1 / 8

SEJARAH BAB 7

SEJARAH BAB 7. SEJARAH TING 2 BAB 7.2 DOL SAID PAHLAWAN NANING. DOL SAID.

zandra
Télécharger la présentation

SEJARAH BAB 7

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SEJARAH BAB 7 SEJARAH TING 2 BAB 7.2 DOL SAID PAHLAWAN NANING

  2. DOL SAID Dato' Dol Said, atau Abdul Said (1773 - 1849), ialah Penghulu Naning yang kesembilan. Sejak kecil lagi, sifat keberaniannya mula diperlihatkan apabila beliau mula belajar ilmu mempertahankan diri atau seni silat sejak berusia enam tahun. Dol Said seorang yang tekun mengaji, cekap dalam seni mempertahankan diri dan sentiasa dihormati orang ramai. Beliau juga seorang yang taat kepada kedua orang tuanya.Dol Said dilantik sebagai Penghulu Naning menggantikan Penghulu Anjak pada tahun 1799 sewaktu berumur 26 tahun.

  3. ?

  4. Faktor Penentangan Dol Said di Naning Mempertahankan Kemerdekaan Naning Pada tahun 1824, British dan Belanda menandatangani Perjanjian Inggeris - Belanda menurut perjanjian perjanjian ini, Melaka diserahkan kepada British. British mendakwa Naning merupakan sebahagiann daripada Melaka. Oleh itu, British mengalakkan Naning memeatuhi peraturan yang ditetapkan di Melaka. Dakwaan British tidak dapat diterima oleh peghulu Dol Said dan rakyat Naning. Menentang Pelaksanaan Undang – undang British British juga mengenalkan Peraturan Penghulu yang menggugat pengaruh dan kuasa Dol Said. Peraturan ini melarang penghulu membicarakan kes jenayah. Pada tahun 1828 Dol Said diberi amaran oleh British kerana menyelesaikan kes jenayah di Naning. Beliau juga diugut akan dilucutkan jawatan sekiranya beliau tidak mematuhi arahan British. Menentang Bayaran Cukai Melalui Undang – undang 1830, British memaksa Naning membayar cukai satu per sepuluh daripada hasil keluaran pertanian. Arahan ini dibuat setelah pihak British mendapat hasil daerah Naning berjumlah 4500 dolar sebulan.

  5. Perang Naning Perang Naning pertama yang berlaku pada tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka kerana berjaya mengalahkan British. British sebuah kuasa besar dunia tetapi pernah dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu dalam perang Naning pertama pada tahun 1831 .Pada mulanya, British yakin Naning boleh ditewaskan dalam masa sehari sahaja.Setelah 18 hari maka tentera British terpaksa berundur setelah ramai tenteranya yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu amat memalukan Inggeris kerana diibaratkan tikus mengalahkan gajah.

  6. Dalam Perang Naning yang berlangsung selama 18 hari antara 6 Ogos dan 24 Ogos 1831, Dol Said telah berjaya menewaskan pihak British selepas mendapat sokongan orang Melayu sebanyak 1,000 orang. British tidak berpuas hati dengan kekalahan mereka dan kembali menyerang Naning pada bulan Februari 1832 dengan tentera yang lebih besar. Dol Said kehilangan ramai orang dan beliau terpaksa berundur kePasir Besar. Dalam tempoh empat bulan, Naning jatuh ke dalam tangan British pada 15 Jun 1832. Naning kemudiannya diletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selat pada 27 Oktober 1832.Dol Said meninggal dunia pada 1849 dan disemadikan di Tanah PerkuburanTaboh Naning.

  7. PENGHARGAAN Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru Sejarah kami yang memberi tunjuk ajar kepada kami untuk menyiapkan kerja ini. Selain itu, kami juga mengucapkan kesyukuran ini kepada ibu bapa yang menyediakan barang yang diperlukan untuk menyiapkan kerja ini.

  8. DISEDIAKAN OLEH : • TEBBA • AMANDA • VANIISHA • KOK MUN HONG • CHUA XIAO QI

More Related