1 / 50

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL. MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE 2014. Week 2. Teori Etika Teori & Objektif Utilitarianism Konsep-konsep yg di tengahkan Implikasi konsep-konsep terhadap komuniti Teori & Objektif Deontologikal Konsep-konsep yg di tengahkan

yitta
Télécharger la présentation

PENDIDIKAN MORAL

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENDIDIKAN MORAL MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE 2014

  2. Week 2 • TeoriEtika • Teori & ObjektifUtilitarianism • Konsep-konsepygditengahkan • Implikasikonsep-konsepterhadapkomuniti • Teori& ObjektifDeontologikal • Konsep-konsepygditengahkan • Implikasikonsep-konsepterhadapkomuniti

  3. Topik for week 2

  4. Teori Utilitarianisme • Definisi: Utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral). • Teori ini merupakan suatu aliran atau dimensi di bawah teori etika Teologikal yang juga dikenali sebagai consequentialism. • Ia adalah doktrin moral yang mengkehendaki manusia supaya bertindak untuk menghasilkan kebaikan secara maksimum. • Kebaikan ini termasuklah kegembiraan atau keseronokan kepada semua pihak. • Tindakan dikatakan sebagai bermoral jika ia menghasilkan kegembiraan yang maksimum.

  5. Pengasas-pengasas

  6. Jeremy Bentham (1748-1832) merupakan pengasas bagi teori ini dan seterusnya dikembangkan oleh John Stuart Mill (1806-1873). • Jeremy Bentham, mengatakan bahawa manusia dikuasai dan dipengaruhi kesenorokan serta kesakitan, manakala kemoralan ialah usaha mencari kebahagiaan, iaitu kesenorokan. • Bentham mengenalpasti 7 elemen yang perlu dipertimbangkan untuk mengukur keseronokan mencipta kalkulus Hedonistik Bentham yang memberi skala antara –10 hingga +10. • Elemen yang dimaksudkan oleh Bentham ialah: intensiti, jangka masa, kepastian, kesegeraan, kesedaran, keberkesanan dan had atau batasan.

  7. i) Bentham 7 elemen yang mestidipertimbangkan; 1. kedalaman (intensity) 2. kelamaan (duration) 3. kepastian (certainty) 4. kesegeraan (propinguity) 5. kesedaran (fecundity) 6. keberkesanan (purity) 7. had (extent)

  8. 1. Kedalaman (Intensity)  Berapadalamkahkesanpengalamanterhadapsetiaporang.  Contoh: Kenarompakadalahsatupengalaman yang tidakmenyenangkan. Katakan 10 markahbagimenggambarkanperasaanmangsaanda. Menetapkanmarkahagaksukarkeranaiamelibatkanperasaan yang pelbagai.

  9. 2. Kelamaan (Duration) Berapalama keseronokanataukesengsaraanakanberakhir? Kenarompakmerupakanpengalaman yang pahitdansukaruntukdilupakan. Keseronokanandajugatidak lama sehinggaandamemerlukanwanglagi. Andajugaakanmerasabersalahdiataskesalahan yang telahandalakukandankadangkalamemakanmasaagak lama.

  10. 3. Kepastian (Certainty) • Berapapastikeseronokandankesengsaraan yang timbuldaripadatindakanmerompaktersebut?  Kenarompakpastiakansengsara. Kepastianandabercampur – aduk. Andamestipastikanandatidakakanditangkapterlebihdahulusebelumandabolehmerasaperasaan yang lain.

  11. 4. Kesegeraan (propinquity)  Berapacepat?  Mangsaandaakanterusmerasakesengsaraansebaiksahajakenarompak. Andaakanmengambilseketikauntukseronok.

  12. 5. Kesedaran (Fecundity)  Bagaimanakahkemungkinanperasaanseronokdimasahadapan?  Perempuantuaagaksusahhati, tetapimungkinsetelahdipujukolehkaumkeluarganya, lama-kelamaandiaakanmerasaseronok.

  13. 6. Keberkesanan (Purity)  Bagaimanakahkemungkinanperasaansengsaradimasahadapan? Bagimangsakenanganiniakanmembuatkandiamerasatakutdanrisau. Andaakan rasa bersalahdangusarsekiranyaditangkaptetapitidaklahseterukperempuantuatadi.

  14. 7. Had (extent)  Berapabanyakkesengsaraandankeseronokandihasilkandalamkehidupanorang lain?  Keluargaperempuantersebutakanterkejutdengankejadiantersebut.

  15. ii) Mill • Beliau membezakan antara keseronokan dengan memasukkan aspek kualiti. Mill mengukur kualiti dan kuantiti sekaligus. Menurut Mill, petunjuk kualiti keseronokan adalah seperti tinggi/rendah, baik/buruk, baru/lama objektif/subjektif. • Faktoryang boleh mempengaruhi keseronokan pula ialah kecerdikan, pendidikan, sensitiviti, bermoral dalam tindakan dan kesihatan yang baik. • Beliau memperihalkan utilitarianisme seperti berikut: Prinsip Kebahagiaan Terbanyak  yang menekankan bahawa sesuatu perlakuan itu benar atau baik mengikut kadar atau perimbangan kebahagiaan yang dimajukan dan dihasilkan oleh perlakuan itu. • Kesenorokan (bebas daripada kesakitan) sebagai natijah atau hasil yang benar, baik dan yang diidamkan.

  16. Jenis dan Ciri-ciri Utilitarianisme • Utilitarianisme menggangap bahawa sesuatu perbuatan baik atau jahat bolehnya  disukat. Pada peringkat paling rendah dipanggil ‘act utilitarinisme’. Kita harus bertanya kepada diri sendiri mengenai kesan akibat sesuatu tindakan dalam keadaan tertentu ke atas pihak-pihak yang terlibat sebelum sebarang tindakan diambil. Sekiranya tindakan tersebut menghasilkan kebaikan maka ia dianggap betul.

  17. Jenis-jenis Utilitarianism: Act utilitarianism: • Ciri yang pertama adalah merekodkan akibat sesuatu perbuatan sama ada bermoral atau sebaliknya berdasarkan kajian kes. Ciri ini dipanggil act utilitarianism. Misalnya aktiviti riadah dengan menonton televisyen mungkin dianggap tidak bermoral kerana masa tersebut sepatutnya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang bermanfaat seperti kerja kebajikan. Hedonistic utilitarianism: • Ciri yang kedua pula ialah mengambil kira kegembiraan, kesan daripada suatu tindakan dianggap bermoral. Ini kerana Bentham berpendapat, untuk menentukan benar atau salah (moraliti) tingkah laku individu, ianya perlu mengambil kira kesan dan akibatnya. Misalnya tindakan atau perbuatan yang boleh meningkatkan ciri kesetiaan dan persahabatan, sehingga mencetuskan ciri kegembiraan. Memutuskan persahabatan tetapi membahagiakan kedua-dua pihak yang terlibat adalah suatu yang dianggap bermoral. • Istilah yang selalunya dikaitkan dengan Teori Utilitarianisme adalah seperti berikut: (a.) Istilah kebaikan: Pengalaman kesenorokan mestilah dikaitkan dengan kebaikan dan pengalaman kesakitan dikaitan dengan kejahatan. (b.) Istilah kebahagiaan:  Menyamakan kesenorokan dengan kebahagiaan.

  18. Act Utilitarianisme  6 faktaberkaitanutilitarianisme; 1. jumlahbersih yang besar & tinggidigunakan 2. kesan yang berbezakepadaindividu yang lain 3. perbuatandibenarkandisisi moral diwaktu kecemasan. 4. untukkeperluanjangkapendek & panjang 5. bertindakberdasarkanjangkaankebahagiaan yang mungkindihasilkan. 6. memilihtindakanperlumelihatkesannyakeatasdirikita.

  19. Contoh yang berkaitan (a.)   Pandangan peperangan dalam konsep Utilitarianisme Dalam memutuskan kemoralan melancarkan peperangan tertentu, seseorang itu mesti menimbangkan kemudaratan dan kebaikan yang mungkin terhasil. Peperangan dianggap wajar dari segi moral jika hasilnya membawa kebahagiaan dan kelebihan yang melebihi kesengsaraan dan penderitaan. Contohnya, utilitarianisme menyokong tindakan mengebom bandar Hiroshima (walaupun banyak yang tidak berdosa berkoban) untuk menamatkan perang dunia kedua. Hal ini kerana jika pihak Jepun menang, dunia ini akan hilang sifat kemanusiaan dan kezaliman yang berleluasa. (b.)  Pandangan tentang peraturan yang bermoral   Sesuatu peraturan yang ditentukan mesti memaksimunkan keseronokan bagi semuayang terlibat. Misalnya, peraturan memakai seluar pendek di dalam kampus perguruan. (c.)  Tindakan mencuri Contohnya kalau seseorang itu mencuri wang daripada seseorang yang kaya dan kedekut dan kemudian di agihkan kepada si miskin di anggap baik, kerana bilanganorang yang beruntung adalah melebihi daripada seseorang kaya yang kena curi.

  20. Hedonisme • Adalahkeyakinanklasikbahwakenikmatan, kebahagiaanataukesenanganadalahkebaikantertinggidalamkehidupan. • IstilahHedonismesendiriberasaldarikataYunaniyang bermaknakesenangan. • Epicurus, tokohutamaHedonismepercayabahwamanusiaseharusnyamencariberbagaikesenangan, kebahagiaandankenikmatanfikiransertakeseimbangantubuh. • Katanya, orangbijakharusmenghindari kesenangan2 yang akhirnyaakanberujungpadapenderitaan.

  21. Kelemahan-kelemahan teori ini

  22. Teori Egoisme • Definisi: TeoriEgoisme (Egoism) inimerujukkepadasebarangperbuatan yang dilakukanolehseseorangitusemata-matauntukmemanfaatkandirisendiri. Seseorangitutidakakanmempedulikanperasaanorang lain tidakkiraorangitudilayandenganburukataupunbaik. Matlamat yang terutamaialahuntukmemberikanfaedahkepadadirisendiri.

  23. Pengasas • Friedrich Wilhelm Nietzsche (1844 – 1900), ialah seorang ahli falsafah yang mengkritik utilitarianisme. Bagaimanapun, beliau lebih kuat menentang kemoralan sosial iaitu yang berasaskan tradisi dan peraturan masyarakat.

  24. Nietzche mengenal pasti dua kumpulan besar manusia iaitu kumpulan rakyat jelata yang miskin dan kumpulan bangsawan yang kaya. Kumpulan rakyat jelata adalah ramai dan lemah. Manakala golongan bangsawan ini minoriti tetapi kuat. Oleh itu, rakyat jelata ini selalunya menyimpan perasaan benci dan dendam terhadap gologan bangsawan ini. • Hal ini telah menyebabkan kaum bangsawan melihat diri mereka sebagai durjana dan jahat. Mereka melihat nilai asal mereka (individualisme atau egoisme) sebagai salah. Usaha rakyat memperkenalkan peraturan moral ini mengandungi konsep seperti pengorbanan diri, rasa bersalah, suara batin, kepercayaan agama dan lain-lain. Bagi Nietzsche, mencipta tuhan atau menyedarkan wujudnya tuhan dan agama yang melindungi golongan rakyat ini adalah hasil daripada pemberontakan. Jadi, rakyat berjaya menjadikan etika dan kemoralan yang salah itu menjadi benar yang berpunca daripada perundangan tuhan. • Jadi, sesuatu tindakan itu mesti menguntungkan diri. Nietzsche ialah seorang egois yang mahu melihat kaum bangsawan untuk berkembang dan menjadi tuan kepada kod etika, peraturan dan undang-undang moral.

  25. Mengapakahbeliauberpendapatsebegitu? • Beliaumerupakanseorangahlifalsafah yang mengkritikkuatterhadapteoriUtilitarianisme. Iniadalahkeranaasaspemikiranutilitarianismesangatlahmementingkankesansesuatuperbuatanterhadapmajoritimasyarakat. • Nietschelebihmementingkanindividu. • Beliaujugakuatmenentangteorikemoralansosialdanmenyifatkannyasebagaikemoralanhambaabdikeranaindividu-individutelahdisekathakkebebasanmereka. • Dalamteorikemoralansosial, setiapindividudiwajibkanuntukmenurutsegalaperintah yang wujuddalammasyarakat.

  26. Jenis dan ciri-ciri • Egoisme boleh dibahagikan kepada Egoisme Psikologi atau Egoisme Etika.

  27. Contoh yang berkaitan a)      Tindakan membantu orang lain Contohnya, dalam kemalangan kebakaran, kita tidak sepatutnya menyelamatkan mangsa kerana dikhuatiri akan membahayakan nyawa diri. Bagi contoh lain, Seseorang itu dianggap tidak beretika apabila tindakannya menolong orang buta melintasi jalan raya, tetapi berkesudahan dengan kecelakaan. b)      Tindakan peperangan Kajian kes British menakluki negeri-negeri Melayu sebelum Malaysia merdeka, tindakan British mengeksploitasi bahan mentah di negeri-negeri melayu untuk tujuan kepentingan diri. Dalam situasi ini, British dianggap golongan bangsawan yang kuat. Manakala orang tempatan dianggap lemah dan selalunya memberontak mengunakan prinsip ketuhanan (hak mereka sebagai pemilik) untuk mempertahankan diri. Jadi, peperangan British untuk menakluki tanah melayu adalah bermoral. c)      Tindakan kegiatan pertubuhan Kegiatan pertubuhan yang wujud adalah tidak bermoral kerana ianya dianggap sebagai suatu fahaman baru untuk mempengaruhi orang lain. Contohnya, pertubuhan parti-parti politik.

  28. Kelemahan-kelemahan egoisme • Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. • Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi. • Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik. • Tahapegoismeadalahberlainanmengikutpandanganindividumasing-masing. Tetapi, matlamatmasihsama, iaitu, mementingkandirisendiriuntukmendapatkanmanfaatdantidakmenghiraukanperasaanorang lain.

  29. Egois biasanya mementingkan diri sendiri sahaja dan tidak mengambil kira kepentingan orang lain, sebaliknya menindas dan mengeksploitasi orang lain. • Egois tiada iltizam untuk berbakti kepada masyarakat dan menjalankan kerja sukarela. Mereka ini benci kepada pertubuhan atau organisasi. • Nietzsche memperakui nilai sesuatu sistem peraturan tetapi beliau menentang peraturan mutlak. Peraturan mestilah bersifat individualistik. • Tahapegoismeadalahberlainanmengikutpandanganindividumasing-masing. Tetapi, matlamatmasihsama, iaitu, mementingkandirisendiriuntukmendapatkanmanfaatdantidakmenghiraukanperasaanorang lain.

  30. Kesimpulan • Olehitu, jangansesekalimengamalkanteoriinikeranakeinginanuntukmempermainkanorang lain. Berfikirsecarakritisdahuluuntukapajuakeadaan.

  31. Pengenalan Teori Deontologi: Prinsip Kewajipan dan Eksistensialisme • Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan". Teori deontologi terdiri daripada pelbagai jenis pandangan yang berbeza. • Teori deontologi menafikan atau menolak apa yang diperakui teori telelogi. Teori deontologi menegaskan bahawa ada pertimbangan dan fakta yang lain bernilai intrinsik yang menyebabkan seseuatu perlakuan atau peraturan itu patut, baik, benar dan diwajibkan. • Teori deontologi mementingkan sifat perlakuan atau ciri peraturan itu sendiri. Seperti Teori Teleologikal, terdapat beberapa jenis teori deontologi iatu teori deontologi-lakuan(eksistensialisme) dan teori deontolofi-peraturan(prinsip kewajiban).

  32. GOOD WILL CATEGORICAL IMPERATIVE

  33. PengasasTeori • Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. • Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. • Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan.

  34. Prinsip Kewajipan • Definisi: Menegaskan “duty for the sake of duty”, iaitu tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. Immanuel Kant

  35. Ciri-ciri: a)Konsep tekad baik (Goodwill) Sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.Kant menyatakan perkara-perkara yang baik ialah membuat sesuatu bakat minda seperti kebijaksanaan dan kecerdasan pemikiran, keberanian dan kesederhanaan pemikiran. Dalam konteks ini, Kant tidak mahu menganggap sesuatu tekad itu baik atas sebab apa yang telah atau ingin atau boleh dicapai dan dihasilkan oleh tekad itu. Motif tunggal tekad baik hanya berlaku apabila menganggap ia sebagai mengamalkan kewajipan. Ini kerana untuk mengamalkan kewajipan, sesuatu tekad itu baik kerana batinnya atau semangat dalamannya. Dengan kata lain, yang baik dan patut diberi pujian moral ialah mengamalkan kewajipan itu semata-mata kerana amalannya ialah suatu kewajipan. Kant juga menjelaskan bahawa mengamalkan kewajipan sedemikian adalah serupa dengan bertingkah laku wajar kerana memuliakan atau menghormati undang-undang.

  36. Contoh yang berkaitan a)GOOD WILL • Seseorang yang menyambung pelajaran selepas mendapat keputusan SPM atas kesedaran diri sendiri kerana memikirkan ianya satu tanggungjawab adalah satu perbuatan yang beretika, manakala belajar kerana terpaksa boleh dianggap tidak beretika. • Seseorang pelajar belajar bersungguh-sungguh atau tekun untuk mendapatkan markah yang tinggi dalam peperiksaaan atas kesedaran diri sendiri kerana dia memikirkannya ialah satu tanggungjawab. Dengan ini, ia merupakan satu perbuatan yang beretika.

  37. b)  Perintah Mutlak Tanpa Syarat (Categorical Imperative) Apabila sesuatu peraturan dibentuk, setiap orang mesti mematuhinya setiap masa tanpa sebarang pengecualian dan persoalan. Kant menjelaskan bahawa individu yang baik dari segi moral dengan tekad baik yang mutlak ialah individu yang sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar kewajipan atau kerana menghormati undang-undang. Individu ini akan memilih kewajipan dan kepatuhan kepada undang-undang dan tidak akan memilih kecenderungan tertentu jika dia terpaksa membuat sesuatu pilihan. Kewajipan atau undang-undang mutlak ini dikenali, diperihalkan, diperaku dan digambarkan oleh Kant sebagai satu set prinsip moral (yang lebih dikenali sebagai categorical imperativeatau perintah mutlak atau tanpa syarat). Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri (seperti tidak cakap bohong) mesti dipatuhi oleh orang lain. Dengan kata lain, individu itu mesti bertindak sebagaimana dia inginkan orang lain bertindak. Secara rumusnya, prinsip moral individu itu sewajarnya melambangkan undang-undang yang objektif dan sejagat. Dengan ini menjelaskan bahawa Kant meletakkan konsep pematuhan kepada prinsip sendiri sebagai suatu undang-undang sejagat adalah formula asas prinsip kemoralan.

  38. Contoh yang berkaitan b)CATEGORICAL IMPERATIVE • Menipu dalam peperiksaan adalah satu kesalahan kerana rasionalnya adalah walaupun menipu boleh membantu anda mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan, ia tetap dihina orang kerana ia adalah satu tindakan yang tidak adil. • Mencuri merupakan satu kesalahan tidak kira bahan yang dicuri itu besar atau kecil, mahal atau murah dan sebagainya. Walapun mencuri boleh membantu kita mendapatkan bahan yang diinginkan atau wang, tetapi kita akan dihina oleh orang lain atau disalahkan di sisi undang-undang. • Membohong merupakan satu amalan atau tingkah laku yang salah secara rasionalnya. Ia adalah satu kesalahan kerana ia mungkin akan menimbulkan masalah kepada orang yang kita bohong dan kehilangan kepercayaan orang lain terhadap kita. Oleh itu, sejak kecil lagi kita dididik supaya tidak cakap bohong

  39. Kritikan terhadap Prinsip Kewajipan • Walaupun telah ditegaskan dari awal bahawa tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu ialah tanggungjawab tetapi apabila timbul keadaan di mana dua kewajipan berkonflik, sukar untuk memilih mana yang perlu diutamakan. Ini merupakan satu kelemahan dalam Prinsip Kewajipan.

  40. Dalam situasi di atas, pelajar tersebut mempunyai dua kewajipan iaitu sebagai pelajar dia perlu menyiapkan tugasnya dan sebagai anak, dia perlu membantu ibu dengan kerja rumah kerana ibunya tidak sihat. Apabila terdapat konflik di antara dua tanggungjawab, Prinsip Kewajipan kurang jelas dan tanggungjawab diutamakan mengikut prinsip etika yang lain

  41. Teori Eksistensialisme: • Definisi: Menegaskan bahawa nilai buruk mesti berasaskan pilihan individu secara bebas. Sebaliknya, pilihan individu menjadi nilai buruk jika kerana dipaksa.Eksistensialisme boleh ditakrifkan dengan senang, tetapi apa yang menjadikannya sukar difahami ialah terdapat dua aliran eksistensialisme yang berlainan pandangan iaitu: a)      Eksistensialisme yang beragama kristian, termaksuk Karl Jaspers dan Gabriel Marcell, kedua-duanya katolik; b)      Eksistensialisme ateistik (ateis ialah orang yang tidak percaya kewujudan Tuhan), termasuk Martin Heidegger dan beberapa orang eksistensialis Perancis serta Sarte sendiri.

  42. Pelopor • Jean-Paul Sartre (1905-1980) Menurut Sarte, manusia tidak mempunyai penciptanya dan fungsi manusia sudah ditentukan. Bagaimana manusia itu menjadi bermoral atau tidak bermoral bergantung kepada pilihan yang dibuatnya dalam pelbagai peringat kehidapannya.

  43. Ciri-ciri: • Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan mutlak yang berfungsi sebagai panduan moral. Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian "kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan. • Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup.Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. • Aspek ini sama dengan pandangan Heideggar yang memperkenalkan konsep "kewujudan sah". Kewujudan ini merujuk kepada individu membuat pilihan dan keputusan moral yang tulen dan tidak membenarkan dirinya dipengaruhi oleh pendapat dan pandangan orang lain dalam membuat pilihan dan keputusan moral. Apabila individu itu membenarkan orang lain membuat pilihan moral untuk dirnya, dia dianggap berada dalam kewujudan yang tidak sah.

  44. Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada. • Terdapat tiga bentuk kebebasan: • Kebebasan jasmani • Kebebasan kehendakKebebasan moral • Kebebasan moral bermaksud kebebasan bertindak tanpa amanah, paksaan dan larangan. • Mengikut eksistensialisme, seseorang itu merasakan kewajipannya bukan suatu yang dipaksa dari luar, tetapi sesuatu yang dikehendaki olehnya sendiri. • Dengan menjauhi semua prinsip dan peraturan moral, individu mesti menggunakan kebebasannya untuk mendapat fakta yang betul berhubung dengan situasi yang dihadapinya, iaitu menilai secar teliti situasi berkenaan, kemudian membuat pilihan dan keputusan moralnya sendiri. Eksistensialisme menekankan pilihan terus daripada sumber asal (first hand choice).

  45. Contoh yang berkaitan 1. Menderma kepada institusi agama adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa. 2. Seseorang tidak dilahirkan sebagai seorang guru. Sebaliknya, dia memilih untuk menjadi guru. Ia adalah nilai baik jika dilakukan kerana pilihan sendiri tetapi menjadi nilai buruk jika kerana terpaksa. Oleh itu, setiap individu bebas memilih atau menentukan apa yang disukainya. 3. Menjalankan khidmat sosial di rumah-rumah orang yatim atau orang tua adalah nilai baik jika ia dilakukan atas pilihan sendiri. Ia akan menjadi nilai buruk jika ia dilakukan atas paksaan.

  46. Kritikan terhadap Prinsip Kewajipan • Oleh kerana Prinsip Eksistensialisme memegang pada prinsip bahawa nilai baik atau nilai buruk mesti berasaskan kepada pilihan individu secara bebas, isu tentang relativisme akan timbul. • Menurut Satre, peraturan dan prinsip adalah terlalu abstrak dan tidak ada peraturan yang boleh digunakan oleh manusia untuk menentukan apa tindakan yang akan diambil atau apa yang betul. Dalam keadaan ini, relativisme individu dianggap sebagai mutlak.

  47. Dalam situasi di atas, Jaysha telah membuat keputusan berasaskan keadaan persekitaran dan ingin memilih keputusan hendak menjadi GRO yang pada anggapannya meringankan beban kewangan ibu bapa dan pada masa yang sama memberinya pendapatan yang lumayan. Tetapi keputusan ini mungkin tidak baik dari segi moral sebab ibu bapa Jaysha dan masyarakat setempat mungkin mempunyai standard moral yang berbeza dengan Jaysha.

  48. Kesimpulan • Prinsip kewajipan menegaskan bahawa tanggungjawabyang kita dilaksanakan semata-mata kerana amalan itu merupakan satu tanggungjawab. • Manakala Eksistensialisme menyatakan pilihan seseorang individu adalah penting dan untuk menentukan sama ada nilai tersebut adalah baik atau buruk. • Oleh itu, kita haruslah bijaksana dalam membuat keputusan atau pilihan dalam kehidupan seharian.

  49. Sekian TerimaKasih End of week 3

More Related