1 / 71

ANJURAN : BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

Kursus Pemantapan Pentaksiran Tasawwur Islam 2007. KURSUS TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN TASAWWUR ISLAM SPM. ANJURAN : BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA. Tasawwur Islam SPM (5226). Kata Kunci Soalan.

hateya
Télécharger la présentation

ANJURAN : BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Kursus Pemantapan Pentaksiran Tasawwur Islam 2007 KURSUS TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN TASAWWUR ISLAM SPM ANJURAN : BAHAGIAN KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

  2. Tasawwur Islam SPM (5226) Kata Kunci Soalan Pendahuluan Pentaksiran & Peperiksaan Contoh Soalan SPM Kertas 2 2006 Format SPM Kertas 1 Kelemahan Calon Contoh Soalan Kertas 1 2006 Teknik menjawab yang baik Format SPM Kertas 2 Renungan Bentuk Soalan Kertas 2 Penutup

  3. Pendahuluan • Mata pelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kefahaman yang lebih mendalam tentang Islam sebagai cara hidup yang lengkap dan sempurna. • Kurikulum Tasawwur Islam ini bertujuan untuk memperkembangkan Ilmu pengetahuan yang menyeluruh dan bersepadu serta memperkembangkan kemahiran pelajar dari segi berfikir, berkomunikasi, berinteraksi dan melakukan sesuatu aktiviti yang berfaedah dan diredai oleh Allah Taala.

  4. FORMAT PENTAKSIRAN Kertas satu berbentuk ujian objektif berstruktur Kertas 1 (5226/1) Kertas 2 berbentuk ujian subjektif Kertas 2 (5226/2)

  5. PERINCIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

  6. PERINCIAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN

  7. KERTAS 1 ( 5226/1) • Nombor kod 5226/1 Jenis Instrumen Ujian Objektif 2 Bahagian: A & B • Item Soalan : • Aneka Pilihan • Berstruktur • Masa : 1jam 15 minit = 75 minit. • Markah : 40 • Soalan mengenai semua topik yang telah dipelajari di tingkatan 4 dan 5

  8. KERTAS 1 ( 5226/1) Bahagian A • 20 Soalan dikemukakan = 20 Markah • Soalan Aneka Pilihan Pilihan A, B, C & D • Pilihan berdasarkan cadangan yang telah diberikan • Pilihan berdasarkan gabungan beberapa jawapan yang sesuai Kertas 1 Bahagian B

  9. KERTAS 1 ( 5226/1)

  10. KERTAS 1 ( 5226/1)

  11. KERTAS 1 ( 5226/1)

  12. KERTAS 1 ( 5226/1) Bahagian B: ( 20 Markah Soalan 21 – 40 ) 1. Tulis Istilah Yang Sesuai 2. Lengkapkan Pernyataan 3. Lengkapkan Rajah / Carta / Jadual 4. Tuliskan Hukum / Jenis Ibadat 5. Benar atau salah 6. Padanan Tip Untuk Kertas 1

  13. Lengkapkan Pernyataan

  14. Lengkapkan Rajah /Carta / Jadual

  15. Tuliskan Hukum / Jenis Ibadat

  16. Tandakan Betul atau Salah

  17. Padanan

  18. Tulis Istilah Yang Sesuai

  19. Tulis Istilah Yang Sesuai

  20. Tip Kertas 1 Bahagian B Larangan

  21. Rumusan

  22. Larangan ( Kertas 1 ) 1. Memberikan jawapan lebih daripada satu Contohnya i. Menghitamkan lebih daripada satu jawapan pada soalan yang sama ( A, B dan sebagainya ) ii. Memberikan jawapan lebih pada soalan bahagian B ( Objektif berstruktur ) iii. Memberikan jawapan yang berpola contohnya 15 soalan ditanda A 15 soalan ditanda B

  23. Jawapan Berpola Jawapan Berpola Menghitam lebih daripada 1 jawapan

  24. Format Kertas 2 Tasawwur Islam S.P.M • Masa : 2jam 30 minit = 150 minit. • Nombor kod 5226/2 • Item Soalan : Respon terhad • Soalan mengenai semua topik yang telah dipelajari di ting 4 & 5 Bilangan Soalan 7 Soalan ditawarkan. Jawab 5 soalan sahaja. (Soalan 1 wajib dijawab dan pilih mana-mana 4 soalan lain) • Markah : 100

  25. Rumusan Sila baca dan ambil perhatian terhadap info pintar dalam buku teks Ting 5 atau Info Bestari dalam buku teks Ting 4

  26. Kata Kunci Yang Selalu Digunakan Dalam Soalan SPM • Terangkan • Huraikan • Jelaskan • Berikan • Apakah • Nyatakan • Cadangkan • Senaraikan • Kemukakan • Bagaimanakah

  27. Bentuk-bentuk soalan Huraian Pernyataan Perbandingan Perbincangan Penerangan Pengertian

  28. Pernyataan Jawapan bagi soalan jenis pernyataan ini tidak perlu terlalu panjang. Ia memerlukan fakta yang tepat dan spesefik sahaja. Contoh kata kunci soalan penyataan Mengapakah Kemukakan Senaraikan Nyatakan. Apakah Berikan

  29. Contoh Soalan Penyataan ( Mengapakah ) 1 Penyelesaian masalah secara Islam menghidupkan semangat daya juang kepada individu. Mengapakah semangat daya juang penting dalam mencapai kecemerlangan dalam akademik • 1. Sebab semangat daya juang penting dalam mencapai kecemerlangan akademik. • Menguatkan semangat menghadapi pelajaran • Memberi keyakinan kepada diri sendiri untuk berjaya. • Sentiasa gigih memperbaiki kelemahan diri dalam pelajaran. • Sentiasa konsisten mengikut jadual pembelajaran.

  30. Contoh Soalan Penyataan ( Kemukakan ) 2. Sumbang mahram merupakan perbuatan keji yang masih berlaku dikalangan masyarakat hari ini Kemukakan tiga langkah menangani perbuatan tersebut 2. Tiga langkah menangani perbuatan tersebut ialah 1. Melaksanakan hukuman mengikut hukuman Islam / hukum hudud 2. Memberi didikan agama yang sempurna 3. Menjaga batasan aurat antara lelaki dan perempuan 4. Mengamalkan akhlak mulia dalam rumahtangga dan pergaulan 5. Menguatkuasakan undang-undang / tindakan tegas / membuat laporan 6. Memberi kesedaran melalui kempen / ceramah / dakwah 7. Memantapkan iman 8. Melakukan amal soleh

  31. Pernyataan ( Senaraikan ) 3. Islam melarang pencerobohan terhadap harta orang lain Senaraikan empat contoh pencerobohan tersebut 3. contoh pencerobohan terhadap harta 1 - Mencuri 7 - Menyamun 2 - Monopoli 8 - Meragut 3 - Riba 9 - Pecah amanah / mengambil 4 - Rasuah harta anak yatim 5 - Menipu / Gharar10 - Enggan berzakat 6 – Merompak 11 - Manipulasi.

  32. Pernyataan ( Nyatakan ) 4. Nyatakan persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh manusia tanpa bimbingan wahyu 4. Persoalan yang tidak mampu difikirkan oleh akal manusia tanpa bimbingan wahyu ialah : 1. Akal manusia tidak mampu memahami perkara ghaib 2. Akal manusia tidak mampu memahami perkara akidah 3. Akal manusia tidak mampu memahami perkara samiyyat 4. Akal manusia tidak mampu memahami hukum agama

  33. Pernyataan ( Apakah ) 5. Iman yang kukuh hasil penyelesaian masalah secara Islam memberi kesan kepada jiwa dan perlakuan seseorang. Apakah kesan tersebut ? • 5. Kesan penyelesaian masalah secara Islam kepada jiwa dan perlakuan seseorang ialah : • Menambah keyakinan dan kepercayaannya kepada Allah s.w.t. dan Rasul • Dapat memberi ketenangan jiwa. • Dapat menanamkan sifat ikhlas dalam jiwa. • Sentiasa reda dengan qada’ dan qadar daripada Allah s.w.t.

  34. Pernyataan ( Berikan ) 6. Fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian agama Islam Berikan dua hujjah anda 6.Dua Hujjah fahaman anti hadis boleh menggugat kesucian agama Islam 1. Fahaman tersebut boleh menyebabkan hilangnya rasa hormat terhadap Rasulullah s.a.w 2. Fahaman tersebut boleh menyebabkan umat Islam akan berpecah kerana perbezaan pendapat 3. Fahaman tersebut boleh menyebabkan umat Islam tidak dapat memahami ajaran al-Quran dengan terperinci 4. Penolakan hadis membawa kepada penolakan al-Quran. 5. Fahaman tersebut boleh membawa kepada ajaran sesat / menyeleweng/rosak akidah / murtad

  35. Soalan Perbincangan Perbincangan Jawapan bagi soalan jenis ini memerlukan anda memberikan pandangan tentang sesuatu isu. Anda mesti memberikan fakta serta hujah yang menyokong pendapat anda • Contoh Kata kunci • Bincangkan • Cadangkan • Bagaimanakah

  36. Soalan Perbincangan ( Bincangkan ) 1. Salah satu daripada matlamat perundangan Islam ialah memelihara nyawa manusia. Bincangkan 1. Perundangan Islam memelihara nyawa manusia kerana 1. Nyawa merupakan anugerah manusia kepada manusia yang sangat bernilai. Islam menjamin hak seseorang untuk hidup dan menjaga anggota tubuh badan mereka. 2. Islam telah mensyariatkan hukum Qisas bagi kesalahan yang melibatkan nyawa dan anggota tubuh badan. 3. Islam telah mengharamkan perbuatan membunuh diri.

  37. Soalan Perbincangan ( Cadangkan ) 2. Anda sebagai seorang pelajar sekolah. Setiap bulan ibu bapa anda memberikan wang untuk menampung perbelanjaan sekolah sebanyak RM 50.00. Cadangkan cara anda memanfaatkan wang tersebut. • 2. Cara memanfaatkan wang tersebut untuk menampung perbelanjaan sekolah • Membeli keperluan pembelajaran seperti pen, buku dan sebagainya • Membayar yuran kelas tambahan. • Membeli makanan dan minuman semasa di sekolah. • Menabung untuk kegunaan masa hadapan.

  38. Soalan Perbincangan ( Bagaimanakah ) 3. Perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat akan mengakibatkan huru hara dan ekonomi negara menjadi mundur. Bagaimanakah masalah di atas dapat dielakkan daripada berlaku ?. 3 . Masalah di atas dapat dielakkan daripada berlaku dengan cara anggota masyarakat mestilah : 1 – Saling hormat menghormati antara satu sama lain 2 – Sentiasa bekerjasama dalam menjayakan sesuatu aktiviti masyarakat seperti gotong-royong / bantu membantu / tolong menolong 3 – Sentiasa mengamalkan toleransi di kalangan masyarakat yang tidak menjejaskan akidah / bersikap terbuka 4 – Sentiasa mengamalkan kebebasan beragama tanpa menganggu ketenteraman orang lain 5 – Mengadakan aktiviti berbentuk kempen / ceramah / media berkaitan perpaduan

  39. Contoh kata kunci Buktikan Huraikan Penyelesaian masalah Huraian Jawapan hendaklah mengandungi fakta dan huraian. Huraiannya mestilah tepat dan ringkas

  40. Huraian ( Buktikan ) 1. Islam merupakan satu-satunya agama yang diterima oleh Allah s.w.t yang mempunyai keunggulannya yang tersendiri. Buktikan Islam adalah agama yang unggul. • 1. Bukti keunggulan Islam ialah : • Ajaran Islam meliputi setiap aspek kehidupan manusia / Agama Islam adalah lengkap dan sempurna. • Agama Islam adalah sesuai dengan fitrah semulajadi manusia. • Ajaran Islam adalah adil dan saksama kepada semua manusia tanpa mengira pangkat dan keturunan. • Ajaran Islam sesuai pada semua zaman, tempat, masa dan keadaan.

  41. Huraian Huraikan 2. Islam tidak menafikan hak wanita untuk keluar bekerja.Huraikan tiga tuntutan Islam terhadap wanita yang bekerja bagi mengekalkan keharmonian keluarga. • 2. Tuntutan Islam terhadap wanita yang bekerja bagi mengekalkan keharmonian keluarga ialah : • Sentiasa memelihara maruah diri dan menutup aurat semasa bekerja. • Sentiasa menjaga maruah keluarga dan suami semasa bekerja • Sentiasa menjaga batasan pergaulan dengan pekerja lain. • Sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebagai hamba Allah s.w.t. dengan melakukan ibadat. • Sentiasa melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu dan seorang isteri walaupun sibuk bekerja

  42. Huraian Penyelesaian Masalah 3. Ada remaja berfahaman bahawa mereka bebas memilih cara hidup sendiri tanpa menghiraukan kawalan ibu bapa. Apakah yang akan berlaku sekiranya remaja bertindak berdasarkan fahaman tersebut ? • 3. Perkara yang akan berlaku sekiranya remaja berfahaman sedemikian. • Remaja tidak akan menghormati orang tua / guru • Wujudnya sikap derhaka kepada ibu bapa. • Remaja akan terjebak dengan kegiatan jenayah • Remaja akan rosak akidah

  43. Contoh kata Kunci Bandingkan Bezakan PERBANDINGAN Perbandingan ialah menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua perkara atau lebih Jawapan bagi soalan jenis ini sebaik-baiknya dijawab dalam bentuk kotak. Mesti terdapat perbezaan antara kedua-dua bahagian. Jika menjawab dalam satu ayat , mesti mempunyai ayat sendikata, contohnya manakala, adapun, sedangkan dan seumpamanya.

  44. PERBANDINGAN Perbandingan 1 . Jelaskan tiga perbandingan sikap orang yang beriman dengan orang yang tidak beriman dalam menghadapi ujian Allah mengenai harta 1. Perbandingan antara orang beriman dengan yang tidak beriman dalam ujian harta.

  45. PERBANDINGAN Perbezaan 2. Jelaskan tiga perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Sistem barat. 2. Perbezaan antara sistem sosial Islam dengan Barat ialah:

  46. Kata Kunci Terangkan Jelaskan PENERANGAN Jawapan bagi soalan ini mestilah dalam bentuk fakta yang spesifek dan tidak memerlukan huraian yang terlalu panjang

  47. PENERANGAN Terangkan 1. Terangkan dua daripada prinsip Syumuliyyah 1. Dua prinsip syumuliyyah ialah. 1 – Kesempurnaan hanya milik Allah s.w.t / manakala manusia lemah 2 – Semua mahkluk terikat dengan masa/tempat dan ruang / semua manusia perlu patuh kepada perintah Allah s.w.t. 3 - Allah menjadikan manusia sebagai khalifah untuk mentadbir alam

  48. PENERANGAN Jelaskan 2. Islam telah menetapkan beberapa syarat untuk menjadikan aktiviti harian sebagai ibadat. Jelaskan kepentingan ibadat dalam pembentukan akhlak seorang muslim. 2. Kepentingan ibadat dalam pembentukan akhlak seorang muslim. 1. Ibadat dapat menjadikan jiwa seseorang menjadi tenang. 2. Ibadat dapat mendekatkan seseorang dengan Allah s.w.t. 3. Ibadat dapat menghilangkan sifat riak dalam diri seseorang 4. Ibadat dapat mendidik seseorang dengan sifat merendah diri.

  49. Kata Kunci Apakah maksud Berikan pengertian Pengertian: Terangkan Jawapan dalam bentuk ini memerlukan calon memberikan keterangan yang singkat tetapi jelas tentang makna sesuatu perkataan khusus, istilah atau terminologi. Berikan contohnya sekali jika ada

  50. Pengertian Berikan Maksud 1. Ibadah terbahagi kepada ibadah khusus dan ibadah umum. Apakah maksud ibadah-ibadah tersebut 1. Maksud kedua-dua ibadah tersebut ialah : Maksud ibadat khusus 1 -Ibadat yang telah ditetapkan oleh Allah cara pelaksanaan dan ganjarannya. 2 - Ibadat yang menghubungkan manusia dengan Allah/Tuhan 3 - Ibadat wajib contohnya solat fardu Maksud ibadat umum 1 - Perbuatan atau amalan manusia yang dilakukan kerana Allah s.w.t. 2 - Ibadat yang menghubungkan manusia sesama manusia contohnya bersedekah 3 - Ibadat sunat

More Related