1 / 48

Anatomi Fisiologi T6

9/9/2012. Anatomi

tarak
Télécharger la présentation

Anatomi Fisiologi T6

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 1

    2. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 2 Anatomi : Subdisiplin biologi mengenai struktur dan anggota manusia Fisiologi : Subdisiplin mengenai proses dan metabolisme yang membolehkan struktur-struktur anggota badan menjalankan fungsinya

    3. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 3 SISTEM KARDIOVASKULAR Pengenalan Sistem kardiovaskular adalah salah satu sistem biologi yang menyokong sistem-sistem lain berfungsi dengan berkesan. Sistem ini mengangkut oksigen, nutrien, hormon dan keperluan lain kepada sel-sel terlibat dan membawa keluar sisa-sisa metabolisme untuk dikumuh serta produk-produk sel ke bahagian lain dalam tubuh.

    4. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 4 5.1.1 Komponen-komponen utama sistem kardiovaskular (a) Jantung i. Organ yang penting mengepam darah ke seluruh tubuh untuk membekalkan oksigen dan nutrien. ii. Saiz jantung adalah sebesar penumbuk individu dan beratnya kurang dari satu paun. iii. Terdapat empat ruang pada jantung iaitu atrium kanan, atrium kiri, ventrikel kanan dan ventrikel kiri.

    5. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 5

    6. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 6 Sambungan .. (b) Darah i. Tisu cecair yang terdiri daripada pelbagai jenis unsur sel termasuk eritrosit, leukosit dan platlet yang terkandung di dalam plasma. ii. Lebih kurang 55% daripada isipadu darah ialah plasma dan 45% terdiri daripada eritrosit. iii. Darah membentuk lebih kurang 7% daripada berat tubuh orang dewasa normal. Seorang dewasa yang berat tubuhnya 70kg, mempunyai kira-kira 5-6 liter darah.

    7. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 7 (c) Salur darah Terdiri daripada arteri, vena dan kapilari. ii. Salur darah membolehkan darah mengalir dan melengkapi peredaran dari jantung ke tisu dan kembali semula ke jantung.

    8. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 8 5.1.2 Fungsi sistem kardiovaskular Sistem kardiovaskular berfungsi membantu membekalkan oksigen dan mengangkut bahan kumuh seperti karbon dioksida daripada darah. Proses peredaran darah mengangkut oksigen daripada paru-paru ke sel-sel tisu badan , dan mengeluarkan karbon dioksida daripada sel-sel tisu ke paru-paru berlaku secara sistematik.

    9. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 9 5.2 Struktur dan fungsi bahagian-bahagian jantung Jantung terbina daripada otot-otot jantung ( miorkardium) yang diliputi epikardium dipermukaan luarnya dan endokardium dibahagian dalam. Dua ruang atas iaitu atrium mempunyai dinding otot yang nipis dan kedua-dua ruang ini dipisahkan antara satu sama lain oleh septum interatrial. Dinding otot yang membentuk dua ruang bawah iaitu ventrikel adalah lebih tebal. Septum interventrikel terdapat di antara kedua-dua ventrikel.

    10. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 10

    11. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 11

    12. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 12 Injap-injap yang terletak antara atrium dan ventrikel dan pada arteri-arteri yang terbit daripada jantung, membenarkan pengaliran darah pada satu arah sahaja. Injap atrioventrikular (injap mistral dan trikuspid) hanya membenarkan aliran darah daripada atrium ke ventrikel sahaja. Injap semilunar pulmonari dan injap semilunar aortik pula menghalang aliran darah ke belakang yang keluar dari jantung menerusi arteri pulmonari dan aorta

    13. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 13

    14. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 14 5.3 Keluaran jantung ( Q ) Keluaran jantung adalah jumlah isipadu darah yang dipam keluar oleh ventrikel kiri dalam satu minit.

    15. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 15

    16. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 16

    17. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 17

    18. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 18 5.4 Peredaran darah Sistem peredaran darah terbahagi kepada kitaran pulmonari dan kitaran sistemik. 5.4.1 Kitaran sistemik Kitaran sistemik membolehkan darah beroksigen serta nutrien dibawa ke organ-organ badan dan membawa darah nyahoksigen kembali ke jantung.

    19. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 19

    20. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 20 5.4.3 Faktor faktor yang mempengaruhi kembalian darah ke jantung injap- injap pada vena menghalang darah daripada mengalir ke arah belakang. Penguncupan dan pengenduran otot membolehkan darah dialirkan ke jantung

    21. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 21

    22. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 22 Peredaran darah

    23. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 23 5.4.4 Mengukur tekanan darah Tekanan merupakan daya yang mengedarkan darah dalam sistem peredaran. Darah mengalir dari bahagian tekanan tinggi ke bahagian tekanan rendah. Tekanan darah manusia boleh diukur dengan menggunakan sfigmomanometer. Tekanan darah berbeza menurut jantina, umur,gerak kerja dan lain-lain. Penguncupan jantung dikenali sebagai sistolik dan pengenduran jantung dikenali sebagai diastolik.Tekanan darah sistolik ialah tekanan darah tertinggi yang disukat semasa penguncupan ventrikel Tekanan darah diukur dalam unit mm Hg (milimeter merkuri). Tekanan darah normal ialah 120/80mm Hg.

    24. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 24 Kaedah mengukur tekanan

    25. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 25

    26. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 26 Mengukur tekanan darah

    27. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 27 Hipertrofi dan atrofi jantung Saiz jantung setiap individu berbeza. Jantung individu boleh bertambah besar atau mengalami hipertrofi jika individu tersebut mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan latihan fizikal secara konsisten dan berterusan. Saiz jantung seseorang atlit yang aktif adalah lebih besar berbanding saiz jantung individu sedentari. Apabila hipertrofi jantung berlaku, ketumpatan kapilari juga meningkat. Hipertrofi jantung adalah kesan daripada: (a) Penambahan saiz kaviti ventrikel-ventrikel (b) Bertambah ketebalan dinding ventrikel

    28. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 28

    29. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 29

    30. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 30

    31. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 31 ANATOMI DAN FISIOLOGI 2.2 Sistem Respiratori

    32. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 32 Membolehkan pengaliran udara ke paru-paru dan keluar dari tubuh Terdiri daripada salur nasal, farinks, trakea, brokus, bronkiul

    33. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 33 Lembut dan berongga Berat lebih kurang 1 kg 2 lobus pada paru-paru kiri 3 lobus pada paru-paru kanan Terdapat banyak alveolus yang membolehkan pertukaran gas-gas pernafasan

    34. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 34

    35. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 35 Tisu badan menyingkir karbon dioksida ke dalam darah Kandungan karbon dioksida yang tinggi dalam kapilari-kapilari pulmonari meresap ke dalam alveolus Ia dihembus keluar dari paru-paru semasa respirasi Pertukaran gas berlaku (darah yang melalui paru-paru ke vena-vena pulmonari mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah. Respirasi Luaran

    36. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 36 Pertukaran gas antara darah dan paru-paru

    37. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 37

    38. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 38

    39. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 39 SISTEM ENDOKRINA Sistem badan yang terdiri dari kelenjar yang merembeskan hormon. Hormon merangsang proses jangka panjang seperti pertumbuhan, metabolisme, pembiakan dan pertahanan badan. Semua hormon berasaskan kepada asid amino atau steroid.

    40. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 40

    41. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 41 HORMON

    42. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 42 Kelenjar-Kelenjar Endokrina Kelenjar Pituitari Terletak di bawah hipotalamus. Antara hormon-hormon yang dirembeskan ialah hormon tumbesaran. Hormon tumbesaran ialah bagi metabolisme umum. Tindakan hormon ini adalah seperti berikut : (a) mempercepatkan kadar kadar pertumbuhan tubuh. (b) merangsang pengambilan asid amino oleh sel bagi mensintesis protein. (c) merangsang penguraian lemak untuk tenaga. Cara ini memelihara homeostasis gula dalam darah dengan menyimpan glukosa.

    43. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 43 Akibat acromegaly

    44. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 44 Kelenjar Tiroid Terletak dibahagian bawah kerongkong dan di hadapan halkum. Kelenjar ini menghasilkan hormon tiroksin, triiodotaironin dan kalsitonin. Hormon tiroid adalah hormon yang utama bagi metabolisme. Penting untuk tumbesaran khususnya sistem pembiakan dan sistem saraf. Hormon kalsitonin pula merangsang penyimpanan kalsium pada tulang-tulang.

    45. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 45

    46. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 46 Kelenjar Adrenal Terletak di atas ginjal. Terbahagi kepada adrenal korteks dan adrenal medulla. Adrenal korteks merembaskan hormon glukokortikoid, mineralokortikoid dan Androgen. Adrenal medula pula merembeskan hormon epinefrin dan norepinefrin. Kekurangan glukokortikoid dan mineralokortikoid boleh menyebabkan penyakit Addison. Lebihan glukokortikoid menyebabkan penyakit cushing Lebihan androgen daripada adrenal korteks menyebabkan sindromadrenogenital

    47. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 47 Pankreas Pankreas terletak berhampiran dengan perut. terdapat kelenjar endokrina yang dikenali sebagai kumpulan pankreatik (pancreatic islets). Lebihan insulin akan menyebabkan hipoglisemia, sementara kekurangan atau ketiadaan insulin pula boleh menyebabkan diabetis mellitus. Lebihan atau kekurangan glukagon pula tidak menyebabkan gangguan atau masalah kesihatan yang serius.

    48. 9/9/2012 Anatomi & Fisiologi T6 48 Sekian Terima Kasih

More Related