1 / 18

Kuliah 12 Penyebaran Bahasa Melayu klasik di dunia Melayu

Kuliah 12 Penyebaran Bahasa Melayu klasik di dunia Melayu. Prof.Madya Dr Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM. Pengenalan. Penyebaran bahasa Melayu klasik serentak dengan penyebaran agama Islam.Contoh Hikayat Raja-raja Pasai

Télécharger la présentation

Kuliah 12 Penyebaran Bahasa Melayu klasik di dunia Melayu

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kuliah 12 PenyebaranBahasaMelayuklasikdiduniaMelayu Prof.Madya Dr Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM

  2. Pengenalan • Penyebaran bahasa Melayu klasik serentak dengan penyebaran agama Islam.Contoh • Hikayat Raja-raja Pasai • Hasil kesusasteraan Melayu tua yang bercorak Islam seperti Hikayat Nabi Bercukur, Hik. Nabi Muhammad, Hikayat Nabi Muhammad Mengajar Anaknya Fatimah, Hikayat Puteri Selamah Mengadap Nabi Muhammad Bercakap Berkenaan Kewajipan Isteri, Hik. Nabi Yusof, Nabi Ibrahim, Nabi Daud. • Kisah perjuangan Islam dalam Hik. Amir Hamzah, Hik. Muhammad Ali Hanafiah, Hik. Raja Handak. Hik. Raja Badar. • Kisah kepahlawanan dalam Hik. Iskandar Zulkarnain.

  3. Pengaruh Parsi • Penggunaan gelaran ‘Shah” • Gaya karangan Parsi pada permulaan buku Sejarah Melayu, iaitu puji-pujian terhadap Allah S.W.T dan nabi sebagai mukadimah seperti yang terdapat dalam syair Parsi. Kemudian menyebut salasilah keturunan sultan, orang besar atau dorongan permintaan atau kehendak seseorang lalu sesebuah karya itu ditulis. • Lain-lain buku lama bercorak Parsi ialah Hik. Bayan Budiman, Hik. Bakhtiar, dll.

  4. Zaman Kerajaan Johor Tua (1511-1650) • tercatat dalam ‘Sejarah Melayu’ • Tuhfat al Nafis • Sejarah Melayu dan Bugis oleh Raja Ali Haji TM 1292 • Siarah Lingga dan Riau oleh Engku Busu ayahanda Tengku Wok Dungun • Anak Panah sa-Dasa oleh Bendahara Seri Maharaja Tun Isap Misai • Hik. Hang Tuah TM 1641 bersama 69 buah hikayat dan kitab-kitab agama Islam diterbitkan oleh sarjana Belanda , Werndly 1736

  5. Zaman Kerajaan Acheh(1511-1650) • Kitab Bustanus Salatin (Taman Raja-raja) oleh SNR pada 1638. • Abu ‘I-khair ibn Shaikh ibn al Hajar mengajar ilmu fekah dan mengarang kitab ‘Al-saif al-kati’ atau ‘Pedang Tajam’ • Muhammad al-Yaman mengajar ilmu usul • Shaikh Muhammad Jailani ibn Muhamad Hamid al-Raniri yang terkenal dengan ilmu mantik, syarahan, dan fekah

  6. Kegemilangan Acheh • Sebagai pusat kebudayaan Islam • Antara pujangga Acheh: • Hamzah Fansuri – Sha’er Perahu, Sha’er Burong Punggok, Sha’er Burong Pingai,Sha’er Sidang Fakir, Sha’er Dagang. • kitab Hamzah – Sharab al-’ashikin (Minuman orang yang cinta pada Tuhan) dan Asrar al-’arifin fi bayan ‘ilm al-suluk wa’l-tauhid.

  7. HamzahFansuri (1550-1620) • Karya Hamzah – Syair Perahu, Syair Burung Pungguk, Syair Burung Pingai dan Kitab Syarab Al-Asyikin. • Ulama Acheh yang amat terkenal, hidup dalam zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah IV Saoyidil Mukammil (997-101H: 1589-1594 M) sehingga ke permulaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1016-1045H) : 1606- 1636 M)

  8. Riwayat hidup • Dikatakan berasal dari Gosong Telaga (Acheh Selatan) • Ada yang mengatakan dari Barus berdasarkan serangkap syair beliau: • Hamzah Fansuri negeri Melayu • Tempatnya Kapur di dalam kayu • Kapur didalam kayu bermakna Barus. • Prof. Syed Naquib – Hamzah berasal dari Ayuthia, dilahirkan pada 1550 M dan meninggal pada 1600 M.

  9. Belajar dan menuntut ilmu di Siam, Bentan, Pahang, Mekah, dan Madinah. • Pengikut fahaman Qadiriah • Mendapat fahaman daripada Syahrul Tabriz, A.Kadir Jailani, Al-Hajjah serta Al-Bustami. • Juga memperoleh aliran “Wahdatul-Wujud” – satu aliran yang berfahaman “Wujudnya Tanzulat Zat serta sifat-sifat Allah” • Fahaman serta aliran Wahdatul-Wujud ini mendapat tentangan hebat dariapda golongan tua terutamanya Abdul Rauf Singkel serta Nuruddin Al- Raniri. • Karya-karyanya dibakar atas pemerintahan Sultan Iskandar Thani.

  10. Karya Hamzah Fansuri • Bentuk puisi • Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung Pungguk dan Syair Sidang Fakir • Bentuk Prosa • Sharab Al- Ashiqin (Minuman orang yang citakan Tuhan) dan Asraf Al-Ariffin Fi Bayan ilmu suluk wal Tauhid

  11. Penglibatan HF • Tokoh tasawuf yang terkenal pada zamannya. • Pengikut Tarekat Qadiriyah. Bukti dalam syairnya: Hamzah nin ilmunya zahir • Ustaznya Syeikh Abdul Qadir • Ajaran HF dianggap bertentangan dan diharamkan oleh pemerintah lalu dibakar. • Yang terselamat ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Ruba’I HF. • Penentangan terhadap HF disebabkan kata-kata beliau dalam syair yang memberitahu beliau bertemu Tuhan dalam diri dan rumahnya. Bukti: • Hamzah Fansuri di dalam Makkah • Mencari Tuhan di Baitul-Kaabah • Di Barus, di Kudus terlalu payah • Akhirnya, dapat di dalam rumah.

  12. SNaR melihat fahaman HF dari sudut feqah semata-mata dan bukan dari sudut tasawuf. • HF sebagai ahli tasawuf telah mempelopori fahaman ini dalam kalangan umat Islam pada zamannya di Acheh, dibantu oleh Syamsuddin al- Sumaterani. Pengikut beliau datang dari Pulau Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu. • Ilmu tasawuf – mengajar dan meminta setiap insan mencintai Tuhan Yang Maha Esa dan juga insan yang lain termasuk isi alam yang bernyawa dan tidak bernyawa. • Ajaran HF dianggap menjadi puncak perikemanusiaan di negeri-negeri Melayu pada abad pertengahan dengan etikanya yang tidak mementingkan humanisme. • Justeru dapat membatasi kezaliman raja atau sekurang-kurannya menasihati dan merayu serta meminta pengampunan untuk hamba yang dimurkai.

  13. Pandangan tokoh • SNaR – HF menganggap Tuhan Yang Maha Esa dan manusia adalah sama manakala kemunculan alam ini bukanlah berkat iradat dan kudrat-Nya tetapi hasil daripada pemancaran yang wajar. • Francois Valentijn (1726), Prof, Naqib al-Attas, Winstedt, C. Hooykaas dan A.Teeuw: – HF orang yang pertama menulis tentang ilmu tasawuf dalam bentuk syair.

  14. Rumusan • Syair HF terpengaruh dengan ghazal Parsi iaitu terdiri daripada 13 bait hingga 15 bait dan penutupnya mengandungi nama penanya. • Orang pertama memperkenalkan syair sebagai puisi empat baris. • Mempopularkan syair sebagai satu bentuk pengucapan sastera yang tinggi mutunya. • Dari sudut puitika dan estetika HF telah mendasari karya lain hingga abad ke-20. • Penulis Angkatan Pujangga Baru seperti Amir Hamzah dan Sanusi Pane cenderung kepada nada Islam ;- kesan daripada karya Hamzah Fansuri.

  15. Shamsuddin al-Sumatrani • Antara kitab :- • Mi’rat u’lmu’min (TM 1601) - ilmu usul • Mir’at al-Muhakkikin • Mir’at al-Imam • Sharh rub’I Hamzah Fansuri ( tafsir-tafsir atau shair Hamzah)

  16. Abdul Rauf Singkel • Mir’at a’t Tullab fi Tashil Ma’rifat Al-Ahkam a’sh-shar’yyah li Malik a’l-Wah-hab. • Umdat al-muhtajin

  17. Shaikh Nurudin ibn al Raniri (SNR) • Bustanus Salatin • Sirat ul-Mustaqim (TM 1628) • Terjemah Sharah al-’aka’id alNasafiyah dari bahasa Arab ke Melayu dengan judul Durrat I-Fara’id bisharah al-aka’id. • Asrar al-insan fi ma’rifat al-roh wa’l-Rahman – kitab perdebatan dengan roh • Akhbar al’akhirah fi ahwal al kiamah- tentang kejadian Nur Muhammad, Adam dan maut • Daka’ik wa’l-hakaik dan Durrat al-fakhirah min kashf ‘awam al’akhirah – sadur dari kitab Imam Ghazali. • Jawahir al-’ulum fi kashf al-ma’lim (TM 1642) dan Tabyan fi ma’rifat al-adyan – perdebatan tentang fahaman Sahamsuddin al-Sumatrani.

  18. Kesimpulan Peranan bahasa Melayu klasik - bahasa dalam penyebaran ilmu agama Islam - bahasa kesusasteraan - bahasa yang menceritakan budaya dan kemasyarakatan

More Related