1 / 82

SIRI CERAMAH MELAYU ISLAM BERAJA (MIB)

SIRI CERAMAH MELAYU ISLAM BERAJA (MIB). PERBANKAN ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Oleh : Datin Dr Hajah Mariah bte PDPD DP Haji Abd Rahim. Pengenalan.

aderyn
Télécharger la présentation

SIRI CERAMAH MELAYU ISLAM BERAJA (MIB)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. SIRI CERAMAH MELAYU ISLAM BERAJA (MIB) PERBANKAN ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Oleh: Datin Dr Hajah Mariah bte PDPD DP Haji Abd Rahim

  2. Pengenalan Melayu Islam Beraja sebagai falsafah Negara Brunei Darussalam, secara rasmi diisytiharkan oleh KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 27 Rabiulawal 1404 Hijriah bersamaan dengan 1 Januari 1984 Masehi, seperti yang terkandung dalam Titah Perisytiharan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam:

  3. Samb… “…Negara Brunei Darussalam adalah dan dengan izin serta limpah kurnia Allah Subhanahu Wata’ala akan untuk selama-lamanya kekal menjadi sebuah negara Melayu Islam Beraja yang merdeka, berdaulat dandemokratik, bersendikan kepada ajaran-ajaran ugama Islam menurut Ahli SunnahWal Jama’ah…”

  4. Samb… Bagi memenuhi kehendak falsafah Negara Melayu Islam Beraja, khususnya ‘Islam’ berbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Antara usaha tersebut ialah mengadakan satu sistem kewangan Islam yang kondusif.

  5. Samb… • Oleh yang demikian, kertas kerja ini akan membincangkan bagaimana tertubuhnya institusi kewangan Islam pertama iaitu Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei, yang kemudiannya diikuti dengan penubuhan Bank Islam Brunei Berhad (IBB), bank Islam komersil yang pertama, seterusnya penubuhan bank-bank Islam lain di Negara Brunei Darussalam.

  6. Samb… • Kertas kerja ini akan memaparkan bagaimana sejarah penubuhan bank-bank Islam ini dan produk-produk yang ditawarkan oleh perbankan Islam. • Kertas kerja ini juga akan melihat kepada Autoriti Monetari Brunei Darussalam sebagai Pengawal dan Penyelia sistem kewangan Islam di Negara Brunei Darussalam dan akta atau perintah yang mengawal selia institusi-institusi kewangan di negara ini.

  7. SISTEM KEWANGAN SECARA UMUM Terdapat dua jenis kumpulan institusi (dan aktiviti) yang bergerak dalam sistem kewangan. Kumpulan pertama terdiri daripada sistem bank (banking system) iaitu bank pusat dan berbagai-bagai jenis bank yang lain. Termasuk juga dalam kumpulan ini ialah pasaran wang jangka pendek (money-market) dan pasaran tukaran wang asing (foreign exchange market).

  8. Samb…. • Kumpulan kedua pula terdiri daripada institusi-institusi kewangan bukan bank (non-bank financial intermediaries) yang juga terbahagi kepada berbagai-bagai jenis. • Kertas kerja ini penulis akan cuba membawa secara ringkas peranan institusi Bayt al-Mal sebagai bank pusat, peranan bank Islam sebagai kumpulan yang menjalankan sistem bank, peranan institusi insurans sebagai sistem kewangan bukan bank dan peranan bank-bank Islam yang beroperasi di Negara Brunei Darussalam.

  9. BAYT AL-MAL Institusi Bayt al-Mal merupakan institusi terpenting dalam struktur kewangan dan belanjawan dalam sebuah negara Islam. Pada dasarnya ia bukanlah menunjukkan kepada satu bentuk bangunan atau kedudukannya di suatu tempat tertentu, akan tetapi ianya juga dimaksudkan dengan kegiatan khalifah dengan harta negara yang dimiliki oleh seluruh umat di bawah naungan kerajaan Islam.

  10. Samb.. Oleh yang demikian, peranan khalifah atau ketua kerajaan amat penting dalam usaha menambahkan lagi sumber kewangannya, menyalurkannya kepada yang berhak menerimanya, merancang dan mengendalikan projek-projek pembangunan ummah. Istilah Bayt al-Mal telah digunakan pada zaman permulaan Islam dan ia serupa dengan Kementerian Perbendaharaan ataupun Kementerian Kewangan pada zaman ini.

  11. Samb.. Perkataan Bayt al-Mal bererti tempat mengumpul semua jenis harta yang dapat dikutip, iaitu harta yang terdiri daripada zakat, beberapa jenis ghanimah dan kharajsupaya ia terkumpul di bawah kekuasaan dan jagaan khalifah atau gabenor yang akan meletakkannya mengikut perintah Allah dalam perkhidmatan orang ramai baik pada zaman perang ataupun pada masa damai.

  12. Sumber-Sumber Harta Bayt al-Mal Bayt al-Mal membawa konsep bahawa ia adalah semua harta kerajaan termasuk kharaj, sedakah, ‘ushr, khums, jizyah dan lain-lain harta yang lain dalam simpanannya. Pada dasarnya sumber Bayt al-Mal terdiri dari harta Khas dan harta am.

  13. Samb… Harta khas ialah harta zakat dan semua jenisnya termasuk zakat fitrah, sebagaimana yang telah ditentukan oleh syarak. Manakala harta am ialah semua harta yang meliputi kharaj, waqaf, kaffarah, nazar, wasiat, ghanimah, fay’, harta warisan sama ada tinggalan orang mati tiada berwaris atau harta lebihan waris, harta luqatah(harta yang tercicir yang tiada diketahui pemiliknya).

  14. Fungsi Bayt al-Mal Di antara fungsi Bayt al-Mal ialah menjaga kepentingan dasar belanjawan. Ia berperanan sebagai agen pembangunan, badan amanah dan agensi perdagangan. Secara ringkas, Bayt al-Mal bertindak sebagai qualitative control yang memberi panduan, bimbingan, nasihat dan pujukan kepada setiap unit dalam sektor ekonomi.

  15. Samb…. Di Negara Brunei Darussalam, sumber dana Bayt al-Mal hanya terhad kepada wang zakat yang diletakkan di bawah pentadbiran Majlis Ugama Islam Brunei. Sementara hasil pendapatan-pendapatan lain dimasukkan ke dalam khazanah Jabatan Perbendaharaan Negara yang dikelolakan oleh Kementerian Kewangan.

  16. PERBANKAN ISLAM Sistem bank konvensional moden dikatakan telah wujud kira-kira 850 tahun yang lalu. Walau bagaimana pun penubuhan Banca della Pizza di Rialto, Venice pada tahun 1587 dianggap sebagai titik permulaan perkembangan bank moden.

  17. Samb… Sejarah penubuhan bank Islam bermula dengan tertubuhnya Mit Ghamr Local Bank di Mesir pada tahun 1963akan tetapi bank ini tidak dapat bertahan lama kerana pada pertengahan tahun 1967, kekecohan politik berlaku di Mesir dan telah menyebabkan bank ini diambil alih oleh National Bank of Egypt dan Central Bank of Egypt.

  18. Samb.. Sejak dari penubuhan Mit Ghamr Bank itu sehingga kini, telah wujud lebih 150 buah institusi kewangan Islam, sama ada di dalam negara Islam atau bukan negara Islam, yang operasinya berlandaskan hukum syarak dan menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan setanding dengan bank konvensional.

  19. Samb… Oleh yang demikian, Bank Islam adalah satu lembaga kewangan yang segala undang-undang, peraturan dan cara-caranya (prosedur) secara jelas menyatakan kewajipannya terhadap asas syariah Islam dan mengintegrasikan nilai-nilai Islam dalam kegiatan-kegiatannya.

  20. Samb… • Berdasarkan cara perlaksanaan sistem perbankan Islam, negara-negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu: • Negara yang mempunyai hanya sistem perbankan Islam.

  21. Samb.. • Negara yang mempunyai dwi sistem atau dual system (sistem perbankan Islam beroperasi seiringan dengan sistem konvensional). • Negara yang mempunyai sistem conventional plus (sistem ini pada asasnya ialah sistem konvensional) tetapi segelintir bank-bank Islam beroperasi di pinggiran sistem perbankan.

  22. Samb… Negara yang mempunyai hanya sistem konvensional.

  23. Samb… Islam telah menetapkan garis panduan dalam perkara-perkara yang berhubung dengan pengeluaran, penggunaan, agihan dan proses pertukaran dan garis panduan itu hendaklah selari dengan pemikiran dan kepercayaan Islam. Pengharaman ribadalam apa jua bentuk dan manifestasinya adalah teras kepada bank Islam dalam mengendalikan semua urusan baik dalam operasi dan juga pelaburannya. Ini adalah ciri utama yang membezakan antara bank-bank Islam dan bank-bank konvensional.

  24. Samb.. Prinsip perkongsian untung yang bebas dari kadar bunga adalah mekanisma yang digunakan dalam menjalankan semua urusannya. Status bank Islam dalam hubungannya dengan para pelanggannya ialah sebagai rakan kongsi, pelabur dan peniaga. Manakala di bank-bank konvensional perhubungan ini adalah dalam bentuk si piutang atau pun si berhutang.

  25. INSURANS ISLAM Insurans membawa maksud sebagai gabungan anggota masyarakat bagi meringankan beban perseorangan serta menjauhi kerosakan yang menyusahkan.

  26. Samb.. Manakala, menurut istilah yang biasa mudah difahami oleh orang ramai ialah andaian-andaian tertentu di dalam urusan antara kumpulan manusia, di mana setiap individu adalah terdedah kepada bahaya-bahaya dan malapetaka yang tidak diketahui bila berlakunya. Apabila berlakunya kemalangan ke atas sesiapa pun anggota masyarakat maka beban penderitaan itu dibahagi-bahagi kepada seluruh anggota masyarakat yang terlibat.

  27. Samb.. Insurans boleh dibahagikan kepada dua iaitu insurans yang dijalankan atas dasar kerjasama (mutual) dan secara perdagangan (proprietary). Pada awal penubuhannya insurans dikendalikan atas dasar kerjasama setiap anggota masyarakat bagi menghadapi masalah dan kerosakan kepada kehidupan dan perhubungan sesama manusia.

  28. Samb.. Kemudiannya lahir beberapa yayasan dan badan-badan bebas yang memberi perlindungan keselamatan dengan bayaran (premium). Badan-badan ini hanya bertujuan untuk mengaut keuntungan sebagaimana perdagangan yang lain. Amalan ini pada akhirnya telah menyebabkan pakatan insurans lebih bersifat perdagangan yang bermotifkan keuntungan (profit maximazation) daripada kebajikan masyarakat (sosial oriented).

  29. Samb.. Insurans Islam adalah suatu institusi kewangan yang berjalan di atas dasar takaful sesama peserta iaitu di mana satu kumpulan orang berikrar untuk mengumpul serta mengembeling usaha dan sumber bagi mengadakan suatu pakatan untuk saling bekerjasama dan tanggung-menanggung sesama mereka, jika ditakdirkan ada di antara mereka yang ditimpa suatu musibah. Melalui pakatan yang dibuat, rakan yang ditimpa musibah akan mendapat manfaat perlindungan bagi meringankan beban atau tanggungannya.

  30. Samb.. Masyarakat pedagang-pedagang Arab adalah antara golongan yang mula mempraktikkan konsep insurans sebelum kedatangan Islam lagi. Mereka menjalankan perniagaan merentasi padang pasir, membawa barang dagangan dari sebuah negeri ke sebuah negeri secara kumpulan atau kabilah. Dalam pengembaraan mereka ini mereka sentiasa terdedah kepada kemungkinan berlakunya pelbagai bahaya, musibah dan bencana seperti rompakan, ribut padang pasir, pembunuhan dan lain-lain tragedi yang boleh menyebabkan kerugian atau kehilangan nyawa serta barang dagangan mereka.

  31. Samb.. Institusi ini dipelopori oleh Syarikat Insurans Islam Sudan yang ditubuhkan pada tahun 1979. Lanjutan daripada itu, pada tahun 1980-an beberapa buah syarikat insurans Islam mula ditubuhkan. Antaranya ialah Syarikat Insurans Islam Arab yang ditubuhkan pada tahun 1979 di Arab Saudi dan beberapa syarikat takaful yang lain.

  32. Samb.. Di antara sistem kerjasama yang dijalankan di kalangan masyarakat ketika itu ialah sistem ‘Aqilah,al-Qasamahjuga telah diperkenalkan ‘AqadMuwalah.

  33. Samb.. Wang darah (diyat) yang dipraktik dalam masyarakat Arab itu telah dijadikan sebagai idea untuk mengadakan satu kerjasama atau peruntukan untuk menghadapi kemungkinan bahaya yang dianggotai oleh peserta-peserta satu kumpulan, sama-sama menangani apa-apa jua tanggungan individu, akan dipikul sama di antara kumpulan tersebut. Insurans atau jaminan perlindungan yang dibuat adalah berdasarkan kerjasama.

  34. Samb.. Dengan kedatangan Islam, sistem ini masih lagi diamal di kalangan masyarakat Arab dan didapati ianya tidak bertentangan dengan syarak.

  35. Samb.. Di Asia, Malaysia sebagai negara perintis dalam perniagaan Insurans dengan tertubuhnya Syarikat Takaful Malaysia Sendirian Berhad pada tahun 1985. Negara Brunei Darussalam mengikut langkah Malaysia dengan penubuhan Takaful IBB Berhad dan Syarikat Insurans Islam TAIB pada tahun 1993. Di Indonesia telah diperbadankan Syarikat Takaful Indonesia dan telah mula beroperasi pada Ogos 1994.

  36. Samb.. Bagi melengkapkan lagi perjalanan sistem insurans Islam atau takaful berbagai usaha telah dibuat bagi menubuhkan insurans semula atau takaful semula (reinsurance or retakaful). Tiga buah syarikat insurans takaful semula atau insurans semula telah ditubuhkan. Dua daripadanya menjalankan operasi melalui ibu pejabat di Jeddah, iaitu Syarikat Takaful dan Takaful Semula Islam Bahamas yang ditubuhkan pada tahun 1983 oleh Dar al-Mal al-Islami dan Insurans Semula (IIRCO) yang diperbadankan di Bahrain oleh kumpulan al-Barakah pada tahun 1986.

  37. Samb.. Sementara itu bagi menyediakan khidmat takaful semula khusus untuk negara-negara Islam yang pernah dijajah oleh Perancis di bahagian Afrika Utara ditubuhkan Syarikat Bait al-Tamwail pada tahun 1986 yang beroperasi dari Tunis.

  38. PERBANKAN ISLAM DI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM Penubuhan perbankan Islam di Negara Brunei Darussalam telah bermula pada tahun 1991 dengan penubuhan Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei. Diikuti pada tahun yang sama penubuhan Bank Islam Brunei (IBB) dan Bank Pembangunan Islam Brunei Berhad (IDBB) pada tahun 2000 dan seterusnya berlakunya penggabungan IBB dan IDBB Pada tahun 2006.

  39. PERBADANAN TABUNG AMANAH ISLAM BRUNEI Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah memperkenankan penubuhan sebuah jawatankuasa bagi meneliti perkara penubuhan institusi kewangan yang berasaskan syarak, melalui Majlis Ugama Islam Brunei, yang serupa fungsinya dengan Lembaga Tabung Haji iaitu Jawatankuasa Penubuhan Lembaga Tabung Haji Negara Brunei Darussalam.

  40. Samb… Majlis Ugama Islam telah menimbangkan laporan jawatankuasa tersebut yang telah mencadangkan agar Tabung Haji tersebut diberikan nama Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei dan Majlis Ugama Islam juga mengambil maklum bahawa modal permulaan ‘setting up loan’ berjumlah B$10 juta adalah dari pinjaman kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Peduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam.

  41. Samb… Berikutan keputusan mesyuarat Majlis Ugama Islam tersebut, Kementerian Kewangan dengan kerjasama Kementerian Undang-Undang dan Kementerian Hal Ehwal Ugama telah diamanahkan untuk membentuk satu institusi kewangan tanpa riba. Institusi tersebut telah diberi nama Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei yang telah ditubuhkan di bawah perintah darurat yang digelar “PERBADANAN TABUNG AMANAH ISLAM BRUNEI 1991” yang bertarikh 19hb September 1991.

  42. Samb… Majlis perasmian pelancaran Perbadanan ini telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Ahad 29hb September 1991.

  43. Objektif Penubuhan Perbadanan TAIB Dalam bab (22) Perintah Darurat “Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei“ memerlukan perbadanan untuk mengurus tabung TAIB untuk membolehkan orang ramai menyimpan, melabur dan menunaikan fardhu haji ke Mekah. Di samping itu ia ditubuhkan untuk melaksanakan pengendalian bank, pembiayaan perdagangan dan pelaburan, mengambil bahagian dalam projek-projek pembangunan industri dan ekonomi dalam dan luar negeri dan lain-lain matlamat yang mungkin ditentukan dari masa ke semasa.

  44. Anak-Anak Syarikat Perbadanan TAIB Sejak ditubuhkan pada tahun 1991, Perabadan TAIB mempunyai dua anak syarikat iaitu: Insurans Islam TAIB Sdn. Bhd yang menjalankan perniagaan insuran atau Takaful secara Islam; dan Darussalam Holdings Sdn. Bhd. (DHSB) yang menjalankan urusan pemergian jemaah haji dari Negara Brunei Darussalam dan perniagaan perjalanan dan pengembaraan dari penjualan tiket dan membuat kumpulan-kumpulan pengembaraan bersama DHBS.

  45. Fasiliti dan Produk Perbadanan TAIB • Di antara fasiliti-fasiliti dan produk-produk tersebut ialah: • Kemudahan Akaun Simpanan iaitu Akaun Simpanan al-Wadi’ah, Akaun Simpanan SiManja, Akaun Simpanan Remaja, Akaun Simpanan Tekad Haji, Akaun Simpanan Belia, Akaun Simpanan Berjasa dan Akaun Simpanan Syarikat. • Simpanan Bertempoh iaitu Ar-Rizq dan Taib Deposit Certificate.

  46. Samb… • Kemudahan Pembiayaan Retail iaitu Pembiayaan Peribadi, Pembiayaan Kenderaan Bermotor, Pembiayaan Pengajian, Pembiayaan Peralatan Pengajian, Pembiayaan Hartanah dan Pembiayaan Pengubah suaian Rumah. • Kemudahan Pembiayaan Korporat melalui Pembiayaan Perniagaan iaitu Surat Kredit Al-Kafalah dan Pembiayaan Asset-Based iaitu Sewa-Jual (Ijarah), Ijarah dan BBA (Pembiayaan Harta Perkakasan dan Komersil).

  47. Samb… • Kemudahan Pembayaran Bil iaitu yang boleh dilakukan melalui kaunter atau mesin ATM atau Arahan Tetap. • Perkhidmatan E-Banking iaitusama ada melalui mesin ATM dan SMS. • Kaunter Zakat.

  48. BANK ISLAM BRUNEI DARUSSALAM Ditubuhkan Bank Islam Brunei Darussalam setelah penggabung dua bank iaitu Bank Pembangunan Islam Brunei Berhad dan Islamic Bank Brunei Berhad yang beroperasi penuh pada 3hb Julai 2006. Pada awal penubuhannya sebagai sebuah bank konvensional sehingga bank ini ditukar menjadi sebuah bank Islam sepenuhnya pada bulan Jun 2000, IDBB.

  49. Samb… Bank Pembangunan Islam Brunei Berhad (IDBB) telah selamat dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam pada hari Sabtu, 11hb. November 2000 Masehi bersamaan dengan 14 Sya’ban 1421 Hijrah di ibu pejabat IDBB, Kg. Kiulap.

  50. Samb… Sementara itu Islamic Brunei Berhad (IBB) yang sebelumnya dikenali sebagai The Island Development Bank (IDB) ditubuhkan pada tahun 1981. IDB telah ditukar namanya kepada The International Bank of Brunei Berhad pada 14hb. Jun 1986. Bank ini kemudiannya ditukar dari sebuah bank konvensional kepada sebuah bank Islam iaitu; Islamic Bank of Brunei (IBB) pada 13hb. Januari 1993.

More Related