1 / 16

SUB TOPIK

FEM 3301 Etika dan Nilai dalam Pembangunan TAJUK 4 Etika dalam Pembangunan: Hubungkait dan Kepentingan. SUB TOPIK. PENDAHULUAN MENGAITKAN ANTARA ETIKA DAN PEMBANGUNAN MELALUI BEBERAPA DIMENSI PEMBANGUNAN MENJELASKAN KEPENTINGAN ETIKA DALAM PEMBANGUNAN. PENGENALAN.

alisa
Télécharger la présentation

SUB TOPIK

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. FEM 3301 Etika dan Nilai dalam PembangunanTAJUK 4Etika dalam Pembangunan: Hubungkait dan Kepentingan

  2. SUB TOPIK • PENDAHULUAN • MENGAITKAN ANTARA ETIKA DAN PEMBANGUNAN MELALUI BEBERAPA DIMENSI PEMBANGUNAN • MENJELASKAN KEPENTINGAN ETIKA DALAM PEMBANGUNAN

  3. PENGENALAN • Dalam tajuk pertama telah dibincangkan tentang pembangunan dan antara persoalan yg dikupas adalah “apakah yg dimaksudkan dengan pembangunan yang baik” persoalan ini membawa kepada persoalan “apakah maksud kesejahteraan” – telahpun mengaitkan antara etika dengan pembangunan • Tajuk ini akan memberikan tumpuan kepada perkaitan etika dalam pembangunan dan aspek kepentingan etika dalam pembangunan khususnya pembangunan fizikal secara lebih mendalam

  4. PENGENALAN • Beberapa persoalan asas harus ditimbulkan bagi memahami hubungkait dan kepentingan etika dalam pembangunan antara persoalannya adalah • Apakah tujuan pembangunan? • Apakah kaitan secara langsung antara etika dengan pembangunan?

  5. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • Persoalan-persoalan inilah yang perlu dikemukakan sebelum seseorang itu dapat menggarap persoalan sebenar apakah yang dimaksudkan dengan etika pembangunan. • Jawapan bagi persoalan-persoalan inilah yang akan dapat memberikan kesimpulan di manakah aspek yang menghubungkan antara etika dengan pembangunan.

  6. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • Persoalan yang paling asas misalnya apakah tujuan pembangunan? • Kita mungkin memperolehi beberapa jawapan yang mungkin berbeza sekiranya soalan ini ditanyakan kepada orang yang berbeza latar belakangnya. Adakalanya perbezaan ini bersifat lebih fundamental kerana berbezanya falsafah hidup atau berbezanya pemahaman mereka tentang apakah yang dikatakan “good life”

  7. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • ahli ekonomi misalnya sudah tentu merujuk aspek peningkatan taraf hidup yang dikaitkan dengan kuasa beli itu lah yang menjadi tujuan utama pembangunan. Bagi mereka “good life” bermakna seseorang mempunyai kuasa beli yang membolehkan mereka menikmati kehidupan yang selesa.

  8. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • ahli psikologi pula mungkin melihat aspek ketenangan jiwa dan perasaan sebagai tujuan utama pembangunan dalam ertikata persekitaran kehidupannya itu dapat memberikan keselesaan jiwa dan ketenangan.

  9. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • Nyatalah, respon kepada persoalan di atas boleh jadi pelbagai dan banyak bergantung kepada falsafah dan prinsip pembangunan yang dianuti oleh seseorang

  10. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • Oleh yang demikian, (menjawab persoalan asas kedua pula), hubung kait antara etika dengan pembangunan dapat dilihat daripada beberapa dimensi antaranya:- • manusia adalah end user kepada pembangunan • manusia adalah arkitek dan perancang kepada pembangunan • asas pembangunan adalah untuk kesejahteraaan manusia • pembangunan adalah proses dari manusia untuk manusia (Islam: kerana Allah)

  11. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • Bagi mencapai tujuan ini pembangunan perlu (persoalan asas ketiga iaitu kenapa perlu etika dalam proses pembangunan):- • mengambil kira habitat manusia • meletakkan kesejahteraan manusia sebagai prioriti pertama • mengambil kira amanah manusia untuk menjaga dan mewarisi alam dan isinya

  12. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • Kenapa perlukan etika dalam proses pembangunan? • Sekiranya perlu bagaimanakan etika harus berperanan dalam proses pembangunan? • Apakah implikasi sekiranya aspek ini diabaikan? • Apakah asumsi etika yang tidak nyata dalam arus perdana faham pembangunan? • Bolehkah satu garis panduan dibina bagi memandu amalan pembangunan?

  13. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • Lanjutan daripada persoalan-persoalan di atas maka nyatalah proses pembangunan tidak berlaku secara semula jadi malahan ianya adalah hasil daripada kehendak dan perlakuan manusia.

  14. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • Maka itu atas asas inilah proses pembangunan itu perlu dipandu dan dipimpin oleh satu sistem nilai yang dapat meletakkan pembangunan itu pada landasan yang betul, sesuai dengan kehendak dan fitrah manusia.

  15. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • Bagi seorang Islam, sudah tentulah mahu melihat pembangunan yang bercirikan kemanusiaan dengan mengambil kira konsep keadilan dan amanah serta fungsi dan peranan manusia sebagai khalifah dan pentadbir dunia.

  16. ETIKA DLM PEMB: HUBUNGKAIT & KEPENTINGAN • Untuk pemahaman lanjut sila review • Wan Mohd Nor Wan Daud, (2005), Pembangunan di Malaysia: Ke Arah satu kefahaman Baru yang Lebih Sempurna, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya • Misran Rokimin dll (eds), (2002), Falsafah dan Peradaban Pembangunan, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

More Related