1 / 19

CERPEN "" KOMSAS TINGKATAN 5

CERPEN "" KOMSAS TINGKATAN 5. TANGGAR AMANAT. Pengenalan.

chill
Télécharger la présentation

CERPEN "" KOMSAS TINGKATAN 5

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. CERPEN "" KOMSAS TINGKATAN 5 TANGGAR AMANAT

  2. Pengenalan Perkataan "tanggar"  berasal dari dialekMelayu Johor yang membawa maksud memikul atau menggalasbeban  (Dirgahayu Bahasaku,2010: 350; KamusDewanedisi IV, 2005: 1599). Tanggar juga boleh digunakan bagi merujuk sanggup (pekerjaan) dan bergalah ke mudik. Amanat pula ialah pesanan, wasiat atau nasihat (Ibid: 42).

  3. Sinopsis Hawadan Adam iaitu sepasansuami isteri tinggal di Yellowstone. Hawa yang sedanghamilmenghadapikonflik apabila Adam suaminyamengajaknyapulang ke Malaysia sedangkan dia ingin terus mempertahankanperusahaanwarisan Taman NasionalMelayu Ahmad Abdullah yang pertama di situ. Tambahan lagi kawasan Yellowstone merupakan kawasan lingkaran gunung berapi. Dalam keadaan kebingunganditinggalkan Adam, Hawaberhalusinasi dengan janin dalam kandungannya yang berdialogdengannya tentang kemusnahan yang akan dihadapi jika terus tinggal di situ. Atas nasihat dan pandangan yang diberikan oleh janin dalam kandungannya, Hawamengambil keputusan untuk mengikut Adam pulang ke Malaysia.

  4. Cerpen"TanggarAmanat" karyaAmaruszatiNoorRahimtermuat dalam antologiDirgahayuBahasaku, muka surat 177 - 184. Hawa, bakal ibu berada di persimpangan, sama ada hendak pulang ke Malaysia, atau terus tinggal di Yellowstone, Amerika Syarikat yang menjadi tempatempayarwarisan perniagaan almarhum Ahmad Abdullah. Akhirnya, bayi dalam kandunganHawa yang berusia 4 bulan bertindak sebagai suara nurani untuk Hawa membuat keputusan yang rasional.

  5. Tema Semangatpatriotik yang disuntik bagi meneruskan warisankeluarga. Halusinasijanin dan Hawa menyebabkan Hawamengambil keputusan kembali ke Malaysia mengikut suaminya Adam yang mahukan mereka meneruskan perusahaanwarisan Taman NasionalMelayu Ahmad Abdullah.

  6. Persoalan • Persoalankegigihan mencari rezeki di tempat orang. Adam gigih mencari rezeki di Yellowstone, Amerika Syarikat. • Persoalanperkahwinancampur di luar negara. Adam berasal dari Malaysia berkahwin dengan Hawagadiskelahiran Yellowstone, Amerika Syarikat. • Persoalankepincangan hidup di tempat orang. Kehidupan di luar negara tidak sama dengan kehidupan di tanah air. • Persoalankepercayaan atas kuasa Yang MahaBesar. Hawamengaku segala yang berlaku adalah ketentuan Allah.

  7. Watak dan Perwatakan Hawa Watak utama. Generasi ke-7 Ahmad Abdullah.Sangat menghargai warisankeluarga. Hatinya terlalu berat untuk meninggalkan Yellowstone walaupunrisikoletusankawah gunung berapi di situ sangat tinggi. Juga bakal ibu yang penyayang. Hawa sangat sayang akan kandungannya yang baru berusia 4 bulan. Hawa dan Adam telah bersabar selama 8 tahun sebelum kehamilan pertama itu. Hawa juga rasional. Dia akur akan hujahkandungannya bahawa keturunan Ahmad Abdullah lebih penting daripada harta yang diwariskan.

  8. Adam SuamiHawa Penyabar. Adam tetap memujukHawa dengan lemah lembut walaupunHawa sangat degil dan tegar dengan pendirianmempertahanhartawarisan. Adam juga petahberkata-kata. Dia berjaya menangkis setiap hujahHawa yang dipengaruhiemosi. Apabila kesabarannyahabis, Adam berlalu tanpa sepatah kata.

  9. Anakanda Bayidalam kandunganHawa. Bijakberhujah. Dia dapat menggambarkankuasa Allah mentadbiralam dan membayangkan kesan bencana gunung berapi. Dia juga berpandanganjauh / futuristik. Saran supaya Hawamembuka perniagaan di tempat lain ialah bagi mengelakhasil yang diperoleh di bumiAmerikadisalurkan kepada negara haramYahudi. Selain itu, prihatin. Dia mahu Hawapatuh kepada suami, Adam dan supaya dia berluang lahir ke dunia, serta tidak menjadi korban bencana.

  10. Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah Datuk dan nenek kepada Hawa. Bermula dengan chalet di pinggir jalan hingga mampumengasaskan perniagaan besar.

  11. LatarTempat Taman Nasional Yellowstone Taman temapersendirian yang diasaskan oleh Ahmad Abdullah. Terletak di permukaankawah gunung berapiaktif. Sebuah kawasan suburnanindah, ditumbuhipokok dan bunga, sertadiidiami pelbagai spesieshaiwan. Juga menjadi pusat motivasi (Devils Tower)Namun, ahli kajibumi (geologi) meramalkanletusan boleh berlaku bila-bila masa.

  12. Ruang rahimkandunganjanin / bayi Hawamenjengahmasuk ke dalam ruang tubuhnyasendiri, secara rohani. Hawabertemu dan berdialog dengan janin yang dia kandung. Di situ Hawaterperangah (tercengang, tidak dapat berkata-kata, payah; Ibid, 55) dengan hujahsijanin, walaupun dengan sang suami, Hawa masih engganmengalah.

  13. Nilaimurni Ketegasan: Hawa tetap tidak mahu berganjak daripada Yellowstone walaupuntahu akan risikotempat ituKesabaran:  Adam sanggup bertahan dengan sikap degilHawa yang enggan berpindah ke MalaysiaKebijaksanaan:  Janin dalam kandunganHawa berjaya menangkishujahHawa yang lebih dipengaruhiemosiRasional / berpandanganjauh: JaninHawa dapat mengaitkanhasilbumi di Amerika dengan pembiayaan negara haramYahudi Kasih sayang:  Hawamenyayangihartawarisan, tetapi dia disedarkan oleh janin bahawa kesinambunganketurunan lebih utama Ketaatan / kepatuhan:  JaninmenggesaHawa akur akan pujukan Adam untuk kembali ke Malaysia

  14. Pengajaran Kita hendaklah tegas dalam pendirianKita hendaklah sabar dengan kerenah ahli keluargaKita hendaklah bijak dalam berhujahKita hendaklah rasional / berpandanganjauh dalam membuat keputusan / tindakanKita hendaklah berkasih sayang dalam keluargaKita hendaklah patuh / taat kepada suamiKetegasan dalam menyatakanpendirian: Hawa tetap tidak mahu berganjak daripada Yellowstone walaupuntahu akan risikotempat itu

  15. ContohTugasan Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudianjawab soalan-soalan berikutnya. "Nendamuberpesan, tetap teguhlah di Yellowstone, jagasayapniagawaisanberzaman. Akauntabilitibonda di sini. Moyang-poyangmu, Ahmad Abdullah dan Maria Cruz Abdullah, bermula dengan chalet di pinggir jalan menuju Gibbon Waterfall, kemudianmerebut ruang di Canyon Village, Mammoth Hot Springs, Jackson City, Hayden Valley ... .         "Bondamerebut ruang di Devils Tower, begitu banyak khidmat yang bondatawarkan hingga kepada kursusmotivasi musim bunga. Peserta-peserta, rata-rata orang putih, dimotivasikan oleh keturunanMelayu Ahmad Abdullah. Cukup membanggakan.“         Dia dimercupibahagia, menerima pujiananakanda.        "Tapibondapatuhilahpujukanayahanda. Kembalilah ke Malaysia."        "Perusahaan turun-temurun di Yellowstone ini?"        "Bonda boleh usahakan yang lain, di tempat lain meskicabaran dan tentangannyaberbeza. Kenapabonda masih mahu alirkankeuntungan ke dalam peti negara angkuh itu? Bukankahdolar itu digunakan untuk membiayai Israel memusnahkan negara-negara Islam. Bondamembiayaipenumpasansaudaraseagamasendiri!" Dia terdiam menerima bangkangan anaknya.         "Yellowstone akan meledakkankemarahannya, bonda."        "Lari dari Yellowstone belum pasti selamat."        "Kenapa, bonda? Kerana jangkaangeologis bahawa letupan itu akan menyebabkan suhu dunia tidak tentuhala? Awandebutebalmenghalangpancaranmatahari ke bumi? Hujan asid akan melanda dunia?"        Dia terperangah menerima soalan bertalu-talu.        "Siapa tahu kita antara yang bakalselamat daripada bahana hujan asid? Benar kata ayahanda, lari daripada satu takdir untuk mendepanitakdir yang lain adalah satu usaha. Allah menggesaumatnyaberikhtiar, bonda. Kalau Ahmad Abdullah masih hidup, barangkali dia akan memberitahubonda."        "Beritahuapa?"        "Selamatkanketurunan Ahmad Abdullah."        Dia tertampar.

  16. Soalan i)   Berikan maksud membiayaipenumpasan.     (2 markah)ii)   Apakah hujah-hujahsi anak yang menyokongpendapatayahandanya?    (3 markah)iii)  Pada pendapat anda, mengapakah kita harus mengambilkirapendapat orang lain sebelum membuat sesuatu keputusan dan tindakan?   (3 markah)iv)   Jelaskansatupengajaran daripada petikan dan satupengajaran daripada cerpen.   (4 markah)

  17. AnalisisTugasan i)   Aras soalan: petikanTumpuantugasan:  maksud rangkai kataKeperluanhuraian:  tiadaii)  Aras soalan:  petikanTumpuantugasan:  hujah-hujahsi anak  (2 isi)Keperluanhuraian:  tiadaiii)  Aras soalan:  kbkkTumpuan soalan:  sebab-sebabmengambilkirapendapat orang lain  (2 isi)Keperluanhuraian:  tiadaiv)   Aras soalan:  komsasTumpuan soalan:  pengajaran (masing-masing satu daripada petikan, satu daripada cerpen)Keperluanhuraian: ya, menerusi contohperistiwa

  18. JawapanCadangan i)  Maksudnya ialahmenyumbangperbelanjaankemusnahan / kekalahanii)  Hujah-hujahsi anak ialah lari daripada satu takdir untuk mendepanitakdir yang lain adalah satu usaha. Allah menggesaumatnyaberikhtiar.iii)  Pada pendapat saya, kita harus mengambilkirapendapat orang lain untuk membuat perbandingan dan untuk memperoleh maklumat yang lebih tepat.iv)   Pengajaran daripada petikan ialah kita hendaklah bijak dalam berhujah. Si anak berjaya meyakinkanbondanya bahawa usaha perniagaan boleh dilakukan di tempat lain. Pengajaran daripada cerpen ialah kita hendaklah sabar dengan kerenah ahli keluarga. Adam tidak jemu-jemumemujukHawa yang enggan berpindah ke Malaysia.

  19. Sekian, terima kasih

More Related