1 / 23

Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat. Fadzil Bin Saidin. Teknologi Maklumat. “Semua jenis TEKNOLOGI yang digunakan untuk memproses (processing), menyimpan (storing) dan memindahkan (transmitting) MAKLUMAT dalam bentuk elektronik”. ERA/ZAMAN/ MASYARAKAT. TEKNOLOGI. SUMBER KEKAYAAN. Pindah-randah.

eze
Télécharger la présentation

Teknologi Maklumat

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Teknologi Maklumat Fadzil Bin Saidin

  2. Teknologi Maklumat “Semua jenis TEKNOLOGI yang digunakan untuk memproses (processing), menyimpan (storing) dan memindahkan (transmitting) MAKLUMAT dalam bentuk elektronik”

  3. ERA/ZAMAN/ MASYARAKAT TEKNOLOGI SUMBER KEKAYAAN Pindah-randah Pandai memburu Alat memburu Pertanian Mempunyai tanah Alat pertanian Pelaut/Perdagangan Mempunyai kapal Kapal Perindustrian Tanah, buruh, modal Mesin Maklumat/Digital Maklumat Komputer Era Kemajuan Manusia

  4. Analog dan Digital Contoh Nombor 1: 00000001 20: 00010100 2: 00000010 30: 00011110 3: 00000011 40: 00101000 4: 00000100 50: 00110010 5: 00000101 60: 00111100

  5. Organisasi & Teknologi Maklumat

  6. ELEMEN KOMPUTER KOMUNIKASI • Manusia (pengguna komputer ialah orang ramai dan profesional) • Tatacara (kaedah dan peraturan menggunakan komputer) • Data/maklumat (jenis dan jumlah data) • Perkakasan atau Peralatan (jenis dan fungsi perkakasan) • Perisian (perisian sistem dan aplikasi) • Komunikasi (kemudahan telefon untuk menghantar dan menerima maklumat).

  7. SALURAN KOMUNIKASI • saluran telefon • kabel sepaksi (coaxial cable) • kabel pasangan terpiuh (twisted pairs cable) • kabel optik gentian (fibre optic cable) • gelombang mikro (microwave), dan • satelit

  8. PEMINDAHAN DATA SECARA BERSIRI Dalam pemindahan data secara bersiri (serial), bit data bergerak satu demi satu secara terus menerus. Keadaannya sama seperti motokar yang melalui jambatan lorong tunggal. Kebanyakan data yang dihantar melalui telefon adalah jenis bersiri (serial). Port modem dibelakang komputer dinamakan port bersiri (serial port). Kabel dan sambungan bersiri dipanggil juga dengan nama ‘RS-232C’ dan port komunikasi. SECARA SELARI Dalam pemindahan data secara selari (parallel), bit data bergerak secara berasingan selari diantara satu dengan lain. Keadaannya adalah sama seperti motokar melalui lebuh raya yang mempunyai banyak lorong dengan kelajuan yang sama. Pergerakan data secara selari adalah terhad kepada jarak dekat sahaj. Pemindahan data dalam komputer dan komputer dengan pencetak adalah secara selari (parallel).

  9. OPERASI KOMPUTER YANG ASAS • Input - Input bermakna memasukkan data ke dalam komputer dan memberikan arahan. Perkakasan yang digunakan ialah papan kekunci, tetikus, pengimbas dan lain-lain • Pemprosesan dan ingatan - Pemprosesan dijalankan dengan menggunakan perisian dan data yang diproses tersimpan dalam memori utama atau RAM • Output - Segala data dan maklumat yang telah diproses akan ditunjukkan melalui monitor dan pencetak • Storan sekunder - Menyimpan maklumat dalam cakera liut, cakera keras, CD-ROM dan pita magnetik • Komunikasi - Cara maklumat dihantar dan diterima oleh komputer

  10. Lebuhraya Maklumat • ‘Lebuhraya maklumat’ (information Highway atau Information Superhighway) menunjukkan bagaimana mudahnya perhubungan melalui komputer • Melalui Internet pengguna komputer boleh mendapatkan maklumat dan pengetahuan dari seluruh dunia. Maklumat ini diperolehi dalam masa yang singkat dan murah. Pengguna boleh membaca akhbar tempatan dan luar negeri serta bahan bacaan ‘Edisi Elektronik’. • Anda boleh melawat perpustakaan maya dan boleh membuat capaian pengkalan data sekiranya mempunyai keahlian perpustakaan tersebut yang sah. • Penguna di rumah perlu memiliki sebuah komputer dengan sebuah modem dan talian telefon bagi membolehkannya ‘melawat’ ke semua tapak web (web site) didunia.

  11. INTERNET Internet ialah singkatan bagi perkataan ‘inter-network’. Internet ialah rangkaian (network) bagi rangkaian komputer global (Wide area Network- WAN) yang menghubungkan berjuta-juta komputer didunia. Ini bermakna jika anda mempunyai sebuah komputer dengan modem dan talian telefon maka anda telah berada dalam rangkaian (network) komputer di Malaysia. Rangkaian komputer (network) dimalaysia dihubungkan dengan rangkaian komputer diluar negara dan ini dinamakan Internet.

  12. BAGAIMANA DATA DAN MAKLUMAT DIWAKILI DALAM KOMPUTER Kita menggunakan nombor 10 digit (0,1,2,3,4,5,6,7,8,9) dalam kehidupan seharian. Komputer menggunakan nombor perduaan (binary numbers) yang hanya mempunyai dua digit/angka iaitu ‘0’ dan ‘1’. Dalam komputer ‘0’ diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan ‘off’ (voltan rendah) dan ‘1’ diwakili oleh arus elektrik dalam keadaan ‘on’ (voltan tinggi). Semua data yang dimasukkan ke dalam komputer akan ditukarkan kepada nombor perduaan (binary numbers).

  13. Contoh • Sebagai contoh jika ditaip huruf ‘H’, isyarat elektronik yang dimasukkan ke dalam komputer ialah 01001000. 1 1 = Aksara H 0 00 000

  14. Contoh Pendua (Binary) PTK = 0101 0000 0101 0100 0100 1011

  15. UKURAN SIMPANAN SISTEM PERDUAAN Maklumat yang disimpan secara perduaan (binary) didalam ingatan utama (RAM), cakera liut, cakera keras dan CD-ROM adalah seperti berikut:

  16. Jenis Komputer • Terbahagi kepada 4 jenis mengikut kepantasan dan keupayaan menyimpan maklumat. • Superkomputer (Supercomputer) • Komputer Kerangka utama (Mainframe Computer) • Minikomputer (Mini Computer) • Mikrokomputer atau (Microcomputer/Personal • Komputer Peribadi Computer)

  17. PERISIAN KOMPUTER

  18. Contoh Perisian Aplikasi

  19. Teknologi Komunikasi TELEFON SELULAR Telefon selular adalah sistem pembahagian kawasan kepada bentuk ‘sel-sel’. Dalam setiap sel telefon mudah alih, ia boleh disambungkan kepada saluran telefon biasa. Dengan sistem ini orang ramai boleh mebuat panggilan dari motokar, keretapi dan tempat-tempat lain yang tiada telefon awam. Negara seperti Malaysia yang sistem komunikasinya masih belum lengkap sangat sesuai menggunakan sistem ini. MESIN FAKS Faks adalah nama singkatan untuk ‘facsimilie’ yang bermakna ‘a copy’ atau salinan. Mesin faks mengimbas (scan) sesuatu teks dan gambar serta menghantarnya dalam bentuk isyarat elektronik melalui saluran telefon ke satu mesin faks yang lain. Mesin faks yang menerima isyarat elektronik itu akan mencetak teks dan gambar diatas kertas.

  20. Teknologi Komputer KOMPUTER MULTIMEDIA Perkataan ‘multimedia’ telah menjadi sebutan orang ramai mulai pertengahan 1990an. Mulitimedia adalah teknologi yang mempersembahkan maklumat dalam bentuk lebih daripada satu media iaitu teks, grafik, animasi, video, muzik dan suara. Komputer Peribadi Multimedia (MPC) adalah komputer yang boleh menghasilkan bunyi dan video, menjalankan CD-ROM dan memainkan permainan (games). PEMBANTU DIGITAL PERSONAL Pada tahun 1988 penjadual Elektronik (electronic organisers) kecil telah dipernalkan. Kegunaannya adalah untuk menyimpan nombor telefon dan senarai tugasan harian. Pada tahun 1993 penjadual elektronik telah digantikan oleh pembantu digital personal (personal digital assistant) atau ringkasnya ‘PDA’. PDA boleh menyimpan kalender temu janji, menulis memo, mendapat perkhidmatan Internet, menghantar faks dan e-mail.

  21. Ergonomi Ergonomi (ergonomic) ialah kajian mengenai hubungan fizikal antara manusia dan persekitaran tempat kerja mereka. Persekitaran tempat kerja termasuk bangunan, perabot dan peralatan yang mereka gunakan seperti meja, mesin taip, komputer dan lain-lain. Kajian telah dibuat untuk mencipta papan kekunci (key-board) yang paling sesuai untuk pengguna komputer. Daripada kajian ini terciptalah papan kekunci ergonomi yang reka bentuk sesuai dengan jari dan tangan pengguna.

  22. ERGONOMI: MENGGUNAKAN KOMPUTER Komputer ialah peralatan elektronik yang paling banyak digunakan pada masa ini. Pekerja jabatan kerajaan dan syarikat swasta ada yang menggunakan komputer melebihi lapan jam sehari. Menggunakan komputer untuk jangkamasa yang lama boleh mendatangkan masalah kepada pengguna. Ada yang sakit mata berair, sakit belakang dan pelbagai kesan lagi. Kajian mengenai perabot dan kedudukan terbaik untuk menggunakan komputer telah dibuat. Hasil daripada kajian ini, pelbagai jenis meja dan kerusi untuk pengguna komputer telah dicipta. Kedudukan yang sesuai dan baik untuk pengguna komputer juga telah dicadangkan. Dengan teknik yang dicadangkan penggunaan komputer dimasa akan datang diharap akan lebih selesa lagi kepada semua pengguna.

  23. Laman Web Rujukan http://ms.wikipedia.org/wiki/Teknologi_Maklumat

More Related