1 / 25

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

BAB 1. PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN. OBJEKTIF. Memahami maksud perakaunan secara umum dan perbezaannya dengan simpan kira serta sedikit latar belakang sejarah kewujudan bidang perakaunan. Mengenalpasti pengguna dalaman dan pengguna luaran maklumat perakaunan. Mengetahui cabang perakaunan.

lixue
Télécharger la présentation

PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. BAB 1 PENGENALAN KEPADA PERAKAUNAN

  2. OBJEKTIF • Memahami maksud perakaunan secara umum dan perbezaannya dengan simpan kira serta sedikit latar belakang sejarah kewujudan bidang perakaunan. • Mengenalpasti pengguna dalaman dan pengguna luaran maklumat perakaunan. • Mengetahui cabang perakaunan. • Mengetahui jenis-jenis penyata kewangan. • Mengenalpasti entiti dan aktiviti perniagaan.

  3. 1.1 Definisi Perakaunan Perakaunan merupakan satu proses • Mengenalpasti • Merekod dan mengkelas • Meringkas • Melapor • Mentafsir

  4. 1.2 Pengguna Maklumat Perakaunan • Pengguna Dalaman • Pihak Pengurusan - menilai keputusan pengurusan yang lepas. - membuat keputusan untuk masa depan.

  5. Pengguna Luaran • Pelabur Sedia Ada - ketahui nilai modal yang dilaburkan. - jumlah dividen yang diterima - ketahui sumber kewangan perniagaan. • Pihak Bank / Pemiutang - nilai kebolehan perniagaan untuk bayar balik hutang serta faedah atas pinjaman. • Lembaga Hasil Dalam Negeri - untuk tentukan jumlah cukai yang perlu dibayar ikut keuntungan perniagaan. • Bakal Pelabur - untuk lihat prestasi perniagaan sebelum membuat keputusan.

  6. Perakaunan Adalah proses merekod, meringkas, mengelas, menganalisis dan mengkomunikasi maklumat-maklumat dari peristiwa ekonomi. Simpankira Sebahagian daripada perakaunan, dimana ia merupakan proses merekod, mengelas dan meringkas urusniaga dalam nilai wang kepada bentuk penyata kewangan. 1.3 Perbezaan antara Perakaunan dan Simpankira

  7. Perakaunan Kewangan Pengguna dalaman dan luaran Laporan ringkas berkenaan dengan firma secara keseluruhan Mengikut standard perakaunan. Perakaunan Pengurusan Pengguna dalaman Laporan adalah secara terperinci berkenaan jabatan, bahagian atau cawangan. Contoh laporan adalah belanjawan dan laporan prestasi. 1.4 Cabang Perakaunan

  8. 1.5 Jenis-jenis Milikan Perniagaan • Pemilikan Tunggal • Dimiliki oleh seorang individu • Bersaiz kecil dari segi modal dan operasinya • Liabiliti tidak terhad kerana pemilik menanggung semua hutang • Perkongsian • Mengikut Akta Perkongsian 1966 • Mempunyai potensi untuk berkembang dengan mudah • Liabiliti tidak terhad dimana pekongsi secara peribadi menanggung semua hutang perkongsian • Syarikat • Pendaftaran dibuat dengan CCM (Companies Commission of Malaysia) mengikut Akta Syarikat 1965. • Terbahagi kepada Syarikat Sendirian Berhad dan Syarikat Awam Berhad. • Liabiliti Terhad dimana pemegang saham tidak menanggung beban hutang syarikat. • Berpotensi untuk berkemabang kerana saham diterbitkan untuk mendapatkan dana tambahan.

  9. 1.6 Jenis-jenis Aktiviti Perniagaan • Perkhidmatan • Klinik swasta, firma guaman dan firma akauntan. • Pembarangan • Runcit dan Pemborong • Perkilangan • Kilang Johnson & Johnson, Kilang Nestle

  10. 1.7 Jenis-jenis Penyata Kewangan 1.7.1 Penyata Pendapatan 1.7.2 Penyata Ekuiti Pemilik 1.7.3 Kunci Kira-kira 1.7.4 Penyata Aliran Tunai

  11. 1.7.1 Penyata Pendapatan • Item-item yang dimasukkan ialah hasil atau pendapatan kepada perniagaan dan perbelanjaan yang terlibat untuk mendapatkan hasil berkenaan. • Tujuan: Untuk melaporkan kejayaan atau keberuntungan dalam operasi perniagaan syarikat atau firma dalam satu-satu tempoh perakaunan.

  12. 1.7.2 Penyata Ekuiti Pemilik • Untuk mengetahui jumlah ekuiti yang dimiliki oleh sesuatu perniagaan. • Contoh: Penyata Ekuiti Pemilik Bagi Tahun Berakhir 30 Jun 2006 Ekuiti Pemilik: Modal Saham 40,000 Pendapatan Tertahan 36,760 Jumlah ekuiti pemilik 76,760

  13. 1.7.3 Kunci Kira-kira • Disediakan untuk melihat kedudukan kewangan sesuatu perniagaan pada satu-satu tarikh. • Didalamnya disenaraikan baki-baki aset, liabiliti dan ekuiti pemilik.

  14. 1.7.4 Penyata Aliran Tunai • Melaporkan penerimaan tunai, pembayaran tunai dan perubahan dalam tunai hasil daripada aktiviti-aktiviti operasi, pelaburan dan pembiayaan sesuatu organisasi untuk suatu tempoh mengikut format tertentu yang boleh menyelaraskan baki awal dan akhir tunai.

  15. Penyata Aliran TunaiBagi Tahun Berakhir 30 Jun 2006 • Aliran Tunai dari Aktiviti Operasi: • Tunai diterima untuk hasil xx • Tunai dibayar untuk belanja xx xx • Aliran Tunai dari Aktiviti Pelaburan: • Belian aset xx • Jualan aset xx xx • Aliran Tunai dari Aktiviti Pembiayaan: • Terbitan saham xx • Bayaran dividen xxxx • Pertambahan dalam Tunai Bersih xx • Baki Tunai Awal xx • Baki Tunai Akhir xx

  16. 1.8 Badan-badan Perakaunan Malaysia 1.8.1 Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) 1.8.2 Institut Akauntan Malaysia (MIA) 1.8.3 Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA)

  17. 1.8.1 Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) • Dibentuk sebagai sebuah badan autoriti untuk membangunkan dan menerbitkan standard perakaunan bagi Malaysia. • Tujuannya untuk memastikan kualiti dan penguatkuasaan standard-standard perakaunan. • Mempunyai satu badan penasihat yang dikenali sebagai ‘Financial Reporting Foundation’ (FRF) yang berperanan sebagai penasihat perkara pelaporan kewangan, mengawasi operasi MASB, menyediakan dan meluluskan dana untuk pembiayaan operasi.

  18. 1.8.2 Institut Akauntan Malaysia (MIA) • Ditubuhkan pada 1967, sebaik sahaja Akta Akauntan 1967 dikuatkuasakan. • Diberikan kuasa mutlak dalam pengiktirafan kelulusan untuk 10 buah badan perakaunan luar negara dan satu badan perakaunan tempatan (MICPA) serta kesemua ijazah perakaunan dari IPTA. • Menjadi badan untuk mengawal selia para akauntan supaya mematuhi peraturan dan etika profesion perakaunan.

  19. 1.8.3 INSTITUT AKAUNTAN BERTAULIAH MALAYSIA (MICPA) • Ditubuhkan pada 1958. • Bertanggungjawab melatih akauntan-akauntan bertauliah. • Terlibat secara aktif dalam penyelidikan, pembangunan dan pengumuman berkaitan dengan perakaunan, pengauditan dan standard-standard pelaporan sejak tahun 2002.

  20. SOALAN: • Objektif laporan penyata kewangan adalah menghubungkan maklumat perakaunan kepada penggunan. Anda dikehendaki kenalpasti dua kumpulan pengguna dan terangkan bagaimana maklumat perakaunan berguna kepada mereka. • Nyatakan tiga (3) pengguna maklumat perakaunan. Terangkan mengapa setiap satu daripada pengguna tersebut memerlukan maklumat kewangan sesebuah perniagaan.

  21. Nyatakan tiga ciri bagi setiap jenis pemilikan perniagaan • Berikan tiga perbezaan di antara perkongsian dengan syarikat. • Berikan 4 fungsi MIA.

  22. JAWAPAN

  23. Perbezaan Antara Perkongsian Dan Syarikat

  24. 4 Fungsi MIA: • mengiktirafkan para akauntan bertauliah • memastikan pengamal perakaunan mengikut peraturan • menganjurkan seminar/ceramah yang berkaitan dengan bidang perakaunan • menetapkan syarat untuk menjadi akauntan bertauliah

More Related