1 / 10

PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF

PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF. TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAHLAKU. Albert Ellis. Kerjaya bermula sebagai kaunselor keluarga kemudian berubah kepada psikoanalisis

nitsa
Télécharger la présentation

PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENDEKATAN TINGKAHLAKU - KOGNITIF TEORI RASIONAL EMOTIF TINGKAHLAKU

  2. Albert Ellis • Kerjaya bermula sebagai kaunselor keluarga kemudian berubah kepada psikoanalisis • Kecewa dengan perubahan yang lambat dan minima pada diri klien – berubah minat kepada teori tingkah laku dan kemudian menjadi pengasas kepada REBT • Teori berasaskan andaian bahawa individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahu pun tidak rasional • Ellis melihat manusia pada dua sudut iaitu individu yang sihat yang dianggap rasional dan individu yang tidak sihat yang dianggap tidak rasional

  3. Perkembangan teori • 1950 an – awalnya dikenali sebagai Rational Therapy (RT) • 1970 an – teori diubahsuai dan dikenali sebagai Rational Emotive Therapy (RET) • 1990 an – teori dimantapkan dan dikenali sebagai Rational Emotive Behaviour Therapy (REBT)

  4. Pandangan Terhadap Manusia • Fikiran dan emosi manusia adalah berhubung kait • Manusia secara semulajadi adalah rational and irrational; sensible and crazy • Manusia mudah dipengaruhi oleh perkara negatif & menyusahkan • Pemikiran adalah punca masalah atau kejayaan manusia. • Manusia menghadapi masalah bukan akibat daripada peristiwa tetapi lebih kepada apa yang mereka fikirkan terhadap peristiwa itu • Manusia mempunyai pilihan untuk mengawal pemikiran, perasaan dan tingkah laku mereka

  5. Andaian tentang sifat asas manusia • REBT percaya manusia berkecenderungan mereka-reka kepercayaan yang menyebabkan diri terganggu. Ellis berpendapat penyebab utama gangguan emosi ialah diri individu sendiri dan bukannya apa yang berlaku ke atasnya • Pemikiran yang tidak rasional dan tidak logik mengakibatkan gangguan emosi atau psikologi yang kemudiannya membawa kepada tingkah laku neurotik • Pemikiran tidak rasional diperolehi -ibu bapa, keluarga dan budaya • Gangguan emosi yang berterusan ditentukan oleh persepsi dan sikap terhadap peristiwa yang terjalin melalui pengucapan kendiri (auto suggestion). Gangguan tersebut bukanlah hasil dari peristiwa luaran. • Pemikiran dan emosi negatif serta sikap mengalah (self-defeating behaviour) mesti disusun semula menjadi logik dan rasional

  6. Caragaya Pemikiran Pemikiran Rasional • Manusia bertanggungjawab ke atas gangguan emosi yang dirasai, mempunyai unsur kreatif dan sensual, mampu dan berjaya berkomunikasi dengan orang lain dengan jelas dan bebas, boleh belajar dari kesilapan yang dilakukan, fleksibel, penerimaan kendiri, berani ambil risiko, dan mempunyai matlamat jelas • Tingkahlaku rasional ialah sesuatu hasil yang berbentuk positif Pemikiran Tidak Rasional • Cenderung untuk memusnahkan diri (self destructive), mengelak memikirkan tentang sesuatu perkara, mengulangi sesuatu kesilapan, menyalahkan diri sendiri, tidak mempunyai daya toleransi, percaya kepada kuasa ghaib (superstitious), merasa diri terlalu sempurna, dan mengelakkan diri dari menuju penyempurnaan kendiri • Tingkahlaku yang berbentuk negatif dan tidak menguntungkan diri

  7. 11 Pemikiran Tidak Rasional • Saya mesti diterima dan disayangi oleh orang rapat/ signifikan dalam hidup saya kerana ini sangat penting bagi saya • Saya percaya bahawa semua masalah mesti ada jawapannya, dan jika saya tidak mendapat jawapannya bererti saya tidak bagus/ berguna • Saya mesti dapat apa yang saya harapkan, dan jika gagal mendapatkannya, ianya adalah satu keadaan yang mengecewakan, teruk • Saya percaya bahawa masalah orang lain mesti menjadi masalah saya dan saya bertanggungjawab • Lari dari masalah adalah lebih baik dari menghadapinya

  8. Saya hanya berguna, bagus jika saya …. dan jika tidak, saya adalah teruk, tidak berguna dan orang lain mungkin tidak menerima saya jika saya pamerkan kekurangan (perceived perfectionism) • Saya percaya bahawa orang jahat, tidak adil, kejam dan lain-lain mesti dipersalahkan dan diambil tindakan/dihukum • Saya mesti bergantung kepada orang lain • Saya mesti ingatkan bahaya selalu • Saya tidak boleh berubah. Masa lampau yang mencorakkan saya. • Kebahagiaan saya adalah dari orang lain atau di luar diri saya dan saya tiada kuasa untuk mengawalnya.

  9. Objektif REBT • Meminimakan perasaan salah diri klien dan mewujudkan falsafah kehidupan yang lebih realistik, toleransi, dan rasional • Mengajar klien untuk menilai semula peristiwa lepas dan falsafah yang dipegang supaya dia lebih realistik dan logik dari segi pemikiran, emosi dan tingkah laku • Mengajar klien menjadi lebih independen dan berani memberi peneguhan positif terhadap dirinya

  10. Peranan Kaunselor • Mengajar kemahiran baru; membimbing • Memberi maklumat / tugasan • Mencabar pemikiran tidak rasional

More Related