1 / 32

TINGKAH LAKU LANGSANG

TINGKAH LAKU LANGSANG. PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia. Tingkah laku langsang/agresif merupakan tingkah laku yang lumrah, berada di sekitar kita. Kita sendiri mungkin hari ini telah bertingkah laku langsang.

jola
Télécharger la présentation

TINGKAH LAKU LANGSANG

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TINGKAH LAKU LANGSANG PROF MADYA DR. MA’ROF REDZUAN Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

  2. Tingkah laku langsang/agresif merupakan tingkah laku yang lumrah, berada di sekitar kita. Kita sendiri mungkin hari ini telah bertingkah laku langsang. Di tv, radio, majalah, surat khabar setiap hari menceritakan tentang tingkah laku langsang – peperangan, pembunuhan, penderaan, penyeksaan, etc. PENGENALAN

  3. Baron dan Byrne: Apa sahaja tingkah laku yang diarahkan ke matlamat untuk merosak, mencelaka, menyakit dan mencederakan manusia lain, yang mana manusia lain itu cuba mengelak daripada tindakan dan perlakuan tersebut. Definisi ini perlu penjelasan KONSEP TL

  4. TLmerupakan tingkah laku dan bukannya emosi (marah); ianya bukan juga motif atau sikap. TL merupakan tingkah laku sengaja mencederakan orang lain (niat sengaja). Ini sukar dianalisis kerana niat bersifat dalaman. Adakah doktor gigi/pakar bedah langsang? Ahli gusti? Mangsa punyai dorongan untuk mengelakkan diri daripada dicederai. Bagaimana dengan masokisme?

  5. Langsanganemosi-instrumental Langsanganemosi: tingkahlakulangsang yang didorongolehemosi (marah) danbertujuanuntukmencederakan orang lain. Langsangan instrumental: langsangansebagaialat (instrumen) untukmengawal/mempengaruhitingkahlaku orang lain; memukulanak, menembakpencuri etc. Langsangansah – tidaksah Langsangansah: langsangan yang dilakukansecarasahsepertiseorang polis membunuhperompak (tindakandisahkan / legal olehmasyarakat). Kedudukanpelakudisahkanolehmasyarakat. Langsangantidaksah: kesemuatingkahlakulangsang yang tidakditerimaolehmasyarakat, kemungkinan status pelakutidakdisahkan/diterimaolehmasyarakat (perompakmembunuhetc). JENIS-JENIS LANGSANGAN

  6. Tingkah laku langsang berkait rapat dengan keganasan – berlaku di merata dunia (pergaduhan kaum etc) Bentuk kelangsangan yang berkaitan dengan keganasan (Forsyth): Keganasan jenayah Serangan seksual Keganasan domestik Keganasan belia Keganasan kolektif LANGSANGAN DAN KEGANASAN

  7. Apakah punca tingkah laku langsang? Mengapa tingkah laku langsang terjadi? Pendekatan Psikoanalisis Pendekatan Naluri Pendekatan Sosiobiologi Pendekatan Kekecewaan-langsangan Pendekatan Tingkah Laku Sosial PENDEKATAN TEORITEKAL

  8. Berasal daripada gerakuasa yang tersimpan dalam bahagian prasedar – yang boleh dibawa kepada sedar. Ia merupakan dorongan asas – primitif (seksual, ganas, etc yang menunggu untuk keluar. Dua dorongan asas: Eros – naluri hidup, berseronok, nikmat Thanatos – naluri untuk membinasakan diri (naluri maut). Oleh kerana manusia ingin nekmat (eros) dengan demikian manusia mangalihkan tinglah laku membinasakan diri kepada tingkah laku membinasakan orang lain. Ia diumpamakan wap dalam dandang yang terdorong untuk keluar; dan ianya perlu dikeluarkan dari masa ke semasa dengan cara selamat (katarsis) Psikoanalisis (Freud)

  9. TL perluuntukkelangsungan (survival) – nalurikelangsungan (Darwin) Kelangsanganpemangsa: pemangsamenyeranguntukberburumakanan (untuksurvibal) – singamenyerangkudabelang. Kelangsanganpenyiksaan: berlakusesamahaiwan, untukmenentukan “survival of the fittest”, haiwan yang kuatsahajamelahirkanjuriat. TL akibatnalurigaduhsejadi (Lorenz) yang berkembangikutevolusimanusia. Peperanganmenyebabkanmanusiatersebar di meratadunia. Berkaitandengantingkahlakuberkelamin – yang kuatsahaja yang mampumelahirkanzuriat (“ngayap”!) TL di kalnganmanusiamembawamaut, berbezadengan TL di kalanganhaiwan. Naluri

  10. TL adalah tertanam dalam diri manusia semasa proses evolusi. Berperanan membantu manusia untuk survival – tingkah laku yang mengganggu survival perlu dihapuskan. Sosiobiologi

  11. TL memang telah tertanam dalam diri manusia secara sejadi. Ianya berfungsi untuk survival manusia Oleh kerana telah tertanam (sejadi) maka ianya sukar untuk dihapuskan. Rumusan teori naluri/biologi

  12. Menentang idea bahawa langsangan telah diprogamkan. Langsangan adalah dipelajari/diperolehi melalui pengalaman (rangsangan luaran –persekitaran). Hipotesis kekecewaan-langsangan: Rangsangan luaran menyebabkan manusia merasa kecewa Dan rasa kecewa ini mendorong manusia bertingkah laku langsang. Oleh kerana faktor luaran menyebabkan manusia bertingkah laku langsang maka TL boleh diubah dengan cara mengubah sumber/rangsangan daripada persekitaran. Langsangan akibat dorongan luaran

  13. Pandangan ahli-ahli psikologi sosial: Langsangan adalah dipelajari (teori pembelajaran sosial). Mengikut pandangan ini, tindakan-tindakan tingkah laku langsang adalah dipelajari melalui pengalaman. TL dilakukan kerana menjangkakan akan memperolehi ganjaran/atau hukuman. TL dirangsang oleh kondisi-kondisi (rangsangan) persekitaran. Oleh kerana TL adalah dipelajari maka ianya boleh dikawal dan diubah, iaitu dengan mengubah rangsangan (persekitaran) atau dengan ganjaran dan hukuman. Teori Tingkah Laku Sosial

  14. Mengapa manusia bertingkah laku langsang? Apa faktornya? Faktor diri manusia itu sendiri: Faktor otak Faktor hormon/kromoson Faktor jantina Faktor situasi, emosi dan motif Kekecewaan Reaksi terhadap kesakitan-serangan Provokasi lisan dan fizikal Ancaman dan persaingan Model sosial Persekitaran fizikal Keadaan pencetus langsangan Marah Salah atribusi Tanda saran situasi Motivasi untuk langsang FAKTOR LANGSANGAN

  15. Bahagian dalam otak: sistem limbik (amigdala) berperanan sama ada seseorang itu menyerang atau cabut lari – fight or flight. Sekiranya amigdala dirangsang atau dirosakkan seseorang bertingkah laku langsang atau sebaliknya. Sekiranya anda terserempak dengan harimau dalam hutan apa yang anda lakukan? Bagaimana kalau harimau itu dalam kandang di Zoo Negara? FAKTOR DIRI INDIVIDUPeranan Otak

  16. Peranansistemendokrin (hormon) dankromosomdalammerangsangtingkahlakulangsang. Hormontestosteron (lelaki): kelebihanhormoninimerangsanguntukbertingkahlakulangsang. Siondrom XYY: kromosompasanganke 23 (penentuanjantina – XY untuklelaki) terlebihkromosom Y, i.elebihkelelakiannya, lebihlangsang (ramainisbahmerekadipenjara). Adakahfaktorpembelajaran (Bandura!) ataufaktorkromosom? Hormon dan Kromosom

  17. Mana lebih langsang, lelaki atau perempuan? Hasil kajian: Sama sahaja, sekiranya tiada halangan sosial (situasi) bagi wanita? Tetapi stereoytaipnya perempuan adalah lembut, penyayang etc. Perbezaan antara Jantina

  18. Teorikelasik: frustration and aggression: Kekecewaansentiasamembawakepadalangsangan Langsangansentiasaberasaldaripadakekecewaan. Kritikanteori: Kekecewaantidaksentiasamembawakepadalangsangankeranaadahalangannya. Manusia yang kekecewamungkinberusahauntukmengatasikekecewaandengancaratertentu (misalnyamemendamkannya). Kekecewaanhanyasalahsatufaktorsahajadaripadabanyakfaktor. Kekecewaanbolehmembawakepadalangsangansekiranya: Kekecewaanadalahhebat. Sekiranyatingkahlakudipersepsisebagaisembarangan, bukansalahnya (layanan yang tidakadiletc). SITUASI, EMOSI DAN MOTIFKekecewaan

  19. Manusia marah apabila dirinya disakiti atau emrasa sakiti. Emosi marah ini bioleh mendorong manusia/haiwan untuk menyerang/bertingkah laku. Bagaimanakah boleh berlaku pergaduhan, peperangan dan persengkitaan? Namun: ini bergantung kepada atribusi tentang penyebab kepada sakit itu. Apabila bezanya di antara faktor sengaja menyakiti dan tidak sengaja menyakiti dalam mempengaruhi tingkah laku langsang? Reaksi Kesakitan

  20. Mengapa manusia marah? Mungkin diprovok secara lisan (ejek, cela) atau fizikal (tolak). Apa faktor/situasi yang memulakan sesuatu pergaduhan, peperangan – tingkah laku langsang? Contoh dalam perlawanan bola sepak! Provokasi menyumbang kepada TL bergantung kepada proses atribusi sosial, sama ada provokais itu secara sengaja (faktor dalaman), atau tidak sengaja (faktor luaran). Provokasi lisan dan fizikal

  21. Ancaman sama ada dalam bentuk fizikal atau sudah cukup menimbulkan sesuatu reaksi (marah atau bimbang) dan mendorong TL. Kadang kala ancaman itu bukan sebenarnya; ia hanya hanya dalam bentuk persepsi (rasa dirinya diancam). Persaingan antara manusia boleh membawa langsangan; persaingan politik, kuasa, harta etc Ancaman dan Persaingan

  22. Bolehkah manusia bertingkah laku langsang akibat daripada meniru daripada model? Sejauh mana pentingya model sosial dalam mempengaruhi tingkah laku langsang. Kajian “Bobo Doll” oleh Albert Bandura! Kajian Eron: siapakah kanak-kanak yang mudah dipengaruhi oleh model langsang?: Yang mudah dipengaruhi oleh adegan ganas di TV Yang tidak popular di sekolah. Yang berpencapaian rendah (kerap menonton cerita ganas) Yang ibu bapa mereka menggunakan hukuman fizikal. Model Sosial

  23. Rangsanganfizikalberperanandalammendorongtingkahlakulangsang.Rangsanganfizikalberperanandalammendorongtingkahlakulangsang. Persekitaranfizikal: Kesesakan (jalanraya!) Suhu-panasdansejuk. Kebisingan Bau-bauan Rangsanganerotik. Kesaratankognitif: telalubanyakrangsangan yang akandiprosesmenyebabkanseseorangtidakmampu – marah. KajianKes: penjara yang sesak; sekolah yang sesak Persekitaran Fizikal

  24. Rangsangandaripadapersekitaranmendorongtingkahlakulangsangsekiranyaiadapatmerangsangwujudnyaperasaanmarah.Rangsangandaripadapersekitaranmendorongtingkahlakulangsangsekiranyaiadapatmerangsangwujudnyaperasaanmarah. Marahbertindaksebagaipenghubungrangsangandengan TL. Dengandemikian, orang yang cepatmarahlebihcenderungber TL. Siapadia orang tersebut? TeoriPersonalitiJenis A danPersonalitiJenis B. CiriPersonalitiJenis A : bersaing, sensitif, mementingkanmasa, tergesa-gesa, inginmendahului orang lain, kurangsabar (dikaitkandenganfaktorpenyakitkardiovaskular). Merekacenderungterlibatdalamtingkahlakulangsang (permusuhan, penentang, pergelutan/persaingan, kurangmempercayai orang lain etc).mudahmarahapabiladiprovokasi. CiriPersonalitiJenis B: lawankepadapersonalitijenis A. KEADAAN PENCETUS LANGSANGAN:Marah

  25. Teoripemindahangantian (Zillman) Rasa ketidakselesaan yang tidakhebattidakcukupuntukmendorongtingkahlakulangsang; namunapabilamemangtelahterbangkitfisiologinya, denganadanyafaktorketidakselesaan yang sedikitsudahcukupmendorong. Denganpengambilandadah/menontonbahanlucahdapatmerangsangtinmgkahlakulangsang yang sudahsediaada. Salah Atribusi

  26. Rangsangan persekitaran boleh mendorong tingkah laku langsang. Objek-objek yang boleh mengingatkan seseorang kepada perisitiwa lalu yang menyakitkan boleh membangkitkan langsangan. Berkowitz dengan teori Kesan senjata. Tanda saran situasi

  27. Model ini lanjutan daripada model kekecewaan-langsangan. Langsangan adalah dibangkitkan oleh beberapa faktor: persekitaran, kemarahan, salah atribusi, tanda saran situasi. Model Motivasi Langsangan

  28. Dua teknik dicadangkan untuk mencegah langsangan: hukuman dan katarsis. Namun teknik ini tidak sentiasa berjaya dan berkesan. Mungkin teknik lain lebih berkesan. PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN LANGSANGAN

  29. Hukumantelahbiasadigunakanuntukmengawaldanmencegahlangsangan.Hukumantelahbiasadigunakanuntukmengawaldanmencegahlangsangan. Kadangkaladenganmemberikanancamansahajasudahcukupmencegahlangsangan. Hukumanberfungsi, membalasbaliktindakanlangsangdanmemberikanamarankepada orang lain. Hukumantidaksentiasaberkesankerana: Langsanganbolehmembiakkanlangsangan Orang yang memberikanhukumanbolehdijadikanmodel yang ditiruoleh orang lain – menggalakkanlangsangan. Keberkesananhukumanhanyabersifatsementara. Keberkesanannyaapabila: Ketikabertingkahlakulangsang, tidakterlalumarah. Mempersepsitidakadafaedahapabilaebrtingkahlakulangsang Mempersepsiakanmenerimahukuman yang serius. Kemungkinan/kebarangkalianuntukdikenakanhukumanadalahtinggi. Hukuman

  30. Melepas tenaga langsang dengan cara yang selamat. Melepaskan tenaga marah melalui tindakan yang tidak berbahaya. Wap di dalam dandang perlu dilepaskan dari masa ke semasa. Sejauh mana melalui katarsis boleh mengurangkan kecenderungan untuk bertingkah laku langsang? Katarsis

  31. Andaian: manusia tidak mampu berada dalam dua emosi/keadaan yang berlawanan: gembira dan sedih; khayal dan memberikan tumpuan dalam satu waktu. Dicadangkan mereka yang marah menonton / mendengar cerita lucu; apabila tersenyum maka marah akan hilang!!! Tindakan Berlawanan Dengan Langsangan

  32. Permintaan maaf Penghalangan pemilikan senjata – pembunuhan tidak berancang berlaku apabila ada senjata. Pembelajaran sosial – ganjaran, pemodelan, cara pemeliharaan anak (sosialisasi) Cara-cara lain

More Related