510 likes | 903 Vues
MAKNA ?AQIDAH. Sesungguhnya ?aqidah dan keimanan adalah ?kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh kepada pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari." (ms 2). MASYARAKAT BER'AQIDAH. Ia adalah batu asas kepada ?
E N D
1. MUAMALAT ISLAM TUNTUTAN AQIDAH MANTAP Zainudin Jaffar PhD
Penyelaras Pengajian Siswazah
Fakulti Perdagangan, Ekonomi dan Dasar
Universiti Brunei Darussalam.
2. MAKNA AQIDAH Sesungguhnya aqidah dan keimanan adalah kepercayaan yang meresap ke dalam hati, dengan penuh keyakinan, tidak bercampur syak dan ragu, serta memberi pengaruh kepada pandangan hidup, tingkah laku dan perbuatan sehari-hari.
(ms 2)
3. MASYARAKAT BERAQIDAH Ia adalah batu asas kepada binaan masyarakat Islam, yang mesti sentiasa dipelihara, dilindungi dan diperkukuhkan (tathbit) dan dikembangluaskan di dalam ufuk kehidupan manusia. Masyarakat beraqidah itu semestinya masyarakat yang penuh iltizam (komitmen) terhadap aqidahnya.
(Ms 2)
4. Ramuan Kepada Aqidah Mantap Tahap terbaik adalah tahap yakin yang teguh, tidak dapat digugat oleh apa jua faktor, menjadi kukuh kerana taat dan runtuh kerana maksiat. Iman yang teguh mesti dibaja dan disuburkan dengan ilmu yang berguna (al-ilm al-nafi), iman yang benar (al-iman al-sadiq),ibadah yang ikhlas (al-ibadah al-khalisah), peribadi yang mantap (al-khuluq al-qawim) akan melahirkan buah yang lumayan. (ms 4)
5. IMAN DAN NATIJAHNYA .tidakkah engkau lihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perumpamaan iaitu kalimah yang baik (kalimah tawhid) adalah seumpama sebatang pohon yang baik, pangkalnya (akar tunjang) tetap teguh (asluha thabit) dan cabang pucuknya menjulang ke langit (wa faruha fi l-sama). Pokok itu mengeluarkan buahnya pada setiap musim dengan izin Tuhannya. Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mengambil pengajaran). (ms 4)
6. NATIJAH IMAN SEMPURNA Manusia mumin yang mampu memiliki iman seumpama pokok yang sihat sejahtera (shajarah tayyibah) akan berpotensi meraih kedudukan (maqam) insan salih iaitu insan pemilik aqidah kukuh bukannya yang liar dan lalai, mengikut telunjuk hawa nafsu sehingga urusan hidupnya menjadi melampau.
Imannya bukan sekadar pemikiran dan teori atau pernyataan kata-kata tetapi ia dibuktikan dengan amal salih [setiap amal yang akan membawa kebaikan kepada individu dan masyarakat, untuk urusan dunia dan akhirat].
Iman itu juga akan menjadi impetus kepada budaya wasiat, dengan kebenaran (haqq) dan dengan kesabaran (sabr).
(Ms 4)
7. TASAWWUR ISLAMI - KEMESTIAN Memahami Peranan aqidah dalam kehidupan mesti dimulakan dengan usaha untuk memiliki gambaran umum Islam (tasawwur Islami) secara tuntas.
Ramai lagi manusia termasuk yang Islam yang gagal memahami hakikat bahawa Islam adalah suatu carahidup (way of life) yang mengatur kehidupan secara komprehensif menurut pedoman Al-Quran dan Sunnah dan sumber-sumber Shariah lainnya, demi kejayaan di dunia dan di akhirat (hasanah fi l-dunya wa hasanah fi l-akhirah).
(ms 5)
8. MANA l-HAYAH Ertinya makna kehidupan.
Manusia bermula dari mana, hendak ke mana, memikul tugas apa, di mana kesudahannya dan lain-lain.
Hidup dengan segala kelengkapan termasuk umur dan jasad, adalah untuk membolehkan manusia memainkan peranan seabagai hamba dan khalifah, menjadikan dunia tempat menyediakan bekalan untuk akhirat, menguruskan dunia tetapi tidak ditipu olehnya, menjadi kaya dan berharta sehingga menjadi wahana berbuat taat dan kebajikan.Tawhidic Majlis Ilmu.doc (ms 5)
9. ERTI HAYAATAN TAYYIBAH : sesiapa yang beramal salih, dari kalangan lelaki atau wanita, sedangkan ia beriman (dengan sebenar-benarnya), Kami (Allah) akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas mereka, dengan memberi pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan Al-Nahl (16) : 97. (ms 5)
10. IMPAK IMAN: SIKAP & PENDIRIAN Firman Allah dalam surah an-Nur (24): 51 ucapan orang yang beriman itu, apabila mereka dipanggil oleh Allah dan RasulNya untuk diputuskan perkara di antara mereka, hanya mengatakan : kami dengar dan kami patuh, itulah orang yang beruntung.
Firman Allah dalam surah al-Ahzab (33): 36 dan bagi orang beriman lelaki dan wanita, apabila Allah telah memutuskan seuatu perkara, tiadalah boleh memilih kemahuan sendiri dalam urusan mereka (ms 7)
11. SAMBUNGAN>>>> Firman Allah dalam surah an-Nisa (4): 65 ..maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad) mereka tidaklah (disifatkan) beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak berasa di hati mereka rasa berat atas apa yang engkau putuskan dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
Firman Allah dalam surah al-Hujurat (49):15 sesungguhnya orang yang beriman itu ialah mereka yang beriman kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka tidak ragu-ragu dan sentiasa berjuang (jihad) dengan harta dan dirinya di jalan Allah. Itulah orang-orang yang benar-benar beriman (al-sadiqun)
(ms 7)
12. Sambungan>>>> Firman Allah dalam surah al-Anam (6): 125 maka barangsiapa yang hendak dipimpin oleh Allah, nescaya dibukakan hatinya untuk (beramal dengan) Islam dan siapa yang hendak dibiarkan sesat oleh Allah, dijadikan Allah dadanya sesak sempit, seperti orang yang naik ke tempat tinggi
(ms 7)
14. DIMENSI-DIMENSI IHSAN Ihsan dalam konteks nilai insaniah
Ihsan tahap tinggi adalah kualiti diri
Salahlaku akan di balas di dunia dan akhirat
Kesalahan Terhadap Anak Adam mesti ada penyelesaian langsung.
Ms 8-9
15. MAKNA MUAMALAT (ms 10) Muamalat adalah kata jamak dari perkataan muamalah yang bermaksud : interaksi, hubungan antara dua pihak, transaksi, kira bicara dan sebagainya. Jika digunakan makna literal, istilah ini sangat luas kerana segala macam hubungan dan interaksi adalah termasuk di bawah kategorinya. Namun begitu istilah ini telah digunakan secara khusus untuk aspek ekonomi, bisnes dan urusniaga dengan spektrum yang begitu luas. [1] Antara maknanya: treatment, procedure; social intercourse; social life; association with one another; behavior; conduct (toward others); business; transaction; mutual relations,; business relations.
16. MUAMALAT ISLAMIYYAH Muamalat pula telah diberikan sifat dan cirinya dengan istilah Islamiyyah atau Shariyyah yang menandakan urusniaga itu mempunyai titikmula, proses, amalan dan matlamat yang patuh-Shariah (Shariah Compliant) mengikut sumber dan tradisi jurisprudens Islam sepertimana yang dibahaskan ulama sepanjang zaman
Ms 10
17. EMPAT KOMPONEN Professor al-Qaradawi dalam Dawr al-Qiyam wa l-Akhlaq fi l-Iqtisad al-Islami (Peranan Nilai dan Akhlaq Dalam Ekonomi Islam) telah mengutarakan empat komponen ekonomi Islam (termasuklah mu`amalat) iaitu rabbani (berteraskan ketuhanan), akhlaqi (berteraskan nilai dan etika), insani(berteraskan faktor manusia) dan wasati (seimbang dan equilibrium). (ms 11)
19. Rabbani Ertinya berteraskan aqidah dan di mana ianya menjadi faktor yang dominan. Ia adalah faktor pemula, ia adalah matlamat akhir dan cara dan kaedah muamalat tersebut mestilah mengikut Shariah seperti diperintahkan Allah.
Muamalat mesti menjadi khadam kepada aqidah. Setiap pengamal muamalat mesti berdiri dalam lingkungan yang diizinkan oleh batas-batas hukum Allah dalam semua urusniaga yang dijalankannya.
Dia mesti sentiasa konsisten (istiqamah) berada di daerah kehalalan dan mengawal diri dari daerah keharaman. Dia juga mesti menguruskan soal yang samar (shubhah) dengan tindakan tegas menjauhi (ittiqa al-shubuhat)
Ms 11
20. Kuasa Kawalan Diri Daya kawalan dalaman (al-wazi al-dakhili) akan berfungsi dengan berkesan dalam mempastikan seseorang itu sentiasa menjaga batasan hukum dalam muamalatnya.
keperluan pendidikan keimanan (tarbiyyah imaniyyah) yang hidup dan efektif sehingga melahirkan orang yang wara dan zuhd dalam ertikata sangat teliti dan cermat dalam menjaga batas Shariah bukan yang menolak dunia dan kejayaan bisnes, seperti yang disalahfahami ramai orang.
Ms 11-12
21. Kuasa Kawalan Diri (2) Juga yang ditekankan ialah konsep istikhlaf (manusia adalah pemegang amanah, harta tetap milik mutlak Allah) yang akan menyebabkan manusia tidak mempunyai kebebasan tanpa had dalam mentadbir hartanya.
Disiplin pancaran iman mengatasi disiplin kerana penguatkuasaan otoriti.
22. Akhlaqi Berteraskan nilai akhlak dan etika sehingga setiap aktiviti muamalat akan sentiasa mengambil kira aspek kawalan.
Soal nilai ini tidak pernah dipisahkan dari ekonomi dan bisnes malah akan terus terikat dengannya.
Prinsip nilai dan akhlak ini mencerminkan pendidikan Islam terhadap manusia mumin sehingga melahirkan sense of justice and fairness (perasaan adil dan saksama), disiplin dan etika serta kejujuran dan ketelusan yang maksimum dalam sebarang transaksi.
Mereka bukan sahaja melihat kepada kejayaan tetapi juga nilai kemanusiaan, keberkatan dan juga kepatuhan (compliance) terhadap ajaran Islam secara keseluruhan.
(ms 12)
23. Insani Berkisar dalam isu-isu manusiawi. Manusia adalah makhluk Allah yang banyak kelebihan dan banyak kekurangan dan mereka mesti menjaga diri agar tertonjol sebagi insan yang baik, bukan sebaliknya. Kemaslahatan manusia adalah fokus tetapi dengan mengambilkira agar tiada pertentangan dengan Shariah
(ms 12)
24. SHARIAH IKTIRAF URF Urf atau amalan lazim manusia di pelbagai lokaliti dan budaya telah diberikan posisi yang selayaknya sebagai sumber hukum sehingga zahirnya kaedah fiqh yang berbunyi : al-adah muhakkamah.
Ia bermaksud, amalan lazim atau customary practices telah diiktiraf sebagai suumber hukum selama mana ia tidak bertentangan dengan prinsip dasar dan ruh Shariah itu sendiri.
Dengan cara ini, Shariah telah meraikan kemaslahatan manusia tanpa merongkaikan prinsip teras dalam perundangan Islam.
25. Wasati Ciri yang mewakili keseimbangan atau equilibrium. Ini sangat bertepatan dengan fitrah manusia, yang terbina atas gabungan jasad dan ruh sekaligus mengesahkan bahawa mesti ada keseimbangan antara kedua-dua unsur.
Keseimbangan antara aspek material -spiritual, antara kejayaan duniawi - ukhrawi, antara kepentingan diri -masyarakat (atau jamaah), antara kecemerlangan bisnes -keberkatan hidup, antara pematuhan hukum - economic viability dan sebagainya. (ms 12-13)
26. CIRI PASAR ISLAM Ciri unggul pasar-pasar masyarakat Islam adalah kepatuhan mutlak mereka kepada hukum-hakam yang telah digariskan oleh Shariah, menjaga batas-batas (hudud) agar tidak dilanggar atau dilimpasi dan sentiasa mengimbangi antara usaha mencari keuntungan duniawi dan ukhrawi.
Fokus juga diberikan kepada tanggungjawab memberikan ruang yang seluas mungkin untuk keaktifan pasaran dan kemampuan setiap peserta pasaran dalam perniagaannya dengan syarat hukum dan etika Islam dipatuhi dengan sempurna. (ms 14-15)
27. MUAMALAT & IJTIHAD Rasulullah SAW telah menyampaikan garis-garis panduan hukum muamalat yang Allah sampaikan lewat al-Quran walaupun dalam jumlah firman yang tidak besar kuantitinya, demi memberikan ruang kepada prasarana ijtihad untuk berperanan dalam menangani dan meladeni keperluan bisnes yang sentiasa berubah dengan begitu dinamik sekali. (ms 15)
28. TUNTUTAN MUAMALAT ISLAMIYYAH [ms 15-18] (1)Tuntutan mematuhi hukum teras halalnya jual beli (bay) dan haramnya riba
(2)Tuntutan mematuhi rukun dan syarat transaksi termasuk kesaksian
(3)Tuntutan mencari untung ruhani dan tidak hanyut dengan pencarian untung bisnes dan duniawi semata-mata
29. SAMBUNGAN>>> (4)Tuntutan agar muamalah berlaku dengan cara yang betul dan sah
(5)Tuntutan agar gerun akan balasan Allah bagi salahlaku
(6)Tuntutan menghormati kontrak yang dimetrai
(7)Tuntutan mematuhi garis panduan mengenai hutang (termasuk al-rahn dan dokumentasi kontrak)
30. SAMBUNGAN>>> (8)Tuntutan agar taat Kepada Hukum dan Beretika Dalam Semua Keadaan
(9)Tuntutan agar sedar kutukan Allah terhadap mereka yang menipu dalam urusniaga khasnya soal timbangan dan sukatan
(10)Tuntutan agar menginsafi bahawa harta adalah milik Allah (konsep istikhlaf) dan manusia hanyalah pemegang amanah
31. SAMBUNGAN>>> (11)Melahirkan keberanian dan keyakinan
(12) Technical know how (kepakaran dalam sesuatu) tidak dapat diasingkan dari keperluan technical know who (dalam konteks ini bermaksud jaringan atau network bukannya bergantung kepada faktor connection atau cable
32. FAHAMI AWLAWIYYAT[ms 17-18] Konsep tawakkal yang tepat (tambat unta sebelum berharap doa agar ia selamat) mesti difahami kerana ramai orang masuk bisnes dengan melebihkan majlis doa selamat dan menggantung ayat seribu dinar dari aspek persiapan fizikal, keilmuan, pelan bisnes, khidmat nasihat pakar dan sebagainya.
33. HADAMKAN AYAT SERIBU DINAR [ms 17-18] Orang yang memiliki aqidah dan memahami prinsip awlawiyyat (priority) mesti tahu bahawa adalah lebih utama menghadamkan mesej dan makna ayat seribu dinar (surat al-Talaq (65): 2-3) dan mengambil faedah dari luas dan mendalamnya gagasan ajaran yang di datangkannya.
Jika difahami dengan baik, ia akan menjadi bekalan kekuatan dalam menghadapi gelombang bisnes, menyumbang kepada daya tahan (endurance dan resilience), upaya membaca pasaran, mengatur strategi dan menguruskan risiko kejayaan pasti dicapai..
34. IMPAK TAQWA DALAM HIDUP Firman Allah Barangsiapa bertaqwa kepada Allah (dengan mematuhi segala perintahNya dan menjauhi laranganNya) nescaya Allah akan mendorong baginya jalan keluar dari kesulitan (makhrajan) dan Dia (Allah) akan menganugerahkan rezeki kepadanya dari (sumber) yang tiada diduga. Barangsiapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya dan akan melipatgandakan pahala baginya.
ms17
35. KESAN LAIN TAQWA [ms 18] Al-Talaq (65) : 2-3. Allah juga menjanjikan banyak kelebihan lain bagi orang yang bertaqwa dan memperkasakan sifat ini dalam hidup mereka
Allah sentiasa menyertai mereka (al-Baqarah(2) : 194);
Orang bertaqwa akan dianugerahi ilmu oleh Allah (al-Baqarah(2) : 282);
Orang bertaqwa mampu membezakan antara kebenaran dan kesesatan dan ditebus/disucikan dosanya (al-Anfal (8) :29; dijamin keselamatan dari api neraka (Maryam (19) : 71-72);
Dipermudahkan Allah segala urusan (al-Talaq (65) : 4); dijanjikan ganjaran yang besar termasuklah syurga (al-Talaw (65) : 5; Maryam (19) : 63; Muhammad (47) : 15) dan diisytiharkan Allah sebagai orang paling mulia di sisinya melalui ayat 13 SUrah al-Hujurat : Sesungguhnya orang yang amat mulia di antara kamu pada pandangan Allah ialah orang yang paling bertaqwa.
36. APPLIKASI MUAMALAT BARU Dalam rekod jurisprudens, kita temui mereka telah menggunakan teknik fiqh al-muamalat untuk memudah dan melancarkan bisnes mereka Ibn Abidin misalnya orang yang mula-mula memperkenalkan konsep takaful buat melindungi risiko mereka yang belayar membawa barang dagangan, jauh lebih awal sebelum marine insurance dikembangkan di Barat
Dalam konteks menjalankan bisnes di tanah asing, para fuqaha juga mengembangkan amalan mencari penjamin tempatan melalui konsep daman al-wajh atau mencari rakan kongsi setempat dengan mengapplikasikan apa jua kaedah muamalat yang sesuai mudarabah, musharakah, musaqah dan sebagainya.
Ms 18.
37. Tuntutan Al-Sunnah : Muamalat Adil dan Beretika [ms 20] (1)Memperkasakan satu piawai dalam etika dan seruan agar manusia beretika dalam semua situasi.
(2) Sentiasa berusaha membersihkan niat dan meluruskannya.
(3) Menjaga, Membersih dan Menguruskan hati.
(4) Agama adalah berbudayakan Nasihat.
38. Tuntutan Al-Sunnah : Muamalat Adil dan Beretika [ms 20] (5)Mengukayahkan ketaatan semaksima dan sebaik mungkin.
(6) Mencari keberkatan dalam bisnes dan dalam hidup.
(7) Amaran baginda mengenai peserta pasaran (market participants).
(8) Rasulullah prihatin dan memeriksa pasar, memberi amaran dan pendidikan.
39. SAMBUNGAN>>> Rasulullah prihatin dan memeriksa pasar, memberi amaran dan pendidikan.
Motivasi bagi peniaga yang jujur dan amanah
Aqidah dan Shariah Mendorong Kecemerlangan
Rasulullah dan tanda aras (benchmark) dalam aspek business acumen, integriti, kejujuran dan kerja gigih dlm operasi bisnes.
40. KEWANGAN ISLAM KINI Tidak syak lagi adalah tuntutan aqidah.
Migrasi atau usaha kembali kepada Shariah dalam bidang kewangan adalah tanggungjawab besar.
Kewangan (dan perbankan Islam) ini jangan ditangani secara mekanikal tetapi secara holistik dan mempunyai ruh dan semangat bersendikan motivasi aqidah.
Ms 23
41. KEWANGAN ISLAM Pakej perkhidmatan lengkap sebagai satu sistem, bukan lagi semata-mata produk.
Berasaskan anjakan paradigma bukan setakat pemakaian istilah fiqh Islami berbahasa Arab.
Kewangan Islam yang merangkumi Perbankan Islam, Takaful, Pasaran Modal Islam dan Pasaran Wang Islam, satu prasarana lengkap. [ms 23]
43. KEWANGAN ISLAM - PEMANGKIN Pertumbuhan bidang muamalat maliyyah(kadangkala dipanggil muamalat masrafiyyah) telah menjadi pemangkin usaha mengembalikan kegemilangan tamaddun Islam khasnya dalam mempergunakan kembali khazanah ilmu fiqh dan jurisprudens
Ms 23
44. PENDIDIKAN KEWANGAN ISLAM Fiqh al-muamalat hanya dipelajari secara teori (atau jika diamalkan, agak terhad skopnya).
Kini ia dipelajari dengan menggabungkan teori dan amalan. Pendekatan ini juga telah mengubah kurikulum pengajaran di sekolah dan universiti demi memberikan pelajar-pelajar nilai tambah dalam memahami peranan baru bidang ini masakini ms2
45. FIQH MUAMALAT UNTUK SEMUA Fiqh al-Muamalat (bersama Usul al-Fiqh dan Qawaid Fiqhiyyah) juga telah menjadi satu kemestian khususnya bagi pengamal kewangan Islam, para pengawalselia (regulators), pengamal undang-undang, para akuantan dan auditors dan sebagainya
Disiplin ini juga mesti dimasyarakatkan kerana kejayaan Kewangan Islam terletak di atas sokongan umat yang berilmu.
46. KEWANGAN ISLAM Kejayaan bergantung kepada faktor kawal selia (regulation & supervision), etika dan urustadbir korporat (corporate governance), pengurusan risiko dan sebagainya.
Ketelusan (transparency) reporting, piawai akaun, Shariah audit dsb.
Perkhidmatan cemerlang, kerana Islam adalah itu budaya sebenar dalam sistem Islam. [ms 24]
47. BRUNEI DARUSSALAM[ms 25-26] Penyertaan yang serius dan bermakna.
Faktor utama Kepimpinan Raja di samping faktor lain MIB, Islam Ugama Rasmi (art.3 Perlembagaan 1959), msy kuat ugama dsb.
Jadi, atas asas inilah Beta sangat-sangat berhasrat untuk menaikkan satu tanggungjawab kerajaan di dalam urusan kewangan Islam