1 / 172

TOKOH-TOKOH TAMADDUN ISLAM DAN TAMADDUN ASIA

TOKOH-TOKOH TAMADDUN ISLAM DAN TAMADDUN ASIA. AL-GHAZALI. Nama : Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali Gelaran : Syaraful A’immah,Zainudin,Hujjatul Islam Lahir : 1058M atau 450H Wafat : 1111M atau 505H Mazhab : Syafie Etnik : Parsi Rantau : Parsi

thuy
Télécharger la présentation

TOKOH-TOKOH TAMADDUN ISLAM DAN TAMADDUN ASIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TOKOH-TOKOH TAMADDUN ISLAM DAN TAMADDUN ASIA

  2. AL-GHAZALI • Nama : Abu Hamid Muhammad ibn Muhammad al-Ghazali • Gelaran : Syaraful A’immah,Zainudin,Hujjatul Islam • Lahir : 1058M atau 450H • Wafat : 1111M atau 505H • Mazhab : Syafie • Etnik : Parsi • Rantau : Parsi • Bidang : Tasawuf,Teologi(Kalam),Falsafah,Logik, Fiqh

  3. Abu Hamid al-Ghazali dikenali sebagai Algazel di Dunia Barat, adalah salah seorang ilmuan Islam. • Merupakan seorang wali Allah yang besar dan lebih dikenali umum sebagai seorang tokoh pemikir Islam serta dianggapi sebagai mujaddid untuk kurunnya. • Dilahirkan di desa Ghazalah, di pinggir kota Tus, (di bahagian timur laut negara Iran), berdekatan dengan kota Mashhad, ibu kota wilayah Khorasan.

  4. Dilahirkan dalam keluarga kuat beragama. Ayahnya bekerja menenun kain daripada biri-biri disamping itu suka bergaul dengan al-ulama’ dan juga para sufi. • Ayahnya meninggal dunia ketika Abu Hamid al- Ghazali berusia lebih kurang 6 tahun. Beliau dan adiknya, Ahmad diasuh oleh sahabat ayah mereka, seorang mutasawwif dengan menggunakan wang wasiat untuk membiayai kehidupan mereka adik-beradik.

  5. Mereka kemudiannya belajar di Madrasah an- Nizamiyyah yang diasaskan oleh Nizam al-Mulk,perdana menteri kepada as-Sultan Alp Arslan yang dibiayai sepenuhnya oleh madrasah tersebut. • Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali telah belajar ilmu fiqh daripada seorang alim yang bernama asy-Syaikh Ahmad ibn Muhammad ar-Radhakani. Juga belajar ilmu nahu dan ilmu hisab, serta berjaya menghafal isi al-Quran.

  6. Pada tahun 473 Hijrah, al-Imam al-Ghazali berguru dengan seorang syaikh yang sangat terkenal pada waktu itu iaitu Imam al-Haramain.Gurunya pernah memujinya dengan mengatakan bahawa Imam al-Ghazali adalah umpama lautan yang tidak bertepi yang menandakan betapa dalam dan luasnya ilmu yang dimiliki oleh Imam al-Ghazali. Malah beberapa orang pengkaji al-Imam al-Ghazali mengatakan bahawa beliau memiliki darjah kecerdasan yang sangat tinggi, di paras genius.

  7. Beliau telah belajar ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu bahasa seperti ilmu fiqh, ilmu usul, ilmu mantiq, ilmu falsafah, ilmu kalam dan ilmu perdebatan. Semuanya dikuasai dengan mudah. • Di sinilah Imam al-Ghazali telah mula menulis kitab-kitabnya yang banyak seperti al Munqidh Min ad Dalil. • Kitab-kitab yang telah ditulis oleh beliau adalah amat banyak sekali dan telah dianggarkan melebihi 200 buah. Namun, yang masih kekal hingga ke hari ini lebih kurang 50 buah sahaja.

  8. Kebanyakan kitab-kitabnya ditulis dalam bahasa Arab, dan ada juga ditulis dalam bahasa Parsi. Di antara kitab-kitab al Imm Abu hamid al-Ghazali yang lebih terkenal di negara kita ialah: • Ar-Risalah al-Ladunniyyah • Al-Munqidh Min ad-Dalal • Bidayah al- Hidayah • Minhaj al-’Abidin • Mizan al-’Amal • Kimiya’as-Sa’adah • Misykah al-Anwar, dan • Ihya’ ‘Ulumiddin Sebuah kitab tulisan al-Ghazali

  9. Dalam usia 34 tahun, beliau telah diberi gelaran Syaikh al-Islam .(setinggi- tinggi pangkat dari segi akademik dan keagamaan yang rasmi) • Pada tahun 488 Hijrah, beliau mula menyedari bahawa segala kejayaan yang dikecapinya selama ini tidak ikhlas tetapi dicampur dengan sebab-sebab duniawi. Oleh itu beliau telah belajar ilmu tasawuf daripada asy- Syaikh Abu Ali al-Fadl ibn Muhammad al-Farmadhi at-Tusi dan mengamalkan beberapa latihan rohani, tetapi tidak sempat mencapai tahap kesempurnaan, kerana gurunya meninggal dunia pada tahun 477 Hijrah.

  10. Kemudian beliau menyambung berguru dengan asy-Syaikh Abu Bakr Yusuf an-Nassaj as-Tusi sehinggalah gurunya meninggal dunia pada tahun 487 Hijrah. • Imam Al-Ghazali telah diraikan sebagai seorang alim yang besar dan tealh tinggal di al-Mu’askar selama lebih kurang 6 tahun. Beliau juga telah ditemukan dengan al-fuqaha’ dan para pemuka ilmu yang lain. Semuanya mengakuiventang keluasan dan ketinggian ilmu al- Imam al-Ghazali.

  11. Pada tahun 484 Hijrah, Imam al-Ghazali telah dilantik menjadi Ketua profesor di al-Madrasah an-Nizamiyyah di Baghdad. ( setaraf Universiti Islam sekarang ) • Beliau meninggal dunia pada usia 55 tahun iaitu pada 1111 Masihi atau 505 Hijrah. Kubur Al-Ghazali

  12. Nama : Siddharha Gautama Buddha Lahir : kk 563 SM – kk 483 SM Tempat lahir : Kapilasvastu (Nepal) Ayah : Suddhodana Ketua Kasta Pahlawan Sakya

  13. Siddharta ialah nama yang diberi oleh ibu bapanya. • Gautama pula ialah nama keluarga dan Buddha pula menandakan seseorang manusia yang mencapai kesedaran kerohanian yang sempurna. • Semasa berusia 35 tahun, Buddha telah meninggalkan istana semata-mata kerana ingin mencari erti kehidupan yang sebenar. • Beliau telah memulakan pertapaan di bawah pokok Pipal di pinggir bandar Gaya, dan pada hari ke 49 pertapaan, Siddharta telah menjadi seorang Buddha iaitu manusia yang memperoleh kesedaran kerohanian yang sempurna.

  14. Pada dasarnya, agama Buddha melarang manusia melakukan kekejaman sesama manusia. Agama Buddha juga melarang manusia melakukan perkara-perkara ghaib dengan menggunakan kuasa luar biasa yang diperolehi daripada pertapaan. • Manusia yang mencapai nirvana – satu kehidupan yang kekal abadi. • Juga menekankan konsep ahimsa – menolak penyeksaan serta pembunuhan, walaupun untuk mengisi perut yang lapar.

  15. Agama Buddha terbahagi kepada dua mazhab: • Mazhab Hinayana • Mazhab Mahayana • Mazhab Hinayana Lebih menekankan kehidupan secara bermasyarakat. Penganutnya terdapat di Kemboja,Sri Lanka,Myanmar, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Laos.

  16. Mazhab Mahayana Lebih menekankan kepada pencapaian dan tindakan individu dalam menentukan kehidupan. Penganutnya banyak terdapat di negara China dan Jepun. • Agama Buddha merupakan ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berkaitan dengan kehidupan.

  17. Ajaran Buddha terkandung dalam Empat Kebenaran Mulia iaitu • Dukka-kehidupan yang penuh penderitaan, kesakitan dan kesedihan. • Samudaya-punca kesengsaraan berpunca dari nafsu. • Nirodha-menghapuskan kesengsaraan dengan mengatasi nafsu. • Marga-jalan atau memadamkan nafsu dan boleh diatasi melalui Jalan Mulia Berlapis Lapan. Jalan Lapis lapan berdasarkan pemikiran,pengetahuan, keinginan, pertuturan,kelakuan ,kehidupan, usaha dan pertapaan yang baik.

  18. Buddha meninggal dunia setelah mencapai parinirvana di bawah sebatang pokok Sal di pinggir bandar Kusinagara ketika berusia 80 tahun. Arca Buddha di Borobudur, Jawa, Indonesia.

  19. Kung Fu Tze

  20. Confucius ialah seorang ahli falsafah China yang terkenal pada Dinasti Chou. • Beliau berasal dari keluarga kecil Lu di wilayah Shantung, di mana tempat beliau dilahirkan. • Confucius dilahirkan dalam sebuah keluarga kelas pemerintahan dan nama sebenarnya ialah Kung Fu Tze. • Ketika berusia 3 tahun, ayahnya telah meninggal dunia dan sejak itu beliau dijaga oleh ibunya. • Sewaktu Confucius masih kecil lagi, beliau telah minat membaca mengenai sejarah, matematik dan tradisi orang Cina.

  21. Beliau juga sangat mahir tentang "Li", iaitu susunan tingkah laku yang baik. • walaupun keluarganya dalam kesusahan, Confucius tetap belajar dengan tekun dan berjaya memasuki perkhidmatan kerajaan semasa berusia 17 tahun. • Setiap jabatan yang dibawa jagaannya semua berjalan dengan lancar.

  22. Beliau telah dilantik menjadi ketua hakim dan Perdana Menteri di negeri Lu. • Oleh sebab pemerintahan Lu itu sangat puas hati dengan kerja-kerja beliau, beliau telah dinaikkan pangkat dengan cepat. • Akan tetapi, pemerintahan Lu itu tidak dapat menerima ajaran-ajaran Confucius. • Beliau cuba memberi perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsipnya tetapi keadaan pada masa itu tidak memberi peluang kepadanya untuk mempraktikkan ideanya. • Akhirnya, Confucius berhenti daripada perkhidmatan dengan kerajaan selepas kematian ibunya.

  23. Kemudian, Confucius menghabiskan masa beberapa tahun untuk belajar dan menjadi guru, beliau menjadi seorang guru yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk 10 tahun sebelum kembali ke Lu pada tahun 484 SM. • Pada masa itu, Confucius telah merantau dan menyebarkan ajarannya. Beliau cuba mencari seorang pemerintah yang akan mengikuti ajarannya tetapi gagal. Beliau kembali ke Lu pada tahun 484 SM. • Di Lu, beliau telah menghabiskan masanya dengan mengarang buku-buku termasuk nyanyian dan falsafah. Beliau merupakan orang Cina yang pertama memperkenalkan pendidikan. Beliau meninggal dunia pada tahun 479 SM semasa berusia 72 tahun.

  24. Ajaran Confucius • Confucianisme tidak dianggap sebagai satu agama yang berunsurkan ketuhanan tetapi merupakan prinsip-prinsip hidup yang baik. • Confucianisme berasaskan ajaran Confucius dapat dirumuskan dalam konsep Jen yang menekankan perasaan perikemanusiaan terhadap orang lain dan harga diri. • Apabila Confucius disoal pengikutnya tentang makna perikemanusiaan, dia menjawab "kebolehan mengamalkan lima kebaikan di merata dunia adalah kemanusiaan. • Kebaikan itu ialah budi bahasa, kemurahan hati, amanah, kerajinan dan sifat baik."

  25. Ajaran Confucius dikumpulkan oleh pengikut-pengikutnya dalam bentuk buku yang bertajuk Lun-Yu atau Analekta. • Dua orang pengikutnya yang terkenal ialah Hsun Kuang dan Meng Tze (Mencius). • Confucius merupakan orang yang pertama di China yang cuba menulis sejarahnya dengan lebih sistematik. Beliau juga menulis sebahagian daripada 5 klasik yang dihasilkan pada zaman Chou. • Klasik-klasik ini terdiri daripada Book of Odes (Shih Ching), Book of History (Shu Ching), Book of Rites (Li Chi), Book of Changes (I Ching) dan Aping Ang Autum Annals (Chun Ching). • Ajaran Confucius tidak mempunyai pengaruh ke atas budaya Asia Tenggara seperti agama Hindu dan Buddha. Ia cuma mempunyai kesan yang mendalam ke atas masyarakat China.

  26. Ajaran-ajaran Confucius adalah berkenaan dengan Li atau Rukun Bangsa. • Antaranya ajaran Confucius ialah bagaimana keamanan dan kepatuhan boleh dibawa kepada negaranya. • Dalam ajaran Confucius, terdapat lima jenis perhubungan baik yang menetapkan peranan individu dalam masyarakat iaitu pemerintah kepada rakyat, ibu bapa dan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan.

  27. Menurut beliau, setiap individu mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap pihak lain. • Sekiranya setiap tanggungjawab dipatuhi, masyarakat serta negara akan bersatu, tenteram dan harmoni. • Beliau menegaskan bahawa seseorang anak harus menghormati ibu bapa mereka dan juga harus menjaga ibu bapa apabila mereka sudah tua. • Dari segi ibu bapa pula, beliau mengatakan bahawa kasih sayang patut diberi kepada anak-anak mereka termasuklah membimbing dan mendisiplinkan anak. • Seseorang juga harus menjaga negerinya, negeri adalah disamakan dengan sebuah keluarga yang besar.

  28. Dari segi politik pula, Confucius menganggap raja yang jujur dan adil adalah seorang raja yang dapat disanjung tinggi. • Rakyat perlu hormat dan taat kepada kerajaan. • Confucius menegaskan bahawa raja adalah ketua keluarga dan rakyat adalah ahli-ahli keluarganya. • Raja harus memberi contoh dan teladan yang baik kepada rakyat.

  29. Dalam sesebuah negara, kerajaan harus menimbulkan keyakinan rakyat, rakyat harus dijaga dengan makanan yang mencukupi, kedaulatan negara mesti dipertahankan dengan mempunyai pasukan tentera yang kuat. • Confucius mengatakan bahawa raja harus melindungi rakyatnya dan harus berperanan sebagai Shang-Ti.

  30. Bagi masyarakat China, mereka sangat mementingkan tradisi dan nilai-nilai murni hasil daripada ajaran Confucius. • Beliau menggalakkan pengikutnya memandang ke zaman silam untuk mendapat pengajaran supaya masalah dapat diselsaikan. • Beliau yang mewujudkan Confucianisme, juga mementingkan penyembahan kepada nenek moyang.

  31. Meng Tze, pengikut Confucius, telah menambah ajaran tentang pemerintah kerajaan. Raja yang zalim boleh digulingkan kerana Tuhan akan memberi restu kepada rakyat yang ditindas. • Selain Meng Tze, Hsun Tzu pula menekankan bahawa manusia pada dasarnya adalah jahat dan raja bertanggungjawab untuk menyekat kejahatan ini dengan merangka undang-undang yang ketat dan hukuman keras kepada pesalah.

  32. Kesimpulan • Confucianisme yang berasaskan ajaran Confucius memetingkan kesopanan dan kesusilaan dalam kehidupan seseorang. • Tabiat yang terpuji serta kelakuan yang baik, terutama sekali hormat kepada ibu bapa, orang tua dan negara adalah perkara yang dituntut daripada penganut ajaran Confucius. • Idea peperiksaan awam untuk memilih pegawai kerajaan adalah hasil daripada pengaruh Confucianisme supaya negara dapat dipimpin oleh pegawai yang berkebolehan dan bukan kerana keturunannya.

  33. Lao Tze

  34. Laozi (Bahasa Cina,老子, juga dieja sebagai Lau Tze, Lau Zi, Lao Tzu) merupakan ahli falsafah Cina terkemuka yang dipercayai hidup sekitar abad ke-4 SM (570 SM - 470 SM), semasa Seratus Sekolah Pemikir (諸子百家 Hundred Schools of Thought) pada Zaman Chunqiu, 春秋时期 (770 SM~ 476 SM).

  35. Ajaran Lao Tze • Ajaran Lao Tze terkandung dalam bukunya yang berjudul Tao Te Ching. • Ajaran yang terkandung dalam buku ini adalah reaksi terhadap ajaran Confucius. • Ajaran Confucius menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial seperti dalam keluarga dan negara tetapi ajaran Lao Tze lebih menekankan keharmonian alam semesta.

  36. Tao membawa maksud "cara" atau "jalan" bagi mencapai keharmonian dengan alam semesta. • Ajaran-ajaran Taoisme adalah gabungan anarkisme dan kepercayaan bahawa kebenaran di luar fahaman manusia boleh diperolehi dengan cara bersemadi atau tasawuf.

  37. Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan. • Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia. • Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan. • Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam.

  38. Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun. • Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah. • Mereka menganggap bahawa lebih banyak undang-undang dikenakan keganasan akan timbul dengan lebih giat lagi. • Falsafahnya yang mudah difahami dan diminati di kalangan penduduk di luar bandar. • Taoisme tidak mendapat sambutan yang baik daripada kalangan terpelajar dan pegawai-pegawai yang berfahaman Confucianisme.

  39. Penganut-penganut Taoisme memandang hina tehadap perkara-perkara keduniaan. • Ajaran Tao menyeru penganutnya supaya jangan mengubah benda-benda semula jadi. • Manusia tidak boleh mangubah cara hidup melalui tindakan undang-undang kerana ia menjadikan kehidupan manusia lebih kompleks. • Lao Tze mengatakan bahawa perasaan tamak dan nafsu seseorang mendorongnya bertindak dengan kurang bijak dan tidak rasional.

  40. Lao Tze mahu mempraktikkan cara penghidupannya di zaman Ho Hsu (zaman dahulu kala) kerana manusia dapat hidup dengan tenteram. • Ketenteraman manusia terganggu disebabkan oleh mereka diajar ilmu pengetahuan dan diberi tanggungjawab. • Kata-kata Lao Tze "tenangkan diri, kembalilah kepada zaman di mana raja-raja belum wujud lagi." • Ajaran Tao hanya sebuah negeri yang kecil penduduk. Di dalam negeri tersebut tidak ada sebarang bentuk pemerintahan. • Penduduknya tidak pernah melawat antara satu sama lain tetapi mereka boleh hidup dengan gembira.

  41. Sumbangan penting Taoisme ialah sami-sami telah membuat banyak perjumpaan dalam bidang perubatan tradisional. • Mereka juga mencipta ubat bedil, jarum magnetik dan herba-herba asli. • Taoisme juga membawa pengaruh dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China. • Buku-buku Taoisme yang merupakan koleksi ajaran yang bertulis dalam bentuk sajak warisan kesusasteraan yang terkenal.

  42. TOKOH-TOKOH TAMADUN ISLAM

  43. RIWAYAT HIDUP AL FARABI • Namaasal Al-Farabiialah Abu Nasr Muhammad bin • Muhammad Tarkhan Al-Uzdag • BeliaudilahirkandiWasij, iaitudiwilayahTransosiana,dinegara Turkestan padatahun 257 H bersamaan870 Masihi, • BerketurunanTurki, bapanyaberketurunan Persia • manakalaibunya pula berketurunanTurki.

  44. PENDIDIKAN AWAL AL FARABI Mendapat pendidikan awal daripadaguru-guru persendirian, sama adabeliau pergi belajar di rumah guruberkenaan ataupun beliau belajarsecara formal di masjid-masjid yangterdapat di Wasij, seterusnya beliaudikatakan dibesarkan semasapemerintahan Nasir Ibnu Ahmad.

More Related