1 / 27

JUAL BELI SALAM ( Bai ’ Salam)

JUAL BELI SALAM ( Bai ’ Salam). Definisi Menurut bahasa: Salam atau salaf ialah mendahulukan . Menurut istilah syarak: Jual beli sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya sahaja dengan lafaz salam atau salaf .

ayala
Télécharger la présentation

JUAL BELI SALAM ( Bai ’ Salam)

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. JUAL BELI SALAM ( Bai’ Salam) Definisi • Menurut bahasa: Salam atau salaf ialah mendahulukan. • Menurut istilah syarak: Jual beli sesuatu yang dinyatakan sifat-sifatnya sahaja dengan lafaz salam atau salaf. • Jual beli salam adalah salah satu jenis kontrak jual beli yang dibenarkan disebabkan ia dikecualikan daripada kategori menjual barangan yang tidak wujud.

  2. DALIL PENSYARIA’TAN JUAL BELI SALAM • Diriwayatkan bahawa ketika Nabi s.a.w tiba di Madinah, peduduk Madinah mengamalkan jual beli salam dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda: “Barangsiapa yang berjual beli salaf (salam), hendaklah dia berjual beli salaf (salam) dengan sukatan, timbangan dan tempoh yang dimaklumi”(Riwayat al-Bukhari no. 2125, Muslim daripada Abdullah bin Abbas no. 1604)

  3. Diriwayatkan daripada Abdul Rahman bin Abza r.a. dan Abdullah bin Abu Aufa r.a. mereka berkata: “Ketika suatu peperangan bersama Rasulullah s.a.w kami beroleh bahagian daripada harta perolehan perang. Ketika itu kaum Anbat dari Sham datang menemui kami. Kami berjual salaf (salam) dengan mereka untuk mendapatkan gandum, barli dan minyak dalam tempoh tertentu. Mereka berdua ditanya: Adakah mereka menanamnya atau tidak? Mereka berdua menjawab: Kami tidak pula bertanya mereka tentang perkara itu”(Riwayat al-Bukhari no. 2128)

  4. HIKMAH DIBENARKAN JUAL BELI SALAM  Mengambil kira keperluan manusia.  Memberi pelbagai manfaat kepada manusia.  Memudahkan satu pihak memperolehi modal dan satu pihak lagi memperolehi barangan yang dikehendaki.  Membuka jalan supaya dapat dimanfaatkan yang menjadi landasan kehidupan manusia.

  5. RUKUN JUAL BELI SALAM Pihak yang mengikat Kontrak Modal Barangan yang ditempah Sighah Kontrak

  6. PIHAK YANG MENGIKAT KONTRAK • Waras; iaitu baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik • Bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak. • Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan.

  7. Orang buta boleh melakukan jual beli salam kerana dalam jual beli salam barangan tersebut hanya dinyatakan sifat-sifatnya sahaja dan ini boleh diketahui dengan cara mendengar.  Ketika menerima, orang buta boleh menwakilkannya kepada sesiapa sahaja bagi memastikan sifat-sifat yang dinyatakan itu wujud.

  8. SIGHAH KONTRAK • Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul) yang boleh menggambarkan pada adatnya penerimaan tersebut tidak diterima. • Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dalam semua sudut.

  9. Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan untuk tempoh tertentu. • Sighah tersebut mesti menyatakan lafaz salam atau salaf dan tidak sah jika ia menggunakan lafaz lain. • Kontrak ini tidak mengandungi sebarang khiyar syarat.

  10. MODAL • Modal ialah bayaran yang dibuat oleh pembeli sebagai mendahulukan bayaran kepada penjual. Syarat-syarat yang ditetapkan ialah: • Jumlah dan bentuk pembayaran hendaklah dimaklumi oleh kedua-dua pihak.

  11. Penyerahan modal oleh pembeli dan penerimaan modal oleh penjual perlu dalam masa kontrak iaitu sebelum mereka berpisah secara fizikal kerana penyerahan ini adalah objektif asal dalam jual beli salam.  Penerimaan tersebut disyaratkan mestilah penerimaan yang hakiki.

  12. BARANGAN YANG DITEMPAH • Barangan yang ditempah ialah barangan yang dijual dalam kontrak dan penjual berjanji menyerahkannya kepada pembeli sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar sebagai bayaran yang didahulukan.

  13. Beberapa syarat yang ditetapkan iaitu: • Barang tersebut mestilah boleh dinyatakan sifat-sifat dan ciri-cirinya. Hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Abu Aufa’ r.a katanya: “Dahulu kami melaksanakan jual beli salam iaitu pada zaman Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan Umar untuk mendapatkan gandum, barli, kismis dan tamar”(Riwayat al-Bukhari no. 2128)

  14. Barangan tersebut mestilah dikenalpasti jenis, kualiti, jumlah dan sifat oleh kedua-dua pihak. Sabda Rasulullah s.a.w “Barangsiapa yang berjual beli salaf (salam) hendaklah dia berjual beli salaf dengan ukuran yang dimaklumi, timbangan yang dimaklumi dan sehingga tempoh yang dimaklumi” 3. Barangan tersebut tidak bercampur-aduk dengan pelbagai barangan yang berlainan jenis.

  15. Barang tersebut mestilahdiperhutangkan, iaitu barangan dalam tanggungan yang hanya dinyatakan sifat tanpa merujuk kepada barangan tertentu. • Barangan tersebut mampu diserahkan. • Tempoh penyerahan perlu ditetapkan. • Tempat penyerahan perlu ditetapkan.

  16. KONTRAK JUAL BELI TEMPAHAN • Amalan ini merujuk kepada tindakan meminta seseorang yang berkemahiran supaya membuat sesuatu berdasarkan ciri-ciri tertentu berkaitan dengan kemahirannya, manakala bahan yang digunakan disediakan oleh pembuat.

  17. Contoh: Seorang penempah meminta pembuat kasut membuatkan sepasang atau beberapa pasang kasut untuknya. Manakala kulit dan segala bahan yang diperlukan disediakan oleh pembuat, bukannya penempah. • Contoh lain ialah perkakas rumah seperti perabot dan sebagainya. Penempah bersetuju dengan pembuat untuk membuat set bilik tidur atau kerusi. Segala bahan yang digunakan untuk perabot tersebut akan disediakan oleh pembuat mengikut spesifikasi yang dikehendaki oleh penempah.

  18. Kontrak seperti ini menjadi perdebatan di kalangan fuqaha: • Jika kontrak tersebut memenuhi syarat-syarat yang perlu dipenuhi dalam jual beli salam, iaitu spesifikasi barangan dinyatakan dengan jelas, bahan yang digunakan juga dinyatakan dengan jelas, tempoh penyerahan dinyatakan, bayaran diserahkan pada ketika kontrak dimeterai di samping syarat-syarat lain.

  19. Jika semua syarat ini dipenuhi, kita boleh sahkan kontrak tersebut sebagai kontrak jual beli salam walaupun kontrak tersebut menggunakan lafaz jual beli. Sebabnya, dalam soal kontrak, perkara yang diambil kira ialah niat dan apa yang tersirat, dan bukan bergantung kepada lafaz dan apa yang kelihatan.

  20. Kontrak yang tidak memenuhi syarat jual beli salam dan inilah yang biasa berlaku dalam kontrak jual beli hari ini, terutamanya dalam masalah penyerahan modal iaitu harga barangan yang ditempah ketika memeterai kontrak. • Kebanyakan penempah akan hanya membayar sebahagian daripada harga yang ditetapkan kepada pembuat ketika membuat tempahan.

  21. Adakalanya mereka tidak membuat sebarang bayaran sama sekali. • Setelah itu, penempah akan membayar secara ansuran atau sekaligus selepas barangan yang ditempah siap. • Inilah yang biasa dilakukan oleh orang ramai. • Amalan seperti ini tidak dikira sebagai jual beli salam. • Dengan itu jual beli ini tidak sah menurut ulama mazhab al-Shafie rh.a

  22. Walau bagaimanapun para ulama mazhab Hanafi membenarkan kontrak ini sepertimana yang diamalkan oleh orang ramai kerana mengambil kira keperluan orang ramai. • Namun dengan syarat kontrak tersebut dengan jelas menyatakan segala perkara berkenaan barang yang ditempah yang jika tidak dinyatakan dengan jelas mungkin boleh menimbulkan pergaduhan antara kedua-dua pihak. • Dengan ini, tidak salah kita menerima pandangan ulama mazhab Hanafi. • Kita menerima amalan ini sebagai sah untuk memudahkan orang ramai. Apatah lagi amalan seperti ini amat diperlukan.

  23. Bai’ Urbun/ Bai’ Arbun • Menurut bahasa: Cengkeram ( Pendahuluan ) • Dilakukan ketika pemerintahan Umar ra. • Telah diriwayatkan bahawa Nafi’ ibn `Abd al Harith telah membeli sebuah rumah dari Safwan Ibn Umayyah untuk dijadikan penjara, dengan syarat jika Umar luluskan maka cengkeram menjadi sebahagian dari pembayaran dan jika tidak diluluskan, penjual iaitu Safwan akan mengambil cengkeram.

  24. Tauliah • Menjual barangan yang dibeli dengan harga asal tanpa menyebut harganya. • Penjual berkata: “Saya setuju kontrak ini secara tauliah”.

  25. Isyrak ( Perkongsian ) • Serupa dengan tauliah • Membabitkan sebahagian barangan sahaja • Penjual berkata: “ Saya serahkan sebahagian dari kontrak ini kepada anda sebagai rakan kongsi dengan nilai separuh harga.” • Bahagian yang ingin dikongsi perlu dinyatakan secara jelas. Jika tidak jelas, kontrak ini tidak sah kerana unsur gharar.

  26. Murabahah Definisi • Menurut bahasa: untung • Menurut istilah syarak: Menjual barangan yang dibeli dengan tambahan keuntungan mengikut kadar yang diketahui dan ditentukan. • Penjual berkata: Saya jual kereta ini dengan harga yang saya beli dengan tambahan untung 10%.

  27. Wadhi’ah ( Muhathothoh) • Menjual barangan yang dibeli dengan harga asal beserta potongan atau kerugian yang telah ditentukan. • Berlawanan dengan murabahah.

More Related