1 / 23

TEKNOLOGI MAKLUMAT

TEKNOLOGI MAKLUMAT. DALAM BIDANG. KOMUNIKASI. SEJARAH PERKEMBANGAN KOMUNIKASI Empat peningkatan utama dalam cara berkomunikasi :. Perkataan Bertulis Mesin Cetak Mesin Elektronik Komunikasi Masa Kini. M E N U U T A M A. Perkataan Bertulis Mesin Cetak Mesin Elektronik

arwen
Télécharger la présentation

TEKNOLOGI MAKLUMAT

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM BIDANG KOMUNIKASI

  2. SEJARAH PERKEMBANGAN KOMUNIKASI Empat peningkatan utama dalam cara berkomunikasi : • Perkataan Bertulis • Mesin Cetak • Mesin Elektronik • Komunikasi Masa Kini

  3. M E N U U T A M A Perkataan Bertulis Mesin Cetak Mesin Elektronik Komunikasi Masa Kini

  4. PERKATAAN BERTULIS a) Abjad Purba Pada zaman dahulu, lukisan dijadikan sebagai salah satu alat untuk berkomunikasi. Cth: Lukisan berusia 20 000 tahun di dinding gua di Lascaux, selatan Peranchis

  5. b) Pembuatan Kertas Orang Chinalah yang telah mencipta bahan yang masih kita gunakan hari ini iaitu kertas. Penggunaan kertas papirus merupakan kemajuan yang penting kerana beratnya yang ringan membuatkannya mudah disimpan dan diangkut.

  6. MESIN CETAK Orang China merupakan orang yang pertama mengembangkan kaedah percetakan pada abad ke 6 S.M. Menurut kaedah ini setiap huruf diukir pada kayu keras. Huruf ini boleh diatur seperti yang dikehendaki dan boleh diatur semula untuk digunakan pada lain masa. Buat pertama kalinya , dengan menggunakan ciptaan Gutenberg , buku, risalah dan surat khabar yang pertama boleh dicetak dengan cepat, murah, banyak dan dalam kuantiti yang besar dan ini membolehkan pengetahuan tersebar dengan meluas

  7. MESIN ELEKTRONIK a) Telegraf Elektrik Ia merupakan penghantar mesej yang baik kerana elektrik mengalir dengan cepat melalui dawai logam. Di Amerika, kod sistem Samuel Morse menjadi cara standard menghantar mesej melalui telegraf KOD MORSE A .- B -… C -.-. D -.. E . F ..-. G --. H …. I .. J .--- K -.- L .-.. M -- N -. O --- P -.-. Q --.- R -.. S … T - U ..- V …- W .-- X -..- Y -.-- Z --..

  8. b) Telefon Telefon merupakan idea untuk bercakap melewati jarak yang jauh. Telefon yang pertama adalah berdasarkan elektromagnet. Sistem awal ini kemudiannya di ganti dengan mikrofon karbon yang lebih efisien.

  9. c) Rakaman Bunyi Perkataan pertama yang dirakam ialah “Mary had alittle lamb”. Edison telah membuatkan mendengar bunyi rakaman itu semudah seperti percetakan dan ini memudahkan membaca buku. Rakaman bunyi mempunyai sumbangannya yang unik untuk meningkatkan komunikasi dunia

  10. d) Radio Pada tahun 1887, Heinrich Hertz, menunjukkan bahawa gelombang radio itu wujud. Ia sangat pantas kerana bergerak pada kelajuan cahaya iaitu lebih kurang 300,000 km per saat. Penemuan oleh Gugleilmo Marconi membawa kita kepada radio yang digunakan hari ini

  11. e) Radar dan sonar Radar bermakna “radio detection and ranging” (pengesanan radio dan julat). Ia digunakan sebagai sistem amaran awal untuk mengelakkan kapal daripada berlanggar di tengah laut Sonar atau “sound navigationand ranging” (navigasi bunyi dan julat) juga berfungsi mengesan pantulan daripada objek Pantulan tersebut adalah gema daripada letusan pendek bunyi bernada tinggi yang dihantar oleh pemancar. Ia adalah lebih perlahan dari radar, contohnya dalam air

  12. f) Televisyen Matlamat komunikasi yang lebih besar ialah pemancaran gambar bergerak dan juga suara. Sistem televisyen yang pertama memerlukan satu cakera berputar disatukan kepada sel fotoelektrik yang mengubah variasi kecerahan imej kepada isyarat elektrik

  13. g) Video Video merupakan cara paling popular untuk merakam bunyi dan gambar khasnya merakam terus siaran televisyen dan filem untuk dimainkan semula.

  14. Komunikasi Masa Kini a) Komputer Terdapat lima generasi komputer dan setiap generasi mempunyai cirinya sendiri : 1. Generasi Pertama (1942-1959)…..Tiub Vakum 2. Generasi Kedua (1959-1964)…….Transistor 3. Generasi Ketiga (1964-1970)…….Litar Bersepadu (cip) 4. Generasi Keempat (1970-kini) …..Penyepaduan skala besar dan penyepaduan skala amat besar (mikropemproses) 5. Generasi Kelima (masa hadapan)…Kecerdikan buatan dan pemprosesan selari

  15. b) CD-ROM dan Multimedia CD-ROM (Compact Disc, Read-Only Memory) merupakan satu medium storan di mana komputer hanya boleh membaca maklumat pada cakera tanpa boleh merakam sesuatu padanya. Multimedia menggabungkan perkataan, bunyi, gambar dan filem dalam satu dokumen elektronik

  16. c) Realiti Maya Realiti Maya (Virtual Reality -VR) adalah teknologi yang menyediakan hubungan asas dengan dunia elektronik siber angkasa Penggunaan VR yang popular setakat ini adalah untuk permainan video. Misalnya, anda boleh ‘menerbangi’ sebuah jet dengan kaki anda masih menjejak bumi

  17. d) Faksimili Mesin ini menggunakan talian telefon untuk menghantar mesej ke mesin faksimili yang lain. Mesej yang dihantar adalah dalam bentuk imej dokumen yang asal. Faksimili yang diterima oleh komputer boleh dibaca pada skrin atau dicetak.

  18. e) Mel elektronik Ia merupakan sesuatu dokumen yang ditaip dan kemudian dihantar melalui talian telefon kepada penerima Mel ini akan disimpan di dalam komputer hos penerima. Ia boleh dihantar dari satu stesen komputer ke stesen komputer lain yang sama bilik, bangunan, bandar, negara atau di luar negeri.

  19. f) Telesidang Telesidang merupakan sistem yang mempunyai beberapa komputer di tempat yang berasingan pada jarak jauh dan dihubungi antara satu sama lain melalui satu sistem rangkaian komputer

  20. g) Internet Relay Chat (IRC) Ia merupakan salah satu kemudahan berkomunikasi secara “synchronous” iaitu komunikasi melalui internet yang berlangsung tepat pada masanya Ianya lebih mesra dengan panggilan “chat” sahaja.

  21. h) Telefon Internet Memerlukan sistem komunikasi yang canggih seperti talian ISDN berkeupayaan tinggi dan perkakasan multimedia yang baik seperti kamera, monitor, telefon dan perisian Ia juga memerlukan teknologi paparan video yang jelas dan sistem rangkaiannya haruslah berkeupayaan untuk menghantar data dengan kadar yang pantas.

  22. KESIMPULAN Komputer telah pun menghubungkan dunia dengan rangkaian maklumat sedunia dan besar kemungkinan lebih ramai manusia dan lebih banyak komputer akan dihubungkan seperti ini di masa hadapan. Dengan ini jelaslah menunjukkan bahawa komunikasi sememangnya penting sejak dahulu lagi dan kepantasan komunikasi juga semakin bertambah mengikut peredaran zaman

  23. SEKIAN Pensyarah En. Samudin Kassan Disediakan Oleh : Hasnita Hassan & Ragayah Shariff (KPLI / PTM - 1998 / 1999)

More Related