1 / 21

TAJUK CERAMAH

TAJUK CERAMAH. PROSEDUR KES TATATERTIB BIASA (AM). LAPORAN KETUA JABATAN. PROSEDUR KES TATATERTIB BIASA (AM). PENENTUAN PELANGGARAN P.33 34 35. MESYUARAT JKTT ADA KES / PRIMA FACIE. HANTAR SURAT PERTUDUHAN. ULASAN KETUA JABATAN. JAWAPAN PEGAWAI. MESYUARAT JKTT - KEPUTUSAN.

celine
Télécharger la présentation

TAJUK CERAMAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TAJUK CERAMAH PROSEDUR KES TATATERTIB BIASA (AM)

  2. LAPORAN KETUA JABATAN PROSEDUR KES TATATERTIB BIASA (AM) PENENTUAN PELANGGARAN P.33 34 35 MESYUARAT JKTT ADA KES / PRIMA FACIE HANTAR SURAT PERTUDUHAN ULASAN KETUA JABATAN JAWAPAN PEGAWAI MESYUARAT JKTT - KEPUTUSAN HANTAR KEPUTUSAN

  3. 1. LAPORAN KETUA JABATAN/ PEGAWAI PELAPOR Ketua Bahagian/ Jabatan melaporkan kepada Pegawai Kanan yang di atasnya Catatan Laporan juga diterima daripada: - BPR - BPA - Mahkamah - Dan lain-lain

  4. FAKTA LAPORAN 1. Keterangan mengenai pegawai yang dilaporkan dan jawatannya. 2. Kenyataan Perkhidmatan yang terbaru sekali 3. Keterangan mengenai Pelanggaran yang dilakukan berserta: - Tarikh - Waktu - Tempat - Peraturan yang dilanggar - Keterangan saksi - jika ada - Dokumen lain - jika perlu 4. Lain-lain kenyataan yang difikirkan perlu seperti pegawai tersebut pernah dikenakan tindakan tatatertib dan sebagainya.

  5. 2. SIASATAN • Di peringkat Ketua Jabatan • Di peringkat Urusetia Jawatankuasa Tatatertib • Di peringkat mana difikirkan perlu.

  6. 3. PENYEDIAAN KERTAS KERJA UNTUK PERTIMBANGAN PENGERUSI JAWATANKUASA TATATERTIB DI BAWAH PERATURAN 33 Urusetia menyediakan kertas kerja bagi menentukan sama ada jenis pelanggaran tatatertib yang dilaporkan itu adalah dari jenis yang patut ‘dikenakan hukuman buang kerja atau turun pangkat’ atau ‘dikenakan hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat’.

  7. 4. PENGERUSI J’TATATERTIB MEMBUAT KEPUTUSAN DI BAWAH PERATURAN 33 Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, sepertimana diperuntukkan di bawah Peraturan 33, menentukan sama ada jenis pelanggaran tatatertib adalah dari jenis patut dikenakan: (a) hukuman buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 35); atau (b) hukuman yang lebih ringan daripada buang kerja atau turun pangkat (Peraturan 34).

  8. 5. PENYEDIAAN KERTAS KERJA UNTUK PERTIMBANGAN JAWATANKUASA TATATERTIB BAGI MENENTUKAN WUJUD ATAU TIDAK KES / PRIMA FACIE DAN MENIMBANGKAN UNTUK MENGELUARKAN SURAT PERTUDUHAN Urusetia Jawatankuasa Tatatertib menyediakan kertas kerja tersebut.

  9. 6. MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB MENENTUKAN WUJUD ATAU TIDAK KES / PRIMA FACIE DAN MENIMBANGKANUNTUK MENGELUARKAN SURAT PERTUDUHAN Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib bagi menentukan wujud atau tidak kes / prima facie. Sekiranya Jawatankuasa Tatatertib memutuskan wujud kes / prima facie maka Jawatankuasa Tatatertib hendaklah menimbangkan untuk mengeluarkan surat pertuduhan.

  10. 7. SURAT PERTUDUHAN DIKELUARKAN Jawatankuasa mengemukakan surat Pertuduhan kepada pegawai yang dituduh melalui Ketua Bahagian / Jabatan dengan memberi tempoh yang 21 hari untuknya membuat representasi

  11. PRINSIP ‘RULE OF NATURAL JUSTICE’ Mengikut prinsip ‘Rule of Natural Justice’, (Undang- undang Keadilan Tabii) pertuduhan tidak boleh dibuat secara umum. Pertuduhan yang umum boleh menyebabkan peluang yang secukupnya tidak diberi kepada pegawai - tatacara bagi mengambil tindakan tatatertibtidak sah.

  12. ELEMEN- ELEMEN SURAT PERTUDUHAN 1. Nama pegawai yang dituduh/ K.P. 2. Jawatan 3. Masa, tarikh, tempat peristiwa 4. Perbuatan salahlaku yang dilaporkan: (i) Jenis Kesalahan (ii) Tatakelakuan Nyatakan Peraturan yang dilanggar. CONTOH Politik - Peraturan 20 (1) f) Tatakelakuan - Peraturan(3)(2) (i)

  13. 5. Nyatakan jenis tindakan; Peraturan 34 - Peraturan 35 - 6. Nyatakan kalau bersalah - hukuman Per. 40 7. Peluang membela diri : 21 hari 8. Beritahu jika tidak jawab - Jawatankuasa buat keputusan atas maklumat yang ada 9. Tandatangan - Pengerusi - Ahli (b.p. Pengerusi 10.Tarikh pertuduhan 11.Dikemukakan melalui Ketua Jabatan

  14. 10. PENYEDIAAN KERTAS UNTUK PERTIMBANGAN JAWATANKUASA TATATERTIB Urusetia Jawatankuasa Tatatertib setelah menerima jawapan daripada pegawai yang dituduh berserta ulasan daripada Ketua Jabatan hendaklah menyediakan satu kertas untuk pertimbangan Jawatankuasa Tatatertib bagi mendapatkan keputusan.

  15. 6. ULASAN KETUA BAHAGIAN / JABATAN KE ATAS JAWAPAN KEPADA PERTUDUHAN JIKA PERLU.

  16. 7. ULASAN URUSETIA 7.1 Urusetia, setelah meneliti jawapan pegawai (tertuduh) dan lain-lain maklumat yang berkaitan berpendapat bahawa: 7.1.1 (Urusetia hendaklah memberi ulasan berdasarkan laporan surat pertuduhan, jawapan pertuduhan, ulasan Ketua Unit/ Cawangan/ Bahagian/ Jabatan sekiranya ada, kepada jawapan pertuduhan dan dokumen-dokumen lain. Urusetia TIDAK BOLEH mengesyorkan hukuman). 7.1.2 7.1.9. 8. PERAKUAN 8.1 Jawatankuasa Tatatertib adalah dengan ini diminta membuat keputusan.

  17. 10. MESYUARAT JAWATANKUASATATATERTIB -KEPUTUSAN Jawatankuasa Tatatertib akan bermesyuarat dan memutuskan hukuman seperti di bawah Peraturan 40, Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-Badan Berkanun,Jadual Kedua, Akta Badan-Badan Berkanun ( Tatatertib Dan Surcaj)2000 [Akta 605]

  18. MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA TATATERTIB 1. Tarikh, masa dan tempat mesyuarat itu diadakan. 2. Keanggotaan Jawatankuasa Tatatertib. 3. Pertuduhan ke atas kes tatatertib yang berkenaan. 4. Perkara-perkara yang berbangkit mengenai kes ini. 5. Asas keputusan Jawatankuasa Tatatertib. i. Asas mendapati pegawai bersalah ii. Asas menjatuhkan hukuman 6. Hukuman/ hukuman-hukuman yang dijatuhkan CATATAN MINIT MESYUARAT HENDAKLAH DISAHKAN

  19. 12. PEMBERITAHU KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB Keputusan Jawatankuasa hendaklah disampaikan kepada pegawai yang dituduh melalui Ketua Jabatan dengan menyatakan hak pegawai tersebut boleh membuat rayuan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan mengikut peraturan 20(1),,Jadual Ketiga, Akta Badan-Badan Berkanun ( Tatatertib Dan Surcaj)2000 [Akta 605]

  20. PEMBERITAHU KEPUTUSAN 1. Hukuman tatatertib yang dikenakan - sebutkan Peraturan 40( ) 2. Hak pegawai membuat rayuan dalam masa 14 hari dari tarikh penerimaan surat keputusan mengikut Peraturan 20, Jadual ketiga, Akta Badan-badan Berkanun(Tatatertib dan Surcaj)2000 [Akta 605] 3. Sertakan surat akuan terima.

  21. TERIMA KASIH

More Related