1 / 26

12 Ramadhan , 1429 bersamaan 12 September, 2008

Siri 36/2008 Khutbah Jumaat (Multimedia). RAMADHAN MENJANA UMMAT BERTAQWA. 12 Ramadhan , 1429 bersamaan 12 September, 2008. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu hptt//www.e-khutbah.terengganu.gov.my. HARI KE 12 DI BULAN RAMADHAN.

gudrun
Télécharger la présentation

12 Ramadhan , 1429 bersamaan 12 September, 2008

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Siri 36/2008 Khutbah Jumaat (Multimedia) RAMADHAN MENJANA UMMAT BERTAQWA 12 Ramadhan, 1429 bersamaan 12 September, 2008 Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu hptt//www.e-khutbah.terengganu.gov.my

  2. HARI KE12 DI BULAN RAMADHAN • Kesyukuran kepada Allah dapat menjalani ibadat puasa. • Berlumba-lumbalah mengambil kesempatan melakukan aktiviti berfaedah dan amalan soleh. • Yakinlah dengan kelebihan bulan berkat ini dengan anugerah Allah yang sangat besar dan bernilai tinggi.

  3. Sabda Rasul S.A.W. أَتَاكُمْ رَمَضَانُ شَهْرُ بَرَكَةٍ يَغْشَاكُمُ اللهُ فِيْهِ فَيُنْزِلُ الرَّحْمَةَ وَيُحِطُّ الْخَطَايَا وَيَسْتَجِيْبُ فِيْهِ الدُّعَآءَ،يَنْظُرُ إِلَى تَنَافُسِكُمْ فِيْهِ وَيُبَاهِيْ بِكُمْ مَلآئِكَتَهُ،فَأَرَوُا اللهَ مِنْ أَنْفُسِكُمْ خَيْرًا.فَالشَّقِىُّ مَنْ حُرِّمَ فِيْهَ رَحْمَةَ اللهِ عَزَّوَجَلّ. Maksudnya: “Telah mengunjungi kamu Ramadhan bulan berkat. Allah mendatangi kamu semua di bulan ini lalu melimpahkan rahmat, menghapuskan kesalahan-kesalahan dan memperkenankan doa pada bulan ini. DIA memerhati kamu berlumba-lumba (membuat kebajikan dan amal soleh) pada bulan ini.DIA bermegah-megah kepada para Malaikatnya kerana (kebuktian) kamu. Maka hendaklah kamu sekelian memperlihatkan kepada Allah akan amal yang terbaik daripada diri kamu. Adalah malang sekalian orang yang diharamkan rahmat Allah di dalam bulan ini.”

  4. KETAATAN DAN KEYAKINAN DALAM IBADAT PUASA ADALAH SUATU PROSES KE ARAH PENINGKATAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH

  5. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 183 …. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

  6. TAQWA MUDAH DIUNGKAP, SUKAR DIPEROLEHI • Berusahalah untuk meningkatkan seberapa banyak amalan mendekatkan diri kepada Allah. • Perbanyakkan bertadarus Al-Quran, solat tarawih, bersedekah dan amalan lain yang boleh menyumbang kepada masyarakat.

  7. Bermakna: “Takut kepada Allah dan beramal dengan mentaati-NYA”. • Dari segi istilah:“تقوى“ Maksudnya, (Bertaqwa itu) bahawa seseorang itu menghindarkan dirinya daripada apa-apa yang membawa kemurkaan tuhan dan menjauhi apa jua yang membahayakan dirinya dan mendatangkan bahaya kepada pihak yang lain. TAQWA

  8. KENAPA PERLU TAKUT KEPADA KEMURKAAN ALLAH? • Kerana Allah Pencipta kita. • Allah mengurnia dan menyediakan segala keselesaan untuk hidup kita di bumi ini. • Allah Pemurah dan Menyayangi umat beriman. • Berlumbalah melakukan apa jua keredhaan-NYA.

  9. PUASA RAMADHAN & AMALAN SUNAT • Terjemahan kepada rasa taat dan kasih kepada Allah Taala. • Kesungguhan dan keikhlasan melakukan ibadat puasa dan amal kebajikan akan terbentanglah puncak kemuliaan “TAQWA”.

  10. MANTAPKAN KASIH SAYANG DAN KETAQWAAN KEPADA ALLAH MELALUI PERKARA-PERKARA BERIKUT :- • Tunai ibadat puasa dan lain-lain ibadat dengan keikhlasan. • Tingkatkan syahsiah diri. • Berusaha menjadikan diri kita sebagai ummat penyumbang. • Jauhi dari perkara-perkara mendatangkan bahaya dan kerosakan. • Hindar diri melukakan perasaan atau memudaratkan orang lain.

  11. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah Ayat 176 …. أَعُوْذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْم لَّيْسَ الْبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمْ قِبَلَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَلَـكِنَّ الْبِرَّ مَنْ آمَنَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَالْمَلآئِكَةِ وَالْكِتَابِ وَالنَّبِيِّينَ وَآتَى الْمَالَ عَلَى حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَالسَّآئِلِينَ وَفِي الرِّقَابِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَالْمُوفُونَ بِعَهْدِهِمْ إِذَا عَاهَدُواْ وَالصَّابِرِينَ فِي الْبَأْسَآء والضَّرَّآء وَحِينَ الْبَأْسِ أُولَـئِكَ الَّذِينَ صَدَقُوا وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُتَّقُونَ

  12. Maksudnya:- “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak Timur dan Barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan Hari Akhirat dan segala Malaikat dan segala Kitab dan sekalian Nabi dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantardalam perjalanan dan orang-orang yang memintadan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi dan mengerjakan seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian dan ketabahanorang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan fisabilillah. (orang-orang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan) dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.”

  13. AminYaRabbalAalamin Tuhan Yang MemperkenankanDoaOrang-Orang Yang Taat, BerilahTaufikKepadaKami Di DalamMentaatiMu, AmpunilahKepadaMereka Yang MemohonKeampunan.

  14. KHUTBAH KEDUA

  15. Pesanan Khatib….. • Manfaatkan masa atau waktu di bulan Ramadhan. • Tunai ibadat dengan penuh keikhlasan. • Lakukan amal kebajikan mengharapkan semata-mata kerana Allah. • Jauhi tingkah laku yang merendahkan mutu ibadat puasa.

  16. Pengampunan dosa-dosa terdahulu. • Dimakbulkan doa. • Rahmat tidak putus-putus. • Sentiasa mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

  17. Surah Al-Imran Ayat 133:- وَسَارِعُواْ إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ Maksudnya: “Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa.”

  18. Ya Allah Ya Tuhan Kami! Melalui Nama-Namamu Yang Maha Indah Dan Melalui Sifat-Sifatmu Yang Maha Agung, Ampunkanlah Segala Dosa Dan Kealpaan Kami. Kurniakanlah Kepada Kami Taufik Hidayah Yang Berterusan Agar Dengannya Dapat Kami Menyempurnakan Tugas-Tugas Hamba Dan Khalifah Yang Engkau Amanahkan Kepada Kami.

  19. Firman Allah Surah Al-Ahzab , Ayat : 56 "إِنَّ اللَّهَ وَمَلآئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَآ أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا". Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya sentiasa berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w., wahai orang-orang yang beriman! Berselawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan ke atasnya dengan sepenuhnya.

  20. Ya Allah, Ampunilah Orang Mukmin Lelaki Dan Perempuan Samada Yang Masih Hidup Atau Yang Telah Meninggal. Sesungguhnya Engkau Maha Mendengar Lagi Memperkenankan Doa.

  21. Ya Allah, Peliharakanlah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al Marhum Sultan Mahmud Al Muktafibillah Shah Dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Peliharakanlah Zuriat-zuriatnya Serta Kaum Kerabatnya.

  22. Ya Allah, Peliharakanlah Pemangku Raja, Tengku Mohammad Ismail Ibna Al-Wathiqi Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Dan Selamatkanlah Pemimpin-Pemimpin Kami Serta Seluruh Umat Islam di Negeri dan Negara Kami.

  23. Ya Allah,muliakanlah Islam danorang-orangIsl,am, hinakanklahkesyirikandanorang yang syirik,musnahkanlahmusuh-musuh Allah danmusuh-musuh agama. Ya Allah bukakanlahpintukebenarandiantarakamidanmasyarakatkami. Ya Allah, KurniakanlahKepadaKamiKebaikan Di Dunia Dan Kebaikan Di Akhirat Serta HindarilahKami Dari SeksaNeraka.

  24. Wahaihamba-hamba ALLAH… Sesungguhnya ALLAH menyuruhberlakuadil, danberbuatkebaikan, sertamemberibantuankepadakaumkerabatdanmelarangdaripadamelakukanperbuatan-perbuatankejidanmungkarsertakezaliman. Iamengajarkamu (dengansuruhandanlarangannyaini) supayakamumengambilperingatanmematuhinya.

  25. MakaIngatlah Allah Yang MahaAgungNescayaDiaAkanMengingatimu Dan Bersyukurlah Di AtasNikmat-nikmatnyaNescayaDiaAkanMenambahkanLagiNikmatItuKepadamu, danPohonlah Dari Kelebihannya, NescayaAkanDiberikannyaKepadamu. Dan SesungguhnyaMengingati Allah ItuLebihBesar (Faedah Dan Kesannya) Dan (Ingatlah) Allah MengetahuiApa Yang KamuKerjakan.

  26. “Lurus Dan RapatkanSafAndaKeranaSaf Yang SamaTermasuk Di DalamKesempurnaanSolat.”

More Related