1 / 49

PERAKAUNAN AA015 BAB 2 : KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

PERAKAUNAN AA015 BAB 2 : KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN. Objektif. Menjelaskan makna prinsip perakaunan diterima umum dan kepentingannya. Menjelaskan konsep-konsep asas perakaunan.

nanji
Télécharger la présentation

PERAKAUNAN AA015 BAB 2 : KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PERAKAUNAN AA015 BAB 2 :KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN

  2. Objektif Menjelaskan makna prinsip perakaunan diterima umum dan kepentingannya. Menjelaskan konsep-konsep asas perakaunan. Menjelaskan persamaan perakaunan dan definisi aset, liabiliti, ekuiti pemilik, hasil, belanja dan ambilan serta kesannya. Menganalisis kesan transaksi perniagaan ke atas persamaan asas perakaunan. Menerangkan sistem catatan bergu. Menjelaskan hukum debit dan kredit.

  3. KONSEP-KONSEP ASAS PERAKAUNAN Prinsip Perakaunan Diterima Umum Konsep-konsep Perakaunan Persamaan Perakaunan Sistem Catatan Bergu Soalan Pengukuhan

  4. Peraturan yang perlu dipatuhi dalam perakaunan. Panduan untuk mengukur, merekod dan melaporkan aktiviti ekonomi. Merangkumi konvensyen, konsep, peraturan, prosedur dan garis panduan yang standard. Situasi yang sama akan diukur, direkod dan dilapor dengan cara yang sama oleh semua akauntan. TUJUAN Maklumat yang dilaporkan dalam Penyata Kewangan lengkap, boleh dipercayai, difahami dan untuk tujuan membuat perbandingan. Prinsip Perakaunan Diterima Umum

  5. KONSEP-KONSEP PERAKAUNAN RUMUSAN

  6. Konsep-Konsep Perakaunan Materialiti Realisasi Pemadanan Konservatisme / Pruden Pendedahan Penuh Keobjektifan Kos Sejarah Pengukuran Wang Stabil Entiti Berasingan Usaha Berterusan Ketekalan Tempoh Perakaunan

  7. Aset direkod pada harga kos asal atau pada masa dibeli. Sebab – objektif dan boleh dibuktikan. Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kereta dengan harga RM20,000 pada 21 Ogos 2005. Harga pasaran meningkat kepada RM25,000 pada keesokannya. Apakah nilai yang harus direkod oleh Perniagaan AA. Kenapa? Penyelesaian: Nilai yang direkod adalah RM20,000 kerana nilainya telah dipersetujui dan bersamaan dengan tarikh berlakunya urusniaga belian. Kos Sejarah (Historical Cost)

  8. Wang digunakan sebagai alat pertukaran dan direkodkan dalam buku perakaunan dan ia dianggap stabil. Contoh: Satu urusniaga telah berlaku dalam Perniagaan AA tetapi nilainya dalam wang tidak dapat dipastikan. Akauntan perniagaan membuat keputusan tidak merekod urusniaga tersebut sehingga nilai dalam wang dapat dipastikan. Penyelesaian: Tindakan tersebut adalah tepat kerana pelaporan urusniaga perlu dipastikan dan dilaporkan dalam nilai wang yang tepat dan nilai ini tidak akan diubah mengikut nilai inflasi. Pengukuran Wang (Monetary Unit)

  9. Perniagaan dan pemilik adalah dua entiti yang berbeza. Perniagaan tiada kaitan dengan hak peribadi pemilik . Contoh: En AA membeli sebuah kereta untuk kegunaan isterinya. Beliau telah merekodkan pembelian ini ke dalam rekod perniagaanya. Selain itu semua perbelanjaan minyak petrol untuk kereta tersebut turut direkod dalam buku perniagaannya. Penyelesaian: En. AA tidak mematuhi konsep entiti berasingan. Pembelian kereta dan perbelanjaan minyak petrol adalah perbelanjaan peribadi bukannya perbelanjaan perniagaan. Ia tidak boleh direkod dalam buku perniagaannya. Entiti Berasingan (Separate Entity)

  10. Perniagaan ditubuhkan untuk diteruskan dan dimajukan. Tidak dibubarkan dalam jangka pendek. Menilai aset tetap secara berterusan dalam operasi perniagaan untuk menghasilkan pendapatan. Contoh: Perniagaan AA membeli sebuah kenderaan berharga RM20,000 dengan anggaran jangka hayatnya selama 10 tahun. Harga pasaran kenderaan tersebut adalah RM25,000. Adalah dicadangkan kenderaan tersebut disusutnilaikan untuk tempoh 5 tahun kerana perniaagaan dijangka akan dibubarkan dalam jangkamasa tersebut. Penyelesaian: Cadangan ditolak kerana bertentangan dengan konsep usaha berterusan. Kenderaan perlu direkod pada nilai RM20,000 dan disusutnilaikan selama 10 tahun kerana perniagaan diandaikan akan beroperasi untuk jangkamasa yang tidak boleh ditetapkan Usaha Berterusan (Going Concern)

  11. Kekalkan semua kaedah yang digunakan. Tujuan – mudah buat perbandingan antara tahun-tahun lepas dan firma lain. Laporan itu adil dan dapat dipersembahkan. Contoh: Perniagaan AA menggunakan kaedah garislurus dalam menilai susutnilai semua aset tetap syarikat. Syarikat bercadang untuk menukar kaedah penilaian kepada kaedah baki berkurangan untuk semua aset tetap. Adakah tindakan ini mematuhi konsep ketekalan? Penyelesaian: Tidak mematuhi konsep ketekalan, kerana sesuatu kaedah yang telah digunakan perlu diteruskan penggunaannya untuk tahun-tahun seterusnya. Ketekalan (Consistency)

  12. Perniagaan disediakan untuk satu tempoh biasanya 12 bulan, membolehkan prestasi entiti dapat diukur dan dibandingkan. Contoh: Perniagaan AA telah ditubuhkan pada 1 Januari 2006. Perniagaan ini menutup akaun perniagaannya setiap 12 bulan iaitu pada 31 Disember setiap tahun. Jelaskan konsep perakaunan yang terlibat. Penyelesaian: Tindakan ini adalah amalan biasa perniagaan dan ia memenuhi konsep tempoh perakaunan di mana penyata kewangan disediakan untuk setiap 12 bulan. Tempoh Perakaunan (Accounting Period)

  13. Dianggap material atau tidak dari segi nilai (angka) dan maklumat jika ia boleh mengubah keputusan yang akan dibuat oleh pembuat keputusan. Penentuan materialiti:- a) perlu buat bandingan. b) imbangan dari segi saiz, ciri-ciri dan sifat. Contoh: Dua peralatan telah dibeli pada harga RM10 dan RM10,000 masing-masing. Usia guna dijangkakan selama 10 tahun. Dicadangkan kedua-dua peralatan disusutnilaikan selama 10 tahun. Berikan pendapat anda. Penyelesaian: Menurut konsep materialiti adalah tidak material untuk mengira susutnilai ke atas peralatan berharga RM10. Ia lebih sesuai dilaporkan sebagai belanja. Sementara RM10,000 adalah material untuk disusutnilaikan selama 10 tahun. Materialiti (Materiality)

  14. Realisasi (Realisation) Hasil hanya diambilkira jika ia benar-benar berlaku. Kriteria:- berlaku pertukaran hakmilik. pembeli sanggup bayar. kestabilan nilai matawang. pembeli berupaya bayar. Contoh: En AA adalah pengusaha tembikar. Beliau telah menerima tempahan 100 pasu tembikar dan telah menerima bayaran sebanyak RM100. Beliau telah merekodkan tempahan tersebut dan mengiktiraf hasilnya pada tarikh tempahan diterima. Berikan pendapat anda. Penyelesaian: En AA tidak boleh mengiktiraf tempahan tersebut sebagai hasil kerana urusniaga pertukaran hak milik belum berlaku dan bayaran tersebut hanyalah sebagai deposit. Tindakannya tidak menepati konsep realisasi.

  15. Belanja yang dikeluarkan untuk mendapatkan hasil untuk tempoh yang sama. Tujuan – ketahui jumlah sebenar hasil & belanja untuk sesuatu tempoh perakauanan. . Contoh: En AA tidak merekodkan belanja utiliti dalam bulan Disember sebanyak RM 2000 kerana bil hanya diterima dalam bulan Januari berikutnya. Penyelesaian: Tidak mematuhi konsep pemadanan kerana belanja tempoh semasa perlu direkodkan dalam tempoh perakaunan semasa. Pemadanan (Matching/Accrual)

  16. Jika ada jangkaan dalam kerugian akan diambilkira tetapi jangkaan keuntungan tidak diambilkira. Aset tidak terlebih nyata dan liabiliti tidak terkurang nyata Contoh: Perniagaan AA telah disaman dan peguam syarikat menjangkakan syarikat akan kalah dalam perbicaraan tersebut dan dijangka perlu membayar RM10,000 sebagai pampasan. Apa pendapat anda? Penyelesaian: Jangkaan kerugian tersebut perlu dicatat dalam Penyata Kewangan. . Konservatisme / Pruden (Conservatism / Prudent)

  17. Mendedahkan semua fakta penting yang berkaitan dengan organisasi. Contoh: Perniagaan AA telah membuat perubahan dalam kaedah penilaian stok yang digunakan. Syarikat tidak mendedahkan perkara ini dalam penyata kewangan bagi tempoh perakaunan berkenaan. Penyelesaian: Tindakan ini tidak mematuhi konsep pendedahan penuh di mana perubahan yang dibuat itu perlu dilaporkan dalam nota kepada akaun. Tujuannya adalah untuk memaklumkan perubahan yang berlaku kepada pengguna penyata kewangan. Pendedahan Penuh (Full Disclosure)

  18. Semua data perakaunan harus ada bukti yang menyokong berlakunya urusniaga. Tujuan – elak daripada akauntan beri pendapat yang subjektif dan tidak tepat. Rekod boleh dipercayai benar dan tepat. Contoh: Perniagaan AA menjalankan dasar di mana hanya urusniaga tunai sahaja dikeluarkan resit, tetapi bagi urusniaga pemulangan barang jualan tiada sebarang dokumen dikeluarkan. Beri pendapat anda. Penyelesaian: Syarikat tidak mematuhi konsep objektiviti untuk urusniaga pemulangan barang jualan kerana semua urusniaga yang berlaku perlu disahkan dengan pengeluaran dokumen tertentu. Selain sebagai bukti ia juga dapat memudahkan perekodan dibuat. Objektiviti (Objectivity)

  19. RUMUSAN Konsep-konsep asas dalam perakaunan menjadi garis panduan yang diterima umum dan dipraktiskan sebagai satu standard yang universal. Konsep-konsep ini penting bagi memastikan penyediaan penyata kewangan yang standard kepada pengguna maklumat perakaunan.

  20. PENGKELASAN AKAUNDALAM SESUATU ENTITI Rumusan • PERSAMAAN PERAKAUNAN • Rumusan

  21. Pengkelasan Akaun Dalam Sesuatu Entiti

  22. Hasil (Revenues) Segala perolehan daripada jualan barang atau penyediaan perkhidmatan. 2 jenis hasil iaitu:- Hasil Pengendalian Pernigaaan Contoh:- Jualan, hasil perkhidmatan Hasil Bukan Pengendalian Perniagaan Contoh:- Faedah diterima, simpanan, sewa diterima, untung atas jualan aset tetap

  23. Belanja (Expenses) Kos atau pembayaran dalam memperolehi hasil. 2 jenis belanja iaitu:- Belanja Operasi Contoh:- Kadar bayaran / utiliti, Belanja Jualan, Angkutan Keluar Belanja Bukan Operasi Contoh:- Faedah atas Overdraf

  24. Harta /sumber yang dimiliki oleh perniagaan. Aset dibahagikan kepada dua:- 1. Aset Bukan Semasa Aset yang tahan lama dan boleh digunakan untuk beberapa tahun. Terbahagi kepada 2:- Aset ketara/nyata/tetap – Dapat dilihat secara fizikal. Contoh:- Bangunan, kenderaan, peralatan Aset tak ketara – Tidak dapat dilihat secara fizikal. Contoh:- Tanda dagang, paten, hak cipta Aset (Asset)

  25. 2. Aset Semasa Wujud dalam satu tempoh perakaunan dan boleh ditukar menjadi tunai dalam tempoh setahun. Sentiasa berubah bentuk dan nilai. Contoh :- Inventori, Akaun Belum Terima, Tunai, Bank dan sebagainya.

  26. LIABILITI (LIABILITY) Hutang / obligasi perniagaan yang perlu dibayar oleh entiti kepada pihak lain. Liabiliti dibahagikan kepada 2 jenis:- 1. Liabiliti Jangka Panjang ( > 1 tahun) Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh yang melebihi satu tahun. Contoh:- Pinjaman jangka panjang, gadai janji

  27. 2. Liabiliti Semasa ( < 1 tahun) Hutang yang perlu dijelaskan dalam tempoh kurang dari setahun. Contoh:- Akaun belum bayar, Belanja utiliti belum bayar, overdraf.

  28. EKUITI PEMILIK(OWNER’S EQUITY) - Tuntutan pemilik ke atas perniagaan. Ia termasuk : Modal yang dilaburkan oleh pemilik ke dalam perniagaan. Untung bersih hasil daripada kegiatan perniagaan.

  29. Elemen-elemen yang terlibat dalam ekuiti pemilik : Modal Terdiri daripada aset-aset yang diletakkan dalam perniagaan oleh pemilik. Ia akan menambahkan ekuiti pemilik. Ambilan Pemilik mengeluarkan wang tunai atau barang niaga untuk kegunaannya sendiri. Kesannya akan mengurangkan nilai ekuiti pemilik. Untung Belanja Kesannya akan mengurangkan ekuiti pemilik. Hasil Kesannya akan menambahkan nilai ekuiti pemilik.

  30. RUMUSAN Terdapat 5 kumpulan utama akaun-akaun di dalam Penyata Kewangan untuk keperluan perekodan akaun perniagaan iaitu: Hasil Belanja Aset Liabiliti Ekuiti Pemilik

  31. Persamaan Perakaunan Tanpa Hasil Dan Belanja ASET = LIABILITI + EKUITI PEMILIK

  32. Contoh:- 1. Memulakan perniagaan dengan modal tunai RM 1,000 ASET = LIABILITI + EKUITI Tunai Modal +1000 +1000 Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah 2. Pemilik mengeluarkan RM 100 tunai untuk kegunaannya ASET = LIABILITI + EKUITI Tunai Ambilan -100 -100 Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang

  33. 3. Perniagaan meminjam dengan En. BB sebanyak RM3,000 dan diberikan cek. ASET = LIABILITI + EKUITI Tunai Pinjaman +3000 +3000 Kesannya: Asetbertambah : Liabilitibertambah 4. Perniagaanmembayarpinjaman RM 100 secaratunai ASET = LIABILITI + EKUITI Tunai Pinjaman -100 -100 Kesannya: Aset berkurang : Liabiliti berkurang

  34. Persamaan Perakaunan Mengambilkira Hasil dan Belanja Aset = Liabiliti + Modal + Hasil - Belanja - Ambilan

  35. Contoh: 1. Perniagaan membuat jualan secara kredit kepada CC Agensi bernilai RM2,000 ASET = LIABILITI + EKUITI A/K belum Terima Jualan +2000 +2000 Kesannya: Aset bertambah : Ekuiti bertambah (Peningkatan HASIL) 2. Perniagaan menerima bil telefon sebanyak RM90 ASET = LIABILITI + EKUITI Bel. Telefon terakru Belanja telefon +90 -90 Kesannya: Liabiliti bertambah : Ekuiti berkurang (Peningkatan BELANJA)

  36. 3. Pemilik perniagaan En. JJ mengambil wang tunai sebanyak RM150 untuk kegunaannya sendiri. ASET = LIABILITI + EKUITI Tunai Ambilan -150 -150 Kesannya: Aset berkurang : Ekuiti berkurang (Peningkatan Ambilan)

  37. RUMUSAN Persamaan Perakaunan adalah asas utama kepada penyediaan semua rekod-rekod perakaunan. Semua catatan urusniaga di dalam rekod-rekod perakaunan perlu mengekalkan keseimbangan Persamaan Perakaunan ini.

  38. SISTEM CATATAN BERGU (DOUNBLE ENTRY) Rumusan

  39. Bergu bererti berpasangan dan sistem catatan bergu adalah satu sistem yang melibatkan catatan debit dan catatan kredit. Definisi Catatan Bergu

  40. Prinsip Sistem Catatan Bergu DEBIT = Catatan sebelah KIRI akaun KREDIT = Catatan sebelah KANAN akaun Format Akaun T : Tajuk Akaun DEBITKREDIT

  41. Hukum Debit Dan Kredit Akaun Rekod Catatan Baki Normal ASET  DEBIT DEBIT  KREDIT LIABILITI  KREDIT KREDIT  DEBIT

  42. Hukum Debit Dan Kredit Akaun Rekod Catatan Baki Normal EKUITI PEMILIK  KREDIT KREDIT  DEBIT HASIL  KREDIT KREDIT  DEBIT BELANJA  DEBIT DEBIT  KREDIT

  43. Contoh:- 1. Pemilik memulakan perniagaan dengan tunai RM 1,000 Aset = Liabiti + Ekuiti Pemilik Tunai (Debit) = Modal (Kredit) 2. Membeli peralatan pejabat secara tunai RM 150 Peralatan (Debit) = Tunai (Kredit) Akaun Tunai Akaun Modal 1. 1000 1. 1000 2. 150 Akaun Peralatan 2.150

  44. Mengira Baki Akaun - T Contoh:- Akaun Tunai Baki b/b 0 1000 150 h/b850 1000 1000 b/b 850

  45. Terdapat 2 jenis baki iaitu: 1. Baki Normal Baki normal sesuatu akaun adalah di sebelah di mana peningkatan akan direkodkan Contoh:-Aset – disebelah DEBIT Liabiliti dan Ekuiti di sebelahKREDIT 2. Baki Tidak Normal Baki adalah disebelahbertentangan dari baki normal

  46. RUMUSAN Mengikut Sistem Catatan Bergu jumlah sebelah debit akan sama dengan jumlah sebelah kredit. Dalam merekod urusniaga mesti mematuhi peraturan merekod dalam Sistem Catatan Bergu iaitu hukum debit dan kredit. Dengan itu, sistem catatan bergu akan terjadi secara automatik dan persamaan perakaunan akan seimbang. Akaun – T adalah satu cara merekod urusniaga secara sistematik.

More Related