1 / 18

PENGENALAN KEPADA STATISTIK

UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT DAN SERAKAN. Untuk menggunakan ringkasan statistik dalam memerihalkan sesuatu koleksi data.Untuk menggunakan min, median dan mod dalam memerihalkan bagaimana data bertaburan.Untuk menggunakan julat, varian dan sisihan piawai dalam memerihalkan bagaimana data bertaburan

larue
Télécharger la présentation

PENGENALAN KEPADA STATISTIK

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


    1. PENGENALAN KEPADA STATISTIK Untuk mengetahui takrifan statistik Untuk menerangkan maksud statistik perihalan dan pentakbiran Untuk membezakan pembolehubah kualitatif dan kuantatif Untuk membezakan pembolehubah diskrit dan selanjar. Untuk membezakan diantara pengukuran dta norminal, ordinal, selang dan nisbah

    2. UKURAN KECENDERUNGAN MEMUSAT DAN SERAKAN Untuk menggunakan ringkasan statistik dalam memerihalkan sesuatu koleksi data. Untuk menggunakan min, median dan mod dalam memerihalkan bagaimana data bertaburan. Untuk menggunakan julat, varian dan sisihan piawai dalam memerihalkan bagaimana data bertaburan. Untuk mengkaji analisis data permulaan berdasarkan komputer untuk melihat cara-cara lain yang berguna dalam meringkaskan data.

    3. TABURAN KEBARANGKALIAN NORMAL Untuk memperkenalkan taburan kebarangkalian yang lazimnya digunakan dalam membuat keputusan. Untuk menggunakan konsep nilai jangkaan dalam membuat keputusan. Untuk menunjukkan kegunaan taburan kebarangkalian yang manakah patut digunakan dan bagaimana mencari nilainya. Untuk memahami penghadan setiap taburan kebarangkalian yang digunakan

    4. PERSAMPELAN DAN TABURAN PERSAMPELAN Untuk mengambil satu sampel daripada satu populasi dan menggunakannya untuk memerihalkan populasi berkenaan Untuk memastikan sampel yang diambil mewakili populasi yang terlibat secara tepat Untuk memeprkenalkan konsep taburan persampelan. Untuk mengetahui pilihan di antara nilai kos bagi sampel yang besar dan ketepatan maklumat Untuk memperkenalkan rekabentuk ujikaji

    5. PENGANGGARAN Untuk mempelajari bagaimana menganggar ciri-ciri tertentu sesuatu populasi daripada sampel Untuk mempelajari kekuatan dan kelemahan anggaran titik dan anggaran selang Untuk mengukur darjah ketepatan penganggaran Untuk emmpelajari bagaimana menggunakan taburan-t untuk mencari anggaran selang dalam kes dimana taburan normal tidak bolehdigunakan Untuk mengira saiz sampel yang diperlukan bagi selang aras kepersisaan yang dikehendaki dalam penganggaran

    6. UJIAN HIPOTESIS: UJIAN SATU SAMPEL Untuk mempelajari bagaimana menggunakan sampel bagi menentukan samada satu populasi mempunyai ciri tertentu. Untuk mendapatkan sejauh mana ketidak mungkinan suatu sampel tercerap boleh datang dari suatu populasi yang dihipotesiskan. Untuk emmahami dua jenis ralat yang digunakan dalam pengujian hipotesis

    7. UJIAN HIPOTESIS: UJIAN SATU SAMPEL Untuk mempelajari bila ujian satu hujung dan dua hujung boleh digunakan Untuk memahami bagaimana dan bila taburan normal dan taburan t boleh menguji hipotesis tentang min dan kadaran populasi

    8. UJIAN HIPOTESIS: DUA POPULASI Untuk mempelajari bagaimana menggunakan sampel dari dua populasi untuk menguji hipotesis tentang perhubungan antara populasi. Untuk mempelajari bagaimana bagaimana ujian hipotesis bagi perbezaan antara min populasi mengambil bentuk yang berlainan, bergantung kepada saiz sampel. Untuk memebzakan di antara sampel bebas dengan sampel bersandar apabila membandingkan dua min.

    9. UJIAN HIPOTESIS: DUA POPULASI Untuk mempelajari bagaimana mengurangkan ujian hipotesis bagi perbezaan min dari sampel bersandar kepada ujian min tunggal. Untuk mempelajari bagaimana menguji hipotesis yang membandingkan kadar dua populasi yang mempunyai beberapa stribut yang menarik. Untuk memahami bagaimana nilai kebarangkalian boleh digunakan dalam pengujian hipotesis.

    10. UJIAN KHI-KUASADUA Untuk mengenalpasti situasi yang memerlukan perbandingan dua atau lebih min dan kadar Untuk memperkenalkan khi-kuasadua dan mempelajari bagaimana menggunakannya dalam pentakbiran statistik Untuk menggunakan taburan khi-kuasadua untuk melihat samada dua pengelasan data yang sama adalah bebas dianta satu sama lain

    11. UJIAN KHI-KUASADUA Untuk menggunakan ujian khi-kuasadua untuk memeriksa samada satu pengumpulan data tertentu diperihalkan dengan baik oleh suatu taburan tertentu Menggunakan taburan khi-kuasadua bagi selang keyakinan dan pengujian hipotesis bagi satu varian populasi

    12. ANALISIS VARIAN: ANOVA Untuk membandingkan lebih daripada dua min populasi menggunakan analisis varian Untuk memperkenalkan taburan F dan mempelajari cara untuk menggunakannya dalam pentakbiran statistik Untuk emmbandingkan taburan F untuk pengujian hipotesis bagi dua populasi varian.

    13. REGRESSI RINGKAS DAN KORELASI Untuk mengetahui bilangan keputusan perniagaan yang bergantung kepada perhubungan khusus di antara dua atau lebih pembolehubah Untuk menggunakan gambarajah serakan bagi melihat perhubungan di antara dua pembolehubah Untuk menggunakan analisis regressi bagi menganggar perhubungan di antara dua pembolehubah Untuk menggunakan persamaan anggaran kuasa dua terkecil bagi meramal min masa depan bagi pembolehubah sandar

    14. REGRESSI RINGKAS DAN KORELASI Untuk mengetahui bagaimana analisis korelasi menghuraikan darjah perhubungan linear di antara dua pembolehubah Untuk memahami pekali penentuan sebagai ukuran bagi ekkuatan perhubungan di antara dua pembolehubah Untuk emmpelajari penghadan analisis regresi dan analisis korelasi dan kaveat dalam penggunaan mereka.

    15. KAEDAH TAK BERPARAMETER Untuk digunakan dalam pengujian hipotesis apabila tidak boleh membuat sebarang anggapan terhadap taburan yang kita ambil Untuk mengetahui ujian untuk taburan bebas yang digunakan dalam keadaan tertentu Untuk menggunakan dan menjelaskan enam jenis pengujian hipotesis tak berparameter Ujian mengetahui kelemahan dan kelebihan ujian tak berparameter

    16. SIRI MASA DAN PERAMALAN Mempelajari mengapakah peramalan berubah terhadap masa penting dalam membuat eksimpulan Untuk emmahami 4 komponen dalam siri masa Menggunakan teknik regressi untuk menganggar dan meramal arah aliran dalam siri masa Mempelajari bagaimana mengukurturun naik berkitar dalam siri masa

    17. SIRI MASA DAN PERAMALAN Mengukur indeks musim dn menggunakannya dalam nyah musim siri masa Tahu mengenalpasti variasi tak sekata dalam siri masa Mengetahui cara untuk melakukan empat komponen siri masa secara serentak dan menggunakan analisis siri masa untuk membuat peramalan

    18. NOMBOR INDEK Untuk memahami bahawa nombor indeks menjelaskan berapa banyak pembolehubah ekonomi berubah sepanjang masa Untuk menjadi biasa dengan tiga jenis indeks: indeks harga, indeks kuantiti dan indeks nilai Untuk emmahami dan mengelakkan masalah hasil daripada kesalahan menggunakan nombor indek Untuk belajar bagaimana mengira pelbagai jenis nombor indeks

More Related