120 likes | 363 Vues
JOHOR. Hasil Balak Rendah. PENGURUSAN DAN KAWALAN HUTAN HASIL HUTAN. Kawasan hutan yang diluluskan untuk pembalakan bagi tempoh 1995 hingga 1997 berjumlah 79,294 hektar. Pendapatan balak negeri Johor menurun!.
E N D
JOHOR Hasil Balak Rendah
PENGURUSAN DAN KAWALAN HUTANHASIL HUTAN • Kawasan hutan yang diluluskan untuk pembalakan bagi tempoh 1995 hingga 1997 berjumlah 79,294 hektar Pendapatan balak negeri Johor menurun!
Berdasarkan perangkaan di atas, didapati hasil hutan daripada aktiviti pembalakan telah berkurangan setiap tahun walaupun keluasan kawasan pembalakan meningkat. Mengikut perkiraan audit, purata hasil hutan bagi satu hektar bagi tahun 1995 adalah RM 700. Angka ini jatuh ke RM 650 sehektar pada tahun 1996 dan berada pada kadar RM 580 bagi sehektar dalam tahun 1997. Semakan dengan rekod di Lembaga Perkayuan Malaysia bagi tempoh tersebut mendapati harga balak agak stabil malah aliran yang positif. Mengikut LPM harga purata balak pada tahun 1995 adalah RM 455 semeter padu dan naik kepada RM 480 semeter padu dalam tahun 1996 dan terus meningkat menjadi RM 525semeter padu pada tahun 1997 PENEMUAN – PENEMUAN AUDIT
HASIL HUTAN BERBANDING HARGA BALAK DI PASARANSumber: Lembaga Perkayuan Malaysia (LPM) Harga kayu meningkat, pendapatan balak negeri Johor menurun!
Tawaran yang diterima lebih rendah daripada anggaran jabatan: Pemeriksaan audit mendapati sebanyak 11 daripada 60 tawaran yang diitu,adalah pada harga yang lebih rendah daripada anggaran JPN, sesungguhpun ada tawaran tawaran yang lebih tinggi. Sekiranya Kerajaan Negeri Johor memilih penender yang mengemukakan tawaran yang sekurang kurangnya hampir dengan anggaran JPN, tambahan premiun sebanyak RM 842,951 dapat diperolehi. PEMBERIAN KAWASAN PEMBALAKAN SECARA TENDER
PERBANDINGAN ANTARA ANGGARAN JABATAN DENGAN TAWARAN YANG DITERIMA Kerajaan BN tidak menerima tawaran tertinggi atau yang terdekat dengan anggaran Jabatan!
TAWARAN – TAWARAN YANG DIRUNDINGKAN • Lembaga Tawaran membalak Kerajaan yanh bersidang pada 2 Disember 1994 telah meluluskan kawasan membalak seluas 437.80 hektar kepada 3 syarikat pembalakan secara rundingan. Harga premium yang dipersetujui adalah jauh lebih rendah dari anggaran Jabatan Perhutanan Negeri. • Pemeriksaan audit terhadap dokumedan fail urusan tender di Pejabat Hutan tidak menunjukan sebarang bukti atau justifikasi yang membolehkan syarikat-syarikat berkenaan ditawarkan harga yang lebih rendah daripada harga anggaran yang ditetapkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri.
KEKURANGAN PREMIUM AKIBAT TAWARAN SECARA RUNDINGAN Premium kurang kerana harga tawaran rendah!
PENGELUARAN BALAK MELEBIHI YANG DIBENARKAN • Semasa meluluskan tawaran secara rundingan kepada 3 syarikat di atas, Lembaga Tawaran Membalak juga telah memutuskan had tertentu meter padu balak yang boleh dikeluarkan daripada kawasan pembalakan yang dibenarkan itu. • Walaubagaimana pun jumlah pengeluaran balak oleh setiap pelesen adalah ganda melebihi had pengeluaran yang ditetapkan. Jumlah keseluruhan pengeluaran balak bagi tiga pelesen ini adalah sebanyak 32,442 meter padu berbanding 18,000 meter padu yang diluluskan.
PENGELUARAN BALAK MELEBIHI YANG DIBENARKAN Syarikat mengeluarkan balak berlebihan tanpa hukuman!
PENGELUARAN BALAK MELEBIHI YANG DIBENARKAN • Walaupun syarikat-syarikat ini mengeluarkan balak 14,442 meter padu melebihi jumlah yang dibenarkan, tKerajaan Negeri Johor tidak mengambil tindakan untuk memungut tambahan premiun ataupun mengenakan denda terhadap pelesen. Mengikut perkiraan audit,premium tambahan yang patut dikutip seperti yang ditatapkan dalam peratutan hutan adalah RM 3.07 juta. • Berdasarkan harga RM 525 semeter padu, syarikat berkenaan memperolehi tambahan pendapatan sejumlah RM 3.58 juta dari tambahan pembalakan ini.
KESIMPULAN • BERDASARKAN LAPORAN RASMI INI ADAKAH ANDA BERPENDAPAT KERAJAAN JOHOR TELAH DIURUS DENGAN BAIK ??