1 / 18

Corak dan Variasi Latar Dalam Drama Melayu

Corak dan Variasi Latar Dalam Drama Melayu. Perbincangan. Latar atau setting ialah aspek yang menunjukkan plot, perwatakan dan dialog yang menerangkan waktu dan tempat sesuatu peristiwa itu terjadi. Membantu audien memahami drama.

meli
Télécharger la présentation

Corak dan Variasi Latar Dalam Drama Melayu

An Image/Link below is provided (as is) to download presentation Download Policy: Content on the Website is provided to you AS IS for your information and personal use and may not be sold / licensed / shared on other websites without getting consent from its author. Content is provided to you AS IS for your information and personal use only. Download presentation by click this link. While downloading, if for some reason you are not able to download a presentation, the publisher may have deleted the file from their server. During download, if you can't get a presentation, the file might be deleted by the publisher.

E N D

Presentation Transcript


  1. Corak dan Variasi Latar Dalam Drama Melayu

  2. Perbincangan • Latar atau setting ialah aspek yang menunjukkan plot, perwatakan dan dialog yang menerangkan waktu dan tempat sesuatu peristiwa itu terjadi. • Membantu audien memahami drama. • Apabila tirai dibuka pementasan yang menggunakan prosenium, audiens akan didedahkan kepada pemandangan yang menjadi latar kepada drama itu. Latar disesuaikan dengan keperluan perkembangan plot.

  3. Umumnya drama-drama di Malaysia baik yang bercorak sandiwara, realisme, mahupun absurdisme berlatarkan suasana Malaysia. • Hanya beberapa buah drama antaranya “Anak Nazar Tujuh Keramat” yang ditulis oleh Kalam Hamidy yang menggunakan latar di Asia Barat. • Tujuan beliau ialah untuk menyelitkan unsur keagamaan bagi menguatkan kesan penghayatan penonton.

  4. Drama sebabak menyediakan sebuah latar sahaja. • Bagi drama yang mengandungi lebih daripada sebabak akan menyediakan lebih daripada satu latar. • Latar akan ditukar apabila bertukarnya babak.

  5. Ada dramatis yang cenderung menerangkan dengan terperinci latar yang perlu disediakan. • Namun ada pula yang mengharapkan interpretasi pengarah berdasarkan kreativitinya. • Bagi drama absurdisme langsung tidak menjelaskan latar yang perlu diwujudkan, terserahlah kepada kebijaksanaan pengarah atau penerbitnya. • Jelasnya teknik menulis latar adalah berbeza-beza.

  6. Penulisan Latar Drama“Megat Terawis” Babak 1: Pemandangan dalam bilik peraduan Sultan Perak pada malam hari. Sultan Perak termenung berdukacita dan dayang-dayang baginda duduk berhampiran geta baginda. Babak II: Pemandangan di dalam hutan. Masuk Tengku Menteri, Tuah dan Mamat Babak III: Pemandangan di balairung seri istana Sultan Perak. Hadir Sultan Perak, orang besar baginda, Ketua Dayang yang bernama Si Bunga Dedap. Baginda hilir mudik di hadapan istana.

  7. Penulisan Latar Drama“Hang Tuah Pahlawan Melayu”-Syed Alwi Tempat : Di halaman kedai Hang Mah,ud Waktu : Sebelah pagi Pemandangan : Hang Tuah sedang membelah kayu di halaman kedai ayahnya. Tiba-tiba kedengaran gegak gempita bunyi suara orang menjerit maka kelihatanlah orang-orang berlarian di jalan raya di hadapan kedai itu. Daripada pekikan itu maka ketahuilah akan sebabnya iaitu kerana ada orang mengamuk, melakukan kekejaman, Banyak bilangan yang memintas hadapan kedai Hang Mahmud, bila melihat Hang Tuah berdiri di situ, maka menjeritlah orang menyuruh dia lari masuk.

  8. Penulisan Latar Drama“Lela Satria”- Rawan Hiba Babak 1 : Pemandangan di halaman rumah Dang Wija. Waktu Senjakala Pentas dirupakan menjadi halaman di hadapan rumah seorang penghulu mukim. Di penjuru kakan pentas- di kiri penonton- memberat ke bahagian belakang, kelihatan anjung dan serambi rumah tersebut mengadap ke penonton dengan keadaan menyerong. Daun pintu rumah itu sebelah ditutup dan sebelah dibuka. Di serambi tergantung sebuah sangkar berisi burung merbuk.

  9. Latar Drama “Matinya SeorangPahlawan” – Usman Awang Adegan 1: Di bilik peraduan istana sultan Melaka, Hang Jebat sedang bersukaria bersama-sama gundik-gundik raja Adegan II: Dayang-dayang keluar semula bersimpuh dekat peraduan raja. Dang Wangi sedang mengapur sirih.

  10. Penelitian • Berdasarkan contoh latar terdapat perbezaan dari segi teknik penulisan. • Syed Alwi menuliskan tempat waktu dan pemandangannya sekali. • Hal ini membantu pengarah menyediakan latar dan dapat menjelaskan keperluan latar seperti yang dikehendaki.

  11. Penulisan latar dalam “Megat Terawis” agak pendek penjelasannya namun masih boleh ditanggapi suasananya. Contoh Sultan sedang kesedihan. Disediakan latarnya di peraduan, masanya pada waktu malam dan dikelilingi oleh para dayang. • Hal ini menimbulkan imej-imej dan idea-idea dramatik kerana penyesuaian antara latar dan cerita.

  12. Rawan Hiba dalam menyediakan latar lebih teliti serta memperincikannya. • Usman Awang pula tidak begitu terikat untuk memberikan secara terperinci latar dalam drama. • Hal yang sama dilakukan dalam drama “Menyerahnya Seorang Perempuan”. Beliau tidak langsung menyediakan latarnya sebaliknya terus kepada cerita.

  13. Latar Drama Realisme • Wujud juga perubahan latar dalam drama realisme. • Hal ini disebabkan dua faktor iaitu: a. Dramatisnya cuba menyediakan seboleh mungkin sebuah latar yang realistik dengan menggambarkan suasana di kota dan di desa. b. Ada usaha untuk menjelaskan dengan sebaik-baiknya keterangan latar yang dipilih supaya dapat membantu para pengarah menyediakannya ketika dipentaskan.

  14. Contoh Drama“Atap Genting Atap Rumbia”- Kala Dewata • Dalam bilik tetamu sebuah rumah batu. Pekakas di dalamnya kelihatan lengkap sesuai dengan taraf rumahnya. Kerusi mejanya jenis baharu, moden berkusyen tebal, beralas kain corak mahal. Warna kain kusyen itu berpasang pula dengan kain langsir jendela cermin yang terbuka luas; juga dengan tikar permaidani yang terbentang di lantai. Di sudut lain pula sebuah almari cermin yang dipenuhi oleh buku-buku…. • Waktu: tengah hari • Masa tirai dibuka, telah sedia ada tiga orang watak dalam ruangan bilik itu.

  15. Latar Drama Realisme-Futuristic“Di Kuburan”- Anis Sabirin • Cerita ini mula pukul enam setengah senja, kurang lebih. • Pemandangan: Di kubur tanahnya masih lagi merah dan lunak tanda baru digali. Langit senja baru memerah. Dalam kubur bergelimpangan mayat seorang lelaki yang baru saja ditanam. Mereka yang menghantarkan jenazahnya sudah suku jam berlalu. Mayat mula bergerak. • Anis Sabirin membawa satu pembaharuan latar dalam drama realisme untuk keluar dari unsur streotaip.

  16. Latar Drama Absuard- “Bukan Lalang Ditiup Angin” – Noordin Hassan • Iklim Pentas 1. Tak ada tirai dihadapan 2. Latar belakang boleh menerima dan tukar menukar warna mengikut cahaya lampu berlainan tone 3. Di atas pentas ada mimbar-mimbar yang beranak tangga di sekililingnya. Biji-biji mata manusia dan ranting-ranting kayu bergantungan. Sehelai dua kain usang tersangkut dan tersadai di satu dua ranting. 4. Satu muka jam, besar, buruk, angka-angka tak tersusun. • Sebelum lakonan bermula, pentas terdedah, samar dan penuh persoalan.

  17. Drama-drama absurd lain seperti “Angin Kering” oleh Johan Jaafar langsung tidak ingin menerangkan konsep tempat atau waktu. Lokasi : mana-mana Waktu: Bila-bila • Catatan sedemikian memberikan kebebasan secara mutlak pengarah untuk menciptakan latar yang sesuai dengan interpretasi skrip.

  18. Kesimpulan • Penciptaan latar di kalangan penulis drama moden di Malaysia memperlihatkan perkembangan dan perubahan berasaskan konsep masa dan tempat. • Drama Sandiwara memaparkan visi sejarahnya dengan kembali ke zaman silam dan tempat berkisar di istana sultan. • Realisme memasuki alam realistik dengan banyak mengambil setting di bilik tamu sebuah rumah. • Absurd pula menimbulkan suasana abstrak sesuai dengan konsep dan bentuk drama itu.

More Related