1 / 81

Minggu 8 Bab 8

Minggu 8 Bab 8. Agama dan Hubungan Etnik. Pengenalan. Agama – Penanda jatidiri masyarakat. Pola perbezaan jati diri: 1. bahasa 2. warna kulit 3. adat resam 4. agama 5. lain-lain. Pengenalan. Rukun Negara. Kepercayaan kepada Tuhan sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum.

Télécharger la présentation

Minggu 8 Bab 8

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Minggu 8 Bab 8 Agama dan Hubungan Etnik

  2. Pengenalan • Agama – Penanda jatidiri masyarakat. • Pola perbezaan jati diri: • 1. bahasa • 2. warna kulit • 3. adat resam • 4. agama • 5. lain-lain

  3. Pengenalan Rukun Negara • Kepercayaan kepada Tuhan sebagai cara hidup masyarakat berbilang kaum. • Kebebasan beragama dalam Perlembagaan. • Pertubuhan agama subur berkembang.

  4. Pengenalan • Kepelbagaian kelompok etnik di negara ini diterima oleh semua dan ia merupakan sumber kekuatan. • Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di negara kita bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di negara ini.

  5. The Population of Malaysia • In the year 2009 the total population of Malaysia was estimated as 28.26 million. • As far as the ethnic breakdown of the community is concerned, 15.61 million of the population identified themselves as Bumiputera, 7.60 million as Chinese, 2.61 million as Indians, 0.70 as "Others", while 1.74 million classified themselves as non-citizens.

  6. Malaysia: Truly Asia • Malaysia's position at the heart of Asia, means that it lies on the major trading routes of the Asian continent. • This has led to a mixed and varied population in which ethnic Malays live alongside Chinese, and Indian people, as well as other indigenous peoples. Malaysia also contains small minorities of Ceylonese, Pakistanis, Eurasians, and Europeans. • The country is also uniquely multiracial country because the ethnic divisions coincide with religious and linguistic divisions enhanced by differences in customs and ways of life. Beside these, all three major ethnic groups (Malay, Chinese, and Indian) have their heritage from the three great civilizations of Asia.

  7. Agama Islam dan Agama-agama Lain Di Malaysia Surah Al-Baqarah – 256 Surah Al-Hujurat - 13 Tidak ada paksaan dalam menganut agama. Bila menjadi seorang Islam, mesti patuh kepada agama. Telah jelas petunjuk daripada kesesatan. • Manusia tercipta dari lelaki dan perempuan • Manusia dijadikan pelbagai bangsa dan bersuku puak. • Tujuan – berkenal-kenalan dan beramah mesra. • Manusia yang paling mulia ialah yang bertakwa. • Bukan yang lebih keturunan dan bangsa.

  8. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan Nilai Universal • Penerapan nilai murni sejagat yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat. • Orang Kristian mengamalkan konsep “Love thy neighbor as thyself”. • Orang Buddha mengamalkan belas kasihan kepada semua makhluk dan kehidupan di dunia. • Orang Hindu mengamalkan Rig Veda dalam ungkapan “Loka Samastha Sukino Bhavantu (Semoga semua makhluk di dunia hidup bergembira dan bebas”.

  9. Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dan Nilai Universal (Sambungan) • Orang Konfusiusme mengamalkan tema yang sama. • Jainisme, Sikhisme, Bahai, Taoisme dan lain-lain menekankan tema persaudaraan sejagat umat manusia dan kepentingan untuk hidup secara aman damai. • Istilah Islam dari segi etimologinya bermaksud keamanan. • Interaksi sosial dan nilai murni menjadi kekuatan dalam pemahaman masyarakat Malaysia untuk menghargai keamanan dan nilai universal lain.

  10. Elements of Acceptance and Accomodation

  11. Kepentingan Masa dan Kerjasama

  12. Kontrak Sosial • Kontrak sosial adalah satu persetujuan di kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam Pilihanraya 1955.

  13. Kontrak Sosial • Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setiakawan serta perkongsian kuasa yang kemudiannya terjelma dalam perjuangan menuntut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. • Pemuafakatan formula perkongsian kuasa telah dipersetujui oleh semua pihak sejak daripada dulu lagi.

  14. Nilai Hubungan Manusia Tamadun China • Beberapa ajaran Konfusius yang meletakkan manusia itu sebagai titik tolak segala perubahan dan pemupukan diri manusia menuju kesempurnaan peribadi dan ketinggian nilai kehidupan.

  15. Samb…. • Ideologi Moralisme: pemikiran tokoh-tokoh Cina seperti Konfusius, Meng Zi dan Xun Zi. Pada dasarnya, sifat semula jadi manusia itu boleh dibentukkan sama ada menjadi baik ataupun jahat. pandangan nilai orang Cina banyak dipengaruhi oleh pemikiran Konfusius, Dao dan Buddha yang merangkumi persoalan nilai etika, nilai moral, tatasusila dan tingkah laku.

  16. Asas Pandangan Nilai Masyarakat Cina • Dalam tamadun Cina, pandangan nilai-nilai tertentu sama ada yang berbentuk keagamaan dan tradisi mempengaruhi perkembangan dan kemajuan tamadun itu sendiri. • Antara pandangan nilai-nilai itu ialah nilai agama, kesedaran, ekonomi, politik, masyarakat, akhlak dan kejayaan.

  17. Nilai Perbuatan dan Moral Dalam Tamadun Cina • Menurut Lok Chong Hoe, “Kedua-dua falsafah China (Konfucius dan Mencius) dan Barat mempunyai pandangan sama terhadap identiti perbuatan yang bersifat moral.”

  18. Sambungan…. • “Kedua-dua falsafah China dan Barat menunjukkan dua syarat perlu yang mesti dipenuhi dalam setiap perbuatan manusia yang bersifat moral. Dan dua syarat perlu itu ialah: (i) Perbuatan yang moral mesti dilakukan kerana nilainya dan bukan kerana kita ingin mendapat keuntungan daripada perbuatan tersebut;

  19. Sambungan… • dan (ii) Perbuatan atau prinsip moral mestilah universal. Sesuatu prinsip itu hanya boleh menjadi prinsip moral jika ia menegaskan bahawa setiap manusia di dalam dunia ini mesti mematuhi dan mengikut prinsip tersebut. Tanpa syarat (i) dan (ii) sesuatu perbuatan itu tidak boleh dikira sebagai perbuatan yang bersifat moral.”

  20. Semangat Islam Hadhari • Semangat dan falsafah Islam Hadhari telah terjelma ketika itu lagi dengan adanya sikap bermuafakat, bermesyuawarah dan keadilan..... • ....dalam menjalani kehidupan secara bersama dengan aman, harmoni, saling menghormati dan memahami antara satu sama lain walaupun berbilang agama, bangsa dan keturunan.

  21. 1. Keimanan dan Ketaqwaan kepada Ilahi dan Hubungan Etnik • Hubungan etnik yang utuh lagi jitu akan dapat dibina sekiranya ia dijalin berteraskan ajaran agama bersekali dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.. • Islam sebagai Al-Din telah secara holistik mengintegrasikan hubungan kemanusiaan dan kemasyarakatan (termasuk komuniti dan hubungan etnik) dengan hubungan manusia-Allah, manusia-makhluk dan hubungan manusia-alam. • Justeru, hubungan kemanusiaan dan sosial sudah terkandung dalam ajaran Islam yang mementingkan perpaduan, perdamaian, keharmonian dan keamanan tanpa mengira bangsa, ras, kaum dan etnik. • Kesejahteraan hidup hanya akan dapat direalisasikan sekiranya manusia dan masyarakat berpandukan ajaran Allah s.w.t..

  22. Keimanan dan Ketaqwaan kepada Ilahi dan Hubungan Etnik • Islam mewajibkan penganutnya menjalin hubungan yang baik sama ada sesama Muslim ataupun dengan bukan Muslim. • Islam juga mengajarkan penganutnya agar menghindarkan diri daripada mewujudkan permusuhuan, perseteruan, perselisihan faham yang negatif dan fitnah.

  23. Keimanan dan Ketaqwaan kepada Ilahi dan Hubungan Etnik • Dengan kekuatan imanlah, orang Islam boleh menjalin hubungan dengan orang lain, bukannya dengan dasar keturunan atau pertalian darah atau kewarganegaraan semata-mata.

  24. 2. Kerajaan Adil dan Beramanah serta Hubungan Etnik • Dasar keadilan dan amanah kerajaan juga telah lama dilaksanakan dalam konteks memantap dan memperkukuhkan hubungan etnik. • Kerajaan Malaysia dalam ruang yang ada sejak daripada selepas Peristiwa 13 Mei 1969 berusaha membentuk perpaduan dan keutuhan masyarakat berbilang kaum yang mempunyai identiti nasional dan tidak menghalang hak-hak bukan Islam dalam menjalani semua aktiviti kehidupan. • Kepelbagaian budaya dan agama diterima sebagai satu entiti kekuatan bukannya melemahkan. Kerajaan juga sentiasa berwaspada dan berusaha mengelakkan ketegangan dan pergaduhan etnik walau apapun puncanya. • Respons kerajaan kepada tuntutan etnik minoriti sentiasa adil dan saksama, maka kerana itulah ketegangan dan perbalahan antara etnik dapat diatasi dengan bijak dan saksama.

  25. Kerajaan Adil dan Beramanah serta Hubungan Etnik • Kerajaan telah mengatur pelan dan strategi perpaduan melalui beberapa dasar sedia ada untuk membentuk masyarakat berbilang kaum yang utuh lagi padu. • Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) telah digubal sebagai garis panduan dalam membentuk, mengwujud dan mengekalkan identiti nasional negara dan masyarakat berbilang kaum yang bersatu padu. • Mengakui kerumitan pelaksanaannya, kerajaan meminta rakyat agar insaf serta faham tentang kepentingan perpaduan antara kaum dan perlunya dihakis kebudayaan kesukuan yang menidakkan kebudayaan nasional.

  26. 3. Rakyat Berjiwa Merdeka dan Hubungan Etnik • Setiap kelompok etnik menyumbang kepada perjuangan menuntut kemerdekaan. • Maka sebagai rakyat Malaysia, kita mestilah menghayati hakikat perjuangan tersebut dan sama-sama memastikan kesinambungan kemerdekaan negara dikecapi oleh generasi masa hadapan.

  27. Rakyat Berjiwa Merdeka dan Hubungan Etnik • Ancaman penjajahan pemikiran, ekonomi, politik dan budaya serta globalisasi negatif adalah dua musuh yang dihadapi oleh semua kelompok etnik di Malaysia. • Oleh kerana masalah yang ditimbulkan oleh keduanya sama-sama memberikan kesan buruk kepada setiap kelompok etnik, maka kelompok etnik yang bersatupadu akan lebih kuat menghadapi musuh-musuh ini.

  28. 4. Penguasaan Ilmu Pengetahuan dan Hubungan Etnik • Kerajaan sentiasa menganjurkan rakyatnya agar sentiasa menguasai ilmu pengetahuan. Islam mewajibkan umatnya untuk mencari dan menuntut ilmu pengetahuan. • Dalam konteks Malaysia, jalinan hubungan etnik akan menjadi lebih padu sekiranya masing-masing melihat signifikan hubungan etnik dalam konteks ilmu dan realiti, bukannya emosi, perasaan dan prasangka.

  29. Penguasaan Ilmu Pengetahuan dan Hubungan Etnik • Dialog tamadun atau dialog antara agama akan berlaku dengan wujudnya interaksi individu. Nabi Muhammad s.a.w. banyak menggunakan dialog dan hikmah ketika berhujah dengan orang Mushrikin Makkah. • Orang-orang Melayu tidak mempunyai masalah dalam interaksi tamadun. • Agama-agama lain seperti Buddha, Hindu dan Kristian dapat berkembang di Kepulauan Melayu kerana pemahaman orang Islam berasaskan ilmu Al-Quran yang mewajibkan bertoleransi dan menerima hakikat kepelbagaian agama dan keturunan dan hidup bersama dalam kerukunan, aman dan damai kecuali pada waktu darurat.

  30. Penguasaan Ilmu Pengetahuan dan Hubungan Etnik • Orang Melayu juga menerima bahasa kelompok etnik lain walaupun bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu. • Pakaian kebangsaan yang berasaskan kemelayuan diterima oleh semua kelompok etnik walaupun setiap kelompok etnik mempunyai pakaian etnik masing-masing. • Kerana Islam mengharuskan mengambil makanan yang halallah, orang-orang Melayu boleh menerima makanan orang asing (yang halal) seperti makanan segera Barat (asal daripada Barat), Char Koay Tiaw (asal daripada China) dan Tosai (asal daripada India). • Semua ini diterima oleh orang Islam berasaskan pemahaman ilmu.

  31. Penguasaan Ilmu Pengetahuan dan Hubungan Etnik • Tamadun India yang masyhur dengan falsafah dan matematik, tamadun Cina dengan ilmu hisab, perpuluhan dan aritmatik dan tamadun Islam yang menampilkan konsep angka dan meletakkan asas dalam matematik moden dan bidang astronomi cerapan telah bersama-sama menjayakan interaksi tamadun hasil daripada penguasaan ilmu pengetahuan. • Maka kelompok etnik Cina, India dan Melayu dan lain-lain sepatutnya tidak mempunyai masalah memperkukuh hubungan etnik di Malaysia hasil daripada interaksi sains dan teknologi dan interaksi budaya tamadun masing-masing terdahulu.

  32. Penguasaan Ilmu Pengetahuan dan Hubungan Etnik • YAB Perdana Menteri juga telah menawarkan Malaysia sebagai focal point untuk mengadakan usaha-usaha perbincangan terbuka berkaitan Islam. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005] • Maksudnya ialah sebagai pusat dialog antara agama ataupun dialog peradaban. • Usaha yang lebih perlu dilipatgandakan oleh berbagai pihak bermula daripada masyarakat awam, pemimpin masyarakat, pemimpin tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan institusi pendidikan untuk mengadakan dialog antara Muslim dan bukan Islam.

  33. Penguasaan Ilmu Pengetahuan dan Hubungan Etnik • YAB Perdana Menteri telah melahirkan keyakinannya, katanya: “Islam sebenar yang toleran, berkebajikan dan yang utama mengajarkan keamanan antarabangsa, keselamatan dan kerjasama akan melonjak. Orang-orang Islam di mana-mana sahaja bukan sahaja mempunyai kewajipan untuk mengembalikan kegemilangan Islam, bahkan menganjurkan rasa saling bersama antara satu sama lain di kalangan agama-agama di dunia.” [Ucapan YAB Perdana Menteri, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

  34. 5. Pembangunan ekonomi yang komprehensif dan seimbang serta Hubungan Etnik • Malaysia adalah sebuah masyarakat berbilang kaum yang sentiasa hidup dalam aman dan harmoni, penuh dengan perasaan saling menghormati dan bertoleransi. • YAB Perdana Menteri telah menekankan bahawa perkara ini tercapai bukanlah secara kebetulan tetapi menerusi pengurusan hubungan etnik berlandaskan perkongsian kuasa dalam pembentukan kerajaan dan penumpuan kepada pengurusan ekonomi yang mampan serta pembahagian ekonomi yang seimbang. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005]

  35. Dasar Ekonomi Baru • Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang mensasarkan pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat harus dilihat juga signifikannya dari sudut hubungan etnik. • Pencapaian DEB yang diharapkan iaitu 30 peratus pemilikan Bumiputera dalam semua bidang dan peringkat ekonomi akan memobilasikan Bumiputera untuk bergerak maju dan berdaya saing seiring dengan bukan Bumiputera. Status sosial dan pendapatan Bumiputera diharapkan akan setara dengan bukan Bumiputera. • Objektif penyusunan semula masyarakat yang menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik akan dapat direalisasikan. Sebab itu, DEB harus dilihat signifikannya daripada sudut hubungan etnik.

  36. Sambungan • Pelan dan strategi pembangunan jangkamasa pendek dan panjang akan memberi impak yang positif kepada keutuhan perpaduan kaum. • Antara dasar berkaitan ialah seperti Dasar Pembangunan Nasional (DPN), Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta Penduduk, Dasar Pertanian Nasional Ketiga (1998-2010), Halacara Baru Dalam Pembangunan Kampung dan Luar Bandar, Dasar Urbanisasi Negara (DUN), Dasar Sains dan Teknologi Negara dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.

  37. Sambungan • Pembentukan dan kejayaan integrasi nasional sepatutnya juga dilihat kepada pelaksanaan dan kejayaan Dasar Sosial Negara, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Ekonomi Baru, Dasar Wawasan Negara dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan secara komprehensif di mana setiap komponen masyarakat majmuk dan kerajaan turut sama menyumbang dan berbakti. • Semua dasar negara akan tercapai sekiranya orang Islam memahami bahawa asas keimanan dan ketaqwaan kepada Ilahi adalah pemangkin kepada kehidupan bermasyarakat dan bernegara.

  38. Kemajuan Pembangunan Malaysia East Corridor of Economic Region (ECER) - RM112 billion

  39. 6. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • Hubungan etnik yang baik akan menyumbang kepada kehidupan yang berkualiti. • Berdasarkan kepada Indeks Kualiti Hidup Malaysia, kita dapati hubungan etnik boleh dikaitkan dengan banyak perkara dalam kehidupan kita. Indeks Kualiti Hidup Malaysia merangkumi 11 aspek iaitu:

  40. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • 1. Dunia pekerjaan – Hubungan etnik boleh dimantapkan dengan menjalin hubungan yang baik di tempat kerja. • Dalam aspek pekerjaan, semua kaum mendapat peluang yang sama rata untuk memberikan tenaga dan bakti dalam apa jua profesion.

  41. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • 2. Pengangkutan dan komunikasi – Kemalangan jalanraya kadangkala mengakibatkan perbalahan berasaskan sentimen etnik. Ini perlu dielakkan, biarlah mahkamah menentukan sesiapa yang bersalah ataupun tidak. • Berbudi bahasa dan bersopan santun di jalanraya dan ketika menggunakan pengangkutan awam adalah amalan mulia dan amalan kesedaran sivik yang tinggi. Alat telekomunikasi seperti fax, telegraf, e-mail dan SMS boleh menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik.

  42. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • 3. Kehidupan berkeluarga – Individu yang baik dan beradab akan melahirkan keluarga yang baik. Keluarga yang baik akan melahirkan komuniti dan masyarakat yang baik. • Masyarakat yang baik adalah pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan negara. Di Malaysia, walaupun keakraban keluarga semakin baik, setiap ahli keluarga perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga kelompok etnik yang lain.

  43. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • 4. Keselamatan dan ketenteraman awam – • Rakyat pelbagai kaum mestilah sama-sama memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan mengelakkan daripada menjadi pencetus kepada perselisihan faham ataupun konflik etnik, menimbulkan provokasi ataupun isu-isu sensitif.

  44. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • 5. Pendapatan dan pengagihannya – Kita mendapat tempat untuk mencari rezeki hasil daripada kemakmuran dan kesejahteraan negara yang diusahakan pemerintah dan rakyat dengan izin Allah s.w.t.. • Tidak lagi timbul rasa cemburu dan iri hati kerana kita sama-sama menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara. Wang pembayar cukai digunakan untuk membangunkan keluarga, masyarakat dan juga negara.

  45. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • 6. Kesihatan – • Isu-isu seperti HIV AIDS, dadah, sakit jantung dan kanser melibatkan semua kaum. • Kita mesti bersatu untuk memerangi dan menanganinya.

  46. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • 7. Pendidikan – Bidang pendidikan sendiri sama ada di peringkat rendah, menengah dan tinggi adalah satu wadah yang boleh digunakan untuk menyatupadukan kaum. • Secara teorinya, semakin tinggi pendidikan seseorang itu, semakin tinggilah juga kesedaran dan amalan dalam memperkasa hubungan etnik dan intra etnik.

  47. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • 8. Perumahan – Terdapat kecenderungan pembeli rumah membeli rumah di kawasan kelompok etnik sendiri. Sikap ini perlu dibendung kerana ia boleh mengwujudkan polarisasi kaum. • Banyak kawasan perumahan yang mempunyai pelbagai kelompok etnik. Maka usaha perlu dijalankan untuk memperkukuh hubungan etnik di kawasan kediaman terlebih dahulu.

  48. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • 9. Alam sekitar – Isu alam sekitar sebaiknya ditangani secara bersama. • Kempen gotong royong pembersihan taman perumahan yang melibatkan pelbagai kelompok etnik boleh mengwujudkan semangat dan sikap kerjasama berkumpulan dan tolong menolong.

  49. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • 10. Penglibatan sosial – Kerja-kerja sukarela sama ada di peringkat komuniti dan masyarakat boleh mengwujudkan sikap sayang menyayang dalam konteks hubungan etnik. • Begitu juga kerja sosial dan pembangunan komuniti dan masyarakat.

  50. Kehidupan Berkualiti dan Hubungan Etnik • 11. Budaya dan hiburan – Program kebudayaan dan hiburan yang melibatkan penyertaan pelbagai kelompok etnik mestilah sentiasa digalakkan kerana ia boleh memperkukuhkan hubungan etnik.

More Related