1 / 60

TAJUK 6

TAJUK 6. PENILAIAN PERBELANJAAN KERAJAAN. PENGENALAN- PERBELANJAAN KERAJAAN. Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan selalunya dikatakan tidak cekap Ramai yang berharap supaya kerajaan dapat berfungsi sebagai sebuah badan perniagaan, oleh itu berfungsi lebih cekap

Télécharger la présentation

TAJUK 6

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TAJUK 6 PENILAIAN PERBELANJAAN KERAJAAN

  2. PENGENALAN-PERBELANJAAN KERAJAAN • Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan selalunya dikatakan tidak cekap • Ramai yang berharap supaya kerajaan dapat berfungsi sebagai sebuah badan perniagaan, oleh itu berfungsi lebih cekap • Tetapi kerajaan dan badan perniagaan adalah berbeza , oleh itu kerajaan tidak akan dapat menyamai kecekapan perniagaan

  3. PENGENALAN-PERBELANJAAN KERAJAAN • 3 sebab mengapa kerajaan tidak sama dengan perniagaan: • Kerajaan tidak menjual barang dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan. Oleh itu kerajaan tidak mendapatkan isyarat yang jelas, sama ada mereka menjalankan kerja dengan baik atau sebaliknya. • Kerajaan tidak mempunyai persaingan. Oleh kerana barangan yang disediakan oleh kerajaan tidak mempunyai nilai pasaran yang besar, tetapi selalunya melibatkan kos yang besar, tiada firma persendirian yang berani memasuki pasaran untuk barang yang disediakan oleh kerajaan itu.

  4. PENGENALAN-PERBELANJAAN KERAJAAN • Projek dan rancangan kerajaan selalunya melibatkan proses politik yang dipengaruhi oleh golongan dengan kepentingan tertentu yang mahukan projek-projek yang boleh meningkatkan pendapatan mereka. Bukan seperti projek firma persendirian yang dipilih mengikut kesan penggunaan sumber-sumber. • Adalah sukar bagi mengira faedah sosial yang dihasilkan oleh sesuatu kerajaan- ia selalunya melibatkan kos yang tinggi dan tempoh pembinaan yang lama.

  5. PENGENALAN-PERBELANJAAN KERAJAAN • Tetapi apabila hasilnya mula dirasakan oleh rakyat, aliran faedahnya akan berkekalan untuk tempoh yang lama. • Kerajaan boleh disamakan seperti sebuah firma yang mengeluarkan berbagai barangan. • Adalah perlu untuk membuat pilihan gabungan barang yang mana akan dikeluarkan. • Untuk melakukan ini, perlu mengetahui • nilai faedah sosial marginal (MSB), • nilai kos sosial marginal (MSC) yang akan timbul dari tambahan pelaburan kerajaan.

  6. PENILAIAN PERBELANJAAN KERAJAAN • Cara kerajaan membuat pilihan: • BELANJAWAN PROGRAM (PROGRAM BUDGETING) • ANALISIS FAEDAH KOS (COST-BENEFIT ANALYSIS)

  7. ANALISA EKONOMI BAGI PROSES BELANJAWAN(ECONOMIC ANALYSIS FOR THE BUDGET PROCESS) BELANJAWAN PROGRAM • Program -gabungan aktiviti kerajaan yang mengeluarkan berbagai barangan yang dapat dibezakan • Misi – apa yang hendak dicapai oleh sesebuah agensi kerajaan

  8. Belanjawan Program - satu sistem menguruskan perbelanjaan kerajaan . Dilakukan dengan membandingkan semua program oleh semua agensi kerajaan yang mempunyai misi yang sama • Kombinasi program yang dipilih adalah yang mengambilkira kos terendah • Kombinasi ini dikenali sebagai campuran program dengan kos berkesan (cost effective program mix)

  9. ANALISA KEBERKESANAN KOS(COST EFFECTIVENESS ANALYSIS) • Memilih misi yang seragam yang dikemukakan oleh semua agensi kerajaan. • Contoh misi – mengurangkan kematian yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit sebanyak 5,000 setahun bagi tempoh 10 tahun akan datang.

  10. ANALISA KEBERKESANAN KOS(COST EFFECTIVENESS ANALYSIS) • Mungkin terdapat empat agensi yang mengemukakan cadangan program masing-masing seperti • Menyediakan maklumat dan risalah percuma mengenai bahaya merokok, arak, diet yang baik dll • Meminta semua bangunan tinggi menyediakan alat pengesan asap. Bagi kawasan miskin dengan bangunan rumah pangsa tinggi akan diberi subsidi alat pengesan asap ini dengan percuma • Memberi suntikan imunisasi percuma kepada kanak-kanak

  11. ANALISA KEBERKESANAN KOS(COST EFFECTIVENESS ANALYSIS) • Setelah dipilih 2 projek iaitu 2 dan 3, perlu memilih kombinasi kedua-duanya yang akan melibatkan kos terendah, disamping mencapai misi 5,000 nyawa diselamatkan. • Ini akan dilakukan dengan menganalisa keluk isokuan bagi kedua barang iaitu alat pengesan asap, SD dan suntikan imunisasi (I)

  12. GABUNGAN/CAMPURAN BARANGAN DENGAN KOS YANG EFFEKTIFCOST EFFECTIVE MIX MEMBINA KELUK ISOKUAN Diperlukan beberapa perkara iaitu: 1. Jangkaan keluaran marginal (MP) bagi setiap program. Iaitu MPSD untuk pengesan asap dan MPI untuk suntikan imunisasi 2. Pengiraan kadar pertukaran teknikal marginal (MRTS) diantara kedua-dua barang ini :

  13. GABUNGAN/CAMPURAN BARANGANDENGAN KOS YANG EFFEKTIFCOST EFFECTIVE MIX • MRTS untuk kedua-dua program ini bergantung kepada tahap produktiviti mereka dikira dalam bentuk bilangan nyawa yang diselamatkan dan harga seunit perkhidmatan yang dibekalkan oleh program tersebut. 3. Mendapatkan harga barang-barang ini • PSD = Harga pengesan asap • PI = Harga suntikan imunisasi Kos = (SD) . PSD +(I). PI

  14. GABUNGAN/CAMPURAN BARANGANDENGAN KOS YANG EFFEKTIFCOST EFFECTIVE MIX CONTOH : PSD = RM30, PI = RM15 Kos = 30(SD)+15(I) • Dari persamaan ini boleh didapati keluk isokos

  15. Figure 6.1ANALISA KEBERKESANAN KOSCost-Effectiveness Analysis B 20,000 Inoculations per Year A 10,000 Lives Saved = 5,000 0 10,000 20,000 Smoke Detectors per Year Minimum-cost combination of Programs corresponds to point B

  16. ANALISA KEBERKESANAN KOSCost-Effectiveness Analysis • Kombinasi A, 5,000 nyawa diselamatkan • Kombinasi B, juga menyelamatkan 5,000 nyawa. Tetapi kombinasi B memerlukan kos kurang dari Kombinasi A • Oleh itu kombinasi B dipilih dengan 10,000 pengesan asap dan 20,000 suntikan imunisasi

  17. ANALISA KEBERKESANAN KOSCost-Effectiveness Analysis • Analisis ini digunakan di AS pada tahun 1960an dan 1970an. • Pada tahun 1960, ianya dikenali sebagai sistem perancangan belanjawan pemprograman (Planning –programming-budgeting system PPBS) • Pada tahun 1970an ianya dikenali sebagai belanjawan asas sifar (zero based budgeting-ZBB). • Kedua-dua belanjawan ini tidak berjaya disebabkan oleh beberapa perkara, terutamanya, maklumat yang disediakan oleh analisis ini tidak diambil kira oleh ahli-ahli politik semasa mereka memutuskan mengenai perbelanjaan dan belanjawan yang dilaksanakan.

  18. ANALISIS KOS FAEDAH(COST BENEFIT ANALYSIS –CBA) • Analisis ini membantu keputusan mengenai program-program kerajaan yang melibatkan faedah dan kos yang berterusan di masa hadapan. • CBA juga dapat mempastikan bahawa program-program yang disenaraikan untuk dipilih adalah mempunyai faedah sosial marginal yang melebihi kos sosial marginal ie MSB>MSC • Terdapat 3 langkah-yang terlibat di dalam CBA :

  19. ANALISIS KOS FAEDAHLANGKAH-LANGKAH YANG TERLIBAT DI DALAM CBA : • LANGKAH 1: Mengenalpasti kesemua faedah dan kos yang yang terlibat dalam projek yang dicadangkan itu. (enumerate all costs and benefits of a proposed project) • LANGKAH 2: Memberi nilai kepada faedah dan kos. (evaluate all costs and benefits in dollar terms) • LANGKAH 3: Memberi diskaun kepada nilai bersih masa hadapan. (discount net benefits)

  20. CBA – LANGKAH 1MENGENALPASTI FAEDAH LANGSUNG Dua jenis faedah: • Faedah langsung (direct benefits) • Faedah tidak langsung (indirect benefits) • faedah langsung – adalah faedah-faedah yang boleh dikaitkan secara langsung kepada peningkatan output atau produktiviti disebabkan oleh projek yang dicadangkan itu • Contoh: bagi projek pengairan, faedah langsungnya ialah peningkatan hasil pertanian didapati dari tanah yang mendapat khidmat daripada projek pengairan tersebut • Perlu dipastikan tidak ada pengiraan dua kali (double counting) pada faedah langsung ini

  21. CBA – LANGKAH 1MENGENALPASTI FAEDAH LANGSUNG • Contoh – peningkatan nilai tanah tidak sepatutnya dimasukkan sebagai faedah langsung, kerana ia mengira potensi tanah itu untuk meninggikan pengeluaran dimasa hadapan. Sedangkan kita telah mengira pertambahan output yang akan dihasilkan oleh projek itu. • Selalunya perkara ini tidak difahami oleh penganalisis, atau mereka tidak bersetuju dengan pendapat ini, oleh itu pengiraan dua kali (double counting) akan berlaku.

  22. CBA – LANGKAH 1MENGENALPASTI FAEDAH TIDAK LANGSUNG ATAU FAEDAH LUARAN • Ia adalah faedah yang dapat dirasakan oleh individu-individu yang tidak ada kaitan secara terus dengan projek yang dicadangkan. • Contoh- pertambahan kesuburan tanah disekitar (luar) kawasan projek, akibat dari pertambahan bekalan air ke kawasan projek KEKELIRUAN DEFINISI • Terdapat juga masalah semas mendefinisikan faedah tidak langsung iaitu pertambahan pendapatan peniaga-peniaga dikawasan projek, kerana mereka dapat membuat jualan yang lebih dikawasan dimana pendapatan penduduknya telah meningkat.

  23. CBA – LANGKAH 1MENGENALPASTI FAEDAH TIDAK LANGSUNG ATAU FAEDAH LUARAN • Sebenarnya yang terjadi adalah pengagihan semula pendapatan daripada petani kepada peniaga itu. Pengeluaran petani yang bertambah tetapi pengeluaran atau produktiviti peniaga tidak berubah. • Pertambahan pendapatan peniaga ini bukan faedah langsung atau tidak langsung daripada projek yang dicadangkan • Bagi kebanyakan projek seperti yang berkaitan dengan pendidikan dan kesihatan ada mengalami masalah mengenalpasti faedah yang didapati *

  24. CBA – LANGKAH 1MENGENALPASTI KOS • Kos juga dibahagikan kepada dua jenis: • KOS LANGSUNG (KOS INPUT) • KOS TIDAK LANGSUNG • Semua kos yang tidak dimasukkan sebagai kos input mesti diambilkira sebagai kos tidak langsung. • Contoh – projek yang menyebabkan aliran sumber air ke kawasan pertanian yang lain berkurangan akan dikira sebagai sebahagian dr kos projek tersebut.

  25. CBA – LANGKAH 2MEMBERI NILAI KEPADA FAEDAH DAN KOS • Faedah dan kos yang telah disenaraikan akan diberi nilai wang ringgit • Menilai output: sesuatu projek itu akan menambah output, oleh itu perlu dinilai pertambahan output itu. • Masalah akan timbul apabila pengguna tidak menunjukkan permintaan mereka untuk output itu (terutama bagi kes permintaan untuk barang awam)

  26. CBA – LANGKAH 2MEMBERI NILAI KEPADA FAEDAH DAN KOS • Oleh perlu mendapatkan nilai lain bagi menggambarkan nilai output. Contoh • Bagi projek kesihatan awam: nilai bayangan yang boleh digunakan ialah pertambahan pendapatan dimasa hadapan bagi mereka yang bertambah sihat hasil daripada projek kesihatan ini. • Bagi projek pendidikan vokasional: nilai bayangan yang boleh digunakan ialah pertambahan pendapatan di masa hadapan yang akan dinikmati oleh lulusan sekolah dan institusi vokasional ini.

  27. CBA – LANGKAH 2MEMBERI NILAI KEPADA FAEDAH DAN KOS • Masalah akan timbul juga semasa menilai faedah dan kos, iaitu jika harga barang dan input dipasaran tidak menunjukkan nilai sebenarnya • Ia terjadi bila terdapat gangguan pada perjalanan pasaran, seperti ada kuasa monopolistik, ada campurtangan berbentuk cukai atau subsidi. • Oleh itu ubahsuaian perlu dibuat kepada harga yag ada, supaya benar-benar menggambharkan nilai sesuatu barang dan input yang terlibat.

  28. CBA – LANGKAH 3MEMBERI DISKAUN KEPADA NILAI BERSIH MASA HADAPAN • Ia adalah perlu kerana adanya nilai kadar faedah yang positif di dalam ekonomi • Apabila satu ringgit sekarang disimpan (dalam bank) atau dilaburkan untuk beberapa tempoh, nilainya akan bertambah, lebih dari satu ringgit. • Oleh itu untuk mendapatkan satu ringgit di masa hadapan sebenarnya kita memerlukan kurang dari satu ringgit sekarang.

  29. CBA – LANGKAH 3MEMBERI DISKAUN KEPADA NILAI BERSIH MASA HADAPAN • Contoh- • Kadar faedah, r = 5%. Untuk mendapatkan RM100 dalam tempoh setahun, hanya memerlukan RM95.24 sekarang Nilai RM95.24 dipanggil NILAI KINI (PRESENT VALUE)

  30. CBA – LANGKAH 3MEMBERI DISKAUN KEPADA NILAI BERSIH MASA HADAPAN • CONTOH PENGIRAAN RM95.25 + (0.05)(95.25) = RM 100 • Secara am, nilai X yang akan diterima di masa hadapan (n tahun) apabila ada kadar faedah r, akan didapati dengan menggunakan formula berikut: X= FV = PV (1+ r)n atau PV = FV/(1+ r) n • Semakin tinggi kadar faedah, untuk diskaun pendapatan masa hadapan FV semakin kecil PV bagi X ini

  31. CBA – LANGKAH 3MEMBERI DISKAUN KEPADA NILAI BERSIH MASA HADAPAN • Bagi projek-projek awam, r disebut sebagai kadar diskaun sosial. • Apabila sesebuah projek mendatangkan hasil bagi tempoh tertentu, faedah bersih bagi setiap tahun di masa hadapan itu mesti didiskaunkan kepada nilai sekarang. • Formula awal tadi akan diubah kepada PV =Σ [PVi / (1+r)i]

  32. CBA – LANGKAH 3MEMBERI DISKAUN KEPADA NILAI BERSIH MASA HADAPAN • CONTOH • Ini bermakna, jka projek ini mendatangkan faedah RMX1 pada tahun 1, RMX2 pada tahun 2, dan seterusnya RMXn pada tahun n, PV bagi keseluruhan projek ini dapat dikira sebagai PV =X1/(1+r)1 + X2/(1+r)2 + ….+ Xn/(1+r)n • Bagi sebuah projek yang mendatangkan faedah bersih sebanyak X1 ringgit selepas tahun pertama, X2 selepas tahun kedua, nilai PV dikira sebagai PV =X1/(1+r)1 + X2/(1+r)2

  33. KESAN KADAR DISKAUN KE ATAS NILAI KINI PROJEK Kadar diskaun memberi kesan ke atas nilai kini sesuatu projek: • Semua langkah dalam analisis faedah kos ini adalah sama pentingnya. • Tetapi pilihan bagi kadar diskaun, r akan memberi kesan kepada penyusunan projek-projek dan jumlah projek yang akan diluluskan. • Kadar diskaun yang rendah akan memihak kepada projek-projek yang mendatangkan faedah bersih bagi tempoh yang lama berbanding dengan projek-projek dengan faedah bersih semasa.

  34. KESAN KADAR DISKAUN KE ATAS NILAI KINI PROJEK • CONTOH • Terdapat dua projek pilihan: • Projek 1 memberikan faedah bersih serta merta sebanyak RM90. • Projek 2 memberikan faedah bersih RM100 selepas dua tahun. • Dengan menggunakan kadar diskaun yang berbeza-beza, projek-projek ini dapat disusun dengan cara yang berbeza.

  35. Jadual 1 : KADAR DISKAUN DAN PENYUSUNAN PROJEK • Nilai kini bagi Projek 2 adalah lebih besar dari nilai kini Projek 1 apabila kadar diskaun 0% dan 5%. • Tetapi apabila kadar diskaun meningkat kepada 10%, Projek 1 akan diutamakan berbanding Projek 2.

  36. KESAN KADAR DISKAUN KE ATAS NILAI KINI PROJEK • Secara amnya, kadar diskaun yang tinggi memberikan penilaian yang kurang kepada faedah bersih yang didapati di masa hadapan. • Kadar diskaun menggambarkan kos melepas bagi perbelanjaan kerajaan. • Semakin tinggi kadar diskaun ini semakin besar kos melepas bagi perbelanjaan kerajaan, dimana kepuasan persendirian yang dikorbankan adalah semakin besar.

  37. KESAN KADAR DISKAUN KE ATAS NILAI KINI PROJEK • Oleh itu semakin tinggi kadar diskaun, semakin kurang projek-projek awam yang dapat diluluskan untuk dijalankan. • Ada projek yang menunjukkan nilai kini yang positif bagi faedah bersihnya apabila kadar diskaun yang rendah digunakan. • Tetapi nilai kini ini akan menjadi negatif apabila kadar diskaun yang tinggi digunakan.

  38. MEMILIH KADAR DISKAUN SOSIAL • Bagi mengelakkan pengurangan dalam kebajikan, sumber-sumber tidak boleh dipindahkan dari sektor persendirian ke sektor awam sekiranya sumber-sumber itu mendatangkan pulangan sosial lebih besar disektor persendirian. • Bagi mengelakkan pengagihan sumber yang merugikan, kadar diskaun sosial perlu disamakan dengan kos melepas sosial bagi dana (social opportunity cost of funds). • Kos melepas sosial ini adalah bergantung kepada kadar di mana penyimpan atau pelabur sanggup mengorbankan penggunaan atau pelaburan mereka, bagi membiayai projek kerajaan.

  39. MEMILIH KADAR DISKAUN SOSIAL • CONTOH Apabila kadar faedah di pasaran adalah 10 peratus , kadr pulangan bagi sesuatu projek kerajaan mestilah sekurang-kurangnya sama dengan kadar faedah ini (10%), barulah perpindahan sumber dar sektor persendirian ke sektor awam dapat dipersetujui. • Pemilihan kadar diskaun sosial juga bertambah rumit jika terdapat gangguan di dalam perjalanan pasran , contohnya ada cukai syarikat. • Pelabur akan mengubahsuai kadar faedah bagi pinjaman mereka, untuk menentukan pulangan yang positif.

  40. MEMILIH KADAR DISKAUN SOSIAL • Bila cukai syarikat dikenakan 50% ke atas keuntungan syarikat, pulangan kepada pelaburan syarikat itu hanyalah setengah daripada kadar pulangan sebenar. • Contohnya – pelabur terpaksa membayar 10% bagi pinjaman dibuat, dengan cukai syarikat 50%, pelabur itu perlu memilih projek-projek dengan pulangan 20% untuk menentukan pulangan yang sebenar didapati adalah positif.

  41. Figure 6.2 ACUKAI PENDAPATAN KE ATAS PELABURAN & KOSTax on Investment Income and the Social Opportunity Cost of Capital S 20 = rG E 16 Return (Percent) D = Gross Return E’ I = 10 = rN D’ = Net Return After Taxes Funds Invested and Saved per Year Tax on investment income causes the gross return to investment rG to exceed the market rate of interest earned by savers, i. the social cost of government investment is 20% if private investment funds are displaced. However the social opportunity cost of government funds will be only 10% if taxes displace private saving.

  42. contohCUKAI PENDAPATAN KE ATAS PELABURAN & KOSTax on Investment Income and the Social Opportunity Cost of Capital • Tanpa cukai. Keadaan keseimbangan pasaran dicapai di titik E, pulangan kepada pelabur sama dengan kadar faedah yang dibayar kepada penyimpan iaitu 16% • Apabila ada cukai ke atas pulangan pelaburan 50%, tetapi faedah dari simpanan tidak pula dicukai. • Pulangan bersih kepada pelabur akan kurang sebanyak 50% • Keluk D akan bergerak ke bawah ke D1, menunjukkan pelabur akan mengurangkan permintaan untuk pelaburan: • Pelabur menggunakan keluk D1 untuk menilai jumlah pelaburan yang akan dibuat.

  43. contohCUKAI PENDAPATAN KE ATAS PELABURAN & KOSTax on Investment Income and the Social Opportunity Cost of Capital • Keseimbangan pasaran yang baru ialah di E1, jumlah dana yang dilaburkan kurang dari F1 ke F2, kadar pulangan kasar (rG) ialah 20%. • Tetapi selepas cukai , kadar pulangan bersih (rN) ialah 10%. • Kadar ini (rN) 10% adalah juga kadar yang dibayar kepada penyimpan yang akan membekalkan dana sebanyak F2. • Sekiranya projek kerajaan yang dibiayai oleh cukai tadi, mengurangkan pelaburan, kadar diskaun yang patut digunakan ialah 20% • Tetapi jika projek itu mengurangkan simpanan , kos melepasnya hanyalah 10%.

  44. contohCUKAI PENDAPATAN KE ATAS PELABURAN & KOSTax on Investment Income and the Social Opportunity Cost of Capital • Cara terbaik bagi menentukan kadar diskaun sosial ialah dengan menentukan apakah jenis perbelanjaan persendirian yang mendapat kesan dari projek awam itu, samada pelaburan, atau penggunaan (simpanan). • Walaubagaimanapun penentuan tersebut adalah rumit dan tidak mungkin didapati. • Secara praktikalnya, dalam menentukan kadar diskaun sosial ini , beberapa perkara perlu ditimbangkan: 1. Besar atau kecilnya risiko cukai ke atas pengurangan pelaburan

  45. contohCUKAI PENDAPATAN KE ATAS PELABURAN & KOSTax on Investment Income and the Social Opportunity Cost of Capital • Jika risikonya kecil, kesan pengurangan pelaburan ini boleh diabaikan dan kadar 10% dipilih. • Tetapi jika risikonya tinggi, kadar 20% perlu dipilih. • Risiko dari inflasi juga perlu diambil kira. Sekiranya pelabur menjangka akan ada kenaikan kadar inflasi, ini juga perlu dimasukkan ke dalam pengiraan kadar diskaun sosial.

  46. PEMISAHAN FAEDAH BERSIHDAN WAJARAN • Biasanya analisis faedah kos ini digunakan untuk tujuan kecekapan penggunaan sumber-sumber. • Tetapi ada juga telah mengubah suai analisis ini untuk mengambilkira juga aspek keadilan. • Faktor faedah dan kos dapat dibahagi-bahagikan kepada bahagian-bahagian tertentu dan masing-masing diberi wajaran yang berbeza, mengikut kepentingannya: • Contohnya, pembahagian dilakukan mengikut: • Tingkat pendapatan • Lokasi projek • Keadaan demografi

  47. PEMISAHAN FAEDAH BERSIHDAN WAJARAN • Jika kita menginginkan projek-projek yang mementingkan pengagihan pendapatan yang lebih adil, iaitu orang miskin mendapat faedah lebih dari orang kaya, projek-projek yang memberi faedah lebih kepada orang miskin boleh diberi wajaran yang lebih tinggi. Oleh itu akan disusun di kedudukan tinggi dan kemungkian akan dipilih untuk dilaksanakan. • Masalah akan dihadapi semasa memberi wajaran kepentingan sesuatu projek itu kerana yang digunakan adalah mengikut penilaian persendirian yang berbeza mengikut individu dan keadaan.

  48. CARA MENANGANI MASALAH INFLASI • Dengan adanya inflasi, wang yang akan menjadi pengukur yang kurang baik bagi faedah dan kos yang dianalisis dalam CBA ini. • Untuk mengatasi masalah ini perlu diambilkira nilai inflasi ini. • Terdapat dua cara samada menggunakan • nilai nominal bagi faedah dan kos atau • mengambilkira nilai benar

  49. CARA MENANGANI MASALAH INFLASI • NILAI NOMINAL Langkah-langkah yang perlu di ambil: • Menganggarkan kadar nilai inflasi dimasa hadapan di mana faedah bersih projek akan didapati. • Mendarabkan nilai faedah dan kos dengan kadar inflasi ini , untuk mendapatkan nilai nominal • Kemudian carikan kadar diskaun nominal , iaitu dengan menambah kadar sebenar ( r) dengan kadar inflasi tadi. • Analisis faedah dan kos akan dijalankan dengan menggunakan nilai nominal bagi faedah bersih dan kadar diskaun nominal

  50. CARA MENANGANI MASALAH INFLASI • NILAI BENAR Langkah-langkah yang perlu di ambil • Nilai faedah dan kos dimasa hadapan telah dikurangkan mengikut nilai inflasi. • Mencari kadar diskaun benar iaitu kadar nominal ditolak dengan kadar inflasi. • Analisis faedah dan kos dijalankan dengan menggunakan nilai benar bagi faedah bersih dan kadar diskaun benar

More Related