1 / 84

TAJUK 6. PENILAIAN PERBELANJAAN KERAJAAN

TAJUK 6. PENILAIAN PERBELANJAAN KERAJAAN. Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan selalunya dikatakan tidak cekap. Ramai yang berharap supaya kerajaan dapat berfungsi sebagai sebuah badan perniagaan, oleh itu berfungsi lebih cekap.

bud
Télécharger la présentation

TAJUK 6. PENILAIAN PERBELANJAAN KERAJAAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. TAJUK 6. PENILAIAN PERBELANJAAN KERAJAAN

  2. Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan selalunya dikatakan tidak cekap. • Ramai yang berharap supaya kerajaan dapat berfungsi sebagai sebuah badan perniagaan, oleh itu berfungsi lebih cekap. • Tetapi kerajaan dan badan perniagaan adalah berbeza, oleh itu kerajaan tidak akan dapat menyamai kecekapan perniagaan.

  3. 3 sebab mengapa kerajaan tidak sama dengan perniagaan: • Kerajaan tidak menjual barang dan perkhidmatannya untuk mendapatkan keuntungan. • Oleh itu kerajaan tidak mendapat isyarat yang jelas, sama ada mereka menjalankan kerja dengan baik atau sebaliknya.

  4. 2. Kerajaan tidak mempunyai persaingan. • Oleh kerana barangan yang disediakan oleh kerajaan tidak mempunyai nilai pasaran yang besar, • tetapi selalunya melibatkan kos yang besar, tiada firma persendirian yang berani memasuki pasaran untuk barang yang disediakan oleh kerajaan itu.

  5. 3. Projek dan rancangan kerajaan selalunya melibatkan proses politik yang dipengaruhi oleh golongan dengan kepentingan tertentu , yang mahukan projek-projek yang boleh meningkatkan pendapatan mereka. • Bukan seperti projek firma persendirian yang dipilih mengikut kesan ke atas penggunaan sumber-sumber.

  6. Adalah sukar bagi mengira faedah sosial yang dihasilkan oleh sesuatu projek kerajaan. • Kerana selalunya melibatkan kos yang tinggi dan tempuh pembinaan yang lama • Tetapi apabila hasilnya mula dirasakan oleh rakyat, aliran faedahnya akan berkekalan untuk tempuh yang lama.

  7. Kerajaan boleh disamakan seperti sebuah firma yang mengeluarkan berbagai barangan. • Perlu dibuat pilihan gabungan barang mana yang akan dikeluarkan. • Untuk melakukan ini, perlu diketahui nilai faedah sosial marginal (MSB) dan nilai kos sosial marginal (MSC) yang akan timbul dari tambahan pelaburan kerajaan.

  8. Cara Kerajaan membuat pilihan • Belanjawan program • Analisis faedah kos.

  9. Belanjawan Program. • Program --gabungan aktiviti kerajaan yang mengeluarkan berbagai barangan yang dapat dibezakan. • Missi --apa yang hendak dicapai oleh sesebuah agensi kerajaan. • Belanjawan Program-- satu sistem menguruskan perbelanjaan kerajaan Dilakukan dengan membandingkan semua program oleh semua agensi kerajaan yang mempunyai missi yang sama.

  10. Kombinasi program yang akan dipilih adalah yang mengambil kira kos terendah. • Kombinasi ini dikenali sebagai campuran program dengan kos berkesan (cost-effective program mix).

  11. Bagaimana melakukan analisis keberkesanan kos (cost-effectiveness analysis) 1. Memilih missi yang seragam yang dikemukakan oleh semua agensi kerajaan. • Contoh missi : mengurangkan kematian yang disebabkan oleh kemalangan atau penyakit sebanyak 5,000 setahun bagi tempuh 10 tahun yang akan datang.

  12. Mungkin terdapat empat agensi yang mengemukakan cadangan program masing-masing, seperti: • A. Menyediakan maklumat dan risalah percuma mengenai bahaya merokok, arak , diet yang baik, dll.

  13. B. Meminta semua bangunan tinggi menyediakan alat pengesan asap. Bagi kawasan miskin dengan bangunan rumah pangsa tinggi akan diberi subsidi alat pengesan asap ini dengan percuma. • C. Memberi suntikan imunisasi percuma kepada kanak-kanak.

  14. 2. Setelah dipilih dua projek, iaitu 2 dan 3, perlu memilih kombinasi kedua-duanya yang akan melibatkan kos terendah, disamping mencapai missi 5,000 nyawa diselamatkan. 3. Ini akan dilakukan dengan menganalisa keluk isokuan bagi kedua barang ini, iaitu pengesan asap (SD) dan suntikan imunisasi (I).

  15. Membina keluk isokuan. • Diperlukan beberapa perkara, iaitu; 1. Jangkaan keluaran marginal (MP) bagi setiap program. • Iaitu MPSD untuk pengesan asap , dan juga MPI untuk suntikan imunisasi

  16. 2. Pengiraan kadar pertukaran teknikal marginal (MRTS) diantara kedua-dua barang ini. • MRTS = MPSD / MPI

  17. 3. Mendapatkan harga barang-barang ini. • PSD = Harga pengesan asap • PI = Harga suntikan imunisasi. Kos = (SD) . PSD + (I) . PI Contoh : PSD = RM30 PI = RM15 Kos = 30 (SD) + 15(I)

  18. 4. Dari persamaan kos ini boleh di dapati keluk isokos.

  19. Suntikan dalam setahun (I) B 20,000 A 10,000 5,000 nyawa diselamatkan 10,000 20,000 Pengesan asap (SD)/tahun

  20. Kombinasi A , 5,000 nyawa diselamatkan • Kombinasi B, juga menyelamatkan 5,000 nyawa. • Tetapi kombinasi B memerlukan kos kurang dari kombinasi A. • Oleh itu dipilih kombinasi B dengan 10,000 pengesan asap dan 20,000 suntikan imunisasi.

  21. Analisis ini digunakan di USA pada tahun 1960an dan 1970an. • Di tahun 1960, ianya dikenali sebagai sistem perancangan belanjawan pemprograman ( Planning-programming-budgeting system -- PPBS). • Di tahun 1970an ianya dikenali sebagai belanjawan asas sifar (zero-based budgeting – ZBB).

  22. Kedua-dua belanjawan ini tidak berjaya disebabkan oleh beberapa perkara, terutamanya, maklumat yang disediakan oleh analisis ini tidak diambil kira oleh ahli-ahli politik semasa mereka memutuskan mengenai perbelanjaan dan belanjawan yang akan dilaksanakan.

  23. Analisis faedah kos (Cost Benefit Analisis -- CBA) • Analisis ini membantu keputusan yang mengenai program-program kerajaan yang melibatkan faedah dan kos yang berterusan di masa hadapan. • CBA juga dapat mempastikan bahawa program-program yang disenaraikan untuk dipilih adalah mempunyai faedah sosial marginal yang melebihi kos sosial marginal, • i.e. MSB > MSC

  24. Langkah-langkah yang terlibat di dalam CBA. • 1. Mengenal pasti kesemua faedah dan kos yang terlibat dalam projek yang dicadangkan itu. Faedah: • 2 jenis faedah, iaitu faedah langsung dan faedah tidak langsung.

  25. Faedah langsung – adalah faedah-faedah yang boleh dikaitkan secara langsung kepada peningkatan output atau produktiviti disebabkan oleh projek yang dicadangkan itu. • Contoh : Bagi projek pengairan, faedah langsungnya ialah perningkatan hasil pertanian yang didapati dari tanah yang mendapat khidmat daripada projek pengairan tersebut. • Perlu dipastikan tidak ada pengiraan dua kali pada faedah langsung ini.

  26. Contohnya , peningkatan nilai tanah tidak sepatutnya dimasukkan sebagai faedah langsung, kerana ia mengira potensi tanah itu untuk meninggikan pengeluaran di masa hadapan. • Sedangkan kita telah mengira pertambahan output yang akan dihasilkan oleh projek itu. • Selalunya perkara ini tidak difahami oleh penganalisis, atau mereka tidak bersetuju dengan pendapat ini, oleh itu pengiraan dua kali berlaku.

  27. Faedah tidak langsung (faedah luaran) • Ini adalah faedah yang dapat dirasakan oleh individu-individu yang tidak ada kaitan secara terus dengan projek yang dicadangkan. • Contoh : pertambahan kesuburan tanah disekitar (luar) kawasan projek, akibat dari pertambaha bekalan air ke kawasan projek.

  28. Ada juga masalah semasa mendefinasikan faedah tidak langsung ini, • contohnya, pertambahan pendapatan perniaga-perniaga di kawasan projek, kerana mereka dapat membuat jualan yang lebih di kawasan di mana pendapatan penduduknya telah meningkat.

  29. Sebenarnya yang terjadi adalah pengagihan semula pendapatan daripada petani kepada perniaga itu. Pengeluaran petani yang bertambah, tetapi pengeluaran atau produktiviti perniaga tidak berubah.

  30. Pertambahan pendapatan perniaga ini bukan faedah langsung atau tidak langsung daripada projek yang dicadangkan. • Bagi kebanyakan projek seperti yang berkaitan dengan pendidikan dan kesihatan ada mengalami masalah mengenalpasti faedah yang akan didapati.

  31. Kos. • Kos juga dibahagikan kepada 2 jenis, kos langsung (contoh, kos input) dan kos tidak langsung. • Semua kos yang tidak dimasukkan sebagai kos input mesti diambil kira sebagai kos tidak langsung.

  32. Langkah-langkah yang terlibat di dalam CBA . 2. Memberi nilai kepada faedah dan kos. • Faedah dan kos yang telah disenaraikan akan diberi nilai wang ringgit. • Menilai output: sesuatu projek itu akan menambah output, oleh itu perlu dinilai pertambahan output itu.

  33. Masalah akan timbul apabila pengguna tidak menunjukkan permintaan mereka untuk output itu ( benar untuk barang awam). • Oleh itu perlu mendapatkan nilai lain bagi menggambarkan nilai output .

  34. Contoh: a. Bagi projek kesihatan awam, nilai bayangan yang boleh digunakan ialah pertambahan pendapatan di masa hadapan bagi mereka yang bertambah sihat hasil daripada projek kesihatan ini.

  35. b. Bagi projek pendidikan vokasional, nilai bayangan yang boleh digunakan ialah pertambahan pendapatan di masa hadapan yang akan dinikmati oleh lulusan sekolah dan institusi vokasional ini.

  36. Masalah akan timbul juga semasa menilai faedah dan kos, iaitu jika harga barang dan input di pasaran tidak menunjukkan nilai sebenarnya. • Ini terjadi bila ada gangguan pada perjalanan pasaran, seperti ada kuasa monopolistik, ada campurtangan berbentuk cukai atau subsidi.

  37. Jadi ubahsuaian perlu dibuat kepada harga yang ada , supaya benar-benar menggambarkan nilai sesuatu barang dan input yang terlibat.

  38. Langkah-langkah yang terlibat di dalam CBA (sam). 3. Memberi diskaun kepada nilai bersih masa hadapan. • Ini perlu kerana adanya nilai kadar faedah yang positif di dalam ekonomi.

  39. Apabila satu ringgit sekarang disimpan (dalam bank) atau dilaburkan untuk beberapa tempoh, nilainya akan bertambah, lebih dari satu ringgit. • Oleh itu untuk mendapatkan satu ringgit di masa hadapan sebenarnya diperlukan kurang daripada satu ringgit sekarang

  40. Contoh: • Kadar faedah (r) = 5 % • Untuk dapatkan RM100 dalam tempuh 1 tahun, hanya diperlukan RM95.24 sekarang. • Nilai RM95.24 dipanggil Nilai kini (Present Value – PV) • Pengiraan yang terlibat ialah: • RM95.25 + (0.05)(RM95.24) = RM100

  41. Secara am , nilai X yang akan diterima dimasa hadapan (n tahun) apabila ada kadar faedah r, akan didapati dengan menggunakan formula berikut; • X = PV( 1 + r )n • Atau PV = X / (1+r)n • Semakin tinggi kadar faedah (r) untuk diskaun pendapatan masa hadapan (X) , semakin kecil PV bagi X ini.

  42. Bagi projek-projek awam, r disebut sebagai kadar diskaun sosial. • Apabila sesebuah projek mendatangkan hasil bagi tempuh tertentu, faedah bersih bagi setiap tahun di masa hadapan itu mesti di diskaunkan kepada nilai sekarang. • Formula di atas akan menjadi, • PV =  [Xi / (1+r)i ]

  43. Ini bermakna, jika projek ini mendatangkah faedah RMX1 pada tahun 1, RMX2 pada tahun 2, dan seterusnya RMXn pada tahun n, PV bagi keseluruhan projek ini dapat dikira sebagai PV = X1 / (1+r)1 + X2 / (1+r)2 + .......+ Xn / (1+r)n • Apabila membandingkan antara projek-projek yang dicadangkan, perlu mengambil kira faedah masa hadapan yang akan dihasilkan.

  44. Contoh bagi sebuah projek yang akan mendatangkan faedah bersih sebanyak X1 ringgit selepas tahun pertama, X2 ringgit selepas tahun kedua, nilai kini (PV) dikira sebagai : PV = X1 / ( 1+r)1 + X2 / (1+r)2

  45. Bagaimana kadar diskaun memberi kesan kepada nilai kini sesuatu projek. • Semua langkah dalam analisis faedah kos ini adalah sama pentingnya. • Tetapi pilihan bagi kadar diskaun (r) , akan memberi kesan kepada penyusunan projek-projek dan jumlah projek yang akan diluluskan.

  46. Kadar diskaun yang rendah akan memihak kepada projek-projek yang mendatangkan faedah bersih bagi tempuh yang lama berbanding dengan projek-projek dengan faedah bersih semasa.

  47. Contoh: • Terdapat dua projek pilihan. • Projek 1 memberikan faedah bersih sertamerta, sebanyak RM90. • Projek 2 memberi faedah bersih RM100 selepas dua tahun. • Dengan menggunakan kadar diskaun yang berbeza-beza , projek-projek ini dapat disusun dengan cara yang berbeza.

  48. Kadar diskaun (r) PV untuk Projek 1 PV untuk Projek 2 0 % RM90 RM100/(1+0)2 = RM100 5 % RM90 RM100/(1+0.05)2 = RM90.7 10 % RM90 RM100/(1+0.1)2 = RM82.6 Jadual 1. Kadar diskaun dan penyusunan projek

  49. Nilai kini bagi Projek 2 adalah lebih besar dari nilai kini Projek 1 bila kadar diskaun 0% dan 5%, • Terapi bila kadar diskaun yand digunakan 10%, Projek 1 akan diletakkan di atas dari Projek 2. • Secara amnya, kadar diskaun yang tinggi memberikan penilaian yang kurang kepada faedah bersih yang didapati di masa hadapan.

  50. Kadar diskaun mengambarkan kos melepas bagi perbelanjaan kerajaan. • Semakin tinggi kadar diskaun ini semakin besar kos melepas bagi perbelanjaan kerajaan, dimana kepuasan persendirian yang dikorbankan adalah semakin besar. • Oleh itu semakin tinggi kadar diskaun,semakin kurang projek-projek awam yang dapat diluluskan untuk dijalankan.

More Related