1 / 23

Perintah Am Bab E Rumah Dan Bangunan kerajaan

Perintah Am Bab E Rumah Dan Bangunan kerajaan. KANDUNGAN. RUMAH-RUMAH KEDIAMAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN KADAR SEWA,PEMBAYARANNYA DAN LAIN-LAIN BAYARAN BANGUNAN PEJABAT TANGGUNGJAWAB JABATAN KERJA RAYA PELBAGAI. TAFSIRAN.

javen
Télécharger la présentation

Perintah Am Bab E Rumah Dan Bangunan kerajaan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Perintah Am Bab ERumah Dan Bangunan kerajaan

  2. KANDUNGAN • RUMAH-RUMAH KEDIAMAN • TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN • KADAR SEWA,PEMBAYARANNYA DAN LAIN-LAIN BAYARAN • BANGUNAN PEJABAT • TANGGUNGJAWAB JABATAN KERJA RAYA • PELBAGAI

  3. TAFSIRAN • KELUARGA PEGAWAI –SUAMI/ISTERI DAN ANAK-ANAK • KETUA JABATAN • PEGAWAI PERUMAHAN-DILANTIK UNTUK MENGUNTUKKAN RUMAH KEDIAMAN • RUMAH BIASA KERAJAAN –RUMAH KHAS JABATAN ATAU RUMAH KHAS JAWATAN • RUMAH KHAS JABATAN- RUMAH YANG DIDIRIKAN KHAS KEPADA PEGAWAI YANG MUSTAHAK BERADA SETIAP MASA DEKAT DENGAN TEMPAT BERKERJA • RUMAH KHAS JAWATAN- KHAS UNTUK SESEORANG PE MEGANG JAWATAN TERTENTU SEPERTI YANG DITETAPKAN OLEH KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM

  4. RUMAH-RUMAH KEDIAMAN • KERAJAAN TIADA MENYEDIAKAN RUMAH MELAINKAN SEKADAR DL PERINTAH 3 • KETUA JABATAN BOLEH MENGARAHKAN PEGAWAI PINDAH KE RUMAH JIKA ADA RUMAH BERHAMPIRAN ATAU RUMAH KHAS JABATAN • PEGAWAI BOLEH DISEDIAKAN RUMAH SEPERTI BERIKUT SAHAJA: - RUMAH KHAS JABATAN - RUMAH KHAS JAWATAN - RUMAH KHAS KERAJAAN - RUMAH KEDIAMAN LUAR NEGERI

  5. KELAYAKAN-KELAYAKAN MENDAPAT RUMAHKERAJAAN MENGIKUT GAJI(P.A. 4) Kelas rumah Gaji Pegawai A RM 2,300 sebulan dan ke atas. B RM1,500 sebulan dan ke atas tetapi di bawah RM2,300 sebulan. C RM1,250 sebulan dan ke atas tetapi di bawah RM1,500 sebulan. D RM1,250 sebulan dan ke atas tetapi di bawah RM1,500 sebulan. E RM1,000 sebulan dan ke atas tetapi di bawah RM1,250 sebulan. F RM500 sebulan dan ke atas tetapi di bawah RM1,000 sebulan. G RM375 sebulan dan ke atas tetapi di bawah RM500 sebulan. H RM190 sebulan dan ke atas tetapi di bawah RM375 sebulan.

  6. PEGAWAI BOLEH MENYEWA RUMAH KERAJAAN • DI MANA KERAJAAN TELAH SEDIA ADA MEMPUNYAI RUMAH KEDIAMAN YANG KOSONG, PEGAWAI YANG LAYAK BOLEH ME MOHON MENGIKUT PERATURAN DAN SYARAT KELAYAKAN

  7. A. KERAJAAN BERHAK MENGUNTUKKAN RUMAH BAGI PEGAWAI DIFIKIRKAN LAYAK/SESUAI B. PEGAWAI BOLEH DIARAHKAN KOSONGKAN RUMAH - UNTUK MEMPERBAIKI ATAU SEBAB LAIN YANG MUNASABAH C. RUMAH YANG DI UNTUKKAN BOLEH DITARIK BALIK -JIKA TIDAK MENGAMBILALIH DALAM MASA DITETAPKAN [TIDAK LEBIH 30 HARI] 6. SEWA RUMAH SESEORANG PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN ATAU DISEWAKAN KHAS UNTUKNYA AKAN DIKEHENDAKI EBAYAR SEWA MENGIKUT KADAR YANG DITETAPKAN DARI MASA KE SEMASA MELAINKAN JIKALAU TELAH DIKECUALIKAN MENGIKUT PERKHIDMATAN NYA

  8. II.TANGGUNGJAWAB PEGAWAI YANG MENDIAMI RUMAH KERAJAAN • PEGAWAI MESTI PATUH PERATURAN • MEMINDA RUMAH DILARANG • MENYEWA DILARANG • LARANGAN MENTERNAK BINATANG • TANGGUNGJAWAB MEMBERSIHKAN KAWASAN • A. TANGGUNGJAWAB MELAPORKAN KEROSAKAN B. PEGAWAI PERLU BAYAR KEROSAKAN YANG DISEBABKANNYA • A. LAPORAN MEMASUKI RUMAH B. LAPORAN TARIKH MASUK KEPADA PEGAWAI PERUMAHAN • A. LAPORAN KOSONGKAN RUMAH B. PEGAWAI MESTI SERAH KUNCI

  9. III. KADAR SEWA,PEMBAYARANNYA DAN LAIN-LAIN BAYARAN 15. A. TIAP-TIAP RUMAH KERAJAAN TERMASUK RUMAH YANG DISEWA KHAS OLEH KERAJAAN DI MALAYSIA ATAU SEBERANG LAUT ADALAH DIKENAKAN SEWA TERMASUK SEWA PERABOT B. PEGAWAI YANG MENDIAMI MANA-MANA RUMAH KERAJAAN MELAINKAN DIKECUALIKAN AKAN DIKEHENDAKI MEMBAYAR SEWA BAGI KELAS RUMAH YANG DIDUDUKINYA

  10. C. PEGAWAI-PEGAWAI DIKECUALIKAN MEMBAYAR SEWA • PEGAWAI TINGKATAN TERTINGGAI ‘A’ DAN KE ATAS • PEGAWAI DALAM PERKHIDMATAN BOMBA/PENJARA • PEGAWAI DIKEHENDAKI MENDUDUKI RUMAH JABATAN

  11. 16. Sewa dikira dari harimasuk. • Sewa rumah dan sewa perabut akan dikira dari hari seseorang pegawai itu masuk ke rumah tersebut dan akan dijelaskan secara bulanan. Sewa akan berakhir di hari sebenar pegawai itu mengosongkan rumah tersebut setelah memberitahu Pegawai Perumahan.

  12. 17.(a)  Adalah menjadi tugas Ketua Jabatan untuk memotong dari gaji seseorang pegawai di bawah jagaannya pada tiap-tiap bulan sewa rumah dan sewa perabut kerana mendiami rumah Kerajaan apabila diterima permintaan sedemikian dari Pegawai Perumahan. (b)   Ketua Jabatan juga akan bertanggungjawab menentukan bahawa sewa akhir dikutip dari seseorang pegawai yang akan berhenti kerja, bersara, bertukar, bercuti atau sebagainya lagi.

  13. Letrik, air dll. tanggunganpegawai. Seseorang pegawai yang telah dibenarkan mendiami sesebuah rumah Kerajaan yang kelasnya adalah lebih tinggi daripada yang ia berhak mendapat boleh dikehendaki oleh Ketua Setiausaha Negara membayar sewa mengikut sewa bagi kelas rumah yang ia patut mendapat. Seseorang pegawai yang telah diberi rumah yang kelasnya adalah lebih rendah daripada yang ia berhak mendapat kerana tiada kekosongan rumah dalam kelas yang ia berkelayakan mendapat, boleh dikehendaki membayar sewa yang sama banyak dengan sewa yang patut dibayar oleh seseorang pegawai yang bergaji paling tinggi untuk kelas rumah tersebut seperti di Lampiran A mengikut gandaan sewa namaan atau peratus gaji, yang mana satu terkurang.

  14. Seseorang pegawai yang telah diuntukkan rumah yang lebih tinggi/rendah dari kelayakan boleh dikehendaki oleh Pegawai Perumahan berpindah ke rumah yang ia berkelayakan bila ada kekosongan dalam rumah kelas yang berkenaan. Sekiranya pegawai itu ingkar berpindah, ia akan dikehendaki membayar sewa dua kali ganda dari sewa yang ia sedang membayar dikira dari tarikh ia diberi notis berpindah itu. Seseorang pegawai yang telah diberi pinjaman perumahan dan masih tinggal di rumah Kerajaan bila rumah yang dibinanya telah siap didirikan boleh dikenakan sewa sebanyak dua kali ganda sewa yang patut dibayarnya sewa dua kali ganda

  15. (a) Apabila dua atau lebih pegawai dibenarkan berkongsi rumah, maka mereka akan dikehendaki membayar bahagian yang sama banyak (b) Sekiranya jumlah sewa yang kena dibayar oleh pegawai yang berkongsi rumah di (a) itu lebih daripada jumlah sewa yang mereka patut membayar jika diberi rumah berasingan mengikut kelayakan mereka, maka mereka akan hanya dikehendaki membayar sewa yang tiap-tiap seorang mereka patut membayar mengikut kelayakan masing-masing itu, mengikut gandaan daripada sewa namaan atau peratus daripada gaji, yang mana satu terkurang. Berkongsi rumah

  16. IV. BANGUNAN-BANGUNAN PEJABAT • Ketua-ketua Jabatan adalah secara langsung bertanggungjawab menentukan bahawa semua bahagian atau cawangan Jabatannya, termasuk cawangan-cawangan kecil di luar ibu pejabat, mendapat bangunan-bangunan yang mencukupi dan sesuai untuk keperluan mereka. Ketua-ketua Jabatan hendaklah berunding dengan Ketua Setiausaha Negara tentang mendapatkan ruang-ruang pejabat, seperti pembinaan bangunan-bangunan baru atau penyewaan bangunan-bangunan lain.

  17. Ketua Jabatan bertanggung-jawab menjaga bangunan. • Apa-apa kerosakan atau kekurangan yang berlakukepada sesebuah bangunan itu hendaklah dilaporkan dengan segera kepada Jabatan Kerja Raya tempatan. • (b) Apabila sesebuah bangunan memerlukan perubahan kecil dan yang dikehendaki dijalankan dengan segera, maka Ketua Jabatan hendaklah menghantarkan permintaan kepada Jabatan Kerja Raya tempatan yang akan bertanggungjawab menimbangkan permintaan itu dan menjalankan tugas-tugas yang dipinta sewajarnya. • Di mana sesebuah bangunan pejabat memerlukan pindaan atau tambahan dengan belanja yang banyak, Jabatan perlu menyediakan peruntukan kewangan bagainya sebelum Jabatan Kerja Raya dapat menjalankan pindaan atau tambahan yang dikehendaki itu. Biasanya perbelanjaan ini telah pun dimasukan terlebih dahulu dalam anggaran perbelanjaan tahunan Jabatan tersebut

  18. V. TANGGUNGJAWAB JABATAN KERJA RAYA • memeriksa semua rumah dan bangunan Kerajaan dalam tiap-tiap daerah setahun sekali dan membaikinya sebagaimana yang diperlukan. • Hak masuk memeriksa dan membaiki rumah-rumah atau bangunan-bangunan tersebut setelah memperkenalkan diri mereka dengan memuaskan. • ketua tempatan Jabatan Kerja Raya hendaklah membuat peraturan bagi menyerahkan rumah kepada tanggungjawab pegawai yang berkenaan. • membuat peraturan bagi memeriksa rumah sebelum tarikh pengosongannya dan Jabatan Kerja Raya akan menetapkan dengan penghuni rumah tersebut tarikh pemeriksaan itu akan dilakukan.

  19. Peraturan-peraturan yang sama seperti di atas hendaklah dijalankan oleh Ketua Jabatan bagi rumah-rumah khas Jabatan yang di bawah kelolaan mereka. • rumah Kerajaan hendaklah diberi nombor oleh Jabatan Kerja Raya. Jabatan ini juga akan bertanggungjawab menyediakan kelengkapan rumah yang difikirkan perlu oleh Jabatan Kerja Raya

  20. Pelbagai • (a)Seseorang pegawai yang mendiami sesebuah rumah Kerajaan mestilah mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia bekerja sebelum bersara melainkan jika ia telah diberi kebenaran seperti dalam kes-kes di (b) dan (c) di bawah •  (b) Seseorang pegawai yang bercuti sebelum bersara boleh dibenarkan untuk menduduki terus rumah yang bukan rumah khas Jabatan atau jawatan semasa ia bercuti itu dan tidak melebihi 30 hari lagi selepas tarikh akhir cutinya itu. • seseorang pegawai yang tidak berkelayakan mengumpul cuti rehat sebelum bersara mengikut syarat-syarat perkhidmatannya akan dibenarkan tinggal di rumah tersebut tidak melebihi 30 hari lagi selepas hari terakhir ia bekerja.

  21. (c) Seseorang pegawai yang mendiami rumah khas Jabatan atau jawatan akan dikehendaki mengosongkan rumah tersebut di hari akhir ia bekerja tetapi sekiranya tidak ada pegawai lain yang berhak mendapat rumah itu atau pun penggantinya belum ada lagi, maka dengan persetujuan Ketua Jabatan yang berkenaan, ia boleh dibenarkan tinggal di rumah itu selama tidak lebih daripada 30 hari lagi.

  22. Ketua Jabatan melapurkan pegawai akan bersara kepada Pegawai Perumahan 3 bulan sebelum pegawai tersebut mula bersara.

More Related