1 / 8

BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI

No. Siri : BPPS 5/5 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009. JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING. BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI. “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”. PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM

kipp
Télécharger la présentation

BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. No. Siri : BPPS 5/5 No. Fail : JPA(BKP)548/1/12 Pindaan : 00/2009 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING BAHAGIAN PENGURUSAN PSIKOLOGI “JPA PENERAJU PERUBAHAN PERKHIDMATAN AWAM”

  2. PANDUAN PERMOHONAN PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

  3. Kata-kata Aluan Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysia Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah rahmat dan inayah-Nya, maka Buku Panduan JPA Edisi Keempat dapat diterbitkan sebagai satu usaha murni ke arah meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) yang dibentangkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri meletakkan harapan yang tinggi terhadap keupayaan perkhidmatan awam sebagai penggerak kemajuan negara. Ia dizahirkan melalui teras kedua dan kelima RMK-9 yang menekankan aspek modal insan yang berminda kelas pertama dan meningkatkan keupayaan organisasi. Realitinya, persekitaran perkhidmatan awam tidak lagi seperti biasa. Justeru, JPA perlu terus relevan melaksanakan peranan untuk menjelmakan manifestasi stakeholders kepada rakyat. JPA harus sentiasa mengamalkan prinsip kaizen bagi memastikan perkhidmatan yang disampaikan adalah berkualiti dan melangkaui kebiasaan. Saya berharap agar semua usaha JPA dapat diterjemahkan melalui penerbitan Buku Panduan JPA Edisi Keempat ini. Semoga dengan penerbitan Buku Panduan JPA, segala urusan antara pelanggan dengan JPA dapat dipermudahkan dan dipercepatkan. Sekian, terima kasih. (TAN SRI ISMAIL ADAM)

  4. PERMOHONAN PROGRAM PENINGKATAN KEMAHIRAN KAUNSELING 1. TUJUAN Panduan ini bertujuan untuk menerangkan prosedur permohonan Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia. 2. LATAR BELAKANG Kaunseling merupakan elemen yang sedang berkembang dalam pengurusan sumber manusia dewasa ini. Selaras dengan perkembangan ini, kerajaan telah memasukkan elemen kaunseling dalam pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia dan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS). Bagi tujuan itu juga, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.1 Tahun 1999 Panduan Mewujudkan Perkhidmatan Kaunseling Di Agensi Awam bagi memberi panduan kepada kementerian dan jabatan melantik pegawai kaunselor bagi membantu memberikan perkhidmatan kaunseling kepada pegawai dan kakitangan agensi masing-masing. Sehubungan itu, Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling (PPKK) ini dirangka bagi memberikan pendedahan kepada pegawai yang dilantik bagi menjalankan fungsi sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAM) di kementerian dan jabatan. Pengiktirafan akan diberi oleh JPA kepada mereka yang telah tamat mengikuti PPKK. 1

  5. 3. OBJEKTIF PROGRAM i. Melatih peserta untuk menjadi seorang pendengar yang baik dan berkesan; ii. Melatih peserta untuk mengenal pasti dan membezakan permasalahan klien; iii. Melatih peserta untuk mengendalikan kes-kes ringan yang sesuai dengan keupayaan; iv. Membolehkan peserta untuk memahami fungsi dan peranan kaunseling di dalam perkhidmatan awam; dan iv. Membolehkan peserta menjalankan peranan berdasarkan keperluan di dalam fungsi Human Resources Management Information system (HRMIS) dan Program Pengupayaan Kendiri. 4. PERKHIDMATAN DISEDIAKAN UNTUK:- Program Peningkatan Kemahiran Kaunseling terbuka kepada pegawai kerajaan persekutuan dan negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan tanpa mengambil kira perbezaan gred jawatan. Keutamaan penyertaan program diberikan kepada:- i. Pegawai Sumber Manusia ii. Pegawai yang dilantik sebagai Pegawai Psikologi kementerian/jabatan iii. Pegawai personel iv. Pegawai yang berminat dengan ilmu kaunseling Walau bagaimanapun, untuk memastikan ahli AKRAM dapat berfungsi secara efektif, maka pegawai yang dipilih untuk mengikuti program ini harus memenuhi kriteria-kriteria tertentu. Kriteria- kriteria itu ialah:- 2

  6. i. Pegawai harus mempunyai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 80% pada tahun dilantik sebagai ahli AKRAM; ii. Tidak mempunyai rekod tatatertib; iii. Pemilihan pegawai adalah digalakkan dari gred 22 dan ke atas. Namun kementerian dan jabatan haruslah memastikan peserta yang dipilih mewakili setiap gred jawatan terutamanya yang terlibat dengan tugas-tugas pentadbiran dan penyeliaan pegawai; iv. Diakui oleh ketua jabatan sebagai layak untuk dilantik sebagai ahli AKRAM; dan v. Mempunyai minat dan kesanggupan untuk membantu rakan-rakan sejawat. 5. METODOLOGI PROGRAM Program ini menggunakan pendekatan metodologi melalui ceramah dan pembentangan, aktiviti dalam kumpulan, main peranan (role play) dan tayangan slide/ video. Program ini menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. 6. JANGKA MASA PROGRAM Program ini dibahagikan kepada tiga modul kursus iaitu Modul PPKK Tahap 1, Modul Tahap PPKK 2, Modul PPKK Tahap 3. Setiap modul memerlukan jangka masa tiga hari. Walau bagaimanapun, sekiranya dijalankan atau dianjurkan di luar (Hotel, Pusat Latihan dan sebagainya), jadualnya boleh disesuaikan selagi ianya tidak mengurangkan pengisian dan slot program. Setiap peserta WAJIB mengikuti semua modul sebelum diberikan sijil pengiktirafan sebagai Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAM) itu ialah:- 3

  7. PERALATAN PROGRAM • Laser Compact Disc (LCD) • Tayangan Video/VCD ( VCD Player) • Overhead Projector (OHP) • CD/Kaset Player • Whiteboard/Flip Chart • Kertas Mahjung • Alat Tulis • Lain-Lain Berdasarkan Keperluan • 8. CARA MENDAPATKAN PERKHIDMATAN • Permohonan bagi menganjurkan program ini boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA bagi menetapkan tarikh dan keperluan lain berkaitan program. Program ini akan dianjurkan oleh agensi yang berminat manakala tenaga pengajar akan diberikan oleh Bahagian Pengurusan Psikologi JPA. Segala perbelanjaan makan, minum dan penginapan ditanggung sepenuhnya oleh agensi yang menganjur. • Sebarang pertanyaan berhubung program tersebut, sila hubungi :- • Jabatan Perkhidmatan Awam • Bahagian Pengurusan Psikologi • Bangunan MKN-Embassy TechzoneAras 4, Blok A, No 3200, • Jalan Teknokrat 263000 Cyberjaya, SepangSelangor Darul Ehsan • No Tel    : 03-8316 4000/4399/4391/4394/4396 • No Faks : 03-8320 1972/73/76 4

  8. 1 Permohonan diterima 2 Temujanji / Perbincangan 3 Penentuan tarikh / masa 4 Pelaksanaan program Penilaian menggunakan Indikator 5 9. PROSES PENINGKATAN KEMAHIRAN 5

More Related