Download
asas takaful mengikuti cetakan keempat 2009 n.
Skip this Video
Loading SlideShow in 5 Seconds..
ASAS TAKAFUL mengikuti cetakan keempat 2009 PowerPoint Presentation
Download Presentation
ASAS TAKAFUL mengikuti cetakan keempat 2009

ASAS TAKAFUL mengikuti cetakan keempat 2009

1745 Vues Download Presentation
Télécharger la présentation

ASAS TAKAFUL mengikuti cetakan keempat 2009

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - E N D - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Presentation Transcript

  1. ASAS TAKAFULmengikuti cetakan keempat 2009 Agency Development Date : 12th November 2010

  2. Disclaimer • The slides are the property of American International Assurance Bhd. (“AIA”) and shall not be altered or reproduced in any way without its written permission. The slides are intended for informational purposes only and subject to change without notice. The slides are based on “Buku Panduan Asas Takaful” published by the Islamic Banking and Finance Institute Malaysia Sdn. Bhd. (IBFIM) which is the reference book for Takaful Basic Examination (TBE). Whilst AIA has used its best endeavours to ensure that any information taken from the book is correct as of the date the slides are presented, you are strongly advised to refer to the “Buku Panduan Asas Takaful” for further, comprehensive details.

  3. BAHAGIAN B: TAKAFUL AM BAB 11 : OPERASI TAKAFUL AM BAB 12 : PRODUCK TAKAFUL AM BAB 13 : PENGUNDERAITAN DAN TUNTUTAN ISI KANDUGAN BAHAGIAN A: ASAS TAKAFUL BAB 1 : PENGENALAN TAKAFUL BAB 2 : PENGENALAN MUAMALAT ISLAM BAB 3 : TAKAFUL – PRINSIP DAN MODEL PENGENDALIAN OPERASI BAB 4 : PERBANDINGAN INSURANS DAN TAKAFUL BAB 5 : INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA BAB 6 : PERUNDANGAN DAN PENYELIAAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA BAB 7 : KONSEP RISIKO BAB 8 : TAKAFUL SEMULA BAB 9 : AGEN TAKAFUL BAB 10 : PEMASARAN DAN KHIDMAT SELEPAS JUALAN BAHAGIAN C: TAKAFUL KELUARGA BAB 14 : OPERASI TAKAFUL KELUARGA BAB 15 : SKIM-SKIM TAKAFUL KELUARGA BAHAGIAN D: TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN BAB 17 : TAKAFUL PERUBATAN DAN KESIHATAN

  4. BAHAGIAN A ASAS TAKAFUL

  5. PENGENALAN TAKAFUL - BAB 1 • OBJEKTIF PEMBELAJARAN • AM • Memahami definisi, konsep dan pentingnya takaful. • SPESIFIK • 1. Menghuraikan definisi takaful dari segi bahasa dan penggunaanya. • 2. Menjelaskan secara ringkas konsep, falsafah dan aplikasi takaful. • 3. Menjelaskan pengendalian takaful di Malaysia. • 4. menjelaskan secara ringkas keistimewaan / manfaat takaful.

  6. DEFINISI TAKAFUL • “ Satu skim yang berasaskan persaudaraan, perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan di mana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.” • Menurut Akta Takaful 1984 • Kata Dasar : Kafala; menjamin, menjaga, memelihara. • Kata Kerja : Takafala; saling menjamin, saling menjaga, saling memelihara • Yakfulu; memelihara, menjaga • Selari dengan konsep ta’awun (saling bekerjasama) dan yakfulu (memelihara atau menjaga)

  7. 11 KONSEP TAKAFUL

  8. 11 KONSEP TAKAFUL

  9. FALSAFAH TAKAFUL

  10. APLIKASI TAKAFUL • Konsep insurans; • “Satu kumpulan orang berikrar untuk mengumpul serta menggemblengkan usaha dan sumber bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tanggung-menanggung sesama mereka, jika ditakdirkan mana-mana di antara mereka ditimpa musibah” • Prinsip bantu-membantu dan saling bekerjasama diamalkan • Sistem aqilah: yang berteraskan kepada konsep saling bertanggungjawab;mewujudkan satu tabung atau kumpulan wang yang dipanggil al-khanz • Sistem qasamah: yang berhubung dengan nyawa manusia, iaitu usaha mengumpulkan dana dalam sebuah tabung atau kumpulan wang daripada kutipan caruman ahli-ahli

  11. PENGENDALIAN TAKAFUL DI MALAYSIA

  12. ENTITI- ENTITI INSTITUSI TAKAFUL ENTITI JENIS PERNIAGAAN

  13. KEYAKINAN PESERTA MENINGKAT KERANA LAYAK MENDAPAT BANTUAN DARIPADA DANA TAKAFUL ROHANIAH : MEMENUHI TANGGUNGJAWAB YANG DISYARIATKAN OLEH AGAMA DAN TUNTUTAN SOSIAL MELALUI KAEDAH TABARRU’ 3 BENTUK MANFAAT SKIM TAKAFUL YANG BEBAS DARIPADA UNSUR YANG BERCANGGAH DENGAN KEHENDAK SYARIAH KEISTIMEWAAN / MANFAAT TAKAFUL

  14. PENGENALAN MUAMALAT ISLAM – BAB 2 • OBJEKTIF PEMBELAJARAN • AM • Memahami pengertian serta kepentingan Islam, Syariah, Muamalat • dan kontrak-kontrak yang terdapat dalam Muamalat Islam. • SPESIFIK • 1. Menjelaskan pengertian Islam, Syariah, Muamalat • 2. Mengetahui kepentingan serta ciri-cirinya • 3. Mengenal pasti sumber–sumber Syariah • 4. Mengetahui kontrak-kontrak yang terdapat dalam Muamalat

  15. ISLAM • Definisi • Agama (Al-Din) yang diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Rasulullah s.a.w, mencakupi seluruh aspek kehidupan dan tidak tertumpu kepada ibadat khusus semata-mata. • Istilah syarak adalah kepatuhan, penyerahan dan ketaatan kepada Allah s.w.t dalam semua perbuatan manusia; meliputi aspek pemikiran, pengetahuan, pertuturan, akhlak, tingkah laku dan kepercayaan. • Pemahaman Islam untuk menjalankan tugas sebagai seorang khalifah adalah penting bagi seorang muslim. Tujuan 1. Keredaan daripada Allah s.w.t 2. Beribadat kepada Allah s.w.t 4. Diamalkan secara menyeluruh dan bukan secara berpilih sahaja. 3. Beribadat meliputi seluruh kegiatan dan aktiviti harian

  16. TUJUAN (Maqasid) MENJAGA KEMASLAHATAN MANUSIA 1. Memelihara agama 2. Memelihara jiwa 3. Memelihara keturunan 4. Memelihara harta 5. Memelihara akal Sumber - sumber hukum syarak Sumber yang disepakati : Persetujuan tentang kehujahan sumber dalil oleh ulama Sumber yang tidak disepakati : Kehujahan sumber dalil yang tidak diperakui oleh ulama SYARIAH • Definisi • Semua hukum yang diciptakan oleh Allah s.w.t untuk hamba-Nya sama ada hukum-hukum ini diperundangkan melalui Al-Quran atau Al-Sunnah

  17. SYARIAH : SUMBER SUMBER HUKUM • SUMBER – SUMBER HUKUM YANG DISEPAKATI • Al-Quran • Kalam Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad s.w.t • Al-Sunnah • Merujuk kepada perkataan, perbuatan, perakuan Nabi Muhammad s.a.w • Ijma’ • Persepakatan para ulama’ mujtahid ( dalam bidang hukum) selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w • Qiyas • Menyamakan sesuatu masalah yang tidak nas hukum dengan masalah yang terdapat nas hukum. Cth: hukum haram menagih dadah disamakan dengan (diqiyaskan) kepada hukum haram meminum arak.

  18. SYARIAH : SUMBER SUMBER HUKUM • SUMBER SUMBER HUKUM YANG TIDAK SEPAKATI • Masalih Mursalah • Sesuatu yang tidak dinaskan hukumnya oleh Syarak secara khusus tetapi bersesuaian dengan kehendak Syarak secara umum . cth; kerajaan mewajibkan pemakaian topi keledar. • Istihsan • Pengecualian khusus terhadap kaedah-kaedah umum Syarak dalam usaha mengelakkan sebarang kesusahan atau ketidakadilan. cth: larangan jual beli barang yang tidak wujud • Istishab • Menghukum dengan hukuman yang asal sehingga adanya hukum baru yang mengubah atau membatalkan hukum yang asal. cth: semua transaksi kewangan hendaklah dianggap harus, kecuali setelah terdapat bukti yang jelas mengharamkan urusniaga tersebut • Sadd al-Zara’i’ • Menghalang sesuatu yang harus pada asalnya kerana perbuatan tersebut boleh membawa kepada perkara yang haram. Cth: sesuatu rumah yang disewa dan kemudian digunakan sebagai pusat hiburan, maka hukum memberi sewa bertukar menjadi haram. • Uruf • Adat majoriti sesuatu kaum dari segi perkataan, pengucapan atau amalan. Cth: orang Arab mewajibkan pembayaran denda (diyat) terhadap ahli keluarga pembunuh.

  19. KOMPONEN SYARIAH • Ibadat : hubungan manusia dengan Allah s.w.t • Ciri ciri Ibadat: • Memperhambakan diri kepada Allah • Ibadat khusus: telah ditentukan secara khusus kaedah perlaksanaannya. Cth: solat, puasa dan sebagainya • Ibadat umum: tidak ditentukan secara khusus kaedah perlaksanaannya, tetapi terdapat garis panduan umum berkenaannya • Cth: mencari nafkah, memberi khidmat kepada masyarakat • Muamalat : hubungan manusia sesama manusia • Ciri ciri Muamalat: • Berkaitan dengan pengurusan harta • Cth: Jual beli, sewa, tabarru’ dan sebagainya

  20. Definisi Hukum-hukum syarak yang mengatur urusan manusia di dunia khususnya tentang pertukaran harta dan manfaat melalui perantaraan akad dan tanggungjawab. KEPENTINGAN MUAMALAT KEPADA MANUSIA BERHUBUNG, BEKERJASAMA DAN BERTUKAR-TUKAR KEPERLUAN MELAHIRKAN PERPADUAN UMAT DAN KEAMANAN NEGARA MENGHINDARI PENINDASAN, KEZALIMAN DAN PENIPUAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM MEMBELANJAKAN HARTA PADA JALAN YANG BETUL DAPAT DIBENTUK BERDIKARI SERTA TEKUN DAPAT WUJUD MUAMALAT

  21. CIRI-CIRI MUAMALAT • CIRI-CIRI YANG UNIK • Muamalat dibina atas prinsip yang umum. • Al-Quran dan al-Sunnah merupakan sumber syariah yang utama • Mengendalikan kaedah-kaedah umum yang tidak terperinci • Berijtihad dalam masalah kontempori • Muamalat adalah transaksi dan hukum serta syarat-syarat yang berkaitan dengan transaksi • Muamalat asalnya harus kecuali terdapat dalil yang mengharamkannya • Ibadat asalnya haram dilakukan kecuali terdapat dalil yang sahih dan jelas tentang pensyariatannya • Muamalat dibangunkan dengan mengambil kira ‘Illat (sebab hukum) dan Maslahah • Kebanyakan perkara dalam muamalat bukannya perkara ta’abbudiyyah • Perkara muamalat terbuka kepada logik dan rasional berdasarkan sebab musabab dan kemaslahatan • Muamalat menggabungkan di antara prinsip tetap dan prisip fleksibel • Prinsip tetap adalah hukum-hukum yang tetap dan tidak boleh dipinda atau diubah • Prinsip fleksibel adalah hukum-hukum yang boleh diijtithadkan

  22. KONTRAK DALAM MUAMALAT ISLAM • DEFINISI • Suatu ikatan atau persetujuan yang berlaku di antara yang pertama dengan pihak kedua melalui penawaran dan penerimaan (ijab dan qabul) yang melahirkan kesan undang- undang dan hak pada kontrak berkenaan. • KEPENTINGAN KONTRAK • Dapat mengetahui sama ada urusan atau kegiatan yang kita lakukan sah atau sebaliknya. Bagi melahirkan dan menjelaskan kerelaan di antara kedua-dua pihak bersedia menerima implikasi. • Islam mengambil berat tentang kontrak (akad) • Tanpa kontrak atau ikatan, transaksi dianggap tidak berlaku • Rukun kontrak jual beli: • Penjual dan pembeli • Sighah (ijab dan qabul) • Ma’qud Alaih (barang dan harga) • Syarat-syarat barang-barang mesti dipenuhi: • Wujud pada masa beli • Harta yang bernilai dan bermanfaat • Milikan sah • Mampu untuk disertakan • Mengetahui kuantiti, jenis dan sifat

  23. JENIS-JENIS KONTRAK MUAMALAT DALAM INDUSTRI TAKAFUL Jenis-jenis Kontrak Muamalat dalam Industri Takaful i. Tabarru’ - derma bersyarat. Menderma atau memberi hak milik secara percuma. ii. Mudharabah - kontrak perkongsian (modal dari satu pihak dan usaha dari pihak yang lain) iii. Wakalah - penyerahan tanggungjawab yang ada pada seorang (muwakkil) kepada seorang yang lain (wakil) dengan lafaz yang tertentu iv. Qardh Hasan - pinjaman kebajikan dimana hanya jumlah asal dibayar semula tanpa bayaran tambahan v. Hibah - memberi milik sesuatu barang kepada seseorang

  24. TAKAFUL: PRINSIP DAN MODEL PENGENDALIAN OPERASI – BAB 3 • OBJEKTIF PEMBELAJARAN • AM • Memahami prinsip-prinsip takaful serta model pengendalian operasinya • SPESIFIK • 1. Menyenaraikan tujuh prinsip kontrak takaful dan huraiannya • 2. Menjelaskan model pengendalian operasi takaful di Malaysia

  25. PRINSIP KONTRAK TAKAFUL • 1. Kepentingan Boleh Lindung • Keempunyaan harta : hartanya rosak atau musnah • Potensi liabiliti undang-undang : Pampasan oleh majikan kepada pekerjanya • Hak di bawah kontrak :memastikan kesahihan sesuatu kontrak • 2. Penuh Percaya • Mendedahkan semua maklumat penting • Kegagalan mendedah atau memberi gambaran salah boleh menyebabkan kontrak terbatal • Memberi gambaran salah boleh menyebabkan hukuman jenayah • Pengendali takaful memerlukan pendedahan dan ketelusan yang lebih daripada semua pihak yang terlibat dalam kontrak • Prinsip Indemniti : menghindar peserta daripada membuat keuntungan daripada tuntutan. Hanya tertakluk kepada kontrak takaful harta benda / takaful liabiliti • Prinsip Subrogasi : skim takaful berhak untuk menuntut ganti rugi daripada pihak ketiga yang bertanggungjawab terhadap kerugian itu • Prinsip Tabarru’ : setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya, juga dipanggil tabarru’ bersyarat • Prinsip Perkongsian Sama Rata (Harta Benda) : peserta yang memiliki dua atau lebih polisi untuk melindungi satu harta benda, pembayaran tuntuan mengikut pro ratanya • Prinsip Sebab Terhampir : punca yang terdekat dan terkuat berterusan tanpa gangguan dan seterusnya membawa kepada kerosakan tersebut

  26. ALIRAN PENGENDALIAN PRODUK JANGKA PENDEK PESERTA 1 CARUMAN 2 TUNTUTAN TAKAFUL SEMULA RIZAB TOLAK 4 KUMPULAN WANG TAKAFUL BERKUMPULAN / AM (KWTBA) 4 3 4 KEUNTUNGAN PELABURAN LEBIHAN 3 KUMPULAN WANG PEMEGANG SAHAM 6 PERBELANJAAN PENGENDALIAN MODEL PENGENDALIAN OPERASI TAKAFUL • Model Mudharabah (Berkongsi Keuntungan) • Variasi dari segi olahan perbelanjaan pengerusan, reka bentuk produk dan saluran pengagihan. • Pengendali takaful bertindak sebagai mudharib (pengusaha) dan peserta sebagai rabbul mal (penyedia modal) • Kerugian ditanggung oleh peserta selaku penyedia modal, pengendali takaful dikehendaki mematuhi peraturan berhemat. SILA IKUT PANDUAN BUKU

  27. MODEL PENGENDALIAN OPERASI TAKAFUL ALIRAN PENGEDALIAN PRODUK JANGKA PANJANG PESERTA 1 CARUMAN 2 2 AKAUN PESERTA (AP) AKAUN RISIKO PESERTA (ARP) TUNTUTAN TAKAFUL SEMULA RIZAB Tolak 5 5 3 4 3 4 6 LEBIHAN KEUNTUNGAN PELABURAN 4 6 KUMPULAN WANG PEMEGANG SAHAM 7 PERBELANJAAN PENGENDALIAN SILA IKUT PANDUAN BUKU

  28. MODEL PENGENDALIAN OPERASI TAKAFUL • CARUMAN DIBAHAGIKAN KEPADA 2 AKAUN : • AKAUN PESERTA • Akaun ini dilaburkan oleh pihak pengendali dan segala keuntungan akaun ini dibahagi di antara pemodal dengan pengendali. • AKAUN RISIKO PESERTA • Bahagian caruman ini dimasukkan ke dalam akaun sebagai tabarru’ • Lebihan akaun khas peserta akan diperuntukan kepada perkara-perkara berikut : • Rizab, termasuk perkiraan mudharabah • Belanja pengurusan • Komisyen • zakat

  29. ALIRAN PENGENDALIAN PRODUK JANGKA PENDEK Peserta 1 Fi Wakalah (FW) Caruman Tuntutan Takaful Semula Rizab 2 2 tolak5 5 Kumpulan Wang Takaful Berkumpulan/ Am (KWTBA) 3 5 4 4 Keuntungan Pelaburan Lebihan 4 5 Kumpulan Wang Pemegang Saham 6 SILA IKUT PANDUAN BUKU Perbelanjaan Pengendalian MODEL PENGENDALIAN OPERASI TAKAFUL • 2. Model Wakalah • Perhubungan antara agen-prinsipal, yang mana pengendali takaful bertindak sebagai agen pihak peserta dan dibayar fi bagi perkhidmatan yang disediakan. • Fi dikenakan sebagai amaun tetap atau berdasarkan nisbah yang dipersetujui atas keuntungan pelaburan atau kumpulan wang takaful

  30. Peserta 1 Fi Wakalah (FW) Caruman 2 2 2 Tolak Akaun Peserta (AP) Akaun Risiko Peserta (ARP) Tuntutan Takaful Semula Rizab 6 4 4 3 Perbelanjaan Pengendalian 6 5 5 7 Lebihan 4 Keuntungan Pelaburan 7 5 Kumpulan Wang Pemegang Saham 8 Perbelanjaan Pengendalian SILA IKUT PANDUAN BUKU Aliran Pengendalian Produk Jangka Panjang MODEL PENGENDALIAN OPERASI TAKAFUL

  31. PERBANDINGAN INSURANS DAN TAKAFUL – BAB 4 • OBJEKTIF PEMBELAJARAN • AM • Memahami definisi, konsep, sejarah dan prinsip insurans serta perbandingannya dengan takaful. • SPESIFIK • 1. Menghuraikan definisi insurans dari segi bahasa dan penggunaannya. • 2. Menjelaskan secara ringkas sejarah permulaan insurans dan prinsip asas insurans. • 3. Menghuraikan jenis-jenis insurans. • 4. Menghuraikan pendapat ulama’ tentang insurans dan unsur-unsur yang dilarang dalam insurans. • 5. Menjelaskan perbezaan di antara takaful dan insurans konvensional.

  32. DEFINISI INSURANS • Institusi ekonomik berasaskan prinsip bersaling, dibentuk bagi tujuan menubuhkan • dana am • Ditakrifkan sebagai pengaturan kewangan yang mengagihkan semula kos kerugian • luar jangka • SEJARAH INSURANS • Insurans kebakaran secara amnya mula diperkenalkan • Diikuti dengan amalan insurans laut • Kontrak insurans hayat yang pertama direkodkan pada tahun 1583 untuk William Gybbon • 1762 Jadual kemortalan dengan kadar pulangan berkompaun ‘ The Equitable • Assurance’ buat kali pertama menetapkan kadar premium dengan menggunakan • sistem premium paras berasaskan amalan moden • PRINSIP-PRINSIP ASAS INSURANS • Kepentingan boleh insurans • Penuh percaya Mutlak • Gantirugi • Subrogasi • Perkongsian Sama Rata & Sebab terhampir

  33. JENIS-JENIS INSURANS • INSURANS KONVENSIONAL : • Syarikat Insurans Am • Didaftar bawah Akta Insurans 1996 • 26 syarikat di Malaysia sehingga tahun berakhir 30 Jun 2005 • 2. Syarikat Insurans Hayat • Didaftar bawah akta insurans 1996 • 7 syarikat di Malaysia sehingga tahun berakhir 30 Jun 2005 • 3. Syarikat Insurans Komposit • Didaftar bawah akta insurans 1996 • 9 syarikat di Malaysia sehingga tahun berakhir 30 Jun 2005.

  34. PENDAPAT ULAMA’ TERHADAP INSURANS • Sheikh Muhammad Amin (‘Ibnu Abidin’): insurans perkapalan di zaman Khilafah Othmaniah tidak dibenarkan oleh Syarak. • 1965,Kongres Penyelidikan Islam – kaherah: perbincangan soalan hukum insurans di • dunia Islam, dan • 1971, Persidangan Antarabangsa pertama mengenai ekonomi Islam – Mekah • Jun 15,1972, Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia- persidangan kelima memutuskan • syarikat insurans - muamalat yang fasid (rosak/tidak sah) dari segi akad • 1985, Majlis tertinggi Ulama’ di Mekah, Arab Saudi, Akademi Fekah Islam (Majma’al- • Fidh). Cadangan sistem takaful yang mengikut hukum Syarak sebagai alternatif • kepada insurans, dan kontrak tabarru’ diperkenalkan untuk menghindari unsur-unsur • gharar dan maisir

  35. PENDAPAT ULAMA’ TERHADAP INSURANS • Menurut: SYEIKH MUHAMMAD AL-GHAZALI dan SYEIKH Yusuf Al-QARDHAWI • sistem takaful perlu memenuhi syarat-syarat berikut: • Peserta menyerahkan wang niat untuk membantu dengan menegakkan prinsip ukhuwah • Wang sumbangan yang diperniagakan mesti ikut Syarak • Sumbangan wang tidak boleh dibuat dengan tujuan mendapat imbalan yang berlipat ganda apabila terjadi musibah • Konsep tabarru’ digunakan

  36. GHARAR Gharar fahisy (banyak) Gharar mutawassit (sederhana) Gharar yasir (sedikit) Cth: menjual ikan yang masih berada dalam sungai Cth: menjual rumah berserta perabot di mana tidak diperincikan perabotnya Cth: gharar yang berada di antara gharar fahisy dan gharar yasir UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM INSURANS • GHARAR (ketidakpastian): Adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma’dud alaih (barang) tidak jelas”. • Menurut Ibn Rusyd: 1. Kurang maklumat, 2. Keraguan wujud, 3. Tiada kepastian masa • Mazhab Imam Al-Shafie dalam kitab Qalyubi wa Umairah : ikut panduan buku Gharar Fahisy: boleh membatalkan akad terutamnya ‘uqud mu’ awadhat Gharar Yasir: tidak memberi apa-apa kesan terhadap akad

  37. UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM INSURANS • Muhammad Beltaji: pengelakan dari unsur gharar adalah mustahil sepenuhnya • Hasil kajian majoriti fuqaha’ : gharar yang boleh dimaafkan, • Gharar tersebut adalah kecil dan sedikit; • Urusniaga tersebut diperlukan oleh masyarakat; dan • Gharar tersebut tidak mampu dielakkan melainkan dengan masyaqqah (kesusahan) yang diiktiraf oleh syarak • Unsur Gharar dalam kontrak Insurans mengikut panduan buku : • Laporan badan Petugas Penubuhan Pengendali Insurans Secara Islam di Malaysia, • Definisi gharar oleh Ibn Taimiyah • Dr. Muhammad Abdul Mun’im al- Jammal

  38. UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM INSURANS • Maisir (judi): “mendapat sesuatu dengan cara mudah” atau “mendapat keuntungan tanpa berusaha mengerjakannya”. Unsur Maisir dalam Kontrak Insurans • Maisir dan gharar menpunyai kaitan yang amat rapat • Sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur maisir (judi) • akan turut setia • Maisir (judi) dalam kontrak insurans wujud bilamana: • Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar • jumlahnya • Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi tidak berlaku. • Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang • diterima

  39. UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM INSURANS • Riba: “Pertambahan”; “Menambahkan”. Riwayat Al-Tabari : riba wujud sewaktu zaman jahiliyah, antaranya adalah dalam bentuk jual beli secara hutang Islam mengharamkan peminjaman wang untuk tujuan medapatkan keuntungan demi melingungi kepentingan golongan yang kurang berkemampuan Firman Allah s.w.t.: Surah al-Baqarah (2): 275 Riba qurudh Berlaku melalui hutang / pinjaman Riba buyu’ (Melalui jual beli) • Mengenakan bunga (faedah) • Bank-bank perdagangan • Syarikat kewangan konvensional • Barangan ribawi • emas, perak, gandum, barli, tamar,garam • Syarat-syarat khusus bagi jual beli barangan ribawi: • Tukaran mestilah sama pada timbangan atau sukatan • Dilakukan secara tunai iaitu berlaku serah menyerah dalam majlis akad

  40. UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM INSURANS • Unsur Riba dalam Kontrak Insurans • Pinjaman dari Polisi • Bayaran faedah • Penjanaan keuntungan pelaburan • Keseluruhann simpanan tabungan • Unsur perbezaan adalah dari segi pelaburan dan konsep penjaminan • Urusniaga takaful melabur dana yang diterima oleh peserta yang dibenarkan oleh • syariah • Penjaminan peserta takaful adalah antara peserta-peserta sendiri • Pengendali takaful berfungsi sebagai pengusaha tabung • Tidak bercanggah dengan syariah

  41. Pematuhan kepada hukum syarak Tidak mematuhi hukum syarak Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad tabarru’, mudharabah dan wakalah Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad jual beli Pengendali takaful merupakan pengurus tabung dan tidak memberi jaminan kepada peserta Syarikat insurans merupakan pemilik tabung dan menjadi penjamin kepada peserta Peserta menjamin antara satu sama lain melalui semangat kerjasama dan tabbaru’ Syarikat menjamin peserta berdasarkan kepada faktor-faktor komersial Bebas daripada riba, gharar dan maisir Banyak unsur-unsur riba, gharar dan maisir Adanya Majlis Pengawasan Syariah Tiada Majlis Pengawasan Syariah Keuntungan akan dikongsi bersama di antara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada Mudharabah atau Yuran Prestasi Pelaburan. Keuntungan diagih mengikut keputusan syarikat PERBEZAAN DI ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS Insurans Konvensional Takaful

  42. INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA- BAB 5 • OBJEKTIF PEMBELAJARAN • AM • Memahami struktur pasaran takaful di Malaysia dan komponen – komponennya. • SPESIFIK • 1. Menjelaskan industri takaful di Malaysia. • 2. Mengenal pasti tiga komponen utama dalam industri takaful dan huraiannya • 3. Menjelaskan peranan pengendali takaful • 4. Mengenal pasti persatuan-persatuan industri takaful dan insurans di Malaysia • 5. Mengenal pasti institusi dan agensi sokongan yang membantu penubuhan industri takaful di Malaysia

  43. PENUBUHAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA • Pasukan Petugas Khas ditubuhkan Kerajaan pada 1982 untuk mengkaji • daya maju penubuhan syarikat Insurans secara Islam. • Bermulanya Operasi BIMB pada 1983 untuk memenuhi keperluan • alternatif/ pilihan awal umat islam kepada insurans yang memenuhi • kehendak Syariah. • Keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Malaysia - Insurans hayat • konvensional tidak sah kerana mempunyai unsur-unsur gharar • (ketidakpastian), maisir (perjudian) dan riba’(faedah). • Akta Takaful dikuatkuasa pada 1984 dan pengendali takaful pertama • diperbadan ialah pada November 1984.

  44. DISEMBER 2005, 5 PENGENDALI TAKAFUL TELAH DAFTAR DENGAN PERSATUAN TAKAFUL MALAYSIA. JANUARI 2006, 4 LESEN BARU DILULUSKAN OLEH BANK NEGARA. SYARIKAT TAKAFUL MALAYSIA BERHAD HSBC Insurance (Asia Pacific) Holdings Limited, Jerneh Asia Berhad dan Kumpulan Wanng Simpanan Pekerja TAKAFUL NASIONAL SDN. BERHAD Hong Leong Bank, Millea Asia (Japan) Pte.Ltd., Hong Leong Assurance TAKAFUL IKHLAS SDN. BHD Bank Simpanan Nasional dan Prudential Holdings Limited MAYBAN TAKAFUL BERHAD MAA Holdings Berhad dan Solidarity CO,. Bahrain COMMERCE TAKAFUL BERHAD PENUBUHAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA

  45. Dikenali sebagai pemegang polisi atau Dalam skim takaful dikenali sebagai Peserta Peserta takaful terdiri dari pihak individu, organisasi perniagaan dan korporat, syarikat-syarikat awam, badan-badan kerajaan dan separa kerajaan TIGA KOMPONEN UTAMA DALAM INDUSTRY TAKAFUL 1. Peserta Takaful 2. Pengendali Takaful • Pentadbir kumpulan dan mengurus kumpulan wang takaful • Mengunderait perniagaan takaful dan bertindak sebagai pentadbir • Operasi Takaful Am dan Takaful Keluarga berlandaskan undang-undang Islam dan Syariah

  46. TIGA KOMPONEN UTAMA DALAM INDUSTRY TAKAFUL 3. Saluran Pengantara • Agen Takaful:diberi kuasa untuk memasuki mana-mana kontrak bagi pihak pengendali takaful, dan pemasaran dan pemberian khidmat produk, menerima komisen daripada pengendali takaful. Hanya dapat mewakili tidak lebih dari 2 syarikat takaful am dan mewakili satu syarikat takaful keluarga dalam satu masa. Mesti lulus Peperiksaan Asas Agen Takaful Boleh beroperasi secara sambilan atau sepenuh masa • Broker Takaful:Pengantara sepenuh masa yang bertindak sebagai perunding yang mewakili peserta takaful Perkhidmatan broker kebiasaannya diperlukan oleh pelanggan komersial Lesen broker perlu didapati dari Persatuan Broker-Broker Insurans Malaysia (IBAM) Perlu menubuhkan badan koporat dengan keperluan modal tidak kurang daripada RM 500,000, dan dikehendaki mempunyai indemniti profesional tidak kurang daripada RM 500,000 • Banktakaful:Agihan produk takaful melalui saluran agihan yang ditubuhkan oleh bank. Dikehendaki mematuhi keperluan pengawalseliaan berhubungan dengan bank takaful. • Ajuster:pengantara takaful yang akan menyiasat tuntutan, menilai kerugian yang kena dibayar dan mengesyorkan penyelesaian tuntutan.

  47. PERANAN PENGENDALI TAKAFUL DI MALAYSIA

  48. PERSATUAN-PERSATUAN INDUSTRI TAKAFUL DAN INSURANS

  49. INSTITUSI DAN AGENSI SOKONGAN

  50. PERUNDANGAN DAN PENYELIAAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA- BAB 6 • OBJEKTIF PEMBELAJARAN • AM • Mengenal pasti undang-undang dan badan-badan pengawasan dan penyeliaan dalam industri takaful. • SPESIFIK • 1. Menjelaskan peranan Bank Negara Malaysia dalam mengawal selia industri takaful. • 2. Menjelaskan secara ringkas rangka kerja Syariah di dalam industri takaful. • 3. Mentakrifkan Akta Takaful 1984. • 4. Memahami Akta Insurans 1996.