1 / 46

PENDIDIKAN MORAL

PENDIDIKAN MORAL. MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE 2013. Topik Minggu ke 9. Penderaan kanak-kanak & wanita Definisi penderaan kanak-kanak Faktor penderaan Jenis-jenis penderaan kanak-kanak Definisi penderaan wanita Faktor penderaan Jenis-jenis penderaan wanita

anika
Télécharger la présentation

PENDIDIKAN MORAL

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. PENDIDIKAN MORAL MDM SITI HAJJAR A. HAMID OLYMPIA COLLEGE 2013

  2. TopikMingguke 9 • Penderaankanak-kanak & wanita • Definisipenderaankanak-kanak • Faktorpenderaan • Jenis-jenispenderaankanak-kanak • Definisipenderaanwanita • Faktorpenderaan • Jenis-jenispenderaanwanita • Bagaimanahendakmenanganipenderaan • Siapakah yang boleh bantu?

  3. Definisi • Penderaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang dilakukan kepada golongan kanak-kanak. Biasanya ditakrifkan kepada mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun. • Penderaan kanak-kanak ini boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, antaranya ialah:- • Penderaan fizikal kanak-kanak. • Penderaan mental kanak-kanak. • Penderaan seksual kanak-kanak. • Penderaan kanak-kanak merupakan satu masalah perubatan dan sosial yang berlaku di seluruh dunia.

  4. 1. Faktor Anak • Kanak-kanak yang dilahirkan tidak cukup bulan dan yang sering dipisahkan daripada penjagaan ibu lebih kerap menghadapi masalah kurang ikatan (bond) antara ibu dengan bapa. • Dengan wujudnya masalah ikatan antara ibu dengan anak, maka ia boleh meninggikan risiko penderaan kanak-kanak. • Sekiranya wujud masalah ikatan antara ibu dengan anak, ditambah pula dengan perangai anak yang kurang memuaskan hati ibu bapa dan anak itu pula dilahirkan dalam suasana keluarga yang mendorong kepada faktor penderaan.

  5. Faktor lain yang boleh memburukkan keadaan • ialah pandangan ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Ada ibu bapa yang menganggap anak mereka tidak normal atau berlainan daripada anak mereka yang lain. Ini mungkin disebabkan sesuatu yang kurang menyenangkan yang telah dialami oleh mereka sewaktu anak itu dalam kandungan lagi, ataupun disebabkan masalah yang timbul sewaktu anak itu dilahirkan sehingga akhirnya si anak itu dipersalahkan. • Kepercayaan kepada perkara karut atau kepercayaan yang ada dalam budaya sesuatu kumpulan boleh menyebabkan ibu bapa menganggap anak yang telah dilahirkan itu seolah-olah membawa sial atau bala, lebih-lebih lagi sekiranya satu perkara buruk benar-benar menimpa mereka apabila anak itu dilahirkan, atau sekiranya anak itu dilahirkan dalam waktu dan hari yang dianggap tidak baik. • Ada ibu bapa berasa bahawa anak mereka itu seolah-olah mengingatkan mereka akan seseorang lain dalam hidup mereka, yang sememangnya tidak mahu diingatkan lagi, lantas mereka memandang serong dan mengasuh anak mereka secara negatif.

  6. 2. Faktor Ibu Bapa • Kebanyakan ibu bapa yang mendera anak tidak ada gangguan psikiatri atau gangguan peribadi yang khusus atau klasikal. • Pengalaman ibu bapa semasa zaman kanak-kanak mempengaruhi bagaimana mereka mendidik anak-anak. Kebanyakkan ibu bapa yang pernah didera cenderung mendera anak-anak mereka. Ada dalam kalangan mereka dibesarkan dalam sebuah keluarga yang suka melemparkan kritikan dan cemuhan, di samping kurang memberikan sokongan emosi. • Semasa kanak-kanak dan masih mentah perasaan mereka akan mudah terguris dan menyebabkan mereka sering memendam rasa dan merasakan hilang harga diri. Akibatnya mereka akan hilang kepercayaan terhadap orang lain. Ini akan mendorong mereka mencari pasangan hidup yang mempunyai latar belakang yang sama dengan dirinya. • Ibu bapa yang seperti ini suka memencilkan diri dari masyarakat, tidak mempunyai ramai kawan dan sering tidak menggunakan kemudahan yang sedia ada untuk membimbing anak-anak mereka secara normal.

  7. Ciri yang biasa terdapat dalam kalangan ibu bapa yang sering mendera anak ialah harapan ibu bapa yang terlalu tinggi, tidak munasabah atau realistik terhadap anak-anak. • Walaupun ibu bapa tidak mempunyai perasaan harga diri yang tinggi tetapi mereka menyimpan harapan yang sebaliknya terhadap anak-anak mereka. Sebagai contoh ada ibu bapa yang mengharapkan anaknya dapat menyiapkan kerja rumah dalam jumlah tertentu untuk memastikan anaknya akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jika anak tidak melakukan sesuatu mengikut kehendak ibu bapa, maka ibu bapa akan naik marah dan kecewa lalu memukul anak kerana tidak dapat mengawal kemarahan. • Kurang faham dalam aspek tumbesaran dan perkembangan anak boleh menyebabkan timbulnya harapan yang tidak munasabah. Konsep lain yang boleh menyebabkan penderaan kanak-kanak oleh ibu bapa ialah konsep peranan terbalik (role reversal). • Dalam situasi yang normal, kanak-kanak amat mengharapkan bimbingan dan penjagaan emosi serta fizikal daripada ibu bapa mereka. Sebaliknya ibu bapa yang mendera anak biasanya amat mengharapkan anak mereka dapat memenuhi keperluan emosi mereka dengan turut menunjukkan simpati terhadap mereka atau menyesuaikan perangai mereka supaya dapat menyenangkan perasaan ibu bapa. Ini adalah tidak munasabah kerana fitrah kanak-kanak sememangnya mereka masih nakal dan memerlukan bimbingan

  8. 3. Faktor Pencetusan • Faktor pencetusan merupakan faktor yang menimbulkan penderaan dan penganiayaan. Ini berlaku dalam bentuk krisis. Krisis ini mungkin merupakan krisis kecil, seperti ibu bapa berasa hampa dan kecewa terutama apabila keadaan si anak tidak menyenangkan kerana selalu menangis dan menunjukkan berbagai-bagai tantrum atau ragam sehingga ibu bapa berasa tidak tertanggung lagi. • Ibu bapa yang dalam keadaan ini biasanya hilang pertimbangan dan akan memukul anaknya. Keadaan ini berlaku secara spontan tanpa disedari atau di luar kawalan. Sekiranya ada ibu bapa yang merancang dari awal untuk menganiaya anak mereka, ibu bapa tersebut berkemungkinan mengalami gangguan psikiatri.

  9. 4. Faktor Kemiskinan dan Tekanan Hidup • Penderaan kebiasaannya dikaitkan dengan golongan status ekonomi sosial rendah. Walaupun penderaan boleh berlaku dalam semua lapisan masyarakat, namun sebahagian besar golongan professional enggan membuat diagnosis penderaan dalam kalangan keluarga golongan status ekonomi sosial tinggi. • Dalam kebanyakan kes penderaan yang dilaporkan dan dikesan, ibu bapa mangsa didapati menghadapi masalah tekanan hidup atau hidup dalam kemiskinan. Kes ini terutamanya berlaku di bandar-bandar besar kerana ibu bapa mansa sering berhadapan dengan masalah kewangan, hidup tanpa sokongan orang lain dan berjauhan daripada keluarga yang lain. • Selain itu, ibu bapa yang terlalu muda, atau yang menghadapi masalah dengan penagihan alcohol atau dadah, didapati sering juga mendera anak mereka kerana belum bersedia memikul tanggungjawab hidup berkeluarga. Anak bagi mereka adalah sesuatu yang membebankan.

  10. Penganiayaan kanak-kanak • Penganiayaan kanak-kanak bermaksud dera ataupun satu perbuatan zalim yang di lakukan kepada golongan kanak-kanak dengan tujuan mencederakan. • Ini termasuk penderaan kepada bayi yang mampu menyebabkan sindrom mengoncang bayi. • Penderaan kanak-kanak secara fizikal merupakan sesuatu yang kejam yang dilakukan oleh seseorang dewasa dengan tujuan menyakiti kanak-kanak agar kanak-kanak tersebut patuh, atau pendera tersebut mengalami masalah mental, ataupun disebabkan bagi memuaskan diri mereka secara psikologi.

  11. Pada masa kini terdapat peningkatan mengenai mangsa dera akibat terdapat mangsa dera yang meninggal. Belum dapat dipastikan samada peningkatan jumlah ini adalah disebabkan peningkatan dalam jumlah kes penderaan kanak-kanak atau akibat meningkatnya kesedaran yang lebih mendalam mengenai penderaan kanak-kanak. • Sebagai contoh, adakah kanak-kanak yang mati akibat kes penderaan pada masa dahulu tidak pernah berlaku, ataupun kes kematian itu gagal dikesan disebabkan mereka yang mengendalikan mayat kanak-kanak tersebut tidak menyiasat kesan pada mayat disebabkan jahil mengenai kes penderaan kanak-kanak.

  12. Penderaan mental kanak-kanak • Penderaan kanak-kanak adalah masalah perubatan dan sosial di seluruh dunia. Penderaan kanak-kanak berlaku dalam pelbagai bentuk. Bentuk penderaan yang paling lazim dilaporkan kepada profesion perubatan adalah penderaan fizikal dan seksual. • Penderaan kanak-kanak secara emosi kurang mendapat perhatian walaupun penderaan jenis ini didapati kerap berlaku di kalangan kanak-kanak sama ada secara berasingan atau bersama-sama dengan jenis penderaan lain. • Penderaan emosi kerap terjadi dengan tidak ketara tetapi kesannya terhadap perkembangan fizikal dan mental di kalangan kanak-kanak sangat jelas sehingga memerlukan rawatan perubatan. Penderaan emosi tidak dikenal pasti dengan baik kerana tiada definisi menyeluruh yang boleh diterima pakai di peringkat antarabangsa. Ini menyebabkan kesukaran bagi seseorang untuk bersetuju tentang maksud penderaan emosi.

  13. Pada masa kini, lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa yang mampu dikelaskan sebagai penderaan mental adalah :- • penolakan, • pengasingan, • menakutkan, • sikap tidak peduli • sikap merasuah fikiran. • Jika tingkah laku tersebut berlaku secara berterusan ke atas kanak-kanak yang berisiko sehingga menyebabkan kecacatan psikologi dan emosi kanak-kanak, keadaan ini dianggap sebagai penderaan emosi. Definisi ini bergantung pada tahap perkembangan kanak-kanak dan hanya digunakan dalam konteks antara perorangan. • Kelima- lima kategori sikap tingkah laku buruk ibu bapa berlaku dalam keluarga normal dan tidak normal, terutamanya dalam suasana kekeluargaan yang pincang. Dalam keadaan ini penderaan emosi adalah akibat tertumpahnya masalah dan konflik orang dewasa kepada kanak-kanak. Kanak-kanak yang mengalami penderaan sebegini telah menunjukkan pelbagai masalah sosial, emosi dan pembelajaran yang serius, lebih daripada kesan umum dalam persekitaran mereka.

  14. Penderaan seksual kanak-kanak • Penderaan seksual kanak-kanak merupakan salah satu daripada penderaan kanak-kanak, dan merujuk kepada sebarang perlakuan individu yang memaksa, memperdaya atau mengugut kanak-kanak yang mendorong berlakunya hubungan seksual dengan mereka, semata-mata untuk memuaskan nafsu seksual. • Penderaan seksual kanak-kanak merujuk kepada penderaan seksual seorang kanak-kanak bawah umur oleh dewasa, atau seseorang yang jauh lebuh tua atau dalam kedudukan berkuasa atau mengawal kanak-kanak, di mana kanak-kanak digunakan sebagai stimulasi seksual bagi orang tersebut atau orang lain. • Kajian berkenaan kesan penderaan seksual kanak-kanak seringkali ditakrifkan sebagai termasuk mengajak atau meminta sebagai tambahan kepada tindakan sebenar, berkait dengan sebarang interaksi seksual antara orang dewasa dan kanak-kanak, termasuk dari bercium atau memeluk sehingga kepada hubungan intim, dan semua aktiviti yang berkait.

  15. Menurut undang-undang (US), "penderaan seksual kanak-kanak" adalah istilah menyeluruh (umbrella term) menggambarkan kesalahan jenayah dan sivil di mana seseorang dewasa terbabit dalam aktiviti seksual dengan kanak-kanak bawah umur atau mempergunakan kanak-kanak bawah umur bagi tujuan memuaskan nafsu seksual (sexual gratification). • Penderaan seksual kanak-kanak mampu menyebabkan kecederaan fizikal kepada kanak-kanak dan kedua-dua kecederaan psychologikal dan emosi bagi jangka pendek dan jangka panjang,termasuk : • kemurungan klinikal, • kecacatan tekanan post trauma (post-traumatic stress disorder), • kerisauan, • kecenderungan bagi menjadi pemangsa apabila dewasa,dan simptom lain.

  16. Dalam masalah penderaan seks, faktor penyebabnya perlu dilihat dari sudut yang berlainan. Ini kerana penderaan seks dalam kalangan kanak-kanak biasanya dilakukan oleh orang dewasa terutamanya lelaki yang mengenali kanak-kanak itu. • Dalam banyak kajian di luar negara dan data yang diperolehi dalam negara, sebanyak 75 peratus orang lelaki dewasa yang melakukan penderaan seksual ke atas kanak-kanak adalah dalam kalangan saudara mara kanak-kanak itu sendiri. Mereka yang dimaksudkan itu mungkin ayah, ayah tiri, datuk, bapa saudara, abang atau kekasih ibu ataupun jiran kepada kanak-kanak tersebut. • Dalam keadaan ini sebab-sebab penderaan seks dalam kalangan keluarga kanak-kanak perlu dilihat dalam empat aspek prakeadaan.

  17. Prakeadaan l • Kedudukanpenjalinanemosidalamkeluarga yang luarbiasaadalahsatudaripadaprakeadaan yang boleh menyebabkan penderaan seks kanak-kanak. • Penjalinan emosi luar biasa yang dimaksudkan adalah sekiranya perhubungan antara ayah atau ayah tiri dengan anak perempuan didapati lebih rapat daripada perhubungan ayah atau ayah tiri dengan ibu kanak-kanak. • Seterusnya dalam prakeadaan seumpama ini, ada pula kemungkinan wujudnya sekatan daripada luar atau dari dalam untuk memenuhi keperluan seks ayah atau ayah tiri sehingga menyebabkan lelaki dewasa itu merasa amat tertekan dengan masalah seksnya.

  18. Prakeadaan ll • Dalam prakeadaan ll, lelaki dewasa yang terlibat dengan alkohol, penagihan dadah, mengalami gangguan psikiatri atau gangguan impuls, menghadapi masalah ketuaan, menghidap penyakit fizikal lain atau mempunyai masalah keupayaan diri, seringkali melakukan penderaan seks terhadap kanak-kanak.

  19. Prakeadaan lll • Prakeadaan lll meninjau faktor yang mendorong perbuatan penderaan seks terhadap kanakkanak oleh ahli keluarga lelaki mereka. Ini termasuk: • Ibu yang sering sakit atau sering tiada di rumah. • Ibu yang tidak rapat dengan anak. • Ibu yang tidak melindungi anak. • Ibu yang sering mendera secara kasar terhadap anak. • Ibu yang tidak mahu tahu tentang anaknya. • Keadaan di atas memberi peluang kepada ahli keluarga lain untuk lebih mendampingi anak sehingga menyebabkan anak sendiri mengambil alih tugas dan peranan ibu.

  20. Prakeadaan lV • Kanak-kanak yang kurang matang perkembangan emosinya atau menghadapi masalah terencat akal atau kecacatan fizikal, kurang pengetahuan tentang seks atau kanak-kanak itu sendiri berasa bertanggungjawab untuk memastikan ibu bapanya dapat duduk serumah bersama-sama sehingga sanggup diperkosa, merupakan faktor prakeadaan lV yang menjadi punca penderaan seks dalam kalangan kanak-kanak.

  21. Penderaan seksual kanak-kanak merangkumi : • Memasukkan objek atau bahagian tubuh ke dalam faraj, mulut atau dubur. • Menyentuh bahagian sulit. • Menunjukkan bahan-bahan lucah kepada kanak-kanak. • Mengambil gambar kanak-kanak dalam aksi seksual. • Menggalakkan kanak-kanak menonton atau mendengar aksi seksual. • Membuat panggilan telefon lucah, • Merogol. • Melakukan seks oral. • Meliwat. • Melacurkan. • Mengintai. • Mencium. • Mengusap. • Mempamerkan aksi lucah.

  22. Asas Undang-Undang Perlindungan Terhadap Kanak-Kanak di Malaysia • Undang-undang mengenai perlindungan terhadap kanak-kanak di Malaysia juga boleh dilihat seawal tahun 1947 dengan Akta Kanak-Kanak dan Orang Muda, Akta Mahkamah Juvana 1947, Akta Perlindungan Wanita dan Gadis 1973 dan Akta Perlindungan Kanak-Kanak pada 1991. • Walau bagaimanapun, menyedari hakikat bahawa terdapat keperluan untuk mengubah hala tuju konsep perlindungan terhadap kanak-kanak dan juga mengakui bahawa perlunya pembaharuan di dalam undang-undang sejajar dengan perkembangan semasa, maka satu akta yang khusus dan komprehensif mengenai kanak-kanak telah digubal dan diluluskan iaitu Akta Kanak-Kanak 2001 (selepas ini akan disebut Akta 611) dan telah berkuat kuasa pada 1 Ogos 2002 Tajuk panjang Akta 611 berbunyi:

  23. Suatu Akta untuk menyatukan dan meminda undang-undang yang berhubungan dengan pemeliharaan, pelindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. • Akta 611 merupakan satu Akta yang merangkumi pelbagai isu penting mengenai kanak-kanak. Antara perkara penting yang diketengahkan oleh Akta 611 adalah tugas dan tanggungjawab ibu bapaatau penjaga dalam memelihara kesejahteraan kanak-kanak, tanggungjawab untuk memaklumkan kes-kes penderaan kanak-kanak, penubuhan Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, prosedur perbicaraan, hukuman dan sebagainya.

  24. Tanggungjawab Undang-Undang • Semua pihak mempunyai tanggungjawab dan tugas masing-masing sama ada tanggungjawab dari segi moral atau dari segi undang-undang. • Tidak dapat dinafikan bahawa ibu bapa atau penjaga mempunyai tugas dan tanggungjawab ke atas anak-anak di bawah jagaan mereka. Selaras dengan itu, peruntukan-peruntukan yang mengenakan tugas dan tanggungjawab undang-undang kepada ibu bapa atau penjaga telah diwujudkan di dalam Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 dan kemudiannya telah diperkemaskan di dalam Akta 611. • Apa yang pasti di antara tujuan utama peruntukan-peruntukan seumpama ini dimasukkan adalah supaya ibu bapa atau penjaga akan lebih bertanggungjawab dan mengambil berat akan keadaan anak-anak mereka

  25. PENDERAAN TERHADAP WANITA

  26. Definisipenderaanwanita • Penderaanterhadapisterimelibatkanapasahajajeniskezaliman, keganasan, ketidakadilanataukesalahan, samaadafizikalmahu pun mental, yang dilakukanterhadapisteri. ManakaladalamAktaKeganasanRumahtangga 1994, penderaanbermaksud:

  27. AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 • Seksyen 2 AKRT 94 • Definisi “KeganasanRumahtangga” • mengancamuntukmencedera • menyebabkankecederaanfizikal • memaksaataumengugutuntukberbuatsesuatu (seks) • mengurung • menyebabkankesedihan, keganasan, kemusnahankepadaharta

  28. KategoriKeganasanTerhadapWanita Keganasanterhadapwanitabukansahajatertaklukkepadapenderaanfizikal, tetapimeliputijuga: • PenderaanPsikologidanEmosi • Ugutan, penghinaan, menjatuhkanmaruahwanitabolehmeninggalkankesanburuksamasepertipenderaanfizikalkeranaianyabolehmembahayakannilaihargadiridanperasaanwanitadankeupayaanbeliaumengawalkehidupansendiri. • PenderaanFizikal • Memukul, menumbuk, menampar, menggigit, menendang , melukakan, mematahkantulang, membaling barang dan menggunakan senjata adalah contoh jelas penderaan seumpama ini. Menghalang keperluan manusia seperti makan, minum, tidur dan juga tempat perlindungan juga merupakan salah satu bentuk penderaan fizikal. • PenderaanSeksual • Memaksamelakukanataumelihatsesuatubentukseksualtanpakemahuanwanitatersebutataumenyakitiwanitaketikamelakukanhubunganseks. • PenderaanSosial • Penderaaniniseringberlakudidalamrumahdimanawanitaseringdidoronguntukbergantungkepadapasanganmasing-masingdandiasingkandaripadamendapatsokonganluar • PenderaanKewangan • Seseorangwanita yang dihalangdaripadamencaripekerjaanatau yang tidakdibenarkanuntukmembukaakaun bank ataumenyimpanwangpendapatannyasendirisebenarnyamenghadapipenderaandariaspekkewangan.

  29. KeganasanBerasaskan Gender…. • Wanitaadalahkejadian/makhluk yang lemah • Wanitaseringmelakukankesilapan • Wanitadilahirkanuntukberkhidmatkepadalelaki • Wanitaadalahobjekmemuaskannafsuseks • Wanitatidakberfikiran yang rasional • Wanitahidupadalahatasihsansuami (lelaki) • Wanitaperlubergantungsepenuhnyakepadasuami (lelaki) • Taraf /status wanitaadalahjauhlebihrendahdaripadalelaki • Lelakiberkuasapenuhterhadapwanita • Lelakiadalahberhakmenentukanhalatujuhidupwanita yang tidakmampu/tidakbolehmembuatkeputusansendiri • Lelakibolehmemukulwanitakeranalelakiadalahketuakepadawanita

  30. Keganasan terhadap wanita adalah keganasan terhadap ‘gender’. Ia adalah keganasan yang tertumpu terhadap wanita kerana ketidakseimbangan taraf lelaki dan wanita dalam masyarakat. Keganasan Terhadap Wanita-Bagaimana ia berbeza dari keganasan yang lain?

  31. KeganasanRumahTangga Rogol SumbangMahram PelacuranPaksa PenjualanManusia Memalukan/menjatuhkanmaruah Keganasan Terhadap Wanita : Jenis(I)

  32. Mengurung “Female Genital Mutilation” Perkahwinanawal “Honour Killing” PengasinganSosial Keganasan Terhadap Wanita : Jenis(II)

  33. FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA PENDERAAN • DadahdanAlkohol • Kajian yang dibuatoleh Leonard danBlane (1992) terhadap 82 peratusdaripada 70,000 pelajarsekolahmenengahtinggimendapatiterdapathubunganantarapengambilanalkoholdenganpenderaandalamrumahtangga. Individu yang mengambilalkoholdalamjumlah yang banyakmempunyaikecenderunganmenjadiagresifdansecaratidaklangsungmenderapasangannya. Kebanyakanwanitamenyebutalkoholdandadahsebagaifaktorpenyebabkeganasandalamkeluarga. Gelles (1980) menyatakanfaktoralkoholbolehmenyebabkanindividumelakukansesuatu yang bukanmerupakantingkahlakunya yang sebenar. • LatarBelakangKeluarga • Latarbelakangkeluargadanpengalamansemasakecilturutmempengaruhisikapseseorangindividu. Keadaan yang samajugaberlakukeatassuami yang seringmenganiayadanbertindak ganas ke atas isteri mereka. Mereka pernah mengalami atau menyaksikan keadaan tersebutdanbanyakkajian yang dijalankanmenunjukkanbahawafenomenapenganiayaanisteridikaitkandenganpendedahan awal terhadap kekejaman dalam keluarga. • MasalahSosial • Hasil daripada penyelidikan ke atas 100 orang suami (pendera), suami yang seringmenganiayaisteritidaksukabergauldenganorang lain. Merekaberasakurangsenangdantidakselesaapabilaberadadalamkalangansahabathandai yang lain. Merekajugaberhati-hatiuntukmemilihkawanrapat. Di sampingitu, merekajugamempunyaisifattidakmempercayaiorang lain danselaludianggapberseorangan (loner). Suamidalamkategoriinijugatidaksukadikawalolehorang lain, terutamanyaisteri. Merekatidaksukaorang lain membuatkeputusanbagipihakdirimerekadan orang lain tidak boleh menguasai diri mereka.

  34. PanasBaran • Kajian yang dilakukanseperti yang dilaporkanmelaluiWoman Aids Organisation mendapati salah satu sebab berlakunya penderaan adalah sikap suami yang tidakdapatmengawal rasa marah. Penderatidakdapatmengawalemosimarahnyawalaupunatassebab-sebab yang kecil. Kajianjugadibuatterhadap 2,017 surirumahdi Thailand mendapatifaktorkecewadantekananperasaanbolehmenyebabkanberlakupenderaanisteriapabilasuamihilangkawalanemosi. • Cemburu • Faktorcemburudianggapsebagaipenyebabberlakunyapenderaandalamkeluarga. • Kadangkalasuamicemburukanisteriterutamanyaapabilaisteribekerja. Lelaki yang bersifatcemburusentiasamengawalkehidupanpasangannya, tidakbolehmelihatisteri yang berpakaiancantikterutamadihadapanorang lain. Merekajugatidaksukaisteribercakapdenganlelaki lain yang memujiataumenggodaisterimereka. Merekaakanmarahdanakanbertindakdiluardugaan. Lelakisepertiiniselalumenyimpanprasangkadantidakmempercayaiisterimerekasendiri. Inimenyebabkantimbulsuasanategang, krisisdantekananperasaan yang seterusnyamenjadikanindividutersebutpemarah, bengis, kasardanmungkinbertindakkejamterhadappasangannya

  35. Undang-Undang Yang Wujud • AktaKeganasanRumahTangga 1994 • Akta/EnakmenUndang-UndangKeluarga Islam Negeri • AktaMembaharuiUndang-Undang (Perkahwinan & Perceraian) 1976 • AktaPerempuanBersuami (Pindaan) 1997

  36. Kesaksamaan Gender SebagaiAsasMembasmiKeganasanRumahTangga… • Suamiadalahpelindungkepadaisteri • Suamiperlumentadbirrumahtanggadenganhikmahdankebijaksanaanbukanemosidankeganasan • Isteriberhakdihormatisebagaiinsan yang membantumemudahkankerjasuami • Tidaksalahjikasuamimembantuisteribagikerja-kerjadidapur • Suami & Isteriperluberbincangdalammembuatsesuatukeputusan • AnaklelakidanperempuanadalahkurniaanTuhansebagaiamanah yang perludisayangisecarasaksama • Anakperempuantidakmembawamalangkepadakeluarga • Isteriberhakmemenuhiimpianperkembangandiri

  37. Tiadasiapa yang berhakmenyiksamana-manainsan yang lain • Keganasankepadawanitaadalahjenayah • Walaupun Islam membenarkan ‘pukul’ isteridalamkeadaanisterinusyuz, tetapitidakdigalakkan • Terimahakikatdanhargaiperbezaanantarasuamidanisteri-elak ‘stereotyping’

  38. Laporkan kes penderaan Ini adalah salah satu langkah untuk mencegah kes penderaan. Lagipun, ketahuilah bahawa setiap orang mempunyai mandat untuk melaporkan semua kes penderaan sahih atau disyaki dalam masa 48 jam. Talian bantuan Malaysia Terdapat beberapa talian bantuan yang boleh dihubungi oleh mereka yang tinggal diMalaysia, antaranya adalah:- • Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) 03-7956 3488 • Pusat Krisis Wanita ( WCC, Pulau Pinang) 04-228 0342 • All Women Action Society of Malaysia (AWAM) 03-7957 0224 • TELEDERA 1-800-883040 • BEFRIENDERS 03-7956 8144 • P.S. The Children 03-74931303 • Pusat Kebahagiaan Wanita Dan Remaja (KEWAJA) 03-61857736, 013-3384868 - 24 Jam • Kem Modal Insan KEWAJA menyediakan kursus, latihan dan pemulihan untuk gadis dan wanita bermasalah akibat aktiviti seksual tidak bermoral. Tel: 03-40254755 013-2696158 - 24 Jam • Talian NUR 15999

  39. KESIMPULAN • Sungguhpunpenderaankeatasisteridankanak-kanaktelah lama wujuddinegaraini, namunkebanyakaninsidenderaaninitidakdilaporkan. Keadaaniniberlakuolehkeranamangsa tersebut tidak tahu bagaimana dan di mana untuk meminta bantuan. Mereka juga berasatakutuntukmembuatlaporan. Keadaaninijugaberleluasakeranatidakadaundangundang yang memuaskanbagimelindungimangsa-mangsapenderaandengansewajarnya.

  40. TERIMA KASIH

More Related