1 / 23

Kuliah 3 (M3) Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

Kuliah 3 (M3) Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu Klasik. Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu , FBMK, UPM. Pengenalan. Perkembangan BMK dikaitkan dengan perkembangan karya sastera.

tiara
Télécharger la présentation

Kuliah 3 (M3) Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu Klasik

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kuliah 3 (M3) Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu Klasik Prof. Madya Dr. ZaitulAzmabtZainonHamzah JabatanBahasaMelayu, FBMK, UPM

  2. Pengenalan • Perkembangan BMK dikaitkan dengan perkembangan karya sastera. • Perkembangan kesusasteraan memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan, keperibadian bangsa dsb.

  3. BMK digunakan oleh pengarang utk tujuan menghasilkan sesebuah karya dalam bidang kesusasteraan, ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. • Seiring dengan kemunculan BMK, pengaruh Hindu dilihat mula hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.

  4. Perkembangan awal • Pada beberapa prasasti yang dijumpai pada abad ke-13 dan 14. • Zaman kerajaan Melayu Melaka- BMK sebagai lingua franca. – tujuan perdagangan dan juga penyebaran agama islam. • Bukti awal penghasilan kitab-kitab agama.

  5. Senarai kitab • Furu’ Al-Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani. • Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari • Kandungan kitab-kitab ini – mengenai agama seperti al- Hadith, feqah, tafsir al-quran, tasawuf, di samping sejarah, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, bintang dua belas, pentadbiran dan pemerintahan, falsafah dan pengembaraan

  6. Contoh • Penulisan kitab-kitab agama • Kesusasteraan berbentuk saduran seperti Hikayat 1001 malam, Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bayan Budiman, dsb. • Kejatuhan Melaka, Acheh menjadi pusat tumpuan para alim ulama’. • Kebangkitan Acheh bermula pada zaman pemerintahan Sultan Ibrahim dan Pasai sudah menjadi negeri takluk Acheh.

  7. Kegemilangan Acheh zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam (1606-1636M) • pusat kegiataan kesusasteraan • Pusat tumpuan para alim ulama’ seperti Hamzah Fansuri, Shamsuddin al Sumatrani, Abdul Rauf Singkel dan Sheikh Nurudin al Raniri. • perluasan kuasa • Perkembangan Islam di Alam Melayu • Kebesaran Kerajaan Acheh tersebar ke luar negara seperti di Mekah dan Madinah. • Acheh menakluki Minangkabau, Bangkahulu, Padang di sebelah barat, dan Siak, jambi, Riau dan Lingga di Timur.

  8. Zaman Kerajaan Acheh • Kegagahan Acheh tercatat dalam Sejarah Melayu yang mengatakan Sultan Alauddin Riayat Shah dan Bendaharanya Tun Seri Lanang ditawan dan dibawa ke Acheh sebagai orang tawanan. • Islam berkembang bukan sahaja sebagai satu agama tetapi sebagai satu peradaban yang memberi unsur dan pandangan baru kepada masyarakat Melayu.

  9. Penyebaran Islam • India sebagai perantaraan penyebaran Islam ke Alam Melayu. Bukti batu bersurat di Minye Tujuh bertarikh 1380 bersamaan 14 Dzulhijjah 781 Hijrah mengandungi syair yang menggunakan bahasa campuran, iaitu penggunaan bahasa Melayu/Sumatera/Sanskrit dan Arab. • Batu bersurat di Minye Tujuh Pengislaman Merah Silu (Malek al Saleh) serta batu nisan yang dikatakan dari Kembayat. • Contoh lain Hikayat Berma Shahdan yang berasal daru timur tengah datang ke alam Melayu melalui resensi India. • Mengikut Morrison, orang Gujerat yang mula-mula mengenalkan Islam dan pengaruh Parsi ke Alam Melayu.

  10. Gambaran masyarakat • Batu bersurat di Sungai Teresat, Kuala Trengganu mencatat tarikh 22 Februari 1303, menggunakan tulisan Jawi yang menerangkan hukum feqah.(Rujuk m.s 14-15.)

  11. Karya menceritakan kedatangan Islam • Hikayat Raja-raja Pasai • Sejarah Melayu • Hikayat Merong Mahawangsa

  12. Karya Zaman Acheh • Buku ketatanegaraan hasil terjemahan dan saduran daripada bahasa Arab. • Kitab Tajus Salatin 1603M –SNaR • Bustanul al Salatin 1638 - SNaR • Buku –buku agama seperti ilmu tasawuf, mistik, tafsir al Quran, dan nahu, Sirat al-Mustakin dan akhbar al-Akhirat • SNaR dalam bukunya ada menyebut nama beberapa nama ulama’ seperti Abu Khair ibn Sheikh al-Hajar yang mengarang kitab al-Saif al-Qati, Muhamad al-Yaman, dan Sheikh Muhamad Jalani seorang ilmuan dalam bidang fekah dan mantik

  13. Rumusan: • BMK meluas dalam kalangan orang bukan Melayu dari kelompok Asia, juga dalam kelompok orang Eropah dan Asia Barat yang datang ke Asia Tenggara. • Hal ini membuktikan BMK berkemampuan dalam menangani masalah-masalah perhubungan antara negara, perniagaan, pemerintahan, kegiatan keintelektualan. kesusasteraan dan keagamaan.

  14. Faktor Ketandusan Naskah Melayu Klasik • Kecenderungan para orientalis barat mengumpul dan membawa pulang naskhah ke negara asal mereka. • Kenyataan kerajaan Inggeris bahawa kapal The Fame telah terbakar pada 2 Februari 1824 • Musnah semasa penaklukan Portugis ke atas Melaka pada tahun 1511. • Keghairahan orang Melayu menjual khazanah Melayu kepada orang Barat • Kebakaran istana Sultan Mansor Shah • Penyebaran secara lisan yang tidak sempat dibukukan.

  15. Keistimewaan karya klasik • Pemilihan kata, struktur ayat dan sistem tulisan yang digunakan • Mengandungi hal-hal yang menyentuh tentang budaya, politik, ekonomi, dan sistem sosial masyarakat Pendapat tokoh barat Winstedt, Wilkinson, Werndly, van Der Tuuk, Overback dan lain-lain menganggap bahawa teks Melayu klasik merupakan sebuah teks yang serba lengkap mengenai struktur organisasi sesebuah kerajaan Melayu ketika itu. • Namun para orientalis barat turut menyingkirkan nilai-nilai keakraban dan kesebatian karya masyarakat Melayu

  16. Pengaruh Bahasa Asing •  Terdapat beberapa bahasa asing yang mempengaruhi Hikayat Hang Tuah seperti yang dihuraikan di bawah : •  i. Bahasa Arab • Terdapat penggunaan bahasa Arab dalam hikayat ini.Contohnya dalam bab 1 • “ BISMI’llahi’rrahmani’rrahim; wabihi nasta’inu bi’llahi-a’la “ • ( Halaman 1 ) • Selain itu terdapat penggunaan perkataan seperti firasat , hatta , murkah , syahadan , kaus , wasiat , kasad , al-kisah , kalimat , dan sebagainya.

  17. ii. Bahasa Portugis • Terdapat penggunaan perkataan yang diambil daripada bahasa Portugis seperti lancing ( bab 1 halaman 16 ) yang berbunyi lancao yang bermaksud sejenis perahu layar yang maju, armada ( bab 4 halaman 105 ) yang bermaksud sepasukan kapal perang, dimaitarnya ( bab 24 halaman 525 ) yang bermaksud dihalakan kea rah seseorang dan lain-lain perkataan lagi.

  18. iii. Bahasa Tamil • Pengaruh bahasa Hindu telah lama bertapak di rantau ini.Secara tidak langsung pengaruh bahasa ini terdapat dalam karya-karya klasik melayu.Sebagai contoh watak-watak seperti Puteri Kemala Ratna Pelinggam,Sang Perta Dewa, Sang Manika dan sebagainya.Dalam Hikayat Hang Tuah pengaruh bahasa Tamil dapat dilihat pada perkataan ‘ ayuh ‘ .Umumnya perkataan ‘ ayuh ‘ berasal daripada perkataan Hindu yang berbunyi ayo ( sebutan bahasa India ) yang bermaksud ‘ Wahai ‘ dalam bahasa Melayu.Contohnya petikan dalam bab 2 : • “ Maka kata bendahara pada isterinya, ‘ Ayuh adinda,inilah anak tuan, saudara Tun Mamat .” • ( halaman 38 )

  19. iv. Bahasa Jawa • Pengaruh bahasa Jawa juga banyak digunakan dalam Hikayat Hang Tuah.Contohnya :- • ‘ perajurit ‘, ‘ Rama Andeka ‘, ‘ Manira ‘, ‘ paman ‘, ‘ sedardu ‘ dan lain-lain lagi

  20. v. Bahasa Sanskrit danParsi • Hikayat Hang Tuahturutmenerimapengaruhbahasa Sanskrit danbahasaParsi.Kebanyakkanperkataan Sanskrit itutelahdiserapmenjadibahasaMelayusepertiperkataan : ‘ mahkota ‘, ‘ singgahsana ‘, ‘pustaka ‘, ‘ duta ‘, ‘ dirgahayu ‘ dansebagainya. • BegitujugadenganbahasaParsi yang telahdiserapmasukmenjadibahasaMelayucontohnyaperkataan : • ‘ nobat ‘, ‘ ‘askar ‘, ‘ bius ‘, dansebagainya.

  21. Kesimpulan • Karya sastera yang dihasil ditujukan kapada orang yang menguasai bahasa Arab. • Diterjemahkan dalam bahasa Melayu bercampur Arab. Contoh kitab Sarab al-Ashiqin.

  22. Perbincangan • Sejauh manakah anda bersetuju dengan pernyataan bahawa pengkajian terhadap karya-karya klasik akan membawa anda kepada pengkajian tentang sejarah peradaban bangsa Melayu?

  23. Sekian, terima kasih.

More Related