1 / 65

Latihan Microsoft ® Office Word 2007

Latihan Microsoft ® Office Word 2007 . Bermula dengan pantas. Kandungan kursus. Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang “word”? Pelajaran 1: Mengetahui tentang Reben Pelajaran 2: Mencari perintah harian Pelajaran 3: Senarai mudah.

tamal
Télécharger la présentation

Latihan Microsoft ® Office Word 2007

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Latihan Microsoft® Office Word 2007 Bermula dengan pantas

  2. Kandungan kursus • Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang “word”? • Pelajaran 1: Mengetahui tentang Reben • Pelajaran 2: Mencari perintah harian • Pelajaran 3: Senarai mudah Dua pelajaran pertama termasuk senarai tugas yang dicadangkan, dan semua termasuk satu set soalan ujian.

  3. Gambaran keseluruhan: Awda dah tahu tentang word? Word 2007 sudah keluar. Kursus ini akan membantu awda untuk segera bermula. Awda akan belajar cara mencipta dokumen yang hebat dan kelihatan profesional yang bakal menarik perhatian kawan-kawan dan teman sekerja awda.

  4. Matlamat kursus • Bekerja dengan Reben — ciri baru yang membuatkan Word lebih mudah digunakan berbanding dahulu. • Mencari perintah harian biasa yang diperlukan untuk melaksanakan tugas awda.

  5. Pelajaran 1 Mengetahui tentang Reben

  6. Mengetahui tentang Reben Apabila awda buka Word 2007, pertama yang awda dapat lihat ialah Reben, kawasan yang meliputi bahagian atas Word. Rumah Fon Perenggan Reben membawa perintah paling popular ke hadapan, agar awda tidak perlu tercari-cari dalam atur cara bagi perkara yang awda lakukan sepanjang masa. Ini menjadikan kerja awda lebih mudah dan pantas.

  7. Menggunakan Reben untuk tindakan biasa Reben menawarkan penggunaan yang ringkas dan mudah di mana semua tindakan biasa ditunjukkan pada satu tempat. Rumah Paste Fon Perenggan Sebagai contoh, awda boleh potong dan tampal teks menggunakan perintah pada tab Rumah; mengubah pemformatan teks dengan menggunakan Gaya; dan mengubah warna latar halaman pada tab Tataletak Halaman.

  8. Apa yang ada pada Reben? Membiasakan dengan tiga bahagian Reben akan membantu awda tahu cara menggunakannya. Ia adalah tab, kumpulan dan perintah. Rumah Fon Perenggan Tab: Reben ada tujuh tab asas di bahagian atas. Setiap satu mewakili kawasan aktiviti. Kumpulan: Setiap tab mempunyai beberapa kumpulan yang menunjukkan item berkaitan bersama-sama. Perintah: Perintah adalah bebutang, menu, atau kotak di mana awda boleh memasukkan maklumat.

  9. Pelancar Kotak Dialog dalam kumpulan Rumah Fon Perenggan Fon Jarak Aksara Fon Sesetengah kumpulan mempunyai anak panah pepenjuru kecil di sudut bahagian kanan bawah dipanggil Pelancar Kotak Dialog . Klik untuk lihat pilihan lain berkaitan kumpulan itu. Ia akan terpapar dalam kotak dialog atau anak tetingkap tugas biasa yang awda kenali daripada versi Word terdahulu.

  10. Tab tambahan muncul Sesetengah tab muncul hanya apabila awda memerlukannya. Alat Gambar Format Bentuk Gambar Sempadan Gambar Kesan Gambar Gaya Gambar Katakan awda menyisip gambar dan ingin melakukan lebih banyak perkara dengannya, seperti memangkas atau mengubah cara teks diatur pada gambar. Di manakah perintah ini boleh ditemui?

  11. Tab tambahan muncul Sesetengah tab muncul hanya apabila awda memerlukannya. Alat Gambar Rerumah Format Bentuk Gambar Sempadan Gambar Kesan Gambar Gaya Gambar Awda tidak perlu tercari-cari. Awda hanya perlu: Pilih gambar. Alat Gambar akan muncul. Klik tab Format. Kumpulan dan perintah tambahan muncul untuk mengerjakan gambar, seperti kumpulan Gaya Gambar.

  12. Bar alat Mini Sesetengah perintah pemformatan sangat berguna hinggakan awda ingin ia tersedia tidak kira apa yang awda sedang lakukan. Tataletak Halaman A23B Contohnya awda ingin format beberapa teks dengan segera, tetapi awda sedang bekerja dengan tab Tataletak Halaman. Awda boleh klik tab Rumah untuk melihat pilihan pemformatan, tetapi ada cara yang lebih pantas.

  13. Bar alat Mini Sesetengah perintah pemformatan sangat berguna hinggakan awda ingin ia tersedia tidak kira apa yang awda sedang lakukan. Tataletak Halaman A23B Pilih teks awda dengan menyeret menggunakan tetikus, kemudian tuding pada pilihan. Bar alat Mini akan muncul dalam gaya pudar. Jika awda tuding pada bar alat Mini, ia akan menjadi keras, dan awda boleh klik pilihan pemformatan padanya.

  14. Bar Alat Capaian Segera Bar Alat Capaian Segera adalah kawasan kecil di bahagian kiri atas Reben. Rumah Tambah ke Bar Alat Capaian Segera Suaikan Bar Alat Capaian Segera… Ia mengandungi perkara yang awda guna berulang kali setiap hari: Simpan, Buat Asal, dan Ulang. Tayang Bar Alat Capaian Segera Di Bawah Reben Minimumkan Reben Gambar menunjukkan cara awda boleh tambah perintah kegemaran lain awda ke Bar Alat Capaian Segera supaya ia tersedia tidak kira tab mana awda berada. Awda juga boleh alih keluar bebutang daripada Bar Alat Capaian Segera.

  15. Cadangan untuk latihan • Gunakan Reben. • Jadikan tab tambahan muncul, kemudian sisipkan gambar dan kerja menggunakan Alat Gambar. • Kerja dengan bar alat Mini. • Gunakan Bar Alat Capaian Segera. • Sembunyikan kumpulan dan perintah.

  16. Ujian 1, soalan 1 Jika awda klik bebutang ini dalam Word 2007, apa berlaku? (Pilih satu jawapan.) • Awda sembunyikan Reben buat sementara supaya awda ada ruang lebih besar untuk dokumen awda. • Awda gunakan saiz fon lebih besar untuk teks awda. • Awda lihat pilihan tambahan. • Awda tambah perintah pada Bar Alat Capaian Segera.

  17. Ujian 1, soalan 1: Jawapan Awda lihat pilihan tambahan. Biasanya kotak dialog akan muncul, dan ia mungkin kelihatan sama dengan versi Word terdahulu.

  18. Ujian 1, soalan 2 Di manakah Bar Alat Capaian Segera dan bilakah awda patut gunakannya? (Pilih satu jawapan.) • Ada di sudut kiri atas skrin, dan awda perlu gunakannya untuk perintah kegemaran awda. • Terapung di atas teks awda, dan awda perlu gunakannya untuk buat perubahan pemformatan. • Ada di sudut kiri atas skrin, dan awda perlu gunakannya untuk mencapai dokumen dengan segera. • Ada pada tab Rumah, dan awda perlu gunakannya untuk melancarkan atau memulakan dokumen baru dengan segera.

  19. Ujian 1, soalan 2: Jawapan Ada di sudut kiri atas skrin, dan awda perlu gunakannya untuk perintah kegemaran awda. Ia adalah bar alat kecil dengan bebutang Simpan, Buat Asal, dan Ulang. Awda boleh tambah perintah kegemaran awda dengan mengklik kanan perintah dan pilih Tambah ke Bar Alat Capaian Segera.

  20. Ujian 1, soalan 3 Bar alat Mini akan muncul jika awda melakukan yang berikut? (Pilih satu jawapan.) • Dwiklik tab aktif pada Reben. • Pilih teks. • Pilih teks dan kemudian tuding padanya. • Mana-mana satu yang di atas.

  21. Ujian 1, soalan 3: Jawapan Pilih teks dan kemudian tuding padanya. Ia juga akan muncul jika awda klik kanan teks terpilih awda.

  22. Pelajaran 2 Mencari perintah harian

  23. Mencari perintah harian Word 2007 adalah baru dan memang menarik. Tapi awda ada perkara yang perlu dibuat. Jadi inilah masanya untuk mencari lokasi sebenar perintah yang paling kerap digunakan. Sebagai contoh, di manakah awda cipta dokumen? Di manakah bulet, gaya dan penyemak ejaan? Bagaimana pula dengan mencetak? Pelajaran ini akan menunjukkan bahawa reka bentuk atur cara baru menempatkan perintah ini di mana awda memerlukannya.

  24. Mula dengan Bebutang Microsoft Office Rumah Dokumen Terbaru Baru Buka Terbit Tutup Pilihan Word Keluar Word Bebutang Microsoft Office kini adalah tempat untuk mulakan Word. Apabila awda menekannya, menu akan muncul yang awda gunakan untuk cipta, buka, atau simpan dokumen.

  25. Bagaimana pula dengan gaya? Minat dengan pendekatan pemformatan lebih cekap dan berkuasa bukan setakat perintah tebal dan italik? Awda tentunya ingin tahu tentang gaya dalam Word baru. ¶ Tiada Ru… Tajuk 2 ¶ Normal Tajuk 1 Gaya Awda boleh memilih sama ada Gaya Cepat yang tersedia atau menggunakan gaya yang awda telah buat sebelum ini.

  26. Bagaimana pula dengan gaya? Awda kerja dengan gaya pada tab Rumah, dalam kumpulan Gaya. ¶ Tiada Ru… Tajuk 2 ¶ Normal Tajuk 1 Gambar menunjukkan cara mendapatkan gaya yang awda inginkan. Gaya Gaya cepat adalah gaya tersedia penampilan profesional yang cepat dan mudah digunakan. Dan ia ada penampilan baru dengan versi Word ini. Klik bebutang ini untuk lihat beberapa lagi Gaya Cepat yang sedia untuk digunakan. Klik Pelancar Kotak Dialog untuk membuka anak tetingkap Gaya.

  27. Format Pengecat Satu lagi perintah pemformatan kelajuan tinggi ialah Format Pengecat. Ia terdapat paling kiri pada tab Rumah, dalam kumpulan Papan Klip. Rumah Papan Klip Fon Perenggan Sekiranya awda tidak biasa dengan Format Pengecat, ia adalah cara pantas menduakan pemformatan dari satu seksyen teks kepada yang lain. Untuk menggunakan Format Pengecat, letak kursor pada teks di mana formatnya awda ingin salin dan kemudian klik bebutang Format Pengecat.

  28. Zum Selepas awda sisipkan sesuatu, awda mungkin perlu melihat butiran dengan jelas. Jadi awda pasti ingin tahu di mana letaknya kawalan zum. Lihat di sudut kanan bawah. Seret penggelongsor ke kanan untuk zum ke dalam, dan seret ke kiri untuk zum ke luar.

  29. Sedia untuk cetak? Awda boleh mencetak —tetapi adakah awda bersedia? Pertama lebih bijak untuk semak bagaimana halaman awda disusun untuk pencetak. Tataletak Halaman Inden Semua yang awda perlukan terdapat pada tab Tataletak Halaman. Kumpulan Persediaan Halaman mengandungi Saiz (8.5 x 11, A4, dan sebagainya), Orientasi (landskap dan potret), dan Jidar.

  30. Ya, sedia untuk cetak Selepas awda benar-benar bersedia untuk cetak, kembali semula ke Bebutang Microsoft Office. Rumah Pratonton dan cetak dokumen Baru Cetak Pilih pencetak, bilangan salinan, dan pilihan pencetakan lain sebelum mencetak. Buka Cetak Cepat Simpan Hantar dokumen secara terus kepada pencetak lalai tanpa membuat perubahan. Simpan Sebagai… Pratonton Cetakan Pratonton dan buat perubahan kepada halaman sebelum mencetak Cetak… Ingat bahawa awda kini mempunyai pilihan: Jika awda klik perintah Cetak, awda akan dapat kotak dialog Cetak. Sebaliknya jika menuding anak panah ke sebelah kanan perintah Cetak, awda akan dapat lihat tiga perintah tambahan.

  31. Ya, sedia untuk cetak Selepas awda benar-benar bersedia untuk cetak, kembali semula ke Bebutang Microsoft Office. Rumah Pratonton dan cetak dokumen Baru Cetak Pilih pencetak, bilangan salinan, dan pilihan pencetakan lain sebelum mencetak. Buka Cetak Cepat Simpan Hantar dokumen secara terus kepada pencetak lalai tanpa membuat perubahan. Simpan Sebagai… Pratonton Cetakan Pratonton dan buat perubahan kepada halaman sebelum mencetak Cetak… Ingat bahawa awda kini mempunyai pilihan: Cetak Cetak Cepat Pratonton Cetakan

  32. Di balik tabir Semua ciri yang awda gunakan dalam Word setiap hari terdapat pada Reben dan mudah ditemui. Rumah Dokumen Terbaru Baru Buka Terbit Tutup Pilihan Word Keluar Word Jadi di manakah seting di balik tabir yang bukan tentang menghasilkan dokumen, tapi yang mengawal cara Word bekerja?

  33. Di balik tabir Bagaimanakah awda mengawal cara Word bekerja? Rumah Dokumen Terbaru Baru Buka Terbit Tutup Pilihan Word Keluar Word Semua seting ini adalah sebahagian daripada Pilihan Word, yang awda dapat lihat bila awda klik bebutang Pilihan Word. Ia terdapat pada menu yang terbuka apabila awda klik Bebutang Microsoft Office.

  34. Cadangan untuk latihan • Tambah senarai berbulet. • Guna Gaya Cepat, kemudian zum ke luar untuk melihat semua perubahan. • Tukar set Gaya Cepat. • Guna Format Pengecat. • Buat perubahan keseluruhan dengan tab Tataletak Halaman. Kemudian cuba tab lain. • Cetak dalam pelbagai cara yang ada.

  35. Ujian 2, soalan 1 Awda boleh guna senarai berbulet menggunakan perintah dalam kumpulan mana dan tab apa? (Pilih satu jawapan.) • Dalam kumpulan Perenggan pada tab Tataletak Halaman. • Dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah. • Dalam kumpulan Simbol pada tab Sisip. • Dalam kumpulan Teks pada tab Sisip.

  36. Ujian 2, soalan 1: Jawapan Dalam kumpulan Perenggan pada tab Rumah. Ini adalah di mana awda boleh menggunakan senarai berbulet. Petua: Awda juga boleh guna senarai berbulet dengan menggunakan bar alat Mini. Bermula dengan pantas

  37. Ujian 2, soalan 2 Bagaimana cara awda memilih pilihan cetak dalam versi Word baru? (Pilih satu jawapan.) • Klik bebutang Cetak pada Reben. • Klik bebutang Cetak pada Bar Alat Capaian Segera. • Gunakan Bebutang Microsoft Office. • Sama ada pilihan pertama atau kedua di atas.

  38. Ujian 2, soalan 2: Jawapan Gunakan Bebutang Microsoft Office. Ini ialah di mana awda membuka Pratonton Cetakan juga.

  39. Ujian 2, soalan 3 Sudut manakah yang mempunyai kawalan zum? (Pilih satu jawapan.) • Kanan atas. • Kiri atas. • Kiri bawah. • Kanan bawah. Bermula dengan pantas

  40. Ujian 2, soalan 3: Jawapan Kanan bawah. Kawalan di sudut kanan bawah adalah yang awda gunakan untuk zum ke dalam dan ke luar. Awda juga boleh guna menu Paparan untuk melihat kawalan zum.

  41. Pelajaran 3 Senarai mudah

  42. Senarai mudah Senarai adalah komponen berguna bagi mana-mana dokumen, sama ada awda meringkaskan maklumat atau menjadikannya lebih mudah difahami. Utarid Zuhrah Bumi Marikh • Utarid • Zuhrah • Bumi • Marikh • Utarid • Zuhrah • Bumi • Bulan • Marikh • Phobos • Deimos Senarai bernombor adalah penting untuk menunjukkan turutan maklumat. Jika awda tidak kisah tentang turutan, senarai berbulet mungkin lebih baik. Senarai boleh jadi aras tunggal, dengan semua item mempunyai hierarki dan inden yang sama; atau berbilang aras, bermakna terdapat senarai di dalam senarai.

  43. Cipta senarai sambil awda menaip Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil awda menaip. Ruang Titik Titik A • Utarid • Zuhrah • Bumi • Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Jika awda perlukan senarai berbulet, cuma taip asterisk (*) diikuti ruang. Asterisk akan bertukar menjadi bulet, dan senarai awda bermula. Selepas awda selesai menaip item pertama dalam senarai awda, tekan kekunci ENTER, dan bulet baru akan muncul di baris berikutnya.

  44. Cipta senarai sambil awda menaip Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil awda menaip. Ruang Titik Titik A • Utarid • Zuhrah • Bumi • Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Untuk mencipta senarai bernombor secara automatik, taip nombor satu dan titik (1.), diikuti dengan ruang. Ini adalah baru untuk Word 2007; dalam versi terdahulu, awda perlu tekan kekunci ENTER sebelum senarai dimulakan.

  45. Cipta senarai sambil awda menaip Ada lebih daripada satu cara untuk memulakan senarai, tetapi antara yang paling popular ialah mencipta senarai secara automatik sambil awda menaip. Ruang Titik Titik A • Utarid • Zuhrah • Bumi • Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Utarid Zuhrah Bumi Marikh Oleh kerana senarai berhuruf adalah hanya jenis senarai bernombor yang berbeza, taipkan huruf a dan titik (a.), diikuti ruang, untuk memulakan senarai berhuruf.

  46. Menghentikan senarai Awda telah masukkan item terakhir dalam senarai awda. Bagaimana awda mengakhiri senarai dan menghentikan bulet atau nombor muncul? Gambar menunjukkan kaedah terbaik. • Utarid • Zuhrah • Bumi • Marikh • Musytari • Zuhal • Uranus • Neptun • Utarid • Zuhrah • Bumi • Marikh • Musytari • Zuhal • Uranus • Neptun Kekunci Enter Kekunci Backspace Cara paling mudah berhenti mencipta senarai ialah menekan kekunci ENTER dua kali, seperti ditunjukkan di sebelah kiri. Jika awda inginkan sesuatu yang sedikit berbeza, sebagai contoh, teks yang berinden pada aras sama seperti teks atau bulet di atas, gunakan kekunci BACKSPACE.

  47. Bekerja dengan perenggan dalam senarai; menampal senarai Katakan awda mencipta senarai bernombor atau berbulet dan awda memerlukan sesetengah item senarai mempunyai sub perenggan, seperti ditunjukkan dalam gambar. Perenggan tak tersenarai Terdapat beberapa kaedah menangani senario ini; kaedah yang awda pilih bergantung kepada keadaan dokumen awda dan pilihan peribadi awda.

  48. Bekerja dengan perenggan dalam senarai; menampal senarai Katakan awda mencipta senarai bernombor atau berbulet dan awda memerlukan sesetengah item senarai mempunyai sub perenggan, seperti ditunjukkan dalam gambar. Perenggan tak tersenarai • Awda boleh cipta sub perenggan dalam senarai dengan menekan kekunci SHIFT+ENTER, dan bukan hanya kekunci ENTER, untuk tamat setiap blok teks. • Untuk teruskan senarai selepas sub perenggan, taip nombor berikut diikuti titik; senarai akan sambung secara automatik.

  49. Bulet atau nombor? Tersalah jenis senarai? Mula dengan bulet tapi sekarang inginkan nombor pula, atau sebaliknya? Jangan risau, menukar dari satu jenis ke jenis yang lain adalah mudah. Rumah Perenggan Fon • Utarid • Zuhrah | Hanya klik di mana-mana dalam senarai awda, kemudian klik bebutang Bulet atau Penomboran pada Reben.

  50. Bulet atau nombor? Awda juga boleh menggunakan bebutang ini untuk mulakan senarai baru. Rumah Perenggan Fon • Utarid • Zuhrah Sama ada klik bebutang dan mula menaip untuk cipta item senarai pertama awda atau pilih teks yang awda telah taip dan klik bebutang Bulet atau Penomboran untuk menukar setiap perenggan menjadi item senarai.

More Related