1 / 45

PERINTAH AM BAB E

PERINTAH AM BAB E. RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN. PERINTAH AM. Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan Bab C : cuti Bab D : tatatertib (Akta 605) Bab E : rumah dan bangunan pejabat Bab F : perubatan

mircea
Télécharger la présentation

PERINTAH AM BAB E

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERINTAH AM BAB E RUMAH DAN BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

  2. PERINTAH AM Bab A : lantikan dan kenaikan pangkat Bab B : elaun-elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan Bab C : cuti Bab D : tatatertib (Akta 605) Bab E : rumah dan bangunan pejabat Bab F : perubatan Bab G : waktu bekerja dan lebih masa

  3. RUMAH DAN BANGUNAN KERAJAAN Rumah-rumah Kediaman Tanggung Jawab Pegawai Yang Mendiami Rumah Kerajaan Kadar Sewa, Pembayaran dan Lain-lain Bayaran Bangunan-bangunan Pejabat Pelbagai

  4. KELUARGA DAN KETUA JABATAN “Keluarga pegawai” bermakna Pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya dan bagi pegawai wanita suami dan anak-anaknya. “Ketua jabatan” termasuk juga KSU kementerian dan ketua pejabat setempat atau yayasan, cawangan kecil sesebuah jabatan.

  5. PEGAWAI PERUMAHAN “Pegawai perumahan” bermakna pegawai pengawal yang dilantik untuk menguntukkan rumah-rumah kediaman kerajaan atau yang disewa oleh kerajaan dan termasuklah seorang ketua jabatan bagi rumah-rumah khas jabatan atau lain-lain pegawai yang ditugaskan menguntukkan rumah kerajaan.

  6. RUMAH KHAS JABATAN “Rumah khas Jabatan” bermakna sesebuah yang didirikan khas oleh jabatan untuk kediaman seorang pegawainya yang mustahak berada pada setiap masa dekat dengan tempat bekerja atau tempat tertentu.

  7. RUMAH KHAS JAWATAN “Rumah khas jawatan” bermakna sebarang rumah yang dikhaskan untuk seorang pemegang jawatan tertentu seperti yang ditetapkan dalam bab ini oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dari semasa ke semasa.

  8. RUMAH BIASA KERAJAAN “Rumah biasa kerajaan” bermakna rumah-rumah yang lain daripada rumah khas jabatan dan rumah khas jawatan.

  9. RUMAH KEDIAMAN Kerajaan tidak menyediakan rumah kepada kakitangan Ketua Jabatan boleh menghendaki pegawai tertentu tinggal di rumah yang disediakan atas kepentingan perkhidmatan

  10. PEGAWAI YANG BOLEH DISEDIAKAN RUMAH Rumah Khas Kerajaan – pegawai tingkatan utama termasuk KSN dan pegawai lain yang disediakan rumah khas kerana jawatan mereka Rumah Khas Jabatan – pegawai yang dikehendaki tinggal berhampiran tempat kerja mereka

  11. PEGAWAI YANG BOLEH DISEDIAKAN RUMAH 3. Rumah Biasa Kerajaan – pegawai di kawasan terpencil dan rumah yang sesuai tiada untuk disewa 4. Rumah Kediaman Luar Negeri - Pegawai di pejabat kerajaan Malaysia di luar negara. Kerajaan boleh memberi sewa yang berpatutan sebagai ganti menyediakan rumah

  12. RUMAH KERAJAAN DISEDIAKAN OLEH UKM Rumah Khas Jawatan: Rumah pengetua kolej kediaman Rumah timbalan pengetua kolej kediaman Rumah Khas Jabatan: Perumahan Bukit Puteri Perumahan Bandar Baru Bangi Perumahan di KTSN, KKL Rumah yang disewa oleh universiti

  13. RUMAH KERAJAAN DI UKM 1.      Naib Canselor 2. Timbalan Naib Canselor 3.      Ketua Pegawai Keselamatan 4.      Penolong Pegawai Keselamatan 5.      Pengarah Jabatan Pengurusan Pembangunan 6.      Pengetua kolej kediaman 7.      Doktor Pusat Kesihatan Pelajar 8.      Jurutera Letrik

  14. RUMAH KERAJAAN DI UKM 9.      Pengawal Keselamatan 10. Juruteknik Elektrik/Mekanikal 11.      Penjaga Jentera 12.      Tukang Paip 13.      Pendawai 14. Jururawat / Pembantu Perubatan

  15. MENYEWA RUMAH KERAJAAN Sekiranya ada kekosongan, pegawai yang bekerja di kawasan berkenaan layak memohon mengikut syarat kelayakan Sewa perlu dijelas mengikut kadar yang ditetapkan melainkan diberi pengecualian mengikut syarat perkhidmatan.

  16. RUMAH KERAJAAN GRED/KATEGORIGAJI KELAS RUMAH UTAMA `B’/GRED KHAS `B’ DAN KE ATAS Semua dalam Utama `B’/ A Gred Khas `B’ dan ke atas UTAMA `C’/GRED KHAS `C’ Semua dalam Utama `C’/ B Gred Khas `C’ KATEGORI I RM3654 dan ke atas B KATEGORI I RM3653 dan ke bawah C KATEGORI II Semua Kategori II C KATEGORI III RM2546 dan ke atas C KATEGORI IV RM2494 dan ke atas C KATEGORI III RM2545 dan ke bawah D

  17. RUMAH KERAJAAN GRED/KATEGORIGAJI KELAS RUMAH KATEGORI IV RM2493 dan ke bawah D KATEGORI V RM1909 dan ke atas D KATEGORI VI RM1973 dan ke atas D KATEGORI V RM1908 dan ke bawah E KATEGORI VI RM1972 dan ke bawah E KATEGORI VII Semua dalam Kategori VII E KATEGORI VIII RM1539 dan ke atas E KATEGORI VIII RM1538 dan ke bawah F KATEGORI IX, X Semua dalam Kategori IX, X G KATEGORI XI Semua dalam Kategori XI H, I, J

  18. PERUNTUKAN RUMAH KERAJAAN Kerajaan berhak menguntukkan rumah kepada mana-mana pegawai atau meminta mereka berkongsi jika difikirkan sesuai.

  19. ARAHAN MENGOSONGKAN RUMAH Kerajaan boleh menghendaki seseorang pegawai mengosongkan rumah kerajaan untuk tujuan membaiki atau lain sebab yang munasabah dengan memberi tempoh satu bulan, tanpa memberi ganti.

  20. MENARIK BALIK RUMAH Rumah yang diuntukkan kepada seorang kakitangan boleh ditarik balik jika tidak diambil selepas tempoh yang ditetapkan (30 hari). Rumah ini akan ditawarkan kepada kakitangan lain

  21. TANGGUNG JAWAB PEGAWAI Mematuhi semua peraturan dalam Bab E Dilarang meminda rumah tanpa kebenaran, bertanggung jawab terhadap kerosakan yang disebabkan penggunaan yang tidak munasabah. Dilarang menyewakan rumah, rumah kerajaan adalah untuk tujuan tempat kediaman kakitangan dan keluarganya, orang gaji dan tetamu sementara.

  22. TANGGUNG JAWAB PEGAWAI Dilarang berternak binatang Bertanggung jawab membersih kawasan rumah Melaporkan kerosakan kepada JKR atau JPP. Kegagalan melaporkan kerosakan boleh mewajibkan kakitangan membayar sebahagian atau keseluruhan kos membaiki kerosakan Membayar kerosakan yang disebabkannya Melaporkan tarikh akan memasuki rumah dan mengambil alih tanggung tanggung jawab

  23. TANGGUNG JAWAB PEGAWAI Melaporkan tarikh sebenar memasuki rumah kepada Pegawai Perumahan untuk urusan memotong sewa daripada gajinya Melaporkan tarikh mengosongkan rumah 14 hari sebelum berpindah. Menyerahkan semua kunci dan menandatangani akuan keluar rumah Membenarkan pihak berkuasa memasuki rumah kerajaan untuk penyelengaaraan atau pemeriksaan Menjelaskan bil air dan letrik

  24. LAIN-LAIN BAYARAN Pegawai yang mendiami rumah kerajaan atau rumah yang sewa kerajaan dikehendaki membayar sewa mengikut kadar bagi kelas rumah berkenaan melainkan dikecualikan oleh syarat perkhidmatan Pegawai yang diuntukkan rumah khas jawatan dikenakan separuh daripada sewa yang ditetapkan bagi kelas rumah berkenaan. Pegawai yang ditempatkan di seberang laut dikehendaki membayar peratus tertentu daripada sewa yang dibayar kerajaan.

  25. LAIN-LAIN BAYARAN Sewa rumah dan sewa perabut dikira dari hari pertama seorang pegawai memasuki rumah hingga hari akhir mengosongkan rumah dan dibayar secara bulanan. Sewa rumah dan perabot dibayar melalui potongan gaji oleh Ketua Jabatan satelah mendapat permintaan daripada Pegawai Perumahan. Sewa akhir perlu dikutip daripada pegawai berhenti, bersara, bertukar, bercuti dan sebagainya.

  26. LAIN-LAIN BAYARAN Kakitangan perlu membayar bil air, letrik, membuang sampah dlln termasuk cengkeramnya melainkan dikecualikan. Pegawai yang berubah kelayakan kelas rumah kerana perubahan gaji dikehendaki berpindah ke rumah baru jika ada kekosongan. Jika engkar beliau akan dikenakan sewa mengikut kadar kelayakan baru daripada tarikh notis pindah.

  27. BAYARAN SEWA Pegawai yang engkar berpindah rumah boleh dikenakan bayaran sewa dua kali ganda sewa yang sepatutnya. Seorang pegawai boleh dikenakan dua kalli ganda sewa sekiranya rumah yang dibeli dengan pinjaman kerajaan telah siap kecuali mereka yang berhak mendapat perumahan percuma, dikehendaki mendiami rumah kerajaan atau rumah yang dibeli berada di luar kawasan ibu pejabat.

  28. LAIN-LAIN BAYARAN Pegawai yang dibenar menduduki rumah yang lebih tinggi daripada kelayakan boleh dikehendaki oleh KSN membayar sewa mengikut kelayakan kelasnya. Pegawai yang menduduki kelayakan rumah lebih rendah kerana tiada kekosongan boleh dikehendaki membayar mengikut kadar sewa pegawai bergaji maksima bagi kelas rumah berkenaan.

  29. TANGGUNG JAWAB JPM • Menentukan semua jabatan kerajaan ditempatkan di bangunan yang sesuai dan munasabah untuk melahirkan kecekapan dan suasana bekerja yang baik. • Memberi kesenangan dan kemudahan kepada pelanggan yang datang

  30. TANGGUNG JAWAB KETUA JABATAN Memastikan semua bahagian termasuk cawangan kecil di luar ibu pejabat mendapat bangunan yang mencukupi dan selesa Mengadakan penyeliaan terhadap penyelenggaraan dan kebersihan Memohon pengubahsuaian jika perlu Memohon peruntukan sekiranya melibatkan kos yang tinggi

  31. TANGGUNG JAWAB JKR/JPP Memeriksa bangunan setahun sekali dan membaiki kerosakan. Penghuni rumah/bangunan kerajaan perlu membenarkan kakitangan JKR/JPP, kontraktor yang dilantik masuk menjalankan tugas satelah memperkenalkan diri dengan memuaskan.

  32. PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN PREMIS JABATAN KERAJAAN Surat KSN, bertarikh 27.1.2003 “penyelenggaraan premis kerajaan perlu diberi perhatian supaya wujud suasana kerja yang selesa dan harmoni. Ini akan menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan dan meningkatkan imej kerajaan”

  33. PENYELENGGARAAN BANGUNAN DAN PREMIS JABATAN KERAJAAN • Tanggung jawab ketua jabatan terhadap penyelenggaraan terkandung dalam beberapa arahan berikut: • Perintah AM Bab E • Surat Pekeliling Am Bil. 2/1995 • Pekeliling Am Bil 1/2002

  34. KERJA PENYELENGGARAAN • Penyelenggaraan Sivil • Penyelenggaraan Mekanikal • Penyelenggaraan Elektrikal • Housekeeping • Lanskap

  35. PERINTAH AM (25.a.) “Ketua Jabatan yang mendiami bangunan pejabat kerajaan (disewa, dibina) perlu mengadakan penyeliaan yang baik. Kerosakan atau kekurangan hendaklah dilaporkan kepada JKR dengan segera”

  36. JAWATANKUASA PENYELARAS PENYENGGARAAN BANGUNAN GUNA SAMA PERSEKUTUAN Pekeliling Am Bil. 1 Tahun 2002 “Menetapkan garis panduan peranan jawatankuasa penyelaras bangunan gunasama persekutuan bagi membantu Kementerian Kerja Raya, Pejabat Setiausaha Persekutuan (Sabah, Serawak) mengawasi prestasi perkhidmatan syarikat konsesi dibangunan gunasama persekutuan berkaitan dengan pengurusan bangunan”

  37. JAWATANKUASA PENYELARAS PENYENGGARAAN BANGUNAN GUNA SAMA PERSEKUTUAN Anggota mesyuarat terdiri daripada semua ketua jabatan yang menghuni bangunan berkenaan. Laporan mesyuarat dikemukakan kepada Kementerian Kerja Raya, Pejabat Setiausaha Persekutuan (Sabah, Serawak) jika berkaitan

  38. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA 1. Penghubung antara kerajaan dan syarikat penyelenggaraan -menerima aduan daripada penghuni dan menyediakan laporan prestasi penyelengaraan 2. Memberi kerjasama kepada syarikat jika ada ubahsuaian atau kerja-kerja tambahan 3. Mengawasi prestasi pengusaha kantin

  39. BIDANG TUGAS JAWATANKUASA • Membantu Kementerian Kerja Raya menjimatkan penggunaan eletrik dan air • Mengemukakan cadangan kepada Kementerian Kerja Raya berhubung dengan kerja-kerja pembaikan, pengubahsuaian, naik taraf dan tambahan. 6. Membantu menguruskan mesyuarat dan lawatan pasukan pemeriksaan bangunan serta melaksanakan arahan pentadbiran

  40. JAWATANKUASA PENGURUSAN PEMBANGUNAN UKM • perancangan pembangunan • Perancangan penyelenggaraan • Penyeliaan/ pemantuan - semua perkara yang bersangkutan dengan kerja-kerja pembangunan dan penyelenggaraan.

  41. JAWATANKUASA PENAMAAN JALAN DAN BANGUNAN UKM • Mempertimbangkan cadangan penamaan bangunan UKM • Memperakukan cadangan nama-nama bangunan kepada Lembaga Pengarah Universiti

  42. ASAS PENAMAAN BANGUNAN UKM • Tokoh yang terlibat dengan pembangunan UKM • Tokoh tanah air yang terkenal • Sesuai dengan saiz bangunan /ruang

  43. PEGAWAI BERSARA Pegawai yang bersara hendaklah mengosongkan rumah pada hari terakhir berkhidmat, melainkan diberi pengecualian. Pegawai bercuti sebelum bersara boleh menduduki rumah kerajaan semasa tempoh cuti dan 30 hari selepas akhir cutinya. Pegawai yang menduduki rumah khas jawatan hendaklah mengosongkan rumah pada hari terakhir bekerja kecuali dengan persetujuan Ketua Jabatan jika belum ada pegawai yang akan menduduki rumah berkenaan (bagi tempoh tidak melebihi 30 hari).

  44. PEGAWAI BERSARA Pegawai Perumahan dan JKR/JPP perlu memeriksa rumah kerajaan satelah dimaklumkan pegawai yang akan bersara. Pegawai Perumahan perlu memaklumkan Ketua Jabatan supaya membuat potongan gaji sewa akhir rumah dan sewa perabot termasuk bagi tempoh selepas bersara.

  45. SEKIAN dan TERIMA KASIH

More Related