1 / 28

Tazkiyah Nafs ( Penyucian Jiwa )

Tazkiyah Nafs ( Penyucian Jiwa ). Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA). Tazkiyah Nafs. Pendahuluan. Matlamat hidup seorang mukmin. “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menghambakan diri kepadaKu” (al-Dzariyat:56). Apakah maksud Tazkiyah Nafs.

louvain
Télécharger la présentation

Tazkiyah Nafs ( Penyucian Jiwa )

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TazkiyahNafs(PenyucianJiwa) Diploma Pengajian Islam Andalus (DPIA)

  2. TazkiyahNafs Pendahuluan

  3. Matlamathidupseorangmukmin • “Tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk menghambakan diri kepadaKu” (al-Dzariyat:56)

  4. ApakahmaksudTazkiyahNafs • Tazkiyah: Penyucian dan pembaikan • Nafs: Jiwa • Penyucian Jiwa: Suatu proses pembersihan jiwa yang bermatlamat mencari keredhaan Allah dengan mendidik jiwa mengikut cara yang diajarkan Allah s.w.t.

  5. KepentinganTazkiyahNafs • “Sungguh berjayalah orang yang menyucikan jiwanya. Sungguh rugilah orang yang mengotorkan jiwanya” (al-Syams:9-10) • Rasulullah pernah berdoa; “Ya Allah berikanlah jiwaku ketaqwaannya. Sucikanlah ia kerana Engkaulah sebaik-baik yang menyucikannya. Engkaulah sebaik-baik penjaganya” (H.R. Muslim)

  6. Matlamatmodul • Diharapkan pada akhir modul ini, peserta dapat: • menjelaskan konsep akhlak dan penyucian jiwa serta kepentingannya • mengenalpasti penyakit-penyakit jiwa serta cara penyuciannya • menilai akhlak yang baik dan terpuji dalam diri dan masyarakat serta mengadaptasikan nilai yang baik • berdaya tahan sebagai Muslim dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran

  7. TazkiyahNafs Syarat diterima amalan

  8. Hidupituujian • “Dialah Allah yang menciptakan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa diantara kamu yang paling baik amalannya dan Allah itu maha mulia lagi maha pengampun.” (al-Mulk:2) • “Katakanlah wahai Muhammad, mahukah Kami khabarkan kepadamu siapa mereka yang rugi amalan-amalannya? Sia-sialah amal usaha mereka dalam kehidupan dunia ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa tepat dan baik perbuatannya.” (al-Kahf:103-104)

  9. 2 syaratditerimaamalan

  10. Kepentinganikhlas • “Barangsiapa yang ingin menemui Tuhannya hendaklah ia beramal amalan soleh dan jangan sekali-kali mempersekutukan dalam menyembah Tuhannya dengan sesiapa pun ” (al-Kahf:20) • “Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya sama menyembah Allah dengan tulus ikhlas menjalankan agama untukNya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan yang sedemikian itulah agama yang benar ” (al-Ma’un:4-7)

  11. Kepentinganikhlas • “Sesungguhnyasetiapamalanitutergantungkepadaniatnya …” (H.R. Bukharidan Muslim) • “Sesiapa yang mempelajarisesuatuilmusemata-matakeranakepentingandunianescayaiatidakdapatmenciumbausyurgadiharikiamatkelak.” (H.R. Ahmad, Abu Daud, IbnMajah)

  12. Martabatikhlas

  13. Bagaimanacarapertingkatikhlas Bincangkan!

  14. Ikhlasituterlaluhalus • Seorang lelaki yang sentiasa solat di saf pertama. Orang ramai kenal dengan ketekunannya mendapatkan saf pertama setiap solat fardu. Suatu hari dia terlewat sedikit dan solat di saf kedua. Orang ramai mula memperkatakan hal tersebut. Apakah tindakan yang harus dilakukannya?

  15. Pepatah Arab berkata • “Seseorang yang ikhlas itu ialah yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan kejahatannya.” –Ya’qub • “Meninggalkan sesuatu kejahatan kerana manusia itu riya’ dan melakukan sesuatu kebaikan kerana manusia itu syirik, manakala ikhlas pula agar Allah menjauhkan engkau dari keduanya.” –Al-Fudhail bin ‘Iyadh

  16. Kelebihanniat • “Sebaik-baik pekerjaan ialah apa yang disuruh Allah, Wara’ pula menjauhkan apa yang dilarang Allah dan niat yang betul itu hanya diketahui Allah.” –Umar bin al-Khattab • “Kadangkala amalan yang besar itu menjadi kecil kerana niat dan kadangkala pula amalan yang kecil itu menjadi besar kerana niat juga.” –Ulama • “Pelajarilah niat! Sesungguhnya ia lebih berat dari amalan yang ingin kamu lakukan.” –Yahya bin Abu Kasir

  17. Ringkasankelebihanniat • Amalan tidak sah tanpa disertakan dengan niat • Niat berperanan dalam merangsangkan semua anggota badan untuk berfungsi mengikut apa yang diniatkan • Seseorang apabila berniat untuk melakukan kebaikan kemudian tidak dapat melakukanya maka baginya pahala niat baiknya itu • Adapun seseorang berniat untuk melakukan kejahatan kemudian dia tidak jadi melakukannya maka baginya pahala kerana meninggalkan niat jahatnya itu

  18. Mengikutajaran / caraibadahRasulullah • “Dialah Allah yang menciptakan mati dan hidup supaya Dia menguji kamu siapa diantara kamu yang paling baik amalannya dan Allah itu maha mulia lagi maha pengampun.” (al-Mulk:2) • “Katakanlah wahai Muhammad, mahukah Kami khabarkan kepadamu siapa mereka yang rugi amalan-amalannya? Sia-sialah amal usaha mereka dalam kehidupan dunia ini sedangkan mereka menyangka bahawa mereka sentiasa tepat dan baik perbuatannya.” (al-Kahf:103-104)

  19. BahayatidakikutcaraibadahRasulullah • “Sesiapa yang beramal dengan cara yang tidak pernah diajarkan olehku maka amalannya itu tidak diterima.” (H.R. Muslim)

  20. Kepentinganmutaba’ah • “Dan hendaklah kamu ikut segala yang diajarkan Rasulullah dan jauhkan segala yang dilarangnya.” (al-Hasyr:7) • “Katakanlah (wahai Muhammad kepada orang-orang beriman) jika kamu mencintai Allah, maka ikutlah aku, niscaya Allah akan mencintai kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu …” (Aali Imran:31)

  21. Kepentinganmutaba’ah • “Sesungguhnya sesiapa yang hidup sesudahku akan melihat perbezaan yang banyak. Maka berpegang teguhlah dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ rasyidin sesudahku. Gigitlah sunnah ini dengan gerahammu …” (H.R. Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibn Majah dll) • “Tidak diterima suatu kata-kata kecuali dengan amalan, tidak lurus kata-kata dan amalan itu kecuali dengan niat yang betul dan tidak lurus ketiga-tiganya kecuali dengan mutaba’ah.” –Sufyan

  22. TazkiyahNafs Kelebihan ilmu dan ulama

  23. Kelebihanilmudanulama • “Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang dikurniakan ilmu beberapa derajat.” (al-Mujadalah:11) • “Allah mengakui bahawa sesungguhnya tiada Tuhan melainkan Dia dan begitu juga para Malaikat dan orang-orang yang berilmu.” (Aali Imran:18)

  24. Kelebihanilmudanulama • “Katakanlah adakah sama orang yang mengetahui dan yang tidak mengetahui.” (al-Zumar:9) • “Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan baginya niscaya Allah faqihkannya dalam urusan agamanya.” (H.R. Bukhari dan Muslim)

  25. Kelebihanilmudanulama • “Sesiapa yang menempuh jalan mencari ilmu, Allah permudahkan baginya jalan ke syurga.” (H.R. Muslim) • “Ilmu pertama yang dihilangkan Allah dari manusia ialah Khusyu’.” –Ubadah bin Somit r.a) Katanya lagi, “Ini adalah kerana ilmu itu terbahagi kepada dua. Ilmu yang diamalkan dan ilmu yang hanya disebut di lidah. Maka Allah hilangkan amalan ilmu itu dari manusia hingga mereka hanya menyebut-nyebut ilmu itu tanpa mempraktikkannya.”

  26. Kelebihanilmudanulama • “Tidak boleh berhasad kecuali dalam dua perkara: • Seseorang yang dikurniakan Allah harta yang banyak dan dia belanjakan di jalan yang haq • Seseorang yang dikurniakan Allah ilmu, kemudian dia mengamalkannya dan mengajarkannya (H.R. Bukhari) • “Setinggi-tinggi darjat manusia disisi Allah ialah para Nabi dan ulama.” –Sufyan bin ‘Uyainah

  27. Tugasan

  28. Tugasanberkumpulan • Tajuk: • Sabar dan Syukur • Tawakkal • Mahabatullah • Redha terhadap takdir Allah • Takut dan Harap (2 kumpulan) • Taubat • Pembahagian markah: • Kehadiran: 15% • Tugasan: • Pembentangan: 20% • Tulisan: 20% • Peperiksaan: 45%

More Related