalan terbuka bercampur.

More Related