1 / 33

TAJUK KAJIAN

TAJUK KAJIAN. Kajian Awalan Amalan Kepimpinan Pengurus Pendidikan dalam Program Kelas Dewasa Bagi Ibu Bapa Orang Asli dan Pribumi. PENGENALAN . KPM di bawah Jabatan Pendidikan Khas telah melaksanakan Kelas Dewasa bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (KEDAP) mulai Mac 2008

karik
Télécharger la présentation

TAJUK KAJIAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TAJUK KAJIAN Kajian Awalan Amalan Kepimpinan Pengurus Pendidikan dalam Program Kelas Dewasa Bagi Ibu Bapa Orang Asli dan Pribumi

  2. PENGENALAN • KPM di bawah Jabatan Pendidikan Khas telah melaksanakan Kelas Dewasa bagi Ibu Bapa Murid Orang Asli dan Pribumi (KEDAP) mulai Mac 2008 • Pendidikan untuk semua bagi membasmi kemiskinan melalui pendidikan. • Bantu ibu bapa orang asli dan pribumi untuk menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M).

  3. Matlamat KEDAP adalah untuk membantu ibu bapa murid Orang Asli dan Pribumi meningkatkan tahap literasi mereka • Membentuk sikap positif terhadap • Meningkatkan taraf dan kualiti hidup. • Elak keciciran dalam kalangan penduduk Orang Asli dan pribumi.

  4. 1.2 PENYATAAN MASALAH Guru-guru KEDAP menghadapi cabaran dalam melaksanakan program KEDAP. Di antaranya adalah: • pelbagaikan strategi pengajaran • Memberi tugasan sesuai dengan kebolehan peserta • merancang bahan pengajaran • membuat penilaian isi kandungan mata pelajaran

  5. 1.4 OBJEKTIF KAJIAN Mengenal pasti amalan kepimpinan pengurus pendidikan (guru besar) daripada aspek: • Amalan membangunkan visi organisasi • Amalan mengagihkan tanggungjawab kepimpinan • Amalan mewujudkan hubungan interpersonal

  6. 1.5 PERSOALAN KAJIAN • Adakah pengurus pendidikan (guru besar) membangun visi dan mencapai matlamat organisasi. • Adakah pengurus pendidikan mengagihkan tanggungjawab kepimpinan kepada guru-guru. • Adakah wujud perhubungan interpersonal pengurus pendidikan dengan guru-guru KEDAP.

  7. 1.6 SKOP KAJIAN Aspek dikaji : • Amalan kepimpinan pengurus pendidikan dalam membangunkan visi organisasi . • Agihan tanggungjawab kepimpinan. • Amalan mewujudkan hubungan interpersonal.

  8. 1.7 KEPENTINGAN KAJIAN • Membantu mendapatkan maklum balas berkaitan amalan kepimpinan pengurus pendidikan sekolah-sekolah KEDAP untuk tujuan penambahbaikan. • Membantu meningkatkan prestasi dan kualiti kepimpinan para pengurus pendidikan.

  9. 1.8 BATASAN KAJIAN • Hanya memfokus kepada guru-guru KEDAP Negeri Johor • Hanya melihat kepada amalan kepimpinan guru besar sekolah –sekolah KEDAP

  10. METODOLOGI KAJIAN • Sampel Kajian : 21 orang guru yang terlibat dalam Program KEDAP. Guru-guru KEDAP digunakan sebagai responden yang memberi penilaian tentang ketua mereka iaitu guru besar (pengurus pendidikan) dalam aspek-aspek yang dikaji.

  11. TEMPAT KAJIAN : Pusat Latihan Orang Asli, Kluang, Johor • INSTRUMEN KAJIAN: Soal selidik

  12. Soal Selidik BAHAGIAN A: Demografi Responden : • Jantina • Umur • Kelulusan akademik

  13. Soal Selidik BAHAGIAN B Komponen 1: Membangunkan Visi Organisasi Pecahan mengikut item: • Membangun visi dan matlamat • Berunding dan melibatkan staf • Menyediakan jangkaan jelas kepada staf • Menentukan keutamaan melalui perbincangan • Bekerja ke arah persetujuan utama • Menghubungkan kepada semua pihak berkepentingan

  14. Komponen 2 : Agihan Tanggungjawab Kepimpinan Pecahan mengikut item: • Mengagih tanggungjawab kepimpinan • Berkongsi autoriti dan menggalakkan rasa hormat • Menggalak dan berkongsi membuat keputusan • Memberi penurunan kuasa kepada staf • Memberi sokongan utk proses dan amalan kepimpinan bersama • Menyokong dan menggalakkan peranan kepimpinan

  15. Bekerjasama untuk meningkatkan organisasi • Mengenalpasti staf dari segi kepakaran berbanding kedudukan • Memberi tugasan dan tanggungjawab berdasarkan keupayaan • Menyokong dan memantau usaha pelaksanaan tugas • Memasti koordinasi antara pelbagai tugas

  16. Komponen 3 : Mewujudkan Hubungan Interpersonal Pecahan mengikut item • Membina hubungan dan mempercayai staf • Mengambil berat kebajikan dan pembangunan staf • Berkomunikasi secara tertib • Menghormati staf dan pekerja di bawah seliaan

  17. Memberi perhatian dan cuba menyelesaikan masalah staf • Mengekalkan hubungan interpersonal • Menggalak budaya saling menghormati • Memberi ruang kepada perundingan dan dialog

  18. Soal Selidik Kesemuasoalandibinamenggunakan: • Skor 1 Tiadalangsung (TL) • Skor 2 Sesekali (SS) • Skor 3 Kadang-Kadang (KK) • Skor 4 AmatKerap (AK) • Skor 5 Selalu (SL)

  19. HASIL KAJIAN • Analisis kajian dipecahkan kepada analisis demografi, analisis taburan mengikut komponen membangunkan visi organisasi , agihan tanggungjawab kepimpinan dan mewujudkan hubungan interpersonal

  20. Demografi Pelatih Bilangan guru KEDAP lelaki seramai 14 orang dan bilangan guru-guru KEDAP perempuan pula ialah seramai 7 orang . Jumlah responden 21 orang

  21. Jadual 1: Jadual kekerapan Jantina, Sela Umur dan Kelayakan Akademik Responden . Respondenterdiridaripada 14 orang guru lelakidan 7 orang guru perempuan. Terdapat 9 orang guru berumur 30 tahunkebawah, 7 orangberumurantara 31 hingga 40 tahundan 5 orang guru berumur 41 tahundankeatas. Min umurrespondenialah 35.05 tahundengansisihanpiawai 8.62 tahun. Kebanyakanmerekamempunyaiijazahsarjanamudadankeatas, iaitumelebihi 60 peratus, manakalaselebihnyaialahdengankelulusan diploma dankebawah.

  22. Jadual 2: Taburan Bagi Komponen Amalan Kepimpinan : Membangunkan Visi Organisasi Pada keseluruhannya, para responden memberi persetujuan yang tinggi bahawa guru besar / pengurus pendidikan mereka seorang yang membangunkan visi dan matlamat organisasi. Mereka juga bersetuju bahawa guru besar sekolah masing-masing sentiasa berunding dan melibatkan staf, menyediakan jangkaan yang jelas kepada staf dan sentiasa menentukan keutamaan melalui perbincangan. Guru besar juga sentiasa bekerja ke arah persetujuan utama serta sentiasa menghubungkan kepada semua pihak berkepentingan. Walau bagaimanapun, terdapat seorang responden memberikan tahap persetujuan yang sangat rendah kepada ketuanya.

  23. Analisis Taburan Bagi Komponen Agihan Tanggungjawab Kepimpinan Jadual 3: Taburan Bagi Komponen Agihan Tanggungjawab Kepimpinan

  24. Jadual 3 di atas memaparkan taburan bagi komponen amalan kepimpinan daripada segi agihan tanggungjawab pemimpin. Paling tinggi darjah persetujuan dengan penyataan yang diberi ialah pada komponen mengenal pasti staf (guru) daripada segi kepakaran berbanding kedudukan formal dalam kumpulan, dikuti oleh amalan memberi sokongan untuk proses dan amalan kepimpinan bersama. Walaupun respons yang positif diberi tentang amalan kepimpinan guru besar, namun terdapat 2 orang responden yang menyatakan bahawa ketua mereka tidak langsung memberi penurunan kuasa kepada guru-guru manakala 3 reponden menyatakan guru besar mereka tidak langsung memberi sokongan dan galakan kepada orang lain (guru) untuk mengambil peranan kepimpinan. Namun ini hanyalah begitu, ini tidak memberikan gambaran bahawa pengurus pendidikan tidak mengagihkan tanggungjawab kepimpinan kepada guru-guru.

  25. Analisis Taburan Bagi Komponen Mewujudkan Hubungan Interpersonal Jadual 4: Taburan Bagi Komponen Mewujudkan Hubungan Interpersonal Bagi dimensi hubungan interpersonal, para responden memberikan persetujuan yang tinggi kepada penyataan bahawa ketua mereka membina hubungan dan mempercayai staf . Guru besar dipersetujui mengambil berat akan kebajikan dan pembangunan staf. Mereka sentiasa berkomunikasi dengan tertib dan amat menghormati staf dan menyenangi hubungan interpersonal yang terjalin antara superior dan subordinat itu. Responden bersetuju bahawa ketua mereka amat menggalakkan budaya saling menghormati dan sentiasa memberi ruang kepada staf untuk berunding dan berdialog jikalau berlaku sesuatu perkara yang menuntut penyelesaian masalah atau sebarang pembuatan keputusan. “Menghormati staf dan pekerja di bawah seliaan” merupakan ciri hubungan interpersonal yang paling tinggi tahap persetujuan responden terhadap ketua mereka. Hanya seorang responden memberikan pandangan negatif kepada ketua.

  26. Analisis Bandingan Min Sisihan Piawai Bagi Skor Keseluruhan Komponen Amalan Kepimpinan Jadual 5: Bandingan Min Sisihan Piawai Bagi Skor Keseluruhan Komponen Amalan Kepimpinan Jadual 5 di atas menunjukkan min skor keseluruhan bagi komponen amalan kepimpinan. Didapati skor bagi komponen mewujudkan hubungan interpersonal adalah paling tinggi berbanding kedua-dua skor lain . Jadual 5 juga menunjukkan bahawa skor agihan tanggungjawab kepimpinan adalah terendah dalam ketiga-tiga dimensi. Namun begitu hanya dua aspek sahaja yang didapati kurang persetujuan daripada responden tentang ketua mereka iaitu aspek penurunan kuasa dan kerjasama membangunkan organisasi.

  27. Analisis Ujian Bandingan Min Bagi Komponen Amalan Kepimpinan Terhadap Perbezaan Jantina dan Kelayakan Akademik Responden . Ujian bandingan min dengan statistik t dimuatkan dalam Jadual 6 untuk menguji sama ada wujud perbezaan amalan kepimpinan dari segi jantina dan kelayakan akademik responden Jadual 6: Ujian Bandingan Min Bagi Komponen Amalan Kepimpinan Terhadap Perbezaan Jantina dan Kelayakan Akademik Responden Kajian ini mendapati tiada perbezaan respons tentang aspek-aspek dalam komponen amalan kepimpinan guru besar bagi responden lelaki dan perempuan. Begitu juga tidak terdapat perbezaan bagi berlainan tahap pencapaian akademik sama ada ijazah mahupun bukan ijazah bagi semua aspek dalam komponen amalan kepimpinan . Responden berlainan jantina dan berlainan tahap pendidikan memberikan gambaran yang sama tentang amalan kepimpinan membangun visi dan matlamat organisasi, agihan tanggungjawab kepimpinan dan hubungan interpersonal guru besar mereka.

  28. AnalisisVariansKomponenMembangunkanVisiOrganisasi, AgihanTanggungjawabKepimpinandanMewujudkanHubungan Interpersonal TerhadapPerbezaanUmurResponden Analisisvariansdigunakanuntukmengujisamaadawujudperbezaanbagiberlainanaspekdalamkomponenamalankepimpinan. HasilanalisisdimuatkandalamJadual 7. Jadual 7: AnalisisVariansKomponenAmalanKepimpinanTerhadapPerbezaanUmurResponden Jadualmenunjukkankajianinimendapatitiadaperbezaandalamketiga-tigakomponenamalankepimpinanbagiperbezaanumurresponden. Persepsirespondenterhadapamalanmembangunvisidanmatlamatorganisasi, agihantanggungjawabkepimpinandanhubungan interpersonal guru besaradalahsamabagiperingkatumurberbezaresponden.

  29. KESIMPULAN • Dalambandingantigaaspekdalamkomponenamalankepimpinan guru besarsekolah KEDAP, skor paling tinggiialahkomponenmewujudkanhubungan interpersonal, diikutiolehkomponenmembangunkanvisiorganisasi. Skoragihantanggungjawabkepimpinanadalah paling rendahdalamketiga-tigakomponenini. Kajianinijugamendapatibahawatidakterdapatperbezaanantarajantina, umur, danpencapaianakademikdalampenilaianbagikesemuaaspekdalamkomponenamalankepimpinan.

  30. Kesimpulan Padakeseluruhannya, para guru besarsekolah yang terlibatdalammelaksanakan program KEDAP merupakanketua yang sentiasaberusahamembangunkanvisidanmatlamat, seringkaliberundingdanmelibatkanstafdalamapajuapenglibatan, menyediakanjangkaan yang jelaskepadastaf. Merekajugamempunyaihubungan interpersonal yang baikdengan guru-guru, murid-muriddanibubapasertaahlimasyarakatsetempat. Merekamengambilberathal-halkebajikan guru-guru danwargasekolahdanmenghormatisubordinat. Itusemuaadalahciri-ciri yang terdapatpadapemimpin yang berkarismadanberwibawa.

  31. CADANGAN • Olehkeranaterdapatjugadalamkalangan guru besar yang kurangmemberikanempowerment kepada guru-guru ataumungkinkurangmemberisokongandangalakankepada guru-guru untukmengambilperanansebagaipemimpin ( akantetapibilangannyaamatkecil), diharapkanmerekadapatmemberilebihkepercayaankepada guru-guru untukmembuatkeputusan yang berkaitandengantugasdantanggungjawab. • Dengancarademikian, guru-guru akanmenjadilebihkreatifdaninovatif. Kuasabukanterletakpadakedudukanseseorangtetapipadakebolehanmempengaruhiorang lain dankeberkesananmenggunakanilmupengetahuan, kemahirandankepakaran. Inilahapa yang disebutoleh Alvin Toffler sebagaipower shift (Toffler, 1990).

  32. CADANGAN • Pihak pengurusan tertinggi pendidikan diharapkan dapat memberi peluang dan ruang kepada para pengurus pendidikan sekolah-sekolah orang asli dan pribumi untuk membugarkan kemahiran kepimpinan yang ada pada mereka. Semangat baru dapat disuntik menerusi latihan dan pendedahan dalam pelbagai aspek kepimpinan. • Dengan cara ini ini dapat meningkatkan motivasi mereka untuk terus membangunkan intelek, personal dan profesionalisme baik diri mahupun warga guru serta masyarakat.

  33. SEKIAN TERIMA KASIH daripada WAN FARIDAH AKMAL WAN ISMAIL ROKIAH BUYONG ISHAK AYOB Jabatan Ilmu Pendidikan IPGKTI NOOR AZMI MOHAMAD FPPSM, UTM

More Related