1 / 80

JUAL BELI YANG SAH

JUAL BELI YANG SAH. Sebelum kita mempelajari dasar ini perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu:

mauli
Télécharger la présentation

JUAL BELI YANG SAH

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. JUAL BELI YANG SAH • Sebelum kita mempelajari dasar ini perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: • Tiada suatu perintah mahupun larangan Allah S.W.T. yang diperintah atau dilarangNya melainkan adalah untuk mengajak manusia kepada kebaikan dan kemaslahatan serta kemanfaatan manusia itu sendiri bagi agama mereka dan dunia mereka begitu juga untuk untuk menghindarkan mereka dari setiap yang buruk dan yang memudharatkan mereka bagi agama dan dunia mereka.

  2. JUAL BELI YANG SAH • Sambungan pada dasar perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: • Setiap perintah Syara’ dan perkara yang diharuskan oleh Syara’ adalah kebaikan, keadilan,kemanfaatan berbeza pula dengan pengharamannya. يأمرهم بالمعروف و ينهاهم عن المنكر و يحل لهم الطيبات و يحرم عليهم الخبائث

  3. JUAL BELI YANG SAH • Sambungan pada dasar perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: • Setiap mu’amalat dan jenis-jenis perniagaan maka asal/dasar kesemuanya adalah diharuskan dan halal maka tidak dilarang dan diharamkan melainkan apa yang telah datang Syara’ melarang dan mengharamkan sebagaimana Allah S.W.T berfirman: {و أحل الله البيع} سورة البقرة 257

  4. JUAL BELI YANG SAH • Sambungan pada dasar perlu kita semua meyakini beberapa perkara yaitu: • Maka apabila bergabung dalam sesuatu perniagaan dan mu’amalah keredhoan yang muktabar dan kejujuran serta keadilan maka Allah S.W.T. memubahkannya/mengharuskannya kerana terkandung didalamnya syarat-syarat, bukti-bukti, berdikari, dan perkongsian maka ini adalah dasar agung yang merangkumi semua jenis mu’amalat. {يا أيها الذين آمنوا لا تأكلوا أموالكم بينكم بالباطل إلا أن تكون تجارة عن ترض منكم} سورة النساء 29

  5. KAEDAH JUAL BELI YANG SAH • 7 Kaedah kembali kepada jual beli yang sah: • Kaedah Riba • Kaedah ada didalamnya penipuan dan bahaya risiko • Jual beli menipu dan penipuan • Lahir mu’amalah yang datang dari keredhoan syar’ie dari yang bermu’amalah. • Akad yang dilakukan daripada pemilik atau yang mengambil tempat pemilik. • Sekiranya terkandung didalam akad meninggalkan kewajipan. • Mencerobohi yang diharamkan maka ianya haram tidak sah

  6. JUAL BELI URBUN • Jual beli Urbun: Memiliki 2 bentuk contohnya: • Seorang beli jam lalu penjual memberi kepada pembeli sebahagian daripada harga barang sekiranya sempurna jual beli dikira nilainya sekiranya tidak jadi jual beli dia harus pulangkan apa yang dia dapat dari pembeli. • Seorang membeli barangan lalu diberikan kepada pemilik barang sebahagian daripada harganya sekiranya sempurna jual beli dikira sebagai harganya dan sekiranya tidak jadi tidak dipulangkan kepada pembeli.

  7. JUAL BELI URBUN • Jual beli Urbun: Memiliki 2 bentuk contohnya: • Disepakati: Sesungguhnya jual beli tidak sempurna maka penjual mengembalikan Urbun. • Dikhilafi: Sekiranya tidak jadi jual beli adakah Urbun itu hak penjual atau hak pembeli. • Dibenarkan • Tidak dibenarkan.

  8. JUAL BELI AMANAH • Ianya mempunyai gelaran banyak; • Al wafaa • Tsaniya oleh sebahagian Malikiyah • Al Uhdah oleh Syafi’iyah • Toah • Amanah oleh Hanabilah • Jaiz • Mu’amalah oleh sebahagian Hanafiyah

  9. JUAL BELI AMANAH • Dari sudut bahasa: akhlak yang mulia dan tinggi, menyempurnakannya dan memberikannya. • Dari sudut istilah: jual beli dengan syarat bahawa Penjual bila memulangkan harga jualan, pembeli akan mengembalikan barang yang dibeli.

  10. JUAL BELI AMANAH • Malikiyah, Hanabilah, terkedahulu daripada Hanafiya dan Syafiiyah jual beli ini fasid/ • Sebahagian Hanafiyah dan Syafiiyah yang terkemudian membenarkannya.

  11. SIMPANAN (WADI‘AH) • Menurut bahasa: Wadi‘ah atau simpanan merujuk kepada perbuatan meletakkan sesuatu barang kepada seseorang yang bukan pemiliknya untuk dijaga. • Menurut syarak: Merujuk kepada sesuatu barang yang disimpan. Ia juga merujuk kepada kontrak penyimpanan. • Wadi‘ah bermaksud: Mewakilkan seseorang untuk memelihara sesuatu hak milik atau sesuatu yang dihormati secara khusus(muhtaram makhsus) dengan cara yang tertentu.

  12. DALIL PENSYARI‘ATAN WADI‘AH Al-Quran, Firman Allah s.w.t: • “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)”(Al-Nisa: 58) • “Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tidak payah bersurat, saksi dan barang gadaian), maka hendaklah orang (yang berhutang) yang dipercayai itu menyempurnakan bayaran hutang yang diamanahkan kepadanya”(Al-Baqarah: 284)

  13. Sunnah: • Hadis riwayat Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Serahkanlah amanah kepada orang yang mengamanahkanmu dan janganlah membalas khianat orang yang mengkhianatimu”(Riwayat Abu Daud no.3535. Al-Tirmizi no.1264) • Diriwayatkan juga bahawa Nabi s.a.w pernah menyimpan barang simpanan milik penduduk Mekah. Sebelum berhijrah Baginda menyerahkannya kepada Ummu Aiman iaitu Barkah al-Habsyiah r.a untuk disimpan. Baginda memerintahkan Ali supaya memulangkan barang simpanan ini kepada pemiliknya.

  14. Ijmak: Para ulama Islam sepanjang zaman, semenjak zaman sahabat hingga ke hari ini sependapat bahawa simpanan (wadi‘ah) dibenarkan oleh syarak

  15. HIKMAH WADI‘AH • Untuk memberi kemudahan kepada umat Islam dan demi menjaga kepentingan serta menjauhkan segala kesulitan mereka. • Ini kerana mereka saling perlu memerlukan antara satu sama lain untuk menjaga harta mereka • Kebenaran oleh syarak ini juga dapat mewujudkan suasana tolong-menolong sesama manusia di samping mengelakkan perkara yang tidak diingini.

  16. HUKUM WADI‘AH Simpanan (wadi‘ah) membabitkan lima hukum berlainan; SUNAT WAJIB MAKRUH HARAM HARUS

  17. Sunat Pada dasarnya simpanan digalakkan dan disunatkan jika penjaga simpanan adalah orang yang berkemampuan untuk menjaga barang yang disimpan dan seorang yang dipercayai. Pada masa yang sama ada juga orang lain yang turut memiliki sifat amanah dan mampu untuk menjaga barang yang disimpan. Ini kerana wadi‘ah mengandungi budaya saling bantu-membantu sesama orang lain. Rasulullah s.a.w pernah bersabda “Allah akan membantu seorang hamba selagi hamba ini membantu saudaranya” (Riwayat Muslim no.2699)

  18. Wajib Penjaga wajib menerima simpanan apabila dia diminta berbuat demikian dalam keadaan hanya dia seorang sahaja yang dipercayai serta yakin bahawa dia akan bersifat amanah dan mampu melakukannya. Dalam masa yang sama, tiada orang lain yang mempunyai sifat sepertinya. Ini kerana jika dia tidak menerimanya, keselamatan simpanan tersebut tidak akan terjamin. Rasulullah s.a.w telah melarang umat Islam mensia-siakan harta(Sila lihat Al-Bukhari no.1407. Muslim no.593) Baginda juga telah menjelaskan kepentingan menjaga keselamtan harta-harta orang Islam. Sabda Baginda “Kemulian harta orang mukmin sama seperti mulianya darah mereka”(Sila lihat Musnad Ahmad 1/446)

  19. Makruh Menerima sesuatu simpanan mungkin menjadi makruh bagi seseorang jika dia seorang yang amanah tetapi tidak yakin dapat berbuat demikian pada masa akan datang. Oleh itu, makruh baginya untuk menerimanya kerana dikhuatiri akan bersikap tidak amanah dan menyelewengkan simpanan tersebut.

  20. HARAM Haram seseorang menerima simpanan apabila diminta berbuat demikian sekiranya dia merasakan idak mampu menjaganya. Dalam keadaan ini, menerima simpanan bererti mendedahkannya kepada ancaman dan kerosakan. Ini dilarang kerana termasuk dalam perkara yang mensia-siakan harta.

  21. HARUS Seseorang itu boleh menerima atau menolak apabila diminta untuk menyimpan sesuatu. Kedua-dua keadaan tersebut, ia adalah sama baginya. Contohnya, dia sendiri tidak yakin mampu bersifat amanah pada masa akan datang atauoun dia tidak mampu untuk menjaga simpanan tersebut. Manakala penyimpan (pemilik) sendiri mengetahui keadaannya tetapi masih bersedia menyimpan padanya.

  22. RUKUN & SYARAT WADI‘AH Simpanan (wadi‘ah) mengandungi tiga rukun; Dua pihak yang berkontrak Lafaz kontrak Barang simpanan

  23. Dua Pihak yang Berkontrak; penyimpan yang merupakan pemilik barang yang disimpan dan penjaga simpanan • Kedua-dua mereka disyaratkan mestilah berkelayakan melantik wakil kerana kontrak simpanan bermaksud mewakilkan sesuatu untuk disimpan; berakal dan baligh. • Bukan orang yang ditahan daripada membelanjakan harta kerana bodoh (safih)

  24. Orang Islam tidak dibenarkan meminta orang kafir menyimpan mashaf al-Quran. Ini kerana orang bukan Islam tidak dibenarkan membawa dan menyentuhnya. Sesiapa yang meminta orang-orang di atas menyimpan sesuatu kemudian simpanan tersebut musnah, mereka tidak perlu membayar ganti rugi walaupun ia disebabkan oleh kecuaian mereka. Ini kerana penyimpan didapati cuai dengan membenarkan orang-orang ini menyimpan barang mereka.

  25. Lafaz (sighah) • Contoh penyimpan berkata “Saya simpan baju ini pada anda”. Penjaga pula berkata “Saya terima” • Lafaz ini tidak semestinya diucapkan oleh kedua-dua pihak. • Lafaz yang digunakan juga tidak semestinya secara langsung (sorih). Lafaz yang tidak langsung (kinayah) tetapi disertakan niat dan petunjuk sudah memadai. Contohnya, penyimpan berkata “Letakkan barang ini pada anda” “Ambillah barang ini untuk dijaga” “Saya serahkan pada anda untuk dijaga”

  26. Barang Simpanan Mestilah sesuatu yang dihormati iaitu dimiliki atau dipelihara walaupun tidak diiktiraf oleh syarak sebagai harta seperti bijiran gandum yang sedikit dan najis seperti baja.   Bagi barang yang tidak dihormati menurut syarak seperti khinzir atau alat-alat hiburan yang melalaikan, barang seperti ini tidak boleh disimpan atau diminta untuk disimpan. Ia juga tidak tertakluk kepada hukum wadi‘ah.

  27. IMPLIKASI KONTRAK WADI‘AH • Jika penyimpanan telah dilakukan dan kontrak tersebut adalah sah, ia kemudiannya tertakluk kepada beberapa hukum seperti berikut: • Kewajipan Penjaga Menjaga Barang Simpanan Penjaga wajib menjaga barang simpanan yang telah diserahkan oleh penyimpan kerana ia menjadi syarat yang perlu dilaksanakan. Sebuah hadis menyebut “Umat Islam wajib berpegang dengan syarat-syarat yang mereka persetujui” (Riwayat al-Tirmizi no.1352)

  28. Penjaga bertanggungjawab menjaga simpanan di tempat yang sesuai dengannya, iaitu ditempat yang selamat dan biasa digunakan untuk menyimpan. • Dia juga bertanggungjawab menjaga sendiri simpanan tersebut. • Dia tidak boleh menyerahkannya untuk dijaga orang lain. Namun jika dibenarkan oleh penyimpan, ia dibolehkan.

  29. Jika berlaku sesuatu yang tidak dapat dielakkan seperti penjaga terpaksa bermusafir atau berlaku kebakaran dan dia tidak dapat mengembalikannya kepada penyimpan, wakilnya atau hakim. Dalam keadaan ini, penjaga boleh menyerahkannya kepada jagaan orang lain.

  30. Kontrak Simpanan Adalah Kontrak Yang Jaiz Maksudnya, kedua-dua pihak boleh membatalkannya pada bila-bila masa tanpa persetujuan pihak kedua. • Dengan ini, penyimpan boleh mengambil semula simpanannya pada bila-bila masa. Sementara penjaga pula boleh memulangkannya juga pada bila-bila masa.

  31. Apabila diminta oleh penyimpan, penjaga perlu memulangkannya segera mengikut kemampuannya. • Ini berdasarkan firman Allah s.w.t: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya” (Al-Nisa: 58)

  32. Status Penjaga • Penjaga adalah orang yang diberikan amanah. Oleh itu, dia tidak perlu membayar ganti rugi jika simpanan tersebut rosak ketika berada dalam jagaannya. Kecualilah jika ia disebabkan oleh kecuaian atau tindakan yang sengaja. • Dalilnya: Sepertimana sabda Nabi s.a.w “Orang yang diminta untuk menjaga simpanan dan tidak melampaui had tidak perlu bertanggungjawab” (Riwayat al-Daruqutni no.167)

  33. Begitu juga, sekiranya penjaga perlu membayar ganti rugi sudah tentu tiada siapa yang akan bersedia menerima simpanan . Ini sudah tentu membebankan semua pihak. • Dari segi yang lain, penjaga sebenarnya menerima untuk menjaga simpanan tersebut secara sukarela. • Selain itu, penjaga tersebut sebenarnya adalah bagi pihak pemilik. Oleh itu, secara tidak langsung, kerosakan yang berlaku seolah-olah disebabkan oleh pemilik sendiri.

  34. BILAKAH SIMPANAN PERLU DIJAMIN ? • Ada beberapa keadaan penjaga perlu menjamin keselamatan barang simpanan: • Jika penjaga menyimpan simpanan tersebut pada orang lain tanpa izin penyimpan dan tanpa sebab munasabah. Dalam keadaan ini, penjaga perlu bertanggungjawab.

  35. Dalam keadaan ini, jika penjaga menyerahkan simpanan tersebut kepada orang yang tidak dibenarkan menyimpannya dan kemudian ia rosak, pemilik berhak meminta mana-mana antara mereka untuk membayar ganti rugi. • Jika pemilik memilih penjaga kedua dan didapati dia tidak tahu kedudukan sebenar, dia berhak meminta ganti rugi tersebut dipindahkan kepada penjaga pertama. • Ini kerana penjaga kedua mengambil barang tersebut bukan dengan niat jahat. Oleh itu, dia tidak perlu bertanggungjawab.

  36. Jika penjaga kedua mengetahui orang yang menyerahkan simpanan tersebut bukan pemilik asal dan dia turut mengetahui barang tersebut adalah milik orang lain dan disimpan tanpa kebenaran pemilik asal. • Dalam keadaan ini, dia perlu membayar ganti rugi kerana dianggap sebagai perampas dan bukan penjaga.

  37. Mengabaikan aspek penjagaan. Jika simpanan ini tidak dijaga sehingga menyebabkan ia rosak, penjaga perlu membayar ganti rugi. Pengabaian ini boleh berlaku seperti berikut: • Memindahkan simpanan ke tempat lain yang kurang selamat kerana perpindahan tersebut mendedahkan simpanan kepada kerosakan. Jika tahap keselamatan tempat baru sama baik atau lebih baik, penjaga tidak perlu membayar ganti rugi.

  38. Ini kerana jika penyimpan bersetuju dengan keselamatan yang lama, tentu dia bersetuju dengan tahap keselamatan yang sama. • Kecualilah jika penyimpan tidak bersetuju dengan perpindahan tersebut atau proses perpindahan tersebut kerana ia perlu melalui jalan yang tidak selamat. • Jika perpindahan dilakukan juga tanpa persetujuan penyimpan sebarang kerosakan akan ditanggung oleh penjaga. Ini kerana, ia berlaku disebabkan oleh perbuatan sengaja dan cuai.

  39. Termasuk dalam ertikata pengabaian ialah tidak melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara yang boleh membahayakan atau menyebabkan kerosakan barang yang disimpan. Ini kerana melakukan sesuatu untuk mengelakkan perkara tersebut adalah wajib kerana ia termasuk dalam makna penjagaan.

  40. Jika penyimpan melarang penjaga melakukan sesuatu untuk menjaga barang simpanan dan dengan sebab itu penjaga mengabaikannya sehingga menyebabkan kerosakan, menurut pendapat yang sahih (asoh), penjaga tidak perlu membayar ganti rugi. Ini kerana penyimpan sendiri yang membenarkan kerosakan tersebut berlaku. • Sekiranya perkara yang disimpan tersebut adalah haiwan, penjaga dianggap bersalah kerana membiarkan kerosakan tersebut walaupun disuruh oleh penyimpan kerana nyawa perlu dipelihara. Walau bagaimanapun, penjaga tidak perlu membayar ganti rugi.

  41. Penggunaan Barang Simpanan Walau Dengan Apa Cara Sekalipun. • Dengan ini, penjaga perlu membayar ganti rugi jika berlaku kerosakan, walaupun ia berlaku selepas penggunaan. Ini kerana perbuatan penjaga menggunakan barang simpanan tanpa keizinan adalah suatu kesalahan.

  42. Membawa Simpanan Dalam Perjalanan. • Apabila penjaga terpaksa melakukan perjalanan jauh dan keluar daripada kawasannya, dia tidak boleh membawa barang simpanan bersamanya. Ini kerana, dia bertanggungjawab menyimpannya di tempat yang selamat sedangkan perjalanan jauh bukan tempat yang selamat.

  43. Dalam keadaan ini, penjaga wajib memulangkannya kepada penyimpan atau kepada wakilnya, jika penyimpan tidak dapat ditemui. • Jika kedua-dua pihak tadi tidak dapat ditemui, penjaga perlu menyerahkannya kepada hakim jika boleh dipercayai. Jika tidak, dia boleh menyerahkannya kepada seseorang yang dipercayai.

  44. Penjaga Menafikan Kewujudan Simpanan Tanpa Sebab • Apabila penyimpan menuntut semula simpanannya, lalu penjaga menafikan bahawa penyimpan ada menyimpan sesuatu padanya, kemudian simpanan tersebut rosak, penjaga perlu membayar ganti rugi.

  45. Ini kerana penafiannya tadi telah menyebabkan dia menjadi perampas. Oleh itu, orang yang merampas perlu bertanggungjawab. Kontrak simpanan tadi terbatal melalui penafian tadi dan hanya boleh diteruskan apabila ia diperbaharui • Jika ada sebab tertentu dia menafikannya, kontrak tadi tidak terbatal dan simpanan tadi kekal menjadi amanah di tangannya. Jika simpanan rosak, dia tidak perlu membayar ganti rugi.

  46. Keengganan Memulangkan Simpanan Apabila Diminta • Jika penjaga enggan memulangkannya atau melewat-lewatkannya tanpa sebab, dia perlu bertanggungjawab. Ini kerana dia telah melakukan kesalahan apabila menyimpan barang milik orang lain tanpa sebab dan tanpa kebenaran. • Jika kelewatan berlaku dengan sebab munasabah, dia tidak perlu bertanggungjawab.

  47. Barang Simpanan Dicampuradukkan Dengan Yang Lain. • Penjaga perlu menyimpan simpanan di tempat yang sesuai dengannya dan tidak mencampuradukkannya dengan harta atau miliknya sendiri sehinggakan ia tidak boleh dibezakan lagi apabila bercampur. • Sekiranya simpanan ini dicampurkan atau bercampur tanpa disengajakan, penjaga perlu bertanggungjawab kerana percampuran ini adalah kesalahannya. Sedangkan penyimpan tidak bersetuju ia dicampurkan dengan orang lain.

  48. Jika simpanan ini boleh dibezakan dengan barang-barang lain, contohnya matawang Singapura dicampurkan dengan matawang lain, penjaga tidak perlu bertanggungjawab kerana ia boleh dipisahkan dengan mudah. • Jika pemisahan sukar dilakukan, contohnya gandum yang bercampur dengan barli, penjaga perlu bertanggungjwab kerana ia sukar dipisahkan. Kesukaran ini dikira sama seperti tidak boleh memisahkannya.

  49. Jika ganti rugi perlu dibayar, penjaga perlu membayar dengan barangan yang sama jika ada atau dengan nilai yang sama jika tidak ada barang yang sama. • Walau bagaimanapun, dia perlu membayar harga yang tinggi bagi nilai barang tersebut sepanjang tempoh penyimpanan sehingga hari kerosakan, sama seperti hukum barang yang dirampas. Barang yang bercampur itu kemudiannya menjadi miliknya.

  50. Melanggar Syarat Penyimpan • Contohnya, penyimpan menyuruh penjaga menyimpannya di tempat yang tertentu atau dengan cara yang tertentu, lalu penjaga melanggar syarat ini dan menyimpannya di tempat lain atau dengan cara yang lain sehingga menyebabkan simpanan tersebut rosak. Dengan itu, penjaga perlu membayar ganti rugi kerana kerosakan berpunca daripada kesalahan yang dilakukannya.

More Related