150 likes | 1.9k Vues
(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH. TEKNIK MEMBUKA TAPAK TOREHAN. PEMBUKAAN PANEL TOREHAN
E N D
(PIHAK BERKUASA KEMAJUAN PEKEBUN KECIL PERUSAHAAN GETAH) KEMENTERIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR & WILAYAH TEKNIK MEMBUKA TAPAK TOREHAN
PEMBUKAAN PANEL TOREHAN Dalam hal menentukan kedewasaan pokok getah umur tidak menjadi soal, yang penting ialah batangnya sudah mencapai lilitan yang dikehendaki. Didapati rata-rata klon LTC dapat ditoreh dalam jangkamasa 5 tahun selepas anak polibeg ditanam keladang. Pokok cantum boleh dibuka tapak torehannya bila lilitan batangnya berukuran 45 sm disukat pada ketinggian 150 sm dari paras tanah. Penentuan samada sesuatu lot itu sudah sesuai dibuka tapak torehan adalah berasaskan banci torehan. PENGURUSAN GETAH MATANG Teknik Membuka Tapak Torehan
PENGURUSAN GETAH MATANG BANCI TOREHAN • Tiap-tiap pokok hendaklah diukur lilitan batangnya setinggi 150 sm dari paras tanah. Pokok yang berukuran 45 sm atau lebih hendaklah ditanda 3 titik (tanda titik itu hendaklah dibuat pada batang pokok setinggi yang diukur dengan cat hitam berbentuk bulat 1 cm garispusat beratur tegak). • Yang kurang dari 45 sm tetapi lebih dari 40 sm ditanda dengan 2 titik. • Bagi pokok-pokok yang kurang dari 40 sm tetapi lebih dari 35 sm ditanda dengan 1 titik. • Kerja-kerja banci diulang tiap-tiap 3 bulan sehingga pokok yang bertanda 1 dan 2 titik bertambah lilitan menjadi 3 titik. • Kerja-kerja membuka tapak torehan boleh dimulakan apabila 75% daripada pokok sudah mencapai ke3 titik.
PENGURUSAN GETAH MATANG MEMBUKA DAUN TOREHAN • Daun torehan hendaklah dibuat separuh lilitan pokok. • Lilitkan tali halus keliling pokok pada paras 150 sm. • Lipat dua tali tersebut dan lintangkan mengikut tanda pada batang pokok yang dibuat tadi. • Buat Alur Bimbingan menandakan separuh lilitan disebelah hadapan dan belakang. • Disebelah depan alur bimbingan pasang pancuran 25 sm dibawah curaman torehan. • Dialur bimbingan belakang potong kulit dengan pisau nipis sampai kekayu hingga keparas cantuman bagi mengelak kering kulit. • Pasangkan dawai penyangkut mangkok dan letakan mangkok ditempatnya.
PENGURUSAN GETAH MATANG Teknik Membuka Tapak Torehan Torehan awal Toreh cetek 25 cm Pancur Mangkuk Spring
PENGURUSAN GETAH MATANG SIMBOL TOREHAN Satu media perhubungan antarabangsa ; • Kekerapan Torehan d/1 = hari-hari. d/2 = selang sehari. d/3 = selang dua hari. d/4 = selang 3 hari. d/5 = selang 4 hari d/6 = selang 5 hari. d/0.5 = dua kali sehari.
PENGURUSAN GETAH MATANG SIMBOL TOREHAN Satu media perhubungan antarabangsa ; • Kekerapan Praktikal d/1, 2d/3 = torehan tiap-tiap hari, dua hari ditoreh diikuti satu hari rehat. d/2, 6d/7 = selang sehari, enam hari ditoreh diikuti satu hari rehat. d/9, 6d/7 = selang 8 hari toreh, enam hari toreh diikuti satu hari rehat.
PENGURUSAN GETAH MATANG SIMBOL PANEL TOREHAN Gantian atau giliran panel pula menggunakan nombor; BO-1 = alur torehan pertama pada kulit dara panel rendah. BI-3 = alur torehan ketiga pada kulit pulihan pertama panel rendah. BII-2 = alur torehan kedua pada kulit pulihan kedua panel rendah. HO-4 = alur torehan keempat pada kulit dara panel tinggi.