1 / 19

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN DI MALAYSIA

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN DI MALAYSIA. Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor. Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dikendalikan oleh tiga kementerian iaitu:. Kementerian Pelajaran Malaysia,

roary-diaz
Télécharger la présentation

PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN DI MALAYSIA

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENDIDIKAN JASMANI SUAIAN DI MALAYSIA Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor.

  2. Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas dikendalikan oleh tiga kementerian iaitu: Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Pembangunan Masyarakat. Kementerian Kesihatan.

  3. Kem. Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat menyediakan khidmat: Cacat fizikal yang teruk Rencatan akal sederhana dan teruk Pelbagai kecacatan dan Kecacatan yang tidak membolehkan kanak-kanak tersebut belajar di sekolah-sekolah yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

  4. Kategori kanak2 bermasalah pembelajaran di bawah tanggungjawab Kem. Pelajaran Malaysia; Sindrom Down Autisme ringan Attention Deficit Hyperaktif Disorder Terencat akal minimum Bermasalah pembelajaran spesifik (disleksia)

  5. KONSEP & DEFINISI PJ SUAIAN PJsuaian merupakan kaedah2 yg dibentuk khusus utk memenuhi keperluan kanak2 yg mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Kaedah2 ini meliputi aspek-aspek pengajaran dan pembelajaran dlm pendidikan jasmani. Kurikulum PJ suaian adalah sebahagian drp kurikulum biasa yg diubahsuai bagi memenuhi keperluan2 khas murid2 yg mengalami pelbagai kecacatan atau kurang upaya.

  6. PJ SUAIAN DI MALAYSIA • Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 – Peraturan-peraturan Pendidikan Khas (1997) ‘murid-murid dengan keperluan khas’ bermakna murid-murid yang mempunyai: • kecacatan penglihatan • kecacatan pendengaran • masalah pembelajaran • Pendidikan Jasmani Suaian di Malaysia berkait rapat dengan sejarah pendidikan khas

  7. SEJARAH PJ SUAIAN DI MALAYSIA • Pendidikan Khas boleh dibahagikan kepada tiga peringkat perkembangan berdasarkan kepada peranan dan tanggungjawab yang dimainkan oleh badan-badan sukarela dalam dan luar negeri serta peranan kerajaan sebagai penggerak utama. • Ketiga- tiga peringkat tersebut ialah: • Peringkat Pertama (awal 1947- akhir 1947) • Peringkat Kedua (1948- 1980) • Peringkat Kertiga (1981- kini

  8. SEJARAH PJ SUAIAN DI MALAYSIA • Peringkat Pertama (awal 1947- akhir 1947) • Pada peringkat permulaan, peranan utama dalam pendidikan khas dan pemulihan pelbagai kecacatan disumbangkan oleh institusi- institusi keluarga dan masyarakat terdiri daripada pertubuhan agama, etnik, ibu bapa dan badan sukarela bersifat tempatan dan antarabangsa. • Peringkat Kedua (1948- 1980) • Tahun 1948, merupakan satu ‘historical milestone’ dengan memperlihatkan peranan dan penglibatan pihak kerajaan membuka dan menubuhkan beberapa sekolah khas seperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bharu dan Sekolah Kanak- Kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (1954).

  9. Pelbagai langkah diperkenalkan dan diperkemas untuk mempertingkatkan mutu pendidikan kanak-kanak khas. Antaranya, satu mod penyampaian baru dan komunikasi seluruh diperkenal kepada guru-guru khas masalah pendengaran bermula dari tahun 1979 - 1981 dan 1984 -1986. Kementerian Pendidikan mula memberi penekanan kepada latihan khas perguruan dalam tahun- tahun 1960-an. Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur menganjurkan kursus cacat penglihatan (1962) dan kursus cacat pendengaran (1963). Peringkat Ketiga (1981 - kini) Pihak kerajaan merupakan penggerak utama dalam peringkat ketiga di mana perkhidmatan kemudahan fizikal, khidmat sokongan, peruntukan kewangan dan khidmat kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas.

  10. Persidangan Bangsa- bangsa Bersatu pada Tahun Antarabangsa Orang- orang Cacat 1981 menegaskan ‘full participation and justice’ , dan tidak lagi bergantung kepada ‘compassion of charity’ sebagai temanya. Ini bagi mejamin semua kerajaan yang menjadi anggota pertubuhan mengamalkan dasar ‘the disabled child, pupil or adult is entitled to benefit in the equalization of all spheres of activities, namely educational, social, political and economic’. Kedatangan dan seterusnya campurtangan Ingeris dari abad ke 19 sehingga pertengahan abad ke 20 dalam pemerintahan Tanah Melayu, telah membawa perubahan yang besar dalam bidang politik, ekonomi, dan sosial pada masyarakat peribumi dan kosmopolitan yang terbentuk. Kemudiannya, fenomena ini telah menimbulkan kerencaman masalah dan mempengaruhi perkembangan sistem pendidikan sehingga kini.

  11. Usaha-usaha awal mengadakan sistem pendidikan formal yang sistematik dan moden bukannya dijalankan oleh pemerintahan Inggeris tetap dan persatuan- persatuan pendakwah Kristian yang mengasaskan penubuhan sekolah- sekolah laissez- faire pemerintah Inggeris dalam urusan pendidikan di Tanah Melayu. Ia berakar umbi pada dasar dan trend pendidikan England apabila kerajaan pusat tidak bertanggungjawab memajukan pendidikan di sesuatu daerah

  12. Penubuhan sekolah agama Islam yang moden iaitu madrasah, telah dipelopori dan dikembangkan oleh Kaum Muda. Laporan Barnes (1951), adalah laporan yang kontroversial tetapi telah memulakan pembentukan satu sistem persekolahan yang bercorak kebangsaan dan bersepadu. Laporan Razak (1956), dan Laporan Rahman Talib (1960) telah dijadikan asas pengubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Dasar yang dikemukakan oleh kedua- dua laporan tersebut telah dimaktub ke dalam Akta Pelajaran 1761.

  13. BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS KEM. PELAJARAN MALAYSIA • Bahagian ini ditubuhkan pada 1 Oktober 1995 bertanggungjawab untuk : • merancang dan mengurus semua sekolah pendidikan khas rendah dan menengah, • merancang dan menyelaras semua program pendidikan khas integrasi,

  14. merancang, menyelaras dan menilai dasar- dasar dan peraturan dari segi peluang pendidikan yang seimbang, khidmat bantuan dan sokongan bagi pelajar pendidikan khas dan dasar pendidikan vokasional pendidikan khas, merancang kurikulum, aktiviti dan hal ehwal pendidikan khas, menyediakan perancangan, penyelidikan dan penilaian pendidikan khas, menyediakan perancangan latihan dan pembangunan staf, dan menyelaras Program Pendidikan Pemulihan Khas.

  15. JENIS-JENIS SEK PENDIDIKAN KHAS; 1. Prasekolah • Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah: • berumur tidak kurang dari lima (5) tahun • disahkan oleh pengamal perubatan • boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.

  16. JENIS-JENIS SEK PENDIDIKAN KHAS; 2. Pendidikan Rendah • Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah: - berumur 6+ hingga 14+ tahun - disahkan oleh pengamal perubatan, dan - boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. • Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. • Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif

  17. JENIS-JENIS SEK PENDIDIKAN KHAS; 3. Pendidikan Menengah • Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia ialah: • berumur 13+ hingga 19+ tahun • disahkan oleh pengamal perubatan • boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain. • Pendidikan menengah menyediakan 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

  18. JENIS-JENIS SEK PENDIDIKAN KHAS; 4. Pendidikan Teknik dan Vokasional • i. Sekolah KhasSekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia. • ii. Program Pendidikan Khas Integrasi

  19. SEKIANTERIMA KASIH

More Related