1 / 31

VELUSAMY A/L KUPPUSAMY UNIT PENDIDIKAN MORAL SEKTOR SAINS SOSIAL

PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN MORAL. VELUSAMY A/L KUPPUSAMY UNIT PENDIDIKAN MORAL SEKTOR SAINS SOSIAL. Mengapa Guru Perlu Mengetahui Kaedah Penilaian?. Keputusan penilaian menentukan persepsi masyarakat tentang keefektifan pendidikan

lorna
Télécharger la présentation

VELUSAMY A/L KUPPUSAMY UNIT PENDIDIKAN MORAL SEKTOR SAINS SOSIAL

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN MORAL VELUSAMY A/L KUPPUSAMY UNIT PENDIDIKAN MORAL SEKTOR SAINS SOSIAL

  2. Mengapa Guru Perlu Mengetahui Kaedah Penilaian? Keputusan penilaian menentukan persepsi masyarakat tentang keefektifan pendidikan Keputusan murid semakin dipandang sebagai sebahagian daripada proses penilaian guru Kaedah dan alat penilaian boleh meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Popham, 2005

  3. Objektif Penilaian dalam Pendidikan Moral Mengesan perkembangan murid secara menyeluruh Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa Mengetahui keberkesanan pengajaran Merancang dan mengubah suai pengajaran Menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta

  4. Penilaian dalam Pendidikan Moral Bidang Kognitif/Penaakulan Moral Bidang Afektif/Perasaan Moral Bidang Psikomotor/ Perlakuan Moral

  5. JENIS-JENIS PENILAIAN Penilaian dalam bilik darjah boleh dibahagikan kepada dua: Penilaian sumatif Penilaian formatif

  6. Penilaian Sumatif Dijalankan secara berpusat Dijalankan secara formal Digunakan untuk mengukur pencapaian murid di akhir sesuatu tempoh masa

  7. Penilaian Formatif Dijalankan secara berterusan Memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai Mengetahui kelemahan dan kekuatan murid Menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat

  8. Kaedah Penilaian Pemerhatian Catatan guru Rekod Anekdot Penilaian kendiri Penilaian rakan sebaya Temuduga/Lisan Ujian/Peperiksaan Tugasan Portfolio

  9. Pemerhatian Satu proses penilaian pelbagai aspek pembelajaran dan tingkah laku murid. Mengenalpasti ciri-ciri perkembangan murid daripada bidang afektif dan tingkah laku murid. Dilakukan secara tidak formal Tidak semestinya dilakukan secara serentak untuk semua murid Kekerapan pemerhatian dilakukan untuk menilai pencapaian terbaik murid.

  10. Jenis alat pemerhatian:(2) Senarai semak Skala kadar Senarai Semak Mengenalpasti ciri-ciri tingkahlaku murid yang ada/tidak ada Ciri-ciri tingkahlaku murid perlu dinyatakan dengan mudah dan jelas dan disusun mengikut tertib. Skala Kadar Merekodkan tingkahlaku murid yang telah diperhatikan Menunjukkan darjah pencapaian tingkahlaku yang ditunjukkan oleh murid berkenaan

  11. Skala Kadar Merekodkan tingkahlaku murid yang telah diperhatikan Menunjukkan darjah pencapaian tingkahlaku yang ditunjukkan oleh murid berkenaan

  12. Catatan Guru Catatan guru merupakan apa jua jenis penulisan, semakan, nota dan peringatan yang ditulis oleh guru dengan tujuan membetulkan, mengingatkan dan memberi panduan pada pelajar sebagai pengukuhan, pengajaran dan peringatan. Grant Wiggins (1989) “When an educational problem persists despite the well-intentioned efforts of many people to solve it, its’ a safe bet that the problem hasn’t been properly framed.”

  13. Kesan-kesan catatan guru Memberi panduan kepada murid Mengukuhan pemahaman/semangat murid mengenai sesuatu objektif p & p Memberi maklum balas kepada guru mengenai kelemahan dan kekuatan pengajarannya Memberi kenyataan terkini mengenai profil anak kepada ibu bapa/penjaga Memberi latar belakang pelajar kepada guru yang akan mengajarnya.

  14. Rekod Anekdot Terdapat pelbagai jenis rekod dan laporan dalam melaporkan prestasi pelajar. Rekod anekdot menceritakan pencapaian akademik pelajar, perkembangan kognitif, perkembangan persaingan dan pertumbuhan aspek-aspek kemanusiaan secara menyeluruh.

  15. Ciri-ciri Pelaporan Anekdot Lapor mengikut keutamaan Mula dengan aspek yang mudah ke aspek yang lebih kompleks Biar proses mencatat anekdot berlaku secara semulajadi

  16. Penilaian Kendiri Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari di atas pembelajaran mereka. Penilaian kendiri diperkenalkan dalam sistem pendidikan untuk memotivasikan murid agar mereka bersikap berautonomi dan menghasilkan individu bestari iaitu murid terarah kendiri (self-directed)

  17. CIRI-CIRI PENILAIAN KENDIRI Memberi akses kepada sumber pembelajaran dan membolehkan murid menguji diri sendiri dan memperolehi pengetahuan serta kemahiran secara berdikari. Bahan penilaian direka dan diuruskan supaya murid dapat maklum balas tentang pencapaian dan kemajuan mereka dengan pentaksiran kendiri. Menggalakkan pembelajaran kendiri agar murid mempunyai autonomi dan bertanggungjawab ke atas pembelajaran dan penilaian kendiri.

  18. Penilaian Rakan Sebaya menggalakkan peer learning sama-sama memahami dan membetulkan kesilapan sesuai untuk menilai aspek perasaan dan perlakuan moral

  19. Temuduga/Lisan Boleh dijalankan secara kumpulan ataupun individu Pelajar dan guru berkomunikasi secara terbuka mengenai pencapaian pelajar, kandungan akademik atau sebarang perkara yang berkaitan dengan kemajuan pelajar. Menurut Bernett dan Zucker (1990), 4 fungsi utama temuduga ialah: A formal diagnostic technique A method to study private experiences A data gathering technique An educational technique

  20. Prinsip-prinsip penggunaan temuduga Kedua-dua pihak (guru dan pelajar) perlu bersikap terbuka dan jujur Soalan-soalan temuduga perlu berfokus terhadap target pencapaian dan tujuan temuduga Soalan-soalan perlu difikirkan dan dirancang terlebih dahulu Perlu ada rancangan untuk masa tambahan untuk keseluruhan temuduga Akhiri sesuatu temuduga dengan kesimpulan sesuatu RP dan kesan temuduga terhadap kita sebagai guru dan pelajar untuk bekerja bersama-sama untuk tahap/bidang yang selanjutnya.

  21. Ujian Bertulis Ujian Objektif Ujian objektif ialah salah satu jenis ujian kertas-pensel. Soalan-soalan objektif hanya memerlukan jawapan pendek . Pada amnya, ujian objektif boleh disediakan dalam dua bentuk: Item respons bebas Item respon tetap Soalan-soalan objektif boleh disediakan dalam pelbagai cara, iaitu: Betul/Salah Isi tempat kosong Padanan Aneka pilihan

  22. Ujian Subjektif Sesuai digunakan untuk menguji kefahaman dan kemahiran menyusun idea dan pendapat pelajar mengenai apa yang sudah dipelajari. Ujian subjektif juga dikenali sebagai ujian esei. Ujian yang memerlukan calon memberi jawapan dalam bentuk perkataan/karangan sendiri Jawapan boleh dinyatakan dalam satu ayat perenggan karangan yang lengkap Ujian subjektif boleh disediakan dalam dua bentuk: Jenis respons terhad Jenis respons lanjutan

  23. Tugasan Boleh dibahagikan kepada tugasan harian dan tugasan untuk satu tempoh masa tertentu Tugasan hendaklah mengutamakan penghayatan, kesedaran dan kefahaman tentang nilai, pemikiran yang rasional dan pertimbangan

  24. Portfolio Menilai hasil kerja murid yang dikumpul secara sistematik bagi satu jangka masa yang tertentu

  25. PELAPORAN DALAM ASPEK PENILAIAN Satu daripada tujuan pelaporan ialah untuk mengambil tindakan susulan dengan mengadakan: Program pemulihan Program pengayaan

  26. PROGRAM PENGAYAAN Aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk memberi peluang kepada pelajar mengembangkan lagi sifat ingin tahu, semangat berdikari, daya cipta serta bakat kepimpinan mereka. Disediakan untuk semua pelajar sekolah menengah atau sekolah rendah sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana atau lambat. Aktiviti pengayaan diberikan selepas pelajar berjaya menguasai satu atau beberapa kemahiran asas tertentu. Aktiviti pengayaan dapat memperluaskan pengalaman dan pengetahuan selaras dengan minat dan kebolehan mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu.

  27. Program Pemulihan Suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membantu pelajar menghadapi masalah pembelajaran dalam kelas. Termasuk kesukaran menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Bahan pelajaran, strategi dan aktiviti pengajaran mesti bersesuaian dengan masalah pembelajaran yang dihadapi.

  28. Rumusan Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenalpasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuh dan diperkaya.

  29. Rumusan Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek pemikiran, perasaan dan tingkah laku moral.

More Related