1 / 13

BAB 11 EKONOMI ISLAM

BAB 11 EKONOMI ISLAM. Kandungan. Definisi Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam Konsep Asas Ekonomi dan Kewangan Islam Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam Etika Dalam Ekonomi Islam Institusi Kewangan Islam. Definisi Ekonomi Islam

shadi
Télécharger la présentation

BAB 11 EKONOMI ISLAM

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 11 EKONOMI ISLAM

  2. Kandungan • Definisi • Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam • Konsep Asas Ekonomi dan Kewangan Islam • Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam • Etika Dalam Ekonomi Islam • Institusi Kewangan Islam

  3. Definisi • Ekonomi Islam • Suatu ilmu sains kemasyarakatan yang mengkaji tingkahlaku manusia dalam soal mengguna dan menguruskan sumber alam untuk kepentingan diri dan masyarakat bagi mendapat keredhaan Allah • Kewangan Islam • Sistem kewangan Islam (nizam al-mal al-Islami) = sebahagian daripada ekonomi Islam yang melibatkan aktiviti kewangan seperti perancangan dan pelaksanaan polisi pendapatan negara

  4. Falsafah Ekonomi dan Kewangan Islam • Konsep Tauhid • Setiap manusia mempunyai hak terhadap sumber alam ciptaan Allah. Justeru manusia hendaklah bekerjasama menegakkan kesaksamaan kerana tauhid membawa pengertian persaudaraan • Konsep Penguasaan • Allah sebagai penguasa. Oleh itu, hubungan manusia dengan ekonomi hendaklah berada pada peraturan yang telah ditentukan • Konsep Penyucian Akhlak (Tazkiyah) • Tujuannya adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dan memupuk rasa tanggungjawab sesama manusia melalui ibadah zakat dan sedekah • Hari pembalasan • Menyedari kesan pada hari pembalasan maka kegiatan ekonomi sentiasa berteraskan keadilan dan amanah • Manusia sebagai khalifah • Melaksanakan amanah bagi mencegah ketidakadilan • Kesamaan dan Persaudaraan • Saling hormat menghormati, bekerjasama, tidak mengeksploitasi dsb • Konsep Hak Milik • Hak milik mutlak = Allah. Manusia sebagai pemegang amanah – hak ke atas diri dan orang lain.

  5. Konsep Asas Ekonomi dan Kewangan Islam • Kebebasan individu • Hak memiliki harta • Ketidaksamaan ekonomi terkawal lazim • Keadilan dan kesaksamaan sosial • Jaminan sosial • Edaran kekayaan yang meluas • Pengharaman pengumpulan harta tak menentu • Pengharaman institusi anti-sosial • Kebajikan individu dan sosial

  6. Ciri Keistimewaan Ekonomi Islam • Sumber ekonomi daripada Allah. Manusia sebagai pemegang amanah • Hak milik individu diiktiraf tapi kepentingan masyarakat diutamakan • Mengamalkan prinsip kerjasama • Harta = sumber yang produktif untuk tingkat pengeluaran ekonomi negara • Mengutamakan pemilikan awam – keperluan air, elektrik dsb • Mengamalkan sifat taqwa bagi mengelakkan penindasan, diskriminasi dsb

  7. Etika Dalam Ekonomi Islam • Garis panduan yang perlu dipatuhi: • Pematuhan kontrak (perjanjian) • Elakkan penipuan iklan yang mengelirukan • Timbangan yang tepat • Tidak menyorok barang • Tidak melupuskan keluaran berlebihan • Tidak mengamalkan riba • Pengambilan pekerja yang berkebolehan • Adil terhadap pekerja

  8. Institusi Kewangan Islam Baitulmal • Perbendaharaan negara • Mula diperkenal pada zaman saidina Umar al-khattab. Tujuan – hapus kemiskinan dan pembangunan (pendidikan, agama, ketenteraan, pertanian dsb) • Sumber: • Zakat • Sumber kekayaan alam • Harta yang tidak jelas penggunaannya – sedekah, wakaf, kifarah, nazar, wasiat • Menerusi peperangan – ghanimah, jizyah dsb • Harta warisan yang tidak dihabiskan oleh waris / tidak berwaris, harta tercicir (luqatah) • Saham yang dijual melalui yayasan/institusi yang ditubuh oleh Baitulmal

  9. Wakaf • Sedekah, pemberian, hadiah dalam bentuk barang / harta milik yang bermanfaat oleh pihak tertentu untuk kegunaan awam • Pemilik tidak mempunyai apa2 lagi kepentingan ke atas hartanya melainkan pahala berterusan dan penerima wakaf sebagai pemegang amanah • Bukan tujuan maksiat • Untuk pembinaan masjid, rumah anak yatim dsb

  10. Perbankan Islam • 1983 - Akta Bank Islam diluluskan • 1983 – BIMB ditubuhkan • 1993 – SPTF ditawarkan oleh bank konvensional • Produk Perbankan Islam • Simpanan (al-Wadi’ah) • Pelaburan • Al-Mudharabah • Al-Musyarakah • Produk lain • Al-Wadi’ah yad Dhamanah • Al-Murabahah • Bai’ Bithaman Ajil • Bai’ Al-Dayn • Al-Ijarah • Al-Ijarah Thumma al-Bai’ • Bai’ Salam • Bai’ al-Istijrar • Al-Qardhul Hasan • Al-kafalah • Al-Wakalah • Al-Hiwalah • Al-Sarf • Al-Rahn • Al-Ujr • Al-Hibah

  11. Takaful • Persetujuan pihak penanggung untuk memberi ganti / pembayaran kepada yang ditanggung kerana kehilangan atau kerugian sesuatu akibat kejadian tidak diduga • Prinsip • Bantu membantu • Pengorbanan • Jaminan • Keselamatan / perlindungan • Sejarah Takaful di zaman Rasulullah: • Sistem al-Aqilah • Sistem al-Qasamah • Sistem akad Muwalah

  12. Al-Rahnu (pajak gadai) • Definisi • Cagaran yang diserah oleh peminjam kepada pemberi pinjam untuk jangkamasa tertentu • Rukun • Penggadai • Penerima gadaian • Barang gadaian • Tanggungan gadaian • Sighah / kontrak

  13. Latihan • Jelaskan falsafah yang terkandung dalam sistem ekonomi dan kewangan Islam • Huraikan TIGA(3) etika yang perlu dipatuhi dalam ekonomi Islam. • Apakah bentuk sumber pendapatan ‘baitulmal’. • Apakah maksud istilah berikut: • al-Mudharabah • al-Musyarakah • Al-Aqilah • Al-Qasamah • Akad Muwalah • Apakah makna takaful dan nyatakan prinsip-prinsip takaful.

More Related