1 / 15

Julat Teori Perakaunan

Julat Teori Perakaunan. Pelbagai kerangka mengenai perakaunan wujud; menimbulkan pelbagai interpretasi terhadap teori dan amalan perakaunan Perakaunan sebagai rekod bersejarah:

kathie
Télécharger la présentation

Julat Teori Perakaunan

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Julat Teori Perakaunan • Pelbagai kerangka mengenai perakaunan wujud; menimbulkan pelbagai interpretasi terhadap teori dan amalan perakaunan • Perakaunan sebagai rekod bersejarah: Teori ini lebih mementingkan penyediaan rekod urusniaga sesebuah entiti yang betul berasaskan andaian konservatisme, keobjektifan, ketekalan’ pemerhatian terhadap amalan akauntan yang lepas & piawai perakaunan NHashim....UPM....30.1.2007

  2. PERAKAUNAN SEBAGAI SATU BAHASA - Tidak mungkin diajar dalam kelas linguistik - Teori ini beranggapan perakaunan sebagai satu bahasa untuk pihak pengurusan berkomunikasi dengan pihak-pihak lain seperti pemegang saham & peminjam NHashim....UPM....30.1.2007

  3. PERAKAUNAN SEBAGAI POLITIK KORPORAT - Teori ini mencermin dan menyokong nilai dan keperluan kumpulan spesifik yang ada kepentingan peribadi - Maklumat perakaunan disediakan & digunakan sebagai sumber untuk pembentukkan dasar syarikat terutama dalam membuat keputusan & memperjuangkan objektif pihak pengurusan NHashim....UPM....30.1.2007

  4. PENETAPAN PIAWAI PERAKAUNAN ADALAH BERPOLITIK - Mengikut teori ini, pihak pengurus akan melobi piawai perakaunan yang dapat menambahkan kepentingan mereka; dan - memilih teknik perakaunan yang akan memaksimumkan utiliti mereka Rumusan: Piawai perakaunan merupakan hasilan proses politik bukan bertujuan untuk mewujudkan kecekapan teknikal NHashim....UPM....30.1.2007

  5. PERAKAUNAN SEBAGAI MITOS • Teori mendakwa masyarakat menggunakan sistem perakaunan sebagai sumber untuk memperkukuhkan kepercayaan mereka, dan • Sebagai satu cara bagi menjustifikasikan, merasionalkan & meluluskan keputusan yang hanya akan memajukan kepentingan tertentu individu dan masyarakat sahaja NHashim....UPM....30.1.2007

  6. PERAKAUNAN SEBAGAI ILMU SIHIR • Mengikut teori ini di bawah lapisan yang rasional, perakaunan & maklumat perakaunan yang memenuhi fungsi pembuat keputusan moden menjadi sebahagian daripada upacara masyarakat seakan sama dengan upacara yang mengkorbankan binatang untuk memenuhi kehendak bomoh; atau pun TANGGAPAN BAHAWA • Perakaunan boleh membuat penyata kewangan menunjukkan keadaan lain daripada keadaan yang sebenarnya NHashim....UPM....30.1.2007

  7. PERAKAUNAN SEBAGAI MAKLUMAT MENGKOMUNIKASIKAN KEPUTUSAN - Teori ini mengandaikan perakaunan itu berorientasikan tindakan • Laporan perakaunan disediakan mengikut cara yang sesuai untuk kehendak pengguna, dan • Akan mempunyai impak terhadap perlakuan pengurus dan pelabur dalam membuat keputusan NHashim....UPM....30.1.2007

  8. PERAKAUNAN SEBAGAI BARANGAN EKONOMI • Teori ini menganggapkan perakaunan sebagai sebahagian daripada satu set maklumat yang lebih luas, yang merangkumi bidang makroekonomi, politikal, percukaian dan maklumat spesifik yang ada kesan terhadap prestasi sesebuah firma • Maklumat perakaunan perlu kos untuk penyediaannya, dan piawai perakaunan mengenakan kos pematuhan NHashim....UPM....30.1.2007

  9. PERAKAUNAN SEBAGAI BARANGAN EKONOMI • Jenis peraturan yang diperkenalkan akan menetapkan siapa yang akan menanggungi kos & faedahnya • Maka pengurus melobi untuk atau menentang piawai,akan memilih peraturan perakaunan yang meminimumkan kos penyediaan maklumat • Pemegang saham & peminjam akan mengenakan peraturan yang meningkatkan kawalan & dapat memantaukan tindakan pihak pengurus NHashim....UPM....30.1.2007

  10. PERAKUANAN SEBAGAI KOMODITI SOSIAL • Teori ini mendakwa perakaunan memberi kesan kebajikan kepada kumpulan yang beza-beza dalam masyarakat & boleh menjadi sebagai agen perubahan sosial • Angka bagi firma, & angka yang dikeluarkan oleh badan pembuat peraturan, mendorong atau menghalang pelaburan yang berbeza-beza dalam industri NHashim....UPM....30.1.2007

  11. PERAKAUNAN SEBAGAI KOMODITI SOSIAL • Juga mempunyai impak yang berbeza yang merentasi industri dan firma • Memberi kesan terhadap kebajikan firma, pekerja & masyarakat • Boleh menghalang atau membantu dasar kerajaan dalam melaksanakan mandat sosial mereka NHashim....UPM....30.1.2007

  12. PERAKAUNAN SEBAGAI IDEOLOGI & MEMPUNYAI UNSUR EKSPLOITASI - Mengikut teori ini, perakaunan adalah alat ideologi sesebuah masyarakat kapitalis. • Ia mengekal dan memperkukuhkan struktur masyarakat & menawarkan teknik untuk mengeksploitasikan dan merampas kemewahan demi menyokong kumpulan elit yang berkepentingan tetapi merugikan pihak pekerja dan masyarakat pada amnya NHashim....UPM....30.1.2007

  13. PERAKAUNAN SEBAGAI KELAB SOSIAL • Teori ini menegaskan bahawa prinsip perakaunan, piawai & masyarakat wujud untuk: • Menggalakkan kepentingan kumpulan dan matlamat akauntan • Menjanakan budaya profesional dan menambahkan lagi monopoli ke atas pengetahuan profesional • Meninggikan lagi imej akauntan sebagai profesional yang berkelayakkan NHashim....UPM....30.1.2007

  14. JULAT TEORI PERAKAUNAN Rumusan Teori berbeza-beza menimbulkan interpretasi yang berkonflik mengenai: • Ciri semulajadi perakaunan • Kepentingannya • Bagaimana perakaunan telah dan seharusnya dibangunkan NHashim....UPM....30.1.2007

  15. RUMUSAN • Mengrumitkan lagi untuk mendapatkan satu teori perakaunan yang berstruktur, tersusun dan menyeluruh yang boleh diterima umum NHashim....UPM....30.1.2007

More Related